Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI AMALI PJ PERMAINAN KANAK-KANAK

Syukur ke hadratNya berjaya juga saya menyiapkan tugasan permainan kanak-kanak

yang telah diberikan oleh pensyarah. Segalanya dilaksanakan bermula dengan taklimat

ringkas oleh pensyarah me ngenai tugasan ini. Tajuk yang telah saya perolehi dalam

tugasan ini adalah jaring dan dinding. Bersama-sama dua lagi ahli kumpulan saya iaitu

Fashahah dan Syazwana yang telah banyak membantu saya. Kami mula berbincang

mengenai bentuk permainan yang akan dilaksanakan.

Pelbagai idea telah dilakarkan untuk dijadikan permainan. Permainan kami haruslah

menarik dan mampu dimainkan dengan mudah dan tidak begitu merumitkan sesuai dengan

keadaan kanak-kanak. Lakaran demi lakaran permainan telah kami buat dan ditunjukkan

kepada pensyarah kami. Beberapanya daripadanya diterima dan beberapa darinya perlu

diubah supaya sesuai dengan tajuk tugasan. Idea-idea yang difikirkan pada mulanya begitu

banyak namun hanya beberapa daripadanya dapat kami gunakan. Ia samada kerana

kesukaran mencari alatan yang sesuai mahupun kerana terlalu sukar untuk dimainkan.

Permainan yang dipilih kemudiannya diperincikan maklumatnya bagi memastikan

permainan ini berjalan dengan baik. Peraturan-peraturan ditentukan supaya permainan

dapat dimainkan dengan lancar. Jadi ia amat merumitkan bagi memastikan peraturan yang

dibuat tidak akan menyusahkan para pemain.

Setelah peraturan permainan kami tetapkan, kami teruskan dengan memainkan

sendiri permainan yang telah kami rangka. Ini bagi memastikan alatan dan peraturan yang

kami gunakan adalah sesuai. Beberapa perkara terpaksa kami ubah bagi membolehkan

permainan itu dimainkan dengan lancar. Kemudian dengan bantuan Fashahah dan

Syazwana. Kertas kerja kami ditulis dan dihantar kepada pensyarah untuk dinilai.
Untuk ujian amali sebenar, kami telah membuat dua gelanggang untuk permainan

kami. Bahan-bahan dan alatan telah kami kumpulkan daripada stor dan ada yang kami

keluarkan daripada wang kami sendiri. Bagi tiang untuk permainan pula kami terpaksa

keluarkan dari dewan besar dan ia agak sukar kerana dua daripadanya tidak mempunyai

tayar sempurna.

Setelah gelanggang kami disusun, kami cuba bermain terlebih dahulu bagi

memastikan kawasan gelanggang kami tidak membahayakan dan kawasan permainan

selesa. Segalanya berdasarkan kertas kerja kami untuk ukuran gelanggang yang kami

gunakan. Kami juga tekah membina satu papan pemarkahan untuk permainan ini bagi

memudahkan pengiraan markah.

Pada hari ujian, kami telah cuba yang terbaik. Saya amat berterima kasih pada

rakan-rakan kami yang membantu kami dengan bermain dengan baik. Alhamdulillah

segalanya berjalan dengan lancar. Semoga amali ini membantu saya pada masa hadapan

sebagai seorang guru di sekolah kelak. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan segala

yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI

2 PISMP PK(BM)/PJ/BI

AMBILAN JANUARI 2010

NO I/C : 901018-11-5091

NO TEL : 019-4706223

Anda mungkin juga menyukai