Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

1.1 Sejarah perkembangan bola tampar dunia

Permainan bola tampar amat penting sekarang bukan sahaja sebagai satu permainan

malahan juga sebagai kecerdasan tubuh badan. Permainan ini dimainkan di seluruh dunia tidak
mengira bangsa dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja dengan golongan masyarakat yang
pelbagai. Permainan bola tampar ini mula diperkenalkan pada kira-kira seratus limabelas tahun
(115 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895 oleh William G. Morgan. Beliau telah memulakan
permainan bola tampar ini di Holyoke, Massachussetts Amerika Syarikat. Permainan ini berasal
daripada dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola keranjang, jadi beliau telah
menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang untuk permainan bola tampar. Penggunaan bola
keranjang dapat mengurangkan kecederaan kepada pemain kerana bola tersebut lebih lembut.
Pada permulaannya, permainan bola tampar dikenali sebagai ‘Mintonette’, tetapi telah
ditukarkan kepada ‘volley ball’ kerana dalam permainan tersebut banyak menggunakan
pergerakan secara lambungan. Perubahan nama ini telah dilakukan oleh Prof H.T. Halstead pada
tahun 1896.

Pada tahun 1900, Kanada telah menjadi negara luar yang pertama yang menerima

permainan bola tampar ini dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang
sama. Selepas itu, permainan bola tampar terus berkembang ke negara-negara lain seperti ke
Cuba (1905), Puerto Rico(1909), Filipina (1910), Uruguay (1912), China (1913), dan Jepun
(1917) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah. Permainan bola tampar di Eropah bermula
apabila tentera Amerika Syarikat bermain semasa Perang Dunia Pertama. Daerah yang
dikenalkan dengan permainan bola tampar adalah Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan
Poland (1919) serta Rusia (1922). Pada tahun 1947, Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa telah
ditubuhkan di Paris. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar
ditubuhkan. Pada tahun 1947 juga, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah
badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Paul Libaud (Perancis) adalah
presiden pertama FIVB selama 37 tahun. Selepas penubuhan FIVB, banyak pertandingan telah
berlaku. Pada tahun 1948, bola tampar mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik ke-18 di
Tokyo, Jepun. Pada tahun 1965, bola tampar diterima secara rasmi sebagai permainan Olimpik di
Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Madrid.

Kronologi dalam permainan bola tampar

Tahun Peristiwa

1895 William G. Morgan (1870-1942) mencipta permainan bola tampar

1900 Sebiji bola yang khusus telah direka untuk permainan bola tampar

1916 Teknik mengumpan dan merejam telah diperkenalkan di Filipina

1917 Mata permainan telah berubah daripada 21 ke 25

1922 Kejohanan bola tampar yang pertama diadakan di Brooklyn, New York dimana 27
kumpulan dari 11 negara telah menyertai.

1928 Pertubuhan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA) telah ditubuhkan.


Permainan terbuka pertama Amerika Syarikat terbuka kepada bukan skuad YMCA

1930 Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 orang di Santa Monica, California.

1934 Persetujuan telah diberikan untuk pengadil bola tampar antarabangsa.

1937 Pertubuhan Bola Tampar Amerika Syarikat sebagai badan rasmi di peringkat
antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston

1947 The Federation Internationale De Volley-Ball (FIVB) telah ditubuhkan.

1948 Permainan bola tampar pertama diadakan

1949 Kejohanan Dunia diadakan di Prague, Czechoslovakia.

1964 Bola tampar diperkenalkan di Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun.

1965 Pembentukan California Beach Volleyball Association (CBVA).

1974 Kejohanan Dunia di Mexico disiarkan di Jepun.


1975 Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di Pasadena Texas.
1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan Fountion Valley. 1980 ke Calfornia
dan San Diego pada tahun 1985.

1977 Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San Diego pada tahun
1981.

1983 Penubuhan The Association of Volleyball Professionals (AVP)

1984 Pasukan US memenangi pingat pertama mereka di Olimpik, Los Angeles.


Pasukan lelaki memenangi emas dan wanita memenangi perak.

1986 Pembentukan The Women's Professional Volleyball Association (WPVA).

1989 FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai

1990 Liga Dunia diadakan

1992 4 pemain Pro Beach League bermula di USA.1995

1994 Volleyball World Wide ditubuhkan.

1995 Permainan bola tampar telah mencapai selama 100 tahun.

1996 2 pemain disenaraikan dalam permainan bola tampar pantai di Sukan Olimpik.

1997 Dain Blanton dan Canyon Ceman (Afrika-Amerika) menjadi pemain bola tampar
pantai yang profesional yang pertama bagi pertandingan AVP.

1998 Untuk pertama kalinya dalam Jelajah Dunia FIVB, pemain lelaki dan wanita
dihadiahkan sebanyak $170,000 untuk setiap pertandingan.

1999 Pertama kali permainan bola tampar disenaraikan dalam Sukan Pan Amerika di
Kanada

2000 Pemenang Sukan Bola Tampar Pantai Olimpik Lelaki : Eric Fomoimoana & Dain
Blanton (USA).

2002 Gelanggang bola tampar pantai dikurangkan menjadi 8m x 8m setiap sisi.

1.2 Sejarah permainan bola tampar di Malaysia


Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Pulau
Pinang dan Selangor menerima permainan bola tampar pada masa yang sama iaitu pada abad ke-
20. Di Pulau Pinang, permainan bola tampar ini telah dikembangkan oleh pelajar-pelajar yang
baru balik dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pada tahun 1927 juga, pertandingan Liga Bola
Tampar Selangor telah dimulakan yang mana melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala
Lumpur. Pada tahun 1932 pula, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang telah
ditubuhkan. Pada tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang Cina Malaya
telah turut serta dalam Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh China di Shanghai. Ini telah
mendorong Persatuan Bola Tampar dan Bola Keranjang Pulau Pinang untuk mengembangkan
lagi permainan bola tampar ini terutamanya di kalangan masyarakat Cina. Perkembangan yang
berlaku ini membuatkan berlakunya penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar
Cina Malaya pada tahun 1935 juga yang mana pertandingan yang diadakan adalah melibatkan
negeri-negeri. Aktiviti permainan bola tampar ini telah tergendala apabila berlakunya Perang
Dunia Kedua, tetapi permainan ini disambungkan kembali selepas perang.

Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA telah ditubuhkan pada tahun
1959. Persatuan ini adalah hasil perbincangan antara perwakilan-perwakilan dari Pulau Pinang,
Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat yang diadakan. Pada tahun 1960, MAVA telah
menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan. Pada tahun 1962, MAVA telah bergabung
dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia (FIVB) dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM). MAVA
melibatkan penglibatan 17 gabungan yang terdiri daripada 13 buah negeri, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan, Angkatan Bersenjata Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Pada
tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa,
iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun 1965, Malaysia telah mengambil bahagian
dalam Sukan SEAP di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan. Pada bulan Ogos 1999,
MAVA telah menganjurkan Grand Prix Wanita Dunia di Genting Highlands. Selain itu, banyak
lagi pertandingan yang dianjurkan oleh MAVA. Sekarang ini, permainan bola tampar masih
menjadi acara sukan yang digemari oleh semua.
1.3 Jenis-jenis permainan bola tampar

Bola Tampar Pantai

Permainan bola tampar pantai atau beach volleyball merupakan antara variasi
terbaru yang dijadikan sebagai salah satu sukan bola tampar yang dimainkan di pantai.
Permainan ini bermula di Santa Monica, California pada tahun 1920-an. Kemudian, permainan
bola tampar berkembang ke Eropah sekitar tahun 1940-an. Pada tahun 1960-an bermulalah
kejohanan bola tampar profesional di Santa Monica namun ianya gagal mencapai tahap yang
diinginkan. Tetapi pertandingan professional di Perancis dihadiri oleh 30 000 orang.Pada 1970-
an pula terdapat pertandingan professional di Santa Monica yang ditaja oleh syarikat rokok. Di
1980, di Hermosa Mendarat, California gelanggang-gelanggang bola tampar pantai telah
dibangunkan dan menjadi modal gelanggang bola tampar pantai dunia. Bola tampar pantai telah
menjadi satu permainan pertunjukkan di sukan Olimpik 1992. Setelah beberapa dekad, dua buah
negara telah menjadi kuasa bola tampar pantai dunia iaitu Brazil dan Amerika Syarikat.
Kemudiannya, Australia telah muncul sebagai sebuah kuasa besar ketiga yang memonopoli
permainan bola tampar ini. Ketiga-tiga buah negara ini telah pernah memenangi pingat emas
dalam sukan Olimpik khususnya dalam acara permainan yang melibatkan wanita. Pasukan bola
tampar wanita Brazil memenangi pingat emas pada tahun 1996, Australia pada tahun 2000, dan
Amerika Syarikat pada tahun 2004. Sukan bola tampar pantai ini dimainkan oleh 6 orang
pemain bagi setiap pasukan dan ada sesetengahnya yang dibenarkan bermain dengan hanya 2
orang sahaja. Namun, ia bergantung kepada peraturan yang telah dikenalpasti.

1 ) Saiz gelanggang ialah 16m x 8m (ada juga yang menggunakan saiz asal iaitu

18m x 9m).

2 ) Halangan biasanya dikira bermula daripada kontak pertama.


3 ) Menolak bola dengan menggunakan open-hand dink atau dump plays apabila

pemain menggunakan hujung jari untuk mengalihkan bola masuk ke

gelangang pihak lawan termasuklah hard spike. Dink perlu dilakukan dengan

keadaan jari tangan yang tertutup.

4 ) Peraturan yang tegas perlu bagi kesalahan double contact semasa hand setting.

5 ) Menolak pada first contact juga merupakan open-hand contact.

6 ) Masa maksimum untuk melakukan servis adalah 5 saat.

7 ) Kiraan mata adalah secara rali namun ia perlu disesuaikan dengan keadaan

cuaca atau bukan gelanggang baru atau lama yang digunakan.

Bola Tampar Mini

Bola tampar mini adalah satu permainan yang diiktiraf dan digalakkan oleh FIVB.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak berumur 9-10 tahun sehingga 12-13 tahun.
Permainan ini bertujuan untuk membolehkan perlawanan di antara pemain-pemain daripada
kelab lain atau sekolah-sekolah. Bola tampar mini ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
dan kanak-kanak lelaki dalam dua pasukan untuk empat pemain, dalam sebuah gelangang yang
berukuran 4.5-6 meter kelebaran, 9-12 meter panjang dan dibahagikan dengan jaring 1.9-2 meter
ketinggian. Permainan bermula dengan memulakan servis dan pihak lawan hanya dibenarkan
untuk menyentuh bola sebanyak tiga kali dan menghantar bola tersebut kepihak lawan. Pasukan
yang mendapat mata akan memulakan servis permainan. Pemain yang sama akan memulakan
servis jika kumpulan mereka mendapat mata yang berturut-turut. Setiap pemain hendaklah
bertukar-tekar servis mengikut putaran yang telah ditentukan. Terdapat beberapa objektif
permainan bola tampar ini diadakan di sekolah. Bola tampar di sekolah merupakan salah satu
bentuk pendidikan yang merangkumi penglibatan budaya dan gaya pembelajaran sesebuah
negara. Guru mengunakan pelbagai cara dalam permainan bola tampar untuk membantu
meningkatkan lagi gaya pembelajaran dan perkembangan sosial pelajar.
Bola Tampar Dewan

Bola tampar dewan merupakan permainan bola tampar yang dimainkan oleh dua
pasukan yang mempunyai enam orang pemain bagi setiap pasukan di mana setiap pasukan
berada di dalam gelanggang masing-masing. Gelanggang segi empat, 60 kaki dengan 30 kaki
dibahagikan dengan satu jaring 2.24 meter untuk wanita dan 2.43 meter untuk lelaki dari
lantai. Pemain-pemain setiap pasukan menampar bola dengan tangan dan lengan bawah
melintasi jaring ke dalam gelanggan lawan. Perletakan kemahiran ( skilled placedment ) dan
pukulan digunakan supaya bola tidak dapat dikembalikan dengan berjaya. Permainan bermula
apabila seseorang pemain (no1) memulakan servis dengan menghantar bola dari luar belakang
sudut kanan gelanggang sendiri di mana bola tersebut mestilah melepasi jaring. Servis yang baik
adalah yang melintasi jaring dan menyentuh lantai atau seorang pemain didalam gelanggang
lawan. Mereka akan mendapat mata dan pemain yang sama akan memulakan servis. Setiap
pemain terus membuat servis sehingga dia melakukan satu kesalahan atau pasukannya gagal
memulangkan bola kepada pemain-pemain lawan dan mendapat satu mata. Tidak ada sesiapa
pemain yang dibenarkan memukul bola dua kali berturut-turut. Seorang pemain boleh memukul
bola kali pertama dan kali ketiga semasa bermain untuk menghantar bola melintasi jarring. Bola
tidak boleh menyentuh sebarang bahagian badan dibawah pinggang. Bola boleh dihantar dengan
secepat mungkin dan apabila sebahagian bola melintasi jaring atau bola yang kena jaring juga
boleh dimainkan. Situasi gagal memulangkan bola terjadi apabila satu side. Satu permainan
dimenangi oleh satu pasukan jikalau ia memperoleh 25 point berlebihan daripada lawannya.
Pasukan-pasukan kemudian menukar gelanggang masing-masing. Pasukan yang memenangi
tiga permainan akan menang perlawanan tersebut.

2.0 GELANGGANG PERMAINAN BOLA TAMPAR

2.1 Permukaan gelanggang


Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Permukaan tersebut
mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas
kawasan permukaan yang kasar dan licin. Penggunaan warna yang cerah atau muada harus
digunkan untuk gelanggang bola tampar dewan untuk memudahkan penglihatan pemain-pemain
mahupun pengadil dan penonton. Dalam Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya
permukaan kayu atau bahan daripada sintetik sahaja yang dibenarkan dan warna putih diperlukan
untuk membuat garisan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan
daripada FIVB.

2.2 Garisan gelanggang

Semua garisan adalah 5cm lebar. Garisan mestilah berwarna cerah dan berlainan
warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Terdapat tiga bahagian garisan yang
digunakan dalam permainan bola tampar :-

a)Garisan-Garisan Sempadan Gelanggang

 Permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan
tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan.

b) Garisan Tengah Paksi

 Garisan tengah pula membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang
yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang
dari garisan tepi ke garisan tepi yang satu lagi.

c) Garisan Serang

 Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah,
menandakan zon depan. Dalam Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, garisan serang
dipanjangkan dengan menambahkan garisan putus-putus dari garisan tepi yang berukuran
15 cm lebar dan dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m.
2.3 Zon dan kawasan permainan

a)Zon Depan

 Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang
garisan serang. Zon depan ini dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi
sehingga hujung zon bebas.

b) Zon Servis

 Zon servis adalah kawasan yang mempunyai kelebaran sebanyak 9 m di belakang setiap
garisan hujung. Zon servis dihadkan oleh dua garisan pendek di mana setiap satunya
adalah 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai
pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam
kelebaran zon servis.

c) PenggantianZon

 Penggantian zon dihadkan oleh jujuran kedua-dua garisan serang sehingga ke meja
pencatat mata permainan.

d) Kawasan Memanaskan Badan

 Dalam Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran
lebih kurang 3m x 3m di mana kawasan ini diletakkan pada kedua-dua penjuru
bersebelahan bangku di luar kawasan zon bebas.

e) Kawasan Penalti

 Kawasan penalti mempunyai kawasan yang beranggaran 1m x 1m yang dilengkapi


dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan dan di luar garis unjuran
garisan belakang. Kawasan penalti dihadkan oleh garisan merah yang berukuran 5 cm.
2.4 Peralatan

a) Bola

 Taraf

Bola hendaklah berbentuk sfera, ringan dan diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit

sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan

yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna-warni. Lilitannya

adalah 65-68 cm dan jisimnya 200-280 g manakala tekanan udaranya adalah 0.30-0.325

kg/cm2 .

 Keseragaman Bola

Semua bola yang digunakan dalam setiap perlawanan mestilah mempunyai taraf yang sama

dari segi lilitan, berat, tekanan udara, dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB

termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mestilah menggunakan bola kelulusan daripada
FIVB kecuali dengan persetujuan yang diberikan oleh FIVB.

b) Jaring dan tiang

 Ketinggian Jaring

Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya

dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Ketinggiannya

diukur dari kawasan tengah gelanggang permainan. Ketinggian jarring pada kedua-dua

garisan tepi mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian

rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah : -

• Lelaki B-18 : 2.35 m

• Lelaki B-15 : 2.25 m

• Perempuan B-18 : 2.20 m

• Perempuan B-15 : 2.15 m

• Lelaki dan perempuan B-12 : 2.00 m

 Tiang

Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan tepi. Tiang ini

berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah dialihkan sekiranya boleh. Dalam Pertandingan

Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1 m di luar garisan
tepi kecuali diberikan kelulusan oleh FIVB. Tiang itu adalah jenis bulat dan licin serta

dipasangkan ke atas lantai tanpa sebarang kabel.

 Penanda Tepi

Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap garis
tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x 1cm) adalah sebahagian daripada
jaring.

 Antena

Antena ialah satu ‘rod’ yang berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm, diperbuat
daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada pinggir luar setiap
penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian atas
antena menjangkaui di atas jaring dan ditandakan dengan jalur yang berukuran 10 cm yang
berlainan warna iaitu merah dan putih. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring
dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.

c) Pemakaian pemain

Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi, seluar pendek
dan stokin mestilah seragam, bersih dan sama warna dalam satu pasukan. Kasut mestilah ringan
dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. Jersi pemain-pemain mestilah
benombor 1 hingga 18 dan nombor-nombor itu mestilah diletakkan di tengah-tengah bahagian
hadapan dan belakang jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.

3.0 ASPEK KESELAMATAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

Sebelum memulakan permainan, setiap pemain mestilah memanaskan badan terlebih


dahulu agar dapat membantu otot-otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti
sebenarnya dan dapat melindungi anggota badan daripada kecederaan yang serius. Sesi
memanaskan badan ini mestilah dalam jangka masa lebih kurang 10 minit yang dimulakan
dengan senaman ringan dan diakhiri dengan regangan. Sesi pemanasan badan ini terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu berbentuk statik dan dinamik. Selepas memanaskan badan, pemain
bolehlah bermain. Kemudiannya, selepas bermain, pemain digalakkan membuat sese
menyejukkan badan agar dapat memulihkan semula otot-otot yang digunakan. Sesi penyejukkan
badan ini boleh dilakukan dengan memberikan makanan, minuman ataupun dalam bentuk
senaman.

Terdapat banyak aspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam permainan bola
tampar untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Di antaranya adalah :-

• Pemain perlulah memakai pelindung lutut atau knee pad bagi memastikan kecederaan
yang tidak serius semasa perlawanan dijalankan.
• Pemilihan kasut yang sesuai juga penting dalam memastikan aspek keselamatan
semasa berada di dalam gelanggang. Kasut yang baik adalah apabila tapak kasut
tersebut tidak mudah rosak dan tahan dengan keadaan gelanggang yang keras.
• Pemain yang bermain menggunakan cermin mata atau kanta lekap bertanggungjawab
ke atas dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam apa-apapun permainan, kecederaan boleh berlaku. Begitu jugalah dengan


permainan bola tampar. Kecederaan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas pertandingan
diadakan. Oleh itu, jurulatih dan guru-guru haruslah mengetahui langkah-langkah pencegahan
yang diperlukan dalam sesuatu permainan agar risiko untuk berlaku kecederaan berkurangan dan
mereka haruslah mengetahui cara-cara untuk merawat kecederaan yang berlaku. Kotak
kecemasan perlulah sentiasa dibawa agar dapat merawat kecederaan awal yang berlaku. Ini
penting untuk menjamin kecederaan tersebut daripada menjadi lebih serius.

Terdapat lima jenis kecederaan yang biasa berlaku dalam permainan bola tampar. Di
antaranya ialah :-

1. Luka yang berlaku akibat terjatuh ke atas permukaan keras atau berlanggar dengan
pemain yang lain atau tiang jaring. Bahagian lutut, siku dan kepala merupakan tempat
yang biasa terluka dalam permainan bola tampar.
2. Ketegangan dan terseliuh juga kecederaan yang biasa berlaku kepada pemain bola tampar
kerana otot, ligamen dan tendon mudah tergeliat ketika melakukan pergerakan dalam
permainan. Pada kebiasaannya, otot bahagian hadapan dan tendon belakang lutut tergeliat
apabila melakukan pergerakan secara mengejut. Sendi pada bahagian kaki mudah
terseliuh apabila ligamen di sekelilingnya mengalami tekanan secara berlebihan
contohnya apabila tergelincir atau menukar arah pergerakan dengan cepat.
3. Bengkak. Ini berlaku apabila terdapatnya lebam-lebam merah atau biru-hitam yang
disebabkan oleh terjatuh, terlanggar pemain lain atau pun terlanggar tiang jaring ketika
melakukan merejam atau menghalang.
4. Pengsan atau tidak sedarkan diri disebabkan oleh terlanggar dengan pemain lain ataupun
tiang jaring.
5. Kecederaan yang berlaku pada mulut, bibir, gusi, gigi dan mata.

Pencegahan kecederaan perlulah dilakukan agar pemain dapat bermain dengan baik
dalam permainan. Jurulatih haruslah memastikan setiap teknik dan cara-cara dalam permainan
diajar dengan betul dan tepat. Pakaian, peralatan yang digunakan serta persediaan yang cukup
juga haruslah dalam keadaan baik dan sesuai demi mencegah berlakunya kecederaan. Terdapat
lima langkah dalam mengatasi kecederaan. Pertama, pemain haruslah menguasai teknik
permainan dengan betul supaya dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Kedua,
penguasaan kecergasan spesifik juga penting untuk membantu mereka dalam mengelakkan
kecederaan dan bukan hanya untuk pemantapan mutu permainan sahaja. Ketiga, pemain
hendaklah menggunakan kemudahan dan pemakaian yang sesuai. Penggunaan pakaian yang
tidak sesuai boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindungan seperti
pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila
terjatuh. Keempat, pemain perlulah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam
permainan. Yang terakhir adalah persediaan yang lengkap untuk pertandingan mahupun latihan.

Kecederaan yang berlaku dalam permainan perlulah dirawat. Hal ini bertujuan untuk
mengurangkan kecederaan yang berlaku, melegakan kesakitan dan menggalakkan kesembuhan
bagi kecederaan tersebut. Tugas ini terletak di bahu pegawai fisioterapi atau paramedik dalam
sesebuah pasukan. Namun, sebagai jurulatih, mereka haruslah mengetahui serba sedikit untuk
memberi pertolongan cemas kepada pemain. Seseorang atlet yang mengalami kecederaan tidak
harus digerakkan sehingga dikenalpasti pergerakan tersebut tidak akan menambahkan lagi
kesakitan yang dialami oleh pemain. Pembantu pertolongan cemas boleh merawat segera
kecederaan seperti luka, terseliuh, kejang dan rasa tegang. Apabila kecederaan tisu lembut
berlaku, salurah darah yang kecil tergeliat dan darah keluar menyebabkan lebam dan bengkak.
Tindakan cepat harus diambil untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak
melalui kaedah RICE.

R-rest (rehat)
I-ice (ais)
C-compression (pemampatan)
E-elevation (penaikan)

Rehat untuk 24 jam dalah untuk mengawal pendarahan lanjutan yang mungkin berlaku.
Ais diletakkan di tempat yang tercedera selama 20 minit setiap 2 jam pada 24 jam yang pertama
untuk melegakan kesakitan, bengkak dan pendarahan yang berlanjutan. Ais dibalut dengan
menggunakan tuala basah dan tidak boleh bersentuhan dengan kulit secara terus. Pemampatan
kecederaan dengan menggunakan pembalut krep akan menahan darah keluar dan mengurangkan
rasa bengkak pada bahagian yang cedera namun balutan tidak boleh terlampau ketat kerana akan
menghalang pengaliran darah. Penaikan pula menolong mengurangkan bengkak dan menahan
kehilangan darah. Penaikan dilakukan dengan menaikkan anggota badan cedera sehingga
melebihi paras jantung dan dilakukan dalam masa 24 jam. Luka dalam di bibir, kening, kulit
kepala mungkin memerlukan jahitan. Tekanan teguh dengan pad kapas di atas luka selalunya
dapat menahan pendarahan. Pesakit haruslah dihantar ke hospital segera untuk dijahit bagi
mengelakkan jangkitan kuman.

Kecederaan dan cara rawatan dalam permainan bola tampar

Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury)


1. Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon di
tempat melekat tendon atau di tulang sendiri.

‘Chronic & Overuse’

• Ini disebabkan hasil tekanan/beban yang berulang-ulang atau pergeseran yang berterusan.
Biasanya semasa latihan ketahanan (endurance training)
• Contoh kecederaan: Tendinitis

‘Acute on Chronic’

• Otot yang telah sedia sakit akibat chronic & overuse terkoyak atau putus

Ubat anti-inflammatory (insaid drug)

• Penggunaan ubat ini akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan

Rawatan Fisioterapi:-

• Rawatan ini bermula secepat mungkin – selepas kecederaan.


• Rawatan meliputi air batu dan senaman, ultra sound, rangsangan otot letrik serta senaman
kekuatan dan kelembutan.

Ubat Corticosteroid

• Penggunaan ubat ini juga akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Suntikan ubat ini
(local injection) pada tempat kecederaan dilakukan setelah rawatan-rawatan lain tidak
berjaya mengurangkan kesakitan/kecederaan atau kecederaan itu berulang-ulang.

Patah tulang

1. Tulang yang patah mungkin disebabkan oleh pukulan tepat atau secara langsung, pukulan
secara tidak langsung dan akibat adaripada tersentap sendi. Pada kebiasaannya, tanda-tanda
patah tulang dapat dirasai atau dilihat apabila pada bahagian yang patah tersebut menjadi
lebam atau bengkak, bahagian yang tercedera tidak boleh digerakkan dan rasa sakit pada
bahagian tersebut.
2. Peraturan am bagi rawatan fraktur:-

• Jangan cuba menggerakkan mangsa itu sehingga bahagian yang patah itu telah dilarang
gerakkan, kecuali mangsa itu didalam keadaan bahaya yang mengancam nyawanya.
• Peringatan – langkah-langkah yang dilakukan dengan kasar mungkin mengakibatkan
keadaan menjadi lebih serius dan menambahkan bahaya renjatan, misalnya patah tertutup
mungkin menjadi patah tulang terbuka.
• Peraturan diatas diutamakan, oleh yang demikian pernafasan yang terhenti dan
pendarahan yang teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum memberi
rawatan pada tulang.
• Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta-merta supaya ia tidak bergerak langsung.
Langkah seperti itu tidak akan menggerakkan hujung-hujung tulang itu daripada
merosakkan saluran darah atau otot-otot.
• Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pembalut segitiga ikat anggota yang
tercedera kepada anggota yang tidak tercedera atau badan mangsa.
• Balut dan tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih
• Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan
• Dapatkan pertolongan doktor dengan segera
• Kecederaan pada tulang yang tidak dapat dipastikan, maka rawatlah kecederaan itu
sebagai merawat patah tulang.

Terseliuh
1. Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya
terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan kaki atau lengan.

2.Rawatan:-

• Letakkan beku air batu pada sendi yang cedera itu untuk mengurangkan rasa bengkak dan
melegakan kesakitan.
• Jika pergelangan kaki terseliuh, kasut hendaklah dibuka dengan segera.
• Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi itu dalam keadaan yang paling
selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, balutkan tangan sebelah
bahagian yang cedera dengan anduh besar.
• Letakkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan pembalut krep
mengikut angka lapan.
• Kemudian, bawa mangsa ke hospital

Urat daging terkoyak

1. Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot-
otot secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda yang berat atau bermain. Ini
boleh dilihat apabila adanya bengkak pada tempat yang cedera, rasa sakit apabila
bergerak dan mungkin akan menjadi kaku.
2. Rawatan:-

• Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.


• Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan dalam
tempoh 24 jam kemudian, mengurut dengan minyak sloan.
• Balutkan bahagian yang cedera dengan anduh segitiga
• Bawanya ke hospital

Kejang (cramp)
1. Kejang adalah keadaan yang tidak sengaja yang datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana
otot-otot tertarik dan tersimpul.
2. Rawatan:-

• Otot-otot yang kejang akan dipanjangkan.


• Ditangan – luruskan jari-jari dengan cermat
• Dikaki – luruskan lutut dan tekan tapak kakinya
• Dipaha – luruskan lutut dan angkat kakinya, kemudian menekan lutut ke bawah
dengan tangan.
• Jika berlaku kehilangan air yang berlebih-lebihan, beri air yang bercampur
dengan sukatan ¼ sudu teh garam dengan gelas air.

Pedih perut (stitch)

1. Ketika sedang bermain, berlari dan berjalan pantas, terutama bagi orang yang tidak biasa
berlatih: kekejangan dalam otot abdomennya
2. Rawatan:-

• Pemain tersebut mestilah berehat secara baring terlentang


• Berilah minuman yang panas
• Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.

RUJUKAN
Creative Thinking (2010) Aspek keselamatan dalam permainan bola tampar.
http://www.scribd.com/doc/21323564/aspek-keselamatan. Diperoleh pada 20 Ogos 2010.

Creative Thinking (2010) Bola tampar.

http://olahraga2u.wordpress.com/category/bola-tampar/. Diperoleh pada 18 Ogos 2010.

Creative Thinking (2010) Bola tampar. www.scribd.com/doc/5991002/Bola-Tampar.


Diperoleh pada 18 Ogos 2010.

Siti Ayu Megawati Mohd Said (2009, 20 Oktober) Jenis gelanggang bola tampar.

http://megawatisaid.blogspot.com/2009/10/jenis-gelanggang.html. Diperoleh pada 20 Ogos

2010.

http://www.masvolley2.org/ history of mava