Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA HARI USAHAWAN KELAS KOKU SESI 11, 2017/2018

PERINGKAT KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan daripada pihak tuan untuk
kelulusan program dan mendapatkan kebenaran penajaan( barangan) bagi menjayakan Hari
Usahawan kelas Kokurikulum semester 2 ,sesi 2017/2018, peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

2.0 LATAR BELAKANG

Hari Usahawan ini merupakan inisiatif dari Kelab Keusahawanan untuk memberi pendedahan dan
peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan markah 10% kokurikulum.Selain dari itu, ianya juga
merupakan satu bentuk penilaian khususnya kepada para pelajar kelab usahawan mengaplikasi
kemahiran ilmu usahawan dalam mengelolakan acara dan menjalankan perniagaan disamping
membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi tuntutan markah 10% kokurikulum
3.2 Membina dan mengaplikasi ilmu-ilmu usahawan di kalangan pelajar
3.3 Dapat meningkatkan semangat daya saing pelajar dan dapat meningkatkan tahap kecergasan
melalui program yang diadakan
3.4 Dapat menerapkan nilai – nilai gaya hidup sihat melalui aktiviti yang dijalankan dan penglibatan
setiap pelajar.

4.0 CADANGAN TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Hari Usahawan ini akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu 02 Mac dan 03 Mac 2018, jam 8.00
pagi hingga 4.00 petang di Dewan Alfarabi KMPP.

5.0 PENYERTAAN

Melibatkan semua pelajar kelab keusahawanan semester 2 kelas kokurikulum KMPP (AJK INDUK
PROGRAM)
Lain-lain pelajar
Agensi Luar
Sekolah-sekolah berdekatan
Penggerai luar

6.0 ATURCARA PROGRAM


TENTATIF PROGRAM(PENGISIAN)
1. Ekspo Keusahawanan
Ekspo keusahawanan akan berfokus pada jualan melalui kupon pelbagai produk dan
pertandingan kemahiran sukan dan permainan anjuran unit kokurikulum. Penggerai
luar akan dikenakan sewaan secara minima.

2. Demonstrasi dron dan robotik


Pihak urusetia bercadang menjemput “Kelab Dron & Robotik ” Sek.Men Sains Kepala
Batas untuk membuat pertunjukkan pengendalian teknologi dron & robotik kepada
semua pelajar

3. Aktiviti sampingan anjuran urusetia


Aktiviti ini melibatkan cabutan bertuah sebagai salah satu tarikan yang melibatkan
para pengunjung

4. Ceramah & pameran kesihatan


Pihak urusetia bercadang menjemput pihak Kementerian Kesihatan untuk
mengadakan pameran kesihatan berkaitan kepentingan dan jenis vaksinasi di tapak
kami.

02/3/2018 (Jumaat)

5.00 – 11.00 malam -Persediaan tempat


-Pembukaan booth jualan

03/3/2018 (Sabtu)

8.00 pagi– 4.00 petang -Pembukaan booth jualan


-Demostrasi dron dan pertandingan permainan
-Ucapan aluan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
-Upacara persmian penutupan

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Pengarah Kolej Matrikulasi Pualu Pinang


Penasihat : Timbalan Pengarah Koelj Matrikulasi Pulau Pinang
Pengerusi : Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar,Kolej Matrikulasi P.Pinang
Bendahari : Pegawai Eksekutif Kanan,Kolej Matrikulasi P.Pinang
Setiausaha : Mohd Yusri bin Omar
Penyelaras : En Jeffry Azmi bin Nasruddin

JAWATAN KUASA PETUGAS

AJK INDUK
Ahli kelab Keusahawanan Semester 2, 2017/2018

J/kuasa Gerai Jualan


J/kuasa Kupon
J/kuasa Fotografi
J/kuasa Siaraya
J/kuasa Pertolongan Cemas
J/kuasa Program
J/kuasa Publisiti
J/Kuasa Pemasaran
J/kuasa Makanan&Minuman
8.0 SUMBER KEWANGAN

Permohonan peruntukan dibawah pecahan kepala OSxxx


Sewaan gerai dari penggerai luar

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM)


1. MAKANAN & MINUMAN(URUSETIA)
2. BANNER
3. FLYERS
4. CENDERAMATA
5. LABEL
6.

JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN =RMXXX

10.0 PERTIMBANGAN

Kami amat mengharapkan kerjasama yang sepenuhnya daripada pihak Tuan bagi meluluskan
permohonan ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar HARI KEUSAHAWANAN ini para pelajar khususnya ahli kelab dapat
mempraktikkan ilimu keusahawanan dan aturan untuk menguruskan sesuatu acara disamping
memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi markah 10% secara menyeluruh.
.
Disediakan oleh,

…………………………..
Setiausaha
Mohd Yusri bin Omar

Anda mungkin juga menyukai