Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

Menurut Noresah (2010), melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu


supaya kekal seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang malu untuk menggunakan
bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Hal ini akan menjejaskan imej negara kita kerana Bahasa
Melayu adalah bahasa nasional kita. Terdapat isu, cabaran dan program untuk melestarikan
Bahasa Melayu yang akan dibincangkan melalui kerja kursus ini.

2.0 ISU DALAM MELESTARIKAN BAHASA MELAYU

Antara isu yang sering dipersoalkan dalam melestarikan Bahasa Melayu iaitu masyarakat
bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran
Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran
dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain kini menggalas
satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru,
guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan
keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan
bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah disertakan dengan kepentingan bahasa Inggeris
agar tidak menimbulkan konflik lain.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran


kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa
Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang
menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam
kon-teks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan
perkembangan semasa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,
para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau
golongan yang memerlukan bantuan.

Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru
opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan
opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Menurut Nik Safiah Karim et. al (2008) berpendapat
banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi

1
penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan
masalah dalam melahirkan pelajar yang benar-benar berketerampilan dari aspek penguasaan
bahasanya. Lantaran itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa
kebangsaan sendiri.

3.0 CABARAN DALAM MELESTARIKAN BAHASA MELAYU

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada


dunia dalam abad ke-21, bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada
dalam konteks nasional atau antarabangsa. Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun
pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa
Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003,
penggunaan Bahasa Inggeris bagi semua Matematik dan Sains dalam semua peringkat. Namun,
pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di
negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012
penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik dihapuskan. Munculnya abad ke-21,
telah menjadikan Bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada
bahasa Inggeris.

Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat
impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum,
bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini
sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat.
Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata
berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, Bahasa Inggeris tetap
dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua
negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Negara Korea
Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi,
namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.

Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan
dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan
bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan

2
penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21,
sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa
Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti
keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi. Memang tidak dapat
dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah
Karim (2004), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli, iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti
oleh ayat dalam bahasa kedua. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi,
fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan
dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Penggunaan
bahasa Melayu dalam kalangan remaja cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai
bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu
penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka menggunakan
bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa.

Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa
ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri
penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh
yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang
dipegang oleh penuturnya. Jadi, abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap
penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan
mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris.
Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’
terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti
perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka
bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun di
dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa
Inggeris.

3
4.0 PROGRAM MELESTARIKAN BAHASA MELAYU SECARA BERKESAN

Antara program yang dapat direalisasikan dalam melestarikan Bahasa Melayu secara
berkesan iaitu mengadakan aktiviti seperti pertandingan, bengkel bahasa dan budaya serta
program yang mempromosikan Bahasa Melayu di sekolah untuk para pelajar. Guru-guru boleh
bergandingan bahu untuk mengadakan aktiviti tersebut dengan lebih supaya dapat menarik minat
murid-murid dalam memperkasakan Bahasa Melayu. Sebagai contoh, aktiviti yang dapat menarik
minat murid-murid seperti Pertandingan Bercerita, Pertandingan Mencipta dan Menyanyikan
Lagu Klasik, Forum Berbahasa dan sebagainya. Selain itu, para pelajar juga dapat mengaktifkan
diri dalam kegiatan bahasa melayu yang diadakan mungkin setiap bulam atau setiap minggu.
Majlis Bahasa Melayu juga sering mengadakan bulan bahasa setiap tahun. Namun, ia mungkin
tidak mendapat sambutan yang begitu banyak di kalangan masyarakat Melayu kita. Mereka
mungkin boleh mengadakan bulan bahasa yang lebih menarik dan berkesan supaya lebih ramai
masyarakat melayu akan lebih tertarik dengan aktiviti yang dijalankan pada bulan bahasa setiap
tahun.

Akhir sekali, negara seorang individu itu juga boleh memainkan peranan dalam isu ini
dengan bertutur dalam bahasa Melayu apabila mereka ke negara lain untuk perbincangan
mereka. Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya sendiri melalui
media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini. Sebagai tamsilnya, kempen seperti
“Gunakan Bahasa Kebangsaan” dan “Budi Bahasa Budaya Kita” juga merupakan salah satu
langkah proaktif yang dapat melestarikan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di negara
ini. Oleh itu, program-program seperti ini akan lebih berkesan dalam melestarikan Bahasa Melayu
supaya ia akan menjadi bualan oleh masyarakat dunia sekaligus memartabatkan lagi Bahasa
Melayu di persada dunia.

5.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah memartabatkan Bahasa Melayu
supaya bahasa yang standard tidak akan tenggelam dan luput ditelan zaman. Isu-isu dan cabaran
tersebut haruslah dibendung agar masalah sebegini tidak akan berterusan sehingga ke cucu cicit
kita pada masa yang akan datang. Melalui program-program yang telah disyorkan, maka dapatlah
kita melestarikan Bahasa Melayu ini. Oleh itu, bersama-samalah kita bergandingan bahu dalam
melestarikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa kita.

Anda mungkin juga menyukai