Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : KANAGAPRABHU A/L S. KANAGAMBARAM


(b) Nama IPG : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
(c) Opsyen : BAHASA TAMIL
(d) Ambilan : JUN 2016
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: NOVEL MENITI IMPIAN

2. Pengarang: UMIE NADZIMAH

3. Tahun diterbitkan: 2011

4. Diterbitkan oleh: KARYA SENI

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia
5. Sinopsis Buku Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis
Yang Dibaca: yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia


mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya.
Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati
wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina
gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya
segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah
apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan
kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada
gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis
serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan
musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang
terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya
boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke?
Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak
sama ke angan kita?” – Tajul Razin
 Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga
6. Manfaat/ yang miskin.
pengajaran yang
diperoleh  Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya
daripada buku mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.
yang dibaca:  Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh
bertanggungjawab.
 Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak
mengulanginya.

7. Tandatangan: KANAGAPRABHU A/L S. KANAGAMBARAM

* mentor hendaklah menghantar soft copy ke email: ahzeck@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai