Anda di halaman 1dari 1

MAKLUMAN KEJADIAN MELIBATKAN PELAJAR BERNAMA KHAIRUL ASYRAF 3 FASIH

Tarikh : 23/7/2019
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Asrama

Lebih kurang jam 8.20 malam, pelajar Jefri dari Kelas 2 E datang mengetuk pintu rumah saya
sambil menangis. Dia mengadu telah ditampar sebanyak 3 kali dan di tendang di dada sekali oleh
Khairul Asyraf kerana meminta semula jam tangan miliknya. Saya telah bertanya kepada ketua
pelajar asrama tentang kesahihan kes, dia mengaku menyaksikan kejadian. Saya memanggil Khairul
untuk mendapatkan pengakuan, dia mengaku. Keputusan saya adalah memanggil bapa Khairul
Asyraf ke asrama kerana pelajar ini telah melanggar perjanjian kali kedua asrama yang baharu di
tandatangani bersama bapa. Khairul menunggu bapanya di kantin asrama. Ketika untuk solat isya,
dia datang ke surau untuk solat bersama, dan selepas solat dia telah mencuba menghasut rakan
untuk bertumbuk dengan warden. Namun tiada yang menyahut, pelajar sebahagian pulang ke
asrama, sebahagan berada di luar surau. dia terus mengajak saya untuk bergaduh, dan memberitahu
ketidakpuasan hatinya dengan bercakap secara biadap sehingga bapanya sampai ke surau untuk
menjemputnya pulang. Ketika itu saya bercakap dengan dua pelajar lain sambil tidak
menghiraukannya. Ugutan yang diberitahu adalah seperti akan bertumbuk di luar, akan mengajak
orang kampung Mahligai untuk menyerang dan pelbagai lagi.

Kesalahan lampau:

- diberikan amaran kerana dijumpai puting rokok di belakang almari sendiri.

- pulang ke rumah tanpa kebenaran warden, menipu keluarga dengan memburukan nama warden,
ketua guru disiplin sekolah dan beberapa guru lain. ( tindakan :perjanjian disiplin)

- Ponteng kelas dengan menipu guru subjek ( Cikgu Anuar) mengatakan berjumpa dengan guru
disiplin.

- menampar dan menendang pelajar lain.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai