Anda di halaman 1dari 1

Amalan pemakanan yang seimbang merupakan aspek penting dalam

menentukan perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dan sempurna bagi

seseorang individu. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau

sejauhmanakah tahap pengetahuan dan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar

4SPH iaitu Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kajian

berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 89 orang pelajar. Kajian ini

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Di antara perkara yang ditinjau

adalah tahap pengetahuan asas pemakanan, tahap amalan pemakanan dan pengaruh

persekitaran terhadap amalan pemakanan pelajar. Data telah di analisis secara

statistik diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for Social

Sciences (SPSS) 11.5 For Windows. Dapatan kajian menunjukkan tahap

pengetahuan asas responden tentang amalan pemakanan berada pada tahap tinggi.

Tahap amalan pemakanan responden pula didapati berada pada tahap sederhana.

Hasil kajian ini juga mendapati bahawa persekitaran mempunyai tahap pengaruh

yang sederhana terhadap amalan pemakanan pelajar. Pengkaji telah mengemukakan

beberapa cadangan kepada individu dan pihak Universiti.

Anda mungkin juga menyukai