Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A:

( 30 MARKAH)
Pilih jawapan yang paling tepat.

1 Istilah moral berasal daripada bahasa Latin iaitu mores yang bermaksud
A. Tingkah laku yang baik
B. Tingkah laku jujur
C. Tingkah laku amanah
D. Tingkah laku sampingan

2 Berikut ialah ciri yang perlu ada pada setiap insan bermoral kecuali
A. prinsip moral
B. Perasaan moral
C. Pemikiran moral
D. Perlakuan moral

3 Antara berikut yang manakah perlakuan insal bermoral?


A. ikut nasihat ibu bapa
B. mencari nafkah untuk keluarga
C. menjadi teladan kepada keluarga
D. menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua.

4 Mengapakah sifat amanah perlu dipraktikkan dalam kehidupan?


A. Untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain
B. Untuk mendapat simpati daripada orang lain
C. Untuk meraih kepercayaan daripada orang lain
D. Untuk mewujudkan suasana yang harmoni sesama pelajar
5 Yang berikut menggambarkan ciri-ciri harga diri kecuali
A. Sentiasa berpakaian sopan
B. Menjaga diri di mana sahaja berada
C. Menjaga nama baik diri dan keluarga
D. Mudah terpengaruh dengan unsur negatif

6 Perlakuan manakah menunjukkan nilai hemah tinggi?


A. Halimah makan sambil berdiri
B. Zaki tidak bertegur sapa apabila bertemu dengan gurunya
C. Sofea memberi salam apabila hendak masuk ke dalam rumah
D. Suriani menunjuk-nunjuk cincin yang baru dibeli kepada kawan-kawannya

7 Apakah kebaikan mengamalkan nilai toleransi?


A. Dapat menilai kekurangan orang lain
B. Dapat mengetahui kelemahan orang lain
C. Dapat menerima dan memahami cara hidup orang lain
D. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

8 Usaha seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya


A. Bersikap sambil lewa
B. Dapat menerima pendapat orang lain
C. Melakukan kerja secara berkumpulan
D. Melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh

9 Bagaimanakah anda dapat membantu untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu?
A. Tidak menyinggung perasaan dengan menghina amalan dan adat resam kaum lain
B. Tidak mengetahui amalan dan adat serta kepercayaan kaum lain.
C. Tidak menghiraukan perasaan orang lain
D. Tidak menghormati hak orang lain
10 Sikap kasih sayang perlu ditunjukkan kepada semua yang berikut, kecuali
A. Ibu bapa
B. Pembelot negara
C. Tanah air
D. Alam sekitar

11. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri remaja yang mempunyai agama?
I Sering mengalami tekanan jiwa
II Lebih gembira dan ada kepuasan hidup
yang tinggi
III Tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama seperti membunuh diri
IV Mempunyai umur yang lebih panjang
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

12 Apakah tujuan kita bersembahyang dan berdoa?


I Ingin meminta sesuatu daripada Tuhan
II Tanda bersyukur dan berterima kasih
kepada Tuhan atas segala nikmat yang diperolehi
III Akan dimarahi oleh ibu bapa jika tidak
sembahyang
IV Tidak takut akan balasan Tuhan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

13 Berikut merupakan kebaikan bersikap amanah, kecuali


A dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
B dapat mengekalkan hubungan persahabatan
C hubungan menjadi semakin tegang
D dapat mengelakkan pergaduhan
14 Antara berikut, yang manakah merupakan tanggungjawab pelajar di dalam kelas?
I Membersihkan meja guru
II Membersihkan papan tulis
III Membaiki perabot yang rosak
IV Membersihkan cermin tingkap
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

15 Kita perlu menghormati ajaran agama kaum lain kerana


A mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
B memudahkan kita mencari kelemahan agama lain
C mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
D mengenal pasti kelebihan agama masing-masing

16 Apakah contoh perlakuan dan tindakan yang adil?


I Menghukum berdasarkan bukti yang nyata
II Menentukan pemenang sesuatu
pertandingan berdasarkan kualiti hasil kerja
III Memuji murid yang pandai sahaja
IV Memuji semua murid yang berkelakuan baik
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

17 Berikut merupakan contoh perlakuan tidak bermoral golongan remaja, kecuali


A lari dari rumah
B menghisap rokok
C ponteng sekolah
D mengulang kaji pelajaran
18 Antara berikut, yang manakah faktor yang mendorong remaja terlibat dalam gejala negatif?
I Kurangnya perhatian dan kasih sayang
daripada keluarga
II Mempunyai keinginan untuk mencuba
sesuatu yang baru
III Mempunyai ketahanan jiwa yang rapuh
IV Pengecualian undang-undang negara
terhadap remaja
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

19 Mengapakah individu yang telah dibebaskan daripada pusat serenti masih lagi mengulangi
kesalahan yang sama?
I Kerana mendapat layanan buruk masyarakat
II Kerana undang-undang di pusat serenti yang longgar
III Kerana pandangan negatif pihak polis
IV Kerana terpengaruh dengan rakan sebaya
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

20 Bagaimanakah cara untuk membina sikap berdikari dalam kalangan kanak-kanak?


A Menyuruhnya membuat kerja-kerja rumah yang mudah
B Mencegahnya melakukan kerja-kerja orang dewasa
C Menolongnya membuat kerja sekolah
D Menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapi

21. Setiap individu boleh membuat pilihan bermoral dari segi tingkah laku, gaya hidup, kawan
dan …………..
A. kerjaya
B. Kewangan
C. Kenderaan
D. Kendiri
22. Keperluan membuat pilihan bermoral adalah seperti berikut KECUALI
A. Memelihara harga diri
B. Meningkatkan keyakinan diri
C. Mementingkan diri
D. Menjamin masa depan

23. Perasaan yang akan timbul pada setiap pilihan bermoral ialah gembira, seronok
dan …………...
A. sedih
B. bongkak
C. sombong
D. puas hati

24. Salah satu ciri pilihan bermoral ialah


A. Mengikut hati dan perasaan
B. Tidak mematuhi undang-undang
C. Mendatangkan keburukan
D. Mengikut ajaran agama dan kepercayaan

25. Kepentingan mempertahankan pilihan bermoral adalah seperti berikut KECUALI


A. Hidup sejahtera
B. Dihormati oleh rakan
C. Dipandang tinggi oleh masyarakat
D. Menjadi pujaan peminat

26. Contoh anugerah alam ciptaan Tuhan ialah …………………….

A. pantai yang bersih


B. kapal terbang
C. keretapi
D. Kereta

27. Pilih pasangan yang betul.

Contoh Anugerah Fungsinya


Tuhan
A. Air terjun yang Sebagai sumber air
jernih bagi hidupan
B. Pantai yang indah Sebagai kawasan
pembalakan
C. Banjaran gunung Jalan pengangkutan
D. Tasik yang tenang Sebagai pusat
perindustrian
28. Kita harus sentiasa ……………. anugerah alam ciptaan Tuhan.
A. merosakkan
B. mengotorkan
C. mencemarkan
D. menghargai

29. Kepelbagaian flora dan fauna boleh digunakan sebagai sumber makanan
dan ………………….
A. perubatan
B. pengangkutan
C. manusia
D. Kerja

30. Pantai yang …………….. dan bersih menjadi tumpuan pelancong.

A. kotor
B. tercemar
C. indah
D. panas