Anda di halaman 1dari 27

PERKEMBANGAN STAFF

PENGENALAN

Perkembangan Staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah


dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan keberkesanan PPDa di sekolah.

RASIONAL

 Guru-guru dan kaitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai Pendidikan


Pencegahan Dadah.
 Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha
menggerakkan PPDa di sekolah.

OBJEKTIF

 Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dadah


 Meningkatkan kemahiran PPDa.
 Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum.
 Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

 Guru Sekolah
 Kakitangan Sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Ceramah
 Bengkel
 Seminar
 Forum
 Lawatan
PERSONALIA

 Pengetua
 S/U PPDa
 Guru Disiplin
 Pegawai Khas dadah JPN / PPD
 Penceramah Jemputan ( ADK, Kesihatan. Jabatan Narkotik, PEMADAM, Penjara, Jabatan
Kebajikan dan Jabatan Agama.
PENGISIAN

 Pengetahuan PPDa
 Strategi menangani masalah dadah.
 Senario dadah Di Malaysia
 Kemahiran Personal dan Interpersonal
 Pendedahan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran PPDa
 Aktiviti permuafakatan dalam PPDa

A. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ( PANDUAN PELAKSANAAN )

PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU ( PROGRESS )

PENGENALAN

Program Gerak Sedar Bersepadu adalah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh
menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu
melibatkan pihak sekolah , PDRM, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Agama dan PEMADAM.

RASIONAL

 Murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan dan


kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah tentang bahaya dadah. Kempen adalah kaedah
yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.

OBJEKTIF

 Mewujudkan kesedaran murid, guru dan masyarakat tentang bahaya dadah.


 Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat.
 Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan-rakan
dan masyarakat.

KUMPULAN SASAR

 Semua Murid Sekolah


KAEDAH PELAKSANAAN

 Perhimpinan
 Kempen ( 1-3 hari )
 Ceramah
 Pameran

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan HEM


 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
 Guru Disiplin
 Penceramah Jemputan ( ADK, Kesihatan. Jabatan Narkotik, PEMADAM, Penjara, Jabatan
Kebajikan dan Jabatan Agama.

PENGISIAN

 Ceramah PPDa
 Pameran PPDa
 Bersama Tokoh
 Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Setempat
 Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah

RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah oleh Bahagian Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

A. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PANDUAN PELAKSANAAN )

UJIAN URIN

PENGENALAN

Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan untuk mengesan
murid yang disyaki mencuba dadah.

RASIONAL
 Ujian urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk
mengesan murid yang ingin mencuba dadah supaya boleh dicegah dan diberi bimbingan.

OBJEKTIF

 Mengesan murid yang terlibat dengan dadah.


 Memberi Bimbingan Pendidikan Pencegahan dadah kepada murid yang positif urin.

KUMPULAN SASAR

 Murid Sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Kertas Jalur ( Saringan )


 Ujian Pengesahan ( Makmal )

PERSONALIA

 S/U PPDa / Guru Kaunseling


 Guru Disiplin
 Pegawai Khas dadah JPN / PPD
 Agensi Dadah Kebangsaan / Kementerian Kesihatan
PENGISIAN

 Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti


 Memaklumkan kepada PPD / JPN
 Menyediakan jadual pelaksanaan ( senarai murid dan tarikh )
 Taklimat ujian urin kepada murid
 Pengambilan dan pengujian sampel.
 Soal selidik atau pengakuan murid

RUJUKAN

 Surat Siaran KP ( BS/HEP) 8543 / 064 ( 36 ) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin
Pelajar Sekolah.
 Buku Panduan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah Di Kalangan
Murid Di Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran malaysia.
A. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ( PANDUAN PELAKSANAAN )

MINGGU ANTIDADAH

PENGENALAN

Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai dadah Narkotik (UNCND) telah


mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa ,
manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai
Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah supaya hasrat kita menjadikan Sekolah Bebas Dadah akan tercapai.

RASIONAL

 Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka
tentang bahaya dadah.

OBJEKTIF

 Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.


 Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan
Pencegahan dadah.
 Membentuk tingkah laku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

 Murid Sekolah Rendah / Menengah


 Guru-guru dan kakitangan sekolah
 Ibu bapa

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perhimpunan
 Ceramah
 Pameran
 Pertandingan
 Persembahan
 Bacaan Perutusan Dan Ikrar
PERSONALIA

 S/U PPDa / Guru Kaunseling


 Guru Disiplin
 Pegawai Khas dadah JPN / PPD
 Agensi Dadah Kebangsaan / Kementerian Kesihatan

PENGISIAN

 Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti


 Memaklumkan kepada PPD / JPN
 Menyediakan jadual pelaksanaan ( senarai murid dan tarikh )
 Taklimat ujian urin kepada murid
 Pengambilan dan pengujian sampel.
 Soal selidik atau pengakuan murid

RUJUKAN

 Surat Siaran KP ( BS/HEP) 8543 / 064 ( 36 ) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin
Pelajar Sekolah.

B. AKTIVITI KURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )

MASEJ JAUHI DADAH

PENGENALAN

Mesej Jauhi dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah.
Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang
menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

RASIONAL

 Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat
PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan
personalia menyampaikan mesej antidadah.
OBJEKTIF

 Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah


 Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup
cemerlang.
 Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan dadah
kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

 Warga Sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Ceramah
 Pengajaran Dan Pembelajaran
 Perhimpunan
 Aktiviti Ko Kurikulum

PERSONALIA

 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah


 S/U PPDa / Guru Kaunseling
 Ketua Panitia
 Guru Disiplin
 Guru Bertugas Mingguan
 Guru Ko Kurikulum
 Pemimpin Pelajar

PENGISIAN

 Menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah


 Penilaian Ringkas Melalui Soal Selidik

RUJUKAN

 Buku Mesej Jauhi dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia


 Buku Kenali Dan Perangi dadah, Agensi Dadah kebangsaan, Kuala Lumpur, 1998
B. AKTIVITI KURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KURIKULUM BERSEPADU


SEKOLAH MENENGAH ( KBSM )

PENGENALAN

Pendidikan Pencegahan dadah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


( KBSM ) tidak disampaikan sebagai satu mata pelajaran tersendiri tetapi disepadukan dalam
semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Bahasa, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Sains, Kemahiran Hidup serta Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

RASIONAL

 Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai kekuatan untuk


menyebarkan maklumat antidadah secara lebih berkesan dengan kaedah yang sistematik
dan kumpulan sasar yang lebih luas.
 Proses pendidikan diyakini berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya
dadah dan berupaya menjauhi diri daripadanya.

OBJEKTIF

 Memperolehi pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan jasmani, emosi,


rohani serta kesan penggunaan dadah, minuman keras dan rokok dalam kehidupan.
 Memperoleh kemahiran untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah remaja serta
membuat keputusan dengan baik.
 Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani kehidupan
yang sihat, selamat dan sejahtera.

KUMPULAN SASAR

 Murid Tingkatan 1 Hingga 5

KAEDAH PELAKSANAAN

Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang dicadangkan :

 Karangan / Perbincangan
 Projek / kajian Lapangan
 Perbahasan / syarahan
 Ulasan filem, video dan rancangan televisyen
 Main peranan.

PERSONALIA

 Ketua Bidang
 Guru Panitia
 Guru Matapelajaran

PENGISIAN

 Bahagian I - Punca dan jenis-jenis dadah


 Bahagian II - Sebab-sebab Penggunaan Dadah
 Bahagian III - Kesan Penggunaan Dadah Dan Bahan Bahaya
 Bahagian IV - Pencegahan Penggunaan Dadah

RUJUKAN

 Buku Pendidikan Pencegahan Dadah Merentasi Kurikulum KBSM Dewan Bahasa


Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996

B. AKTIVITI KURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )

CERAMAH ANTIDADAH

PENGENALAN

Ceramah antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi


dadah. Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh
kepada kumpulan sasaran.

RASIONAL

 Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah


disampaikan melaui ceramah. Ini dapat membantu warga sekolah memperolehi maklumat
PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah.

OBJEKTIF
 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.
 Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah.
 Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASAR

 Warga Sekolah dan ibu bapa / penjaga

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perhimpunnan
 Semasa Sambutan Minggu PPDa ( 19 Feb / 26 Jun )
 Semasa Kursus / Seminar / Majlis Rasmi Sekolah

PERSONALIA

 Pegawai daripada JPN, ADK, Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam,
Jabatan Penjara, Jabatan Farmasi dan PEMADAM

PENGISIAN

 Seperti dalam Mesej Jauhi Dadah ( kecuali penilaian ). Tajuk-tajuk yang bersesuaian
dalam mencapai objektif PPDa.

RUJUKAN

 Buku Mesej Jauhi dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia


 Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985 :
Ruj. PPAD (S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985. Program-program Mencegah dan
Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan.

B. AKTIVITI KURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )


PAMERAN ANTIDADAH

PENGENALAN

Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam
menyampaikan mesej bahaya dadah.

RASIONAL

 Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan


perasaan benci terhadap dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.


 Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah
 Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASAR

 Warga Sekolah dan ibu bapa / penjaga

KAEDAH PELAKSANAAN

 Semasa Sambutan Minggu PPDa ( 19 Feb / 26 Jun )


 Semasa Kursus-kursus motivasi
 Semasa Program PPDa

PERSONALIA

 Pegawai Khas Dadah Negeri / Daerah


 Agensi dadah kebangsaan
 Jabatan Narkotik PDRM
 Jabatan Kesihatan
 Jabatan Kastam
 Jabatan Penjara
 PEMADAM Kebangsaan
PENGISIAN

 Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik, dan bahan maujud
tentang PPDa

RUJUKAN

 Surat Pekeliling Am. Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1. Program-program


Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan, 29
Januari 1985.

B. AKTIVITI KOKURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )

SKIM LENCANA ANTIDADAH ( SLAD )

PENGENALAN

Skim Lencana Antidadah ( SLAD ) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli
Persatuan Pakaian Seragam Sekolah Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan
akhirnya kepada masyarakat luar.

RASIONAL

 Murid lebih mudah ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu penggunaan
pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka
supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan dalam mencegah
penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan sahabat handai.

OBJEKTIF

 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.


 Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan
mesej antidadah kepada rakan sebaya , ahli keluarga dan sahabat handai.
 Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan
Guru Bimbingan Dan Kaunseling.
 Memberi Khidmat Sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.
KUMPULAN SASAR

 Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah ( Tingkatan 2 & 4 )

KAEDAH PELAKSANAAN

 Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD


 Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaras aktiviti SLAD untuk
tempoh satu hingga dua tahun.
 Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya.

PERSONALIA

 Guru Penyelaras SLAD


 Guru Penasihat Pakaian Seragam Sekolah

PENGISIAN

Kurikulum SLAD

1. Rekod Penilaian Guru

 Ujian teori - Secara objektif 20% ( markah )


 Ujian teori - Secara mengarang 20% ( markah )

 Ujian Amali :

Menghadiri Ceramah - 10% ( markah )


Membuat lawatan - 10% ( markah )
Aktiviti Seranta - 10% ( markah )
Penyertaan Pertandingan - 10% ( markah )
Menghasilkan Buku Skrap - 10% ( markah )
Menyampaikan Peneranga - 10% ( markah )

2. Aktiviti SLAD ( Teori Dan Amali )

Bahagian I ( Teori )
Aktiviti Wajib
 Perubahan, masalah remaja dan penyelesaiannya
 Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi
 Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya
 Khidmat bantu di sekolah dan institusi lain
 Sebab dan kesan merokok
 Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah
 Bahan dan kesan inhalan
 Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya
 Akta dadah berbahaya 1952 dan pindaan 39 (B) – gantung sampai mati

Bahagian II ( Amali )
Aktiviti Pilihan
 Pertandingan Melukis Poster
 Pertandingan Esei
 Pertandingan sajak
 Pertandingan Kuiz
 Pertandingan Nasyid

RUJUKAN

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1998 : Program Skim Lencana Antidadah, Pasukan
pakaian Seragam Sekolah Menengah ( SLAD ) bertarikh 3 Februari 1998
 Buku Log Skim Lencana Antidadah, Kementerian Pelajaran Malaysia

C. AKTIVITI KOKURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )

PERKHEMAHAN SKIM LENCANA ANTIDADAH

PENGENALAN

Perkhemahan Skim Lencana Antidadah ( SLAD ) di peringkat sekolah atau jambori SLAD
bagi pelaksanaan di peringkat negeri dan daerah merupakan satu program perhimpunan
tahunan ahli-ahli Skim Lencana Antidadah Sekolah Menengah. Menerusi Perkhemahan ini,
setiap ahli akan didedahkan dengan pelbagai pendekatan dan strategi pendidikan
pencegahan dadah.

RASIONAL

 Program Perkhemahan SLAD merupakan satu keperluan ke arah pemantapan aktiviti


SLAD di sekolah. Ahli-ahli SLAD perlu diberi penghargaan dan peluang bagi meningkatkan
kemahiran dan pengalaman PPDa di kalangan rakan sebaya. Perhimpunan secara
bersepadu ini akan menjadikan usaha pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah lebih
berkesan.
OBJEKTIF

 Memperkasakan lagi penguasaan pengetahuan, pengalaman dan nilai pendidikan


pencegahan dadah di kalangan ahli SLAD.
 Mempertingkatkan semangat, permuafakatan, kemampuan, kemahuan dan tindakan
ahli SLAD dalam memerangi dan membendung pengaruh ancaman dadah.
 Memupuk Tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi dadah.

KUMPULAN SASAR

 Ahli Skim Lencana Antidadah Sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perkhemahan
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah
 Forum

PERSONALIA

 Guru PK Kokurikulum
 Setiausa PPDa
 Guru Slad
 Guru Kaunseling
 Penyelaras Badan Beruniform

PENGISIAN

Kurikulum SLAD

 Kemahiran Interpersonal
 Perkembangan sahsiah / Pendidikan Moral
 Pertandingan Kecekapan Unit Beruniform
 Persembahan Kumpulan
 Kembara
 Riadah
 Penilaian
RUJUKAN

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1998 : Program Skim Lencana Antidadah, Pasukan
pakaian Seragam Sekolah Menengah ( SLAD ) bertarikh 3 Februari 1998

C. AKTIVITI KOKURIKULUM ( PANDUAN PELAKSANAAN )

AKTIVITI SENI JAUHI DADAH

PENGENALAN

Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan Pencegahan
Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk
dan bahaya penggunaan dadah.

RASIONAL

 Murid merupakan golongan remaja yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti yang dapat
memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.

OBJEKTIF

 Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai


bahaya dadah.
 Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran
pencegahan dadah kepada murid.
 Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan murid.

KUMPULAN SASAR

 Murid sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan, persembahan dan pameran pada Minggu


Antidadah, Bulan Bahasa dan Hari Perayaan Sekolah.
PERSONALIA

 Penyelaras Kokurikulum
 S/U PPDa

PENGISIAN

Kurikulum SLAD

 Dikir Barat Antidadah


 Poster Antidadah
 Penulisan & Deklamasi Sajak
 Nasyid Antidadah
 Buku Skrap Antidadah

RUJUKAN

 Syarat-syarat Pertandingan Seni Jauhi Dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian


Pelajaran Malaysia.
 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah, Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran malaysia

D. PEMBENTUKAN SAHSIAH ( PANDUAN PELAKSANAAN )

KEMAHIRAN PERSONAL / INTERPERSONAL

PENGENALAN

Usaha memberikan kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti
yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Usaha ini akan membantu murid menjadi
individu yang pandai mengurus diri, bertingkah laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi
menjadi pemimpin yang cemerlang.

RASIONAL

 Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih melalui
satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan mereka terserlah.
OBJEKTIF

 Melahirkan murid yang berperibadi mulia.


 Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.
 Meningkatkan kemahiran tegas diri.
 Mengatakan “TIDAK” kepada dadah.
 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan
 Meningkatkan kemahiran memimpin di kalangan murid.

KUMPULAN SASAR

 Murid sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Bengkel
 Seminar
 Kaunseling Kelompok
 Kursus
 Forum
 Kolokium
 Perkhemahan

PERSONALIA

 Guru PPDa
 Guru Kaunseling
 Fasilitator

PENGISIAN

 Kesedaran Kendiri
 Asas Komunikasi
 Asas Kaunseling
 Perkembangan Remaja
 Kemahiran Lanjutan :
- Tegas Diri
- Membuat Keputusan
- Mengatakan “TIDAK” kepada dadah

RUJUKAN

 Buku Mencegah Salah Guna Dadah Melaui Kaunsling oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan. DBP 1983

D. PEMBENTUKAN SAHSIAH ( PANDUAN PELAKSANAAN )

PROGRAM INTERVENSI PELAJAR ( PIP )

PENGENALAN

Program Intervensi Pelajar ini dilaksanakan bertujuan memantau dan membantu murid yang
didapati positif urin.

RASIONAL

 Murid yang terlibat dengan dadah perlu dibimbing ke arah gaya hidup sihat dan
sejahtera.

OBJEKTIF

 Membina ketahanan diri yang positif serta memberi kesedaran yang menyeluruh
kepada murid tentang bahaya dadah.
 Menimbulkan keinsafan diri agar tidak lagi terjebak dengan dadah.
 Membina personaliti proaktif ke arah pembangunan sahsiah diri yang cemerlang.
 Memupuk komitmen keluarga dalam usaha membantu murid ke arah perkembangan
diri yang positif.

KUMPULAN SASAR

 Murid Urin Positif ( Ujian Kertas Jalur )


 Murid mengaku mencuba dadah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Program dilaksanakan mengikut 3 Fasa


FASA I ( Dilaksanakan di sekolah )

BIL KANDUNGAN / AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN


1 Ujian Pengesanan ( Kertas Jalur ) Dilaksanakan oleh ADK
Memaklumkan untuk pengetahuan
2 Menerima Keputusan Ujian pengetua, kaunselor dan waris murid
3 Laporan Keputusan Dihantar Kepada
Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Untuk perhatian dan tindakan Pegawai
Pelajaran Daerah Khas dadah Negeri dan Daerah
4 Berjumpa Dengan Waris Menjemput Waris Ke sekolah
5 Mengadakan perjumpaan dengan
murid berkenaan (kaunseling PPDa) Tindakan Kaunselor Sekolah
6 Penerusan Ke Fasa II Kaunselor Sekolah

FASA II ( Dilaksanakan di peringkat daerah oleh ADK dan JPN )

BIL KANDUNGAN / AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN


1 Program Pembangunan Insan
( Seminar PPDa, kursus, kajian Berfokuskan ketahan mental, jasmani dan
lapangan, forum dan lain-lain yang rohani dan penekanan kepada kemahiran
berkaitan ) mengatakan “TIDAK” kepada dadah

FASA III ( Dilaksanakan oleh ADK dan JPN )

BIL KANDUNGAN / AKTIVITI CATATAN / TINDAKAN


1 Ujian Urin untuk murid yang urinnya
positif Fasa 1 ADK
Rujuk pada pakar perubatan atau psikologi
2 Positif saringan ( murid urin positif untuk tindakan lanjut.
kali kedua ) Rawatan dan Pemulihan.

PERSONALIA

 Pengetua
 Penyelaras Program Intervensi
 Kaunselor
 Pegawai dadah daerah
 Pegawai ADK Daerah
PENGISIAN

 Ujian Urin
 Sesi Kaunseling
 Perjumpaan dengan waris
 Aktiviti Pembangunan Insan
 Rujukan Pakar

RUJUKAN

 Modul Intervensi Pelajar oleh Agensi Dadah Kebangsaan


 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah, Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia

D. PEMBENTUKAN SAHSIAH ( PANDUAN PELAKSANAAN )

KOLOKIUM KEPIMPINAN PPDa

PENGENALAN

Kolokium Kepimpinan PPDa merupakan program pengukuhan PPDa di sekolah demi


melahirkan pemimpin murid yang berketrampilan dan berkeupayaan menyampaikan mesej
antidadah.

RASIONAL

 Pemimpin murid perlu diberi pengetahuan dan kemahiran PPDa sebagai pengukuhan
diri. Hal ini penting supaya mereka berperanan sebagai pemimpin yang berkesan untuk
memerangi dadah.

OBJEKTIF

 Berkongsi pengetahuan, pengalaman dan maklumat mengenai Pendidikan


Pencegahan dadah.
 Membina ketahanan diri yang positif di kalangan murid.
 Meningkatkan kemahiran kendiri murid untuk menagani gejala sosial di sekolah.
 Meningkatkan daya kepimpinan dan semangat kerjasama di kalangan peserta.
KUMPULAN SASAR

 Pemimpin murid dan ahli SLAD sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perkhemahan
 Perhimpinan
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Kokurikulum


 Guru kaunseling
 Penyelaras Badan Beruniform

PENGISIAN

 Kepimpinan Dan Antidadah


 Kembara
 Bengkel Komunikasi
 Qiamullail
 Kerohanian dan Moral
 Pidato Spontan Antidadah
 Riadah
 Penilaian

RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah, Bahagian Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

ALWAYS GO FOR THE BEST


D. PEMBENTUKAN SAHSIAH ( PANDUAN PELAKSANAAN )
PROGRAM WAJA DIRI

PENGENALAN

Program Waja Diri memberi fokus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di kalangan
murid.

RASIONAL

 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gejala
penggunaan dadah. Oleh itu, mereka perlu didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan
tentang bahaya serta risiko pengambilan dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam PPDa di kalangan peserta.


 Membina ketahanan diri yang positif di kalangan peserta serta mengeratkan
silaturahim antara mereka.
 Perkongsian pengalaman dan pengetahuan berhubung dengan PPDa.

KUMPULAN SASAR

 Murid berisiko atau kumpulan sederhana yang berpotensi terlibat dengan gejala
dadah.

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perkhemahan
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Kokurikulum


 S/U PPDa / Guru kaunseling
 Penyelaras Badan Beruniform
 Guru Agama
PENGISIAN

 Ikhtiar Hidup
 Kem Solo
 Kembara
 Bengkel
 Persembahan Kumpulan
 Kerohanian Dan Moral
 Riadah

RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah, Bahagian Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia

ALWAYS GO FOR THE BEST


D. PEMBENTUKAN SAHSIAH ( PANDUAN PELAKSANAAN )

SEMINAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MENENGAH ATAS

PENGENALAN

Aktiviti seminar merupakan suatu pendekatan bagi memerangi dadah dalam PPDa.

RASIONAL

 Murid Sekolah menengah Atas mempunyai potensi untuk membantu usaha-usaha


memerangi dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan juga maklumat mengenai pendidikan


pencegahan dadah.
 Menyampaikan mesej antidadah dengan jelas.
 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan supaya mereka mampu mengubah
orang lain.
KUMPULAN SASAR

 Murid Menengah Atas

KAEDAH PELAKSANAAN

 Seminar
 Forum
 Bengkel

PERSONALIA

 Guru kaunseling
 Guru Disiplin
 Guru PPDa
 Pemimpin Murid
 Penceramah Jemputan
- ADK
- PDRM
- Jabatan Kesihatan

PENGISIAN

 Senario Masalah Dadah


 Punca
 Teknik dan kemahiran pengucapan awam
 Kemahiran Asertif
 Kemahiran Membuat Keputusan
 Perkongsian Pengalaman

RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah, Bahagian Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia.
ALWAYS GO FOR THE BEST
D. PEMBENTUKAN SAHSIAH ( PANDUAN PELAKSANAAN )

PROGRAM KEIBUBAPAAN

PENGENALAN

Program keibubapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga semua


pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang
bersepadu, berterusan dan penglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat mewujudkan
kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap membenci dan
menjauhi dadah.

RASIONAL

 Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada


kebahagiaan dan kesejahteraan negara. Peranan keluarga amat penting dalam memastikan
generasi muda tidak terlibat dengan dadah.

OBJEKTIF

 Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah kepada
ibu bapa.
 Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang peranan
ibu bapa dalam PPDa dan juga dalam mewujudkan keluarga bahagia.
 Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung dengan
pendidikan pencegahan dadah.

KUMPULAN SASAR

 Ibu bapa / Penjaga

KAEDAH PELAKSANAAN

 Ceramah
 Seminarnnnnnn
 Forum
 Bengkel

PERSONALIA
 Guru Penolong Kanan HEM
 Guru kaunseling
 AJK PIBG
 ADK
 PDRM
 Jabatan Kesihatan
 PEMADAM

PENGISIAN

 Pameran Antidadah
 Kemahiran Ibubapa
 Pengurusan Keluarga Bahagia
 Ancaman Dadah Terhadap Keluarga
 Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Dadah Di Sekolah

Anda mungkin juga menyukai