Anda di halaman 1dari 6

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

 Apakah itu pemikiran komputasional? Menurut pencetus dan pengasas pemikiran komputasional, Jeannate M
Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai – “Membina kuasa dan proses penyelesaian secara
pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia atau mesin”
 Model pemikiran komputasional memberikan kita kelebihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks
dan rumit.
 Pemikiran ini menjawab beberapa persoalan berkaitan keupayaan manusia untuk menyelesaikan masalah melalui
kaedah yang lebih baik daripada komputer dan apa yang komputer boleh bantu untuk penyelesaian sesuatu
masalah.
 Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas yang penting bagi semua orang, bukan hanya untuk saintis atau
pakar komputer sahaja.
 Pemikiran komputasional boleh dilibatkan dalam banyak proses - menyelesaikan masalah , mereka bentuk sistem,
dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
 Pemikiran komputasional dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan
sistematik.
 Pemikiran ini menggunakan teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition),
Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) untuk menyelesaikan masalah

PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
(SUMBER: www.bebras.uk)

CONTOH 1: AISKRIM

Anda ingin membeli aiskrim ‘scoop’ yang mempunyai susunan 3 perisa sama seperti gambar disebelah

Penyataan manakah yang paling sesuai semasa memesan aiskrim tersebut?


1. Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Bluebery dan Strawbery
2. Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Strawbery dan Bluebery
3. Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Coklat dan Bluebery
4. Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Jawapannya adalah penyataan:


[4] Saya ingin aiskrim perisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Keterangan:

Perkara yang paling utama mesti dinyatakan yang terakhir, sebagaimana perisa aiskrim yang paling atas (dan mungkin perisa yang paling kita
gemari) hendaklah dinyatakan yang terakhir semasa memesan aiskrim yang kita kehendaki.

Susunan adalah penting; jika kita memesan aiskrim dalam susunan berbeza, maka kita akan mendapat aiskrim ‘scoop’ yang berbeza perisanya.

Oleh yang demikian, pemikiran komputasional menerusi teknik peniskalaan (abstraction) dan pengitlakan (generalization) boleh memudahkan kita
menyusun langkah penyelesaian masalah mengikut susunan dan ketetapan yang sesuai.

Satu perkara utama dalam pembelajaran sains komputer adalah kepentingan susunan penyelesaian yang tepat dan memahami kehendak orang lain
terhadap kaedah penyelesaian yang dikemukakan.

CONTOH 2: RANTAI MUTIARA YANG AJAIB


Seorang puteri mempunyai banyak rantai mutiara di dalam simpanan koleksinya tetapi hanya mempunyai
satu rantai ajaib seperti gambar berikut:

Keterangan:
Disebabkan tuan puteri mempunyai 4 kalungan rantai mutiara yang hampir sama, yang manakah
antara berikut merupakan rantai mutiara yang ajaib.

Jawapannya:
Rantai mutiara ajaib ini adalah contoh susunan objek yang telah diikat bersama-sama. Mutiara tersebut disusun
mengikut corak tertentu yang boleh dikenal pasti melalui atribut corak yang telah ditetapkan. Bagi mengenal pasti
rantai ajaib, kita boleh melihat atribut atau corak yang telah ditetapkan.

Begitu juga dalam pemikiran komputasional, teknik pengecaman corak merupakan kaedah atau strategi bagi
mengenal pasti corak yang sama untuk sumber atau objek yang berbeza.

UJI MINDA 1

Anda mungkin juga menyukai