Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

59200, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM ‘WALKING DICTIONARY’
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR 2019

ANJURAN UNIT ‘HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM’ (HIP) DENGAN


KERJASAMA PANITIA BAHASA INGGERIS
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR.
1.0 PENDAHULUAN

Unit Highly Immersive Program (HIP) dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris
akan mengadakan program ‘ Walking Dictionary’ bermula pada pada 17 Jun 2019
sehingga 22 November 2019 bagi mengisi takwim aktiviti H.I.P SK Bangsar bagi tahun
2019. Unit HIP mengambil inisiatif ini untuk memberi pendedahan yang lebih meluas
kepada murid- murid asas perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat yang sewajarnya kepada
murid-murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk minat mereka dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris dan warga SK Bangsar secara amnya.

2.0 MATLAMAT

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

1. Memperkenalkan lebih banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris


kepada murid-murid.

2. Menanam minat murid-murid untuk lebih mendalami mata pelajaran Bahasa


Inggeris melalui kad ‘Walking Dictionary’ yang disediakan sendiri dengan bantuan dari
guru-guru.

3. Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari penyediaan kad
‘Walking Dictionary’ yang berinformasi dan kreatif.

3.0 TARIKH/TEMPAT

Tarikh : 17 Jun 2019 - 22 November 2019


Tempat : SK Bangsar
4.0 SASARAN:

Kumpulan sasaran Program ini adalah seperti berikut :

1. Semua murid SK Bangsar.

2. Semua guru SK Bangsar.

5.0 OBJEKTIF

1. Memperluaskan perbendaharaan kata semua warga SK Bangsar dalam Bahasa


Inggeris.

2. Mengeratkan hubungan semua warga SK Bangsar dengan cara belajar sesama


mereka dan saling bertukar-tukar perkataan setiap minggu .

3. Membantu murid-murid untuk memahami perkataan yang tertera pada kad secara
kreatif.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

1. Mengadakan program ‘walking dictionary’ peringkat sekolah.

2. Meningkatkan semangat untuk saling belajar di antara satu sama lain.

3. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan untuk


memperluaskan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris sebagai asas komunikasi
dalam bahasa kedua tersebut

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 ‘Card Holder’ jernih saiz 9x5.8 cm


RM 1500.00
1000 keping x RM1.50
2 Jumlah RM 1500.00

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Encik Soharto bin Baharen
Naib Pengerusi : Puan Siti Maziah Bt. Malik
Puan Norsilah binti Dali
Encik Ikhwan Najib bin Badar
Puan Hamah binti Usman
Penyelaras : Puan Juraidah Nadiah binti Rahmat
Penolong pnyelaras : Encik Mohamad Hafis Afandi bin Mokhtar

JAWATANKUASA PELAKSANA
Persiapan Bahan : Cik Norain binti Che Ali@ Bahari
Puan sarimah binti Muhamad
Penyelaras Aliran : Puan NorSyahirah binti Mohamad Aziz (Tahun 6)
Guru-guru kelas Tahun 6
: Puan G. Haymalatha (Tahun 5)
Guru-guru kelas Tahun 5
: Encik Mani Arasan (Tahun 4)
Guru-guru kelas Tahun 4
: Encik Mohamad Adib Afifi bin Nadzri (Tahun 3)
Guru-guru kelas Tahun 3
: Cik Shangkari a/p Sivabalan (Tahun 2)
Guru-guru kelas Tahun 2
: Encik mastuki bin Mahari (Tahun 1)
Guru-guru kelas Tahun 1
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

PERKARA
Peserta Semua murid dan guru SK Bangsar.
Penyelaras Penyelaras semua aliran yang telah dilantik memantau aktiviti
aliran penyediaan dan perjalanan program dengan bantuan dari guru-
guru kelas dan guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

10.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan program ini mendapat pertimbangan dan
perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan.

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Pemerhatian secara berterusan ketika program dilaksanakan dilakukan oleh Unit HIP dan
Panitia Bahasa Inggeris.

12.0 PENUTUP
Diharapkan agar Program ‘Walking Dictionary’ ini dapat dijalankan dengan lancar
dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah
digariskan. Melalui bengkel ini, diharapkan dapat membantu memperluas
perbendaharaan kata Bahasa Inggeris murid-murid sekolah ini.
Disediakan oleh :

……………………………………..
(PN JURAIDAH NADIAH BINTI RAHMAT)
PENYELARAS HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM (HIP)
SK BANGSAR

Tarikh : ……………………………

Disemak oleh:

…………………………..……….

Tarikh: ……………………………

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

…………………………………..

Tarikh : …………………………

Anda mungkin juga menyukai