Anda di halaman 1dari 2

1.

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt
-Yang berusaha EN ABD MALEK BIN HUSSIN Guru Besar SK Bindu
Encik Mohamad Bin Seto - GPK Pentadbiran dan Kurikulum,
Pn Nurul Awatif Binti Morazuki - GPK HEM,
Encik Hazrat Abu Yazid bin Mansor - GPK Kokurikulum,
guru-guru serta dan murid-murid Tahun 6 yang dikasihi.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Langkawi;
Pemanis kata selamat datang,
Dewan nan indah Dewan Bestari.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah


kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Jamuan Tahun 6 pada
hari ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

2.BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: Mohd Rafique Irfan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

3.UCAPAN WAKIL MURID


- Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Mohd Ilham Muazzim, selaku wakil
murid Tahun 6 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Mohd Ilham Muazzim di atas kesudian


menyampaikan ucapan.

4.UCAPAN GURU BESAR


Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Encik Abd Malek Bin Hussin, Guru
Besar SK Bindu untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Abd Malek Bin Hussin di atas kesudian
menyampaikan ucapan.
5.JAMUAN MAKAN
Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara:
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan

**Baca Doa