Anda di halaman 1dari 28

1.

0 PENGENALAN

Pengajian tentang ketamadunan pastinya tidak lari daripada menyentuh dan mengupas
tentang konsep tamadun, ciri-ciri tamadun dan interaksi yang wujud antara tamadun secara
konseptual, teoretikal dan abstrak.

Dalam konteks ini, sebelum mengkaji dan meneliti setiap tamadun yang wujud di
seluruh pelosok dunia dari segenap aspek, adalah lebih baik untuk kita memahami terlebih
dahulu pengertian tamadun itu secara konkrit dan sejelas-jelasnya. Pengertian atau konsep
tamadun ini sememangnya ditafsir secara berbeza-beza oleh setiap bahasa di dunia
disebabkan oleh wujudnya perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Biarpun begitu, sejarah jelas menyebut bahawa tamadun-tamadun yang telah


terbentuk sepanjang zaman sehingga ke hari ini seperti Tamadun Islam, Tamadun China,
Tamadun India dan Tamadun Jepun memiliki latar belakang, sumbangan dan reka ciptanya
yang tersendiri. Dalam hal ini, setiap daripada tamadun yang muncul sememangnya telah
meninggalkan cebisan-cebisan sumbangan yang begitu besar kepada peradaban dunia tidak
kira terhadap tamadun-tamadun lain yang sezaman dengannya atau kepada dunia pada hari
ini. Pada masa yang sama, interaksi juga turut berlaku antara tamadun-tamadun tersebut
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam meningkatkan lagi kegemilangan dan tahap
pencapaian mereka dari segenap sudut.

Justeru, dalam tugasan ini, saya akan mengupas dan membincangkan secara terperinci
tentang pengertian tamadun dengan mengambil kira pandangan dan tafsiran daripada segenap
perspektif. Pada masa yang sama, penulisan saya juga turut berfokuskan tentang sejarah
ringkas bagi setiap tamadun. Selain itu, maklumat tentang tokoh-tokoh dan budaya serta
nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap tamadun tersebut turut akan dianalisis dan
dimuatkan dalam penulisan ini. Sesi temuramah bersama tokoh-tokoh profesional telah
dilaksanakan bagi memperoleh maklumat yang benar-benar berautoriti dalam memenuhi
spesifikasi tugasan ini.

1
2.0 MENGHURAIKAN TAKRIF TAMADUN

Para sarjana dan ilmuwan daripada pelbagai disiplin membicarakan dan mengupas tentang
takrifan tamadun mengikut pandangan masing-masing. Perbezaan tafsiran ini wujud
disebabkan oleh perbezaan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana. Pada masa yang
sama, setiap bahasa di dunia ini juga mempunyai tafsiran masing-masing bagi mendefinisikan
istilah tamadun ini.

Bahasa
Bahasa Cina Bahasa
Arab Tamil

Bahasa Kamus
Jerman Dewan

Bahasa Perspektif
Greek Islam

Bahasa Pengertian Perspektif


Inggeris Tamadun Barat

Rajah 1.0 Pengertian Tamadun Dari Pelbagai Perspektif

Dalam bahasa Inggeris, istilah civilizations digunakan untuk merujuk kepada


tamadun. Istilah civilizations muncul daripada perkataan Latin iaitu civitas yang bermaksud
bandar (Abdullah, Roslina, Mohd Nahi, Raudhah, Hilmi dan Mahdi, 2013). Abdullah et al.
(2013) dalam Muhammad (1982) menyatakan, perkataan tamadun lebih sinonim dengan
bandar kerana setiap tamadun yang tersohor memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri
sesebuah tamadun mudah ditemui di kawasan bandar. Perkataan civilize pula merujuk kepada
perbuatan untuk mengubah tingkah laku yang teruk selari dengan kehidupan dan keperluan
masyarakat serta keluar daripada kehidupan purbakala, kolot dan kuno kepada kehidupan
yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan (Oxford Latin Dictionary, 1983).
Secara keseluruhannya, aspek tingkah laku atau moral lebih ditekankan untuk mendefinisikan
istilah tamadun dalam bahasa Inggeris.

Dalam bahasa Greek pula, tamadun dikaitkan dengan perkataan kei, nomos dan
keimelion (Abdullah et al., 2013). Kei diertikan sebagai sesuatu yang datang kepada kita
seperti rumah. Nomos pula merujuk kepada penyelesaian, peraturan dan undang-undang yang
ditubuhkan untuk memberi keamanan dan menjamin keselamatan kepada manusia.
Manakala, harta adalah maksud daripada perkataan keimelion. Keseluruhannya, aspek
kediaman, undang-undang dan harta adalah pengerian bagi menjelaskan maksud tamadun
dalam bahasa Greek.

2
Seterusnya, dalam bahasa Jerman, istilah culture digunakan bagi mendefinisikan
pengertian tamadun (Abdullah et al., 2013). Kulture adalah sumbangan manusia dalam
pelbagai bidang seperti bidang seni dan penghasilan buku yang tidak ada kaitan dengan
perkembangan masa. Dalam bahasa Arab pula, istilah madaniah, hadarah dan tamaddana
digunakan bagi menjelaskan pengertian tamadun (Abdullah et al., 2013). Perkataan
peradaban lahir daripada perkataan Maddana yang mempunyai dua pengertian iaitu merujuk
kepada perbuatan membuka bandar serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Hadarah pula
bererti kehidupan menetap yang dikaitkan dengan kehidupan maju (Abdullah et al., 2003).
Kehidupan hadarah tertumpu kepada unsur yang bercorakkan perdagangan, teknologi dan
pengkhususan pekerjaan. Manakala, tamaddana dikaitkan dengan pemilihan sesuatu lokasi
sebagai tempat tinggal dan membangunkannya sehingga menjadi bandar. Kamus al-Munjid
menjelaskan tamaddana adalah perubahan cara kehidupan ke arah yang lebih baik.

Selain itu, perkataan Wen Ming pula merujuk kepada peradaban dalam bahasa Cina.
Wen dikaitkan dengan keelokan manakala Ming merujuk kepada cahaya (Abdullah et al.,
2013). Dalam hal ini, pengertian tamadun dalam bahasa Cina memberi penekanan terhadap
elemen-elemen yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.
Dalam bahasa Tamil, peradaban dihubungkaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar bererti
kota dan ikam adalah pembentukan. Menurut Abdullah et al. (2013), nakar juga adalah
simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva yang menciptakan bandar. Kamus Dewan (2002) pula
memberi maksud tamadun adalah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain).
Penduduk sesebuah negara, kawasan atau zaman mempunyai budaya dan moral yang halus.

Pengertian tamadun daripada perspektif Islam pula adalah berbeza berbanding


perspektif barat. Dari perspektif Islam, tamadun adalah berpaksikan kepada aqidah tauhid dan
nilai-nilai keimanan. Ini bermakna perkembangan tamadun yang hakiki adalah dijuruskan
oleh Din al-Islam sendiri yang merangkumi tiga aspek, iaitu tauhid, syariah dan akhlak
(Mohd Nor, 2011). Tamadun dari perspektif Islam menitikberatkan kepada kedua-dua aspek
iaitu aspek spiritual dan material. Mengambil contoh dari sarjana Islam terkenal iaitu Sayyid
Qutb yang menjelaskan bahawa tamadun adalah bentuk kemajuan yang dihasilkan seperti
sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah
S.W.T di samping bercirikan nilai-nilai moral Islam. S.M.N al-Attas menggambarkan
tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan
budi pekerti dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Ibn Khaldun dalam
pengertiannya menyatakan bahawa tamadun adalah kewujudan suasana makmur disebabkan
oleh perubahan cara hidup yang berpindah-randah kepada cara hidup menetap seperti
kehidupan di bandar (Zulkiflee, Nasir, Siti, Farahwahida et al., 2011). Ringkasnya, pengertian
tamdadun dari perspektif Islam adakah suatu keadaaan atau pencapaian manusia dalam
semua aspek kehidupan merangkumi aspek kebendaan dan kerohanian yang berpusat di kota
atau bandar hasil daripada manifestasi keimanan kepada Allah S.W.T.

Berbeza dengan perspektif barat, mereka hanya menekankan aspek material semata-
mata untuk mengkategorikan atau menyandarkan erti ketamadunan itu pada sesebuah
masyarakat atau wilayah. Contohnya, Arnold Tonubee berpendapat bahawa tamadun adalah
sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran dan
mempunyai 4 elemen iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Selain itu,
J.K Fieblemen mendefinisikan tamadun sebagai kepandaian dalam mengeksploitasi material
yang dilakukan oleh masyarakat. Dalam perkataan lain, proses masyarakat terhadap material
dengan menjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu. E.B Taylor pula berkata tamadun

3
ialah rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-
nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat
(Mohd Nor, 2011). Pada masa yang sama, memandangkan, konsep tamadun begitu sinonim
dengan perkembangan bandar, Gordon Childe mengaitkan tamadun dengan konsep urban
revolution. Menurutnya, tamadun lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan
besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan dalam pekerjaan, mencipta barang baru
yang berkualiti sehingga membawa kemajuan dalam bidang-bidang lain seperti intelektual
dan kesenian (International Encyclopedia of the Social Science, 1968).

Konklusinya, setelah dilihat dan dikaji pengertian tamadun dari pelbagai bahasa dan
dari segenap perspektif, dapatlah diringkaskan bahawa tamadun disandarkan kepada
kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan yang didasari oleh agama,
ideologi, keilmuan dan latar belakang yang menjadi anutan dan pegangan sesebuah
masyarakat atau bangsa.

3.0 MENGHURAIKAN SEJARAH RINGKAS TAMADUN ISLAM, TAMADUN


CHINA, TAMADUN INDIA DAN TAMADUN JEPUN

3.1 MENGHURAIKAN SEJARAH RINGKAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam bermula dengan pengertian, sumber asas dan matlamat tamadun Islam. Istilah
tamadun Islam bertitik tolak daripada kebudayaan yang lahir serentak dengan penurunan
wahyu al-Quran. Wahyu al-Quran yang mencetuskan kebudayaan Islam dan seterusnya
membawa kepada kemajuan yang dinamakan tamadun (Zulkiflee et al., 2011). Selain itu,
tamadun Islam juga dibina atas asas taqwa dan keredhaan dari Allah S.W.T. Ia dibangunkan
setelah melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah
sehingga melahirkan masyarakat yang harmoni dan mendapat keampunan Ilahi (Abdullah et
al., 2013).

Apabila dinamakan tamadun, ciri-ciri pada sesebuah tamadun pastinya merupakan


aspek yang paling penting bagi membezakan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.
Menurut Ahmad et al. (2009), Mohd Noor (2011), dan Zulkiflee et al. (2011), ciri-ciri yang
terdapat dalam tamadun Islam boleh dilihat pada rajah di bawah.

4
BERSIFAT KONSEP ILMU SENI
RABBANI PERSAMAAN BINAAN

SEMPURNA DAN KEBEBASAN MASYARAKAT


SEIMBANG MEMILIH MAJMUK

TETAP DAN BERTERASKAN


TANGGUNGJAWAB
TIDAK BERUBAH AL-QURAN
CIRI-CIRI
TAMADUN
ISLAM BERSIFAT MEMENTINGKA
KESEJAGATAN
KEAGAMAAN N PENDIDIKAN

SESUAI DENGAN KESENIAN


MENYELURUH
FITRAH MANUSIA HALUS

PENGGUNAAN SEPANJANG
TULISAN ZAMAN

Rajah 2.0 Ciri-Ciri Tamadun Islam

Selain itu, dalam tamadun Islam turut mempunyai konsep-konsep asasnya yang
tersendiri. Konsep-konsep asas dalam tamadun Islam boleh dilihat pada rajah di bawah.

Hak Untuk Hidup

Maruah dan Hak Keadilan dan


Peribadi Kehakiman

Konsep Asas
Islam
Hak Untuk
Hak Sama Rata
Bebas

Hak Berfikir, Beragama &


Mengeluarkan Pendapat

Rajah 3.0 Konsep Asas Islam

5
Seperti tamadun-tamadun unggul yang lain, tamadun Islam turut mempunyai
kandungannya. Zaydan dalam bukunya Tarikh at-Tamadun al-Islaami menjelaskan bahawa
dalam tamadun Islam terkandung tentang beberapa aspek yang penting. Antaranya ialah
negara Islam dan kerajaan, bandar-bandar Islam, susun lapis masyarakat, sains dan
perkembangan ilmu pengetahuan, bangunan-bangunan dan seni bina Islam serta seni Islam.

Selain itu, tamadun Islam mempunyai prinsipnya yang tersendiri yang mana
merupakan penyempurnaan tugas dan kewajipan manusia sebagai hamba kepada
penciptanya. Prisip-prinsip tersebut ialah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah dan
keturunan, harta dan hak serta kebebasan (Abdulllah et al., 2014) Prinsip-prinsip tersebut
menggambarkan keimanan dan pengabdian diri kepada Ilahi dalam kehidupan. Dalam hal ini,
Islam tidak membenarkan penganutnya murtad dan wajib berpegang teguh dengan agama
anutannya (Ahmad, 2009). Dalam prinsip memelihara nyawa, Allah S.W.T. telah menetapkan
bahawa setiap orang wajib memelihara nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Tingkah laku
yang membawa kepada kemudaratan dan kecelakaan ditegah sama sekali. Antara ayat al-
Quran yang menyentuh tentang hal ini adalah:

“…dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat
baiklah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

(Al-Baqarah : Ayat 195)

Selain itu, prinsip memelihara akal fikiran sangat dititikberatkan. Kurniaan akal
kepada manusia menjadi faktor yang paling utama bagi membezakan manusia dengan
makhluk ciptaan Allah yang lain. Dalam konteks ini, Islam bukan sahaja menegah
penganutnya melakukan perkara yang boleh mencacatkan kesempurnaan akal tetapi turut
menggalakkan penganutnya supaya sentiasa berfikir, merenungi, memerhati, membuat kajian
dan penyelidikan ke atas kejadian di muka bumi ini. Ia meningkatkan lagi kecergasan fikiran
dan keupayaan kognitif dapat digarap dari semasa ke semasa.

Prinsip seterusnya iaitu memelihara maruah dan keturunan. Manusia wajib menjaga
dan memelihara keturunan mereka agar keistimewaan dan kurniaan terssebut tidak ternoda.
Penzinaan dan sebarang bentuk perlakuan seks sumbang dilarang dalam Islam kerana
perbuatan tersebut akan menghancurkan keturunan, merosakkan akhlak dan menimbulkan
pelbagai kehancuran kepada umat Islam. Jika kehormatan dan kemuliaan tidak dijaga dan
dihargai, taraf manusia akan berada di peringkat paling rendah berbanding makhluk lain.
Selain itu, prinsip yang seterusnya dalam tamadun Islam ialah memelihara harta. Dalam hal
ini, Islam menyuruh kita menjaga harta daripada sebarang kerosakan dan kehilangan
termasuklah pembaziran dan perjudian. Allah S.W.T. juga menggalakkan umatnya
bersedekah dengan harta kekayaan yang ada. Prinsip tamadun Islam yang kelima ialah
memelihara hak dan kebebasan. Tamadun Islam mementingkan kebebasan selagi mana tidak
melanggar syariat Islam. Manusia juga diminta supaya bebas daripada kesesatan. Pada masa
yang sama, umat Islam juga tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama
Islam. Cara yang baik ditunjukkan oleh al-Quran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.

Seterusnya, Ahmed Essa dan Othman Ali dalam buku mereka Study in Islamic
Civilization : The Muslim Contribution and the Renaissance menjelaskan bahawa tamadun
Islam merupakan agama yang melahirkan kebudayaan masyarakat yang berteraskan kepada
wahyu. Pedoman wahyu tersebut menjadi obor kepada seluruh bidang keperluan manusia
yang merentasi kehidupan di dunia dan akhirat. Dalam tamadun Islam sendiri, sumber mutlak

6
adalah wahyu Allah S.W.T. iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran ialah kalam Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui malaikat Jibril a.s. dan menjadi sumber
utama pembentukan tamadun Islam. Ini kerana setiap tamadun yang terbentuk pastinya
memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Al-Quran mengandungi
syariat Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, perundangan, ilmu pengetahuan,
persoalan-persoalan ghaib dan lain-lain yang dapat memimbing manusia bagi mencapai
kejayaan di dunia dan di akhirat. Kandungan lebih 6000 ayat al-Quran menjelaskan hubungan
antara manusia dengan Tuhan dan alam ghaib, hubungan manusia dengan manusia lain dan
hubungan manusia dengan makhluk lain (Zulkifle et al., 2011).

Sumber tamadun Islam yang kedua pula adalah as-Sunnah. As-Sunnah merupakan
segala yang datang daripada Rasulullah S.A.W. sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan
atau pengakuannya (Mohd Noor, 2011). Al-Hadis adalah sumber hukum syarak yang kedua
selepas al-Quran. Ia berperanan untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran yang kurang jelas,
mengkhususkan ayat-ayat umum dan mengeluarkan hukum yang tidak disebut secara spesifik
dalam al-Quran. Pada masa yang sama, ijma’ ulama’ dam qias juga merupkan sumber
rujukan bagi umat Islam (Mohd Noor, 2011).

Dari sudut yang lain, jika ditelusi dengan lebih mendalam, tamadun Islam mempunyai
perbezaan dengan tamadun-tamadun lain kerana ia mempunyai tiga matlamat utama dan
sangat penting diberi perhatian. Ketiga-tiga matlamat ini sangat selari dan sesuai dengan
konsep dan matlamat ad-din al-Islam yang mencakupi keseluruhan cara hidup yang serba
lengkap bagi manusia di alam ini (Abdullah et al., 2013). Matlamat tersebut boleh dilihat
pada rajah di bawah.

Hubungan Manusia
Dengan Allah
(Hablumminallah)

Matlamat Utama

Hubungan
Hubungan
Manusia Dengan
Manusia
Manusia
Dengan Alam
(Hablumminnas)

Rajah 4.0 Matlamat Utama Dalam Islam

Apabila menyentuh tentang keistimewaan dan kelebihan sesebuah tamadun, tamadun


Islam mempunyai keistimewaannya yang unik. Antaranya ialah tamadun Islam bersumberkan
al-Quran al-Karim (Mohd Nor, 2011). Al-Quran ternyata telah menghubungkan manusia
dengan perkembangan dan perubahan tamadun selaras dengan perkembangan manusia dan

7
mampu menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul. Selain itu, tamadun Islam juga
mempunyai bentuk yang tetap. Semua perkara mengenai halal atau haram, baik atau buruk
sudah jelas terdapat dalam kitab Allah dan Sunah Rasulnya. Ia berbeza dengan perundangan
yang dicipta oleh manusia yang sentiasa dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dari sudut yang lain,
tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Interaksi dengan tamadun-tamadun
lain menjadikan tamadun Islam semakin berkembang pesat di seantero dunia. Berdasarkan
inilah, tamadun Islam telah menjalinkan hubungan dengan tamadun Parsi, Yunani, Romawi
dan sebagainya. Ciri lain yang terkandung dalam terkandung dalam tamadun Islam ialah
kesesuaiannya dengan tabiat semula jadi manusia. Tamadun Islam tegak atas dasar yang
seimbang dengan tabiat semula jadi manusia dan selaras dengan kehendak manusia itu sendiri
(Mohd Noor, 2011).

Pencapaian Sarjana
Islam

Kegiatan-Kegiatan
Keilmuan Pengaliran Ilmu
Islam Ke Eropah

SUMBANGAN

Pengaliran Ilmu Islam Impak Tamadun


Ke Eropah Islam

Rajah 5.0 Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia

Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa tamadun Islam adalah tamadun yang
dinamik dan berkembang, yang bukan merujuk aspek spiritual dan agama, tetapi spiritual dan
agama itu merentasi seluruh kegiatan masyarakat dan negara dalam pelbagai aspek
termasuklah politik, ekonomi, pendidikan, keilmuan, kesenian dan sebagainya.

8
3.2 MENGHURAIKAN SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA

Tamadun China bermula di Huanghe Utara China dan Yangzijiang di Selatan China kira-kira
tujuh ribu tahun dahulu (Zulkiflee et al., 2013). Tamadun China dicatatkan sebagai salah satu
tamadun yang tertua di dunia selain tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun
Lembah Indus dan tamadun Greek (Zulkiflee et al., 2013). Tamadun awal China dikesan
sejak tahun 2000 SM dengan pembentukan dinasti terawal, iaitu Dinasti Xia/Hsia. Dinasti
pertama ialah Dinasti Shang. Antara bandar utama yang muncul dalam tamadun awal ini
ialah Anyang yang menjadi ibu negeri Dinasti Shang dan bandar tertua di China, Changan
dan Loyang. Kemunculan bandar-bandar ini didorong oleh faktor sungai atau sumber air.

Masyarakat China bergantung hidup pada kesuburan tanah di sekitar Sungai Huanghe.
Huanghe yang bermula di pergunungan Yagradegze membawa bersama-samanya lumpur
yang sangat subur bagi tujuan pertanian (Zulkiflee et al., 2011). Kemakmuran hidup hasil
daripada lumpur subur inilah yang membawa kepada munculnya tamadun China. Lembah
Huanghe mengalami kepesatan kependudukan sehingga mewujudkan organisasi dan sistem
pentadibran yang cekap dan berkesan. Menurut Zulkiflee et al. (2011), masyarakat Cina di
Lembah Huanghe yang dikenali sebagai Han telah memiliki sistem sosial, iaitu raja dan
kerabatnya, pembesar negara, golongan petani, artis, pedagang mahupun tentera.

Bersifat Terbuka Integratif

Mementingkan
Mementingkan Moral
Penggunaan Teknik

CIRI-CIRI TAMADUN Mementingkan Apresiasi


Keharmonian
CHINA Seni dan Falsafah

Sifatnya Bertahan Lama Tanah Yang Luas

Dinamik Rakyat Yang Ramai

Rajah 6.0 Ciri-Ciri Tamadun China

Dalam konteks agama dan kepercayaan yang wujud dalam tamadun China, pada
peringkat awal, masyarakat mengamalkan pemujaan alam semula jadi seperti angin, bumi
sungai, roh nenek moyang dan dewa dewi. Beralih ke zaman Chou, mereka percaya bahawa
penyembahan yang dilakukan akan menyebabkan roh-roh tersebut akan memberi
kemakmuran kepada mereka dan upaca pengorbanan binatang mula diamalkan.
Penyembahan kepada Tuhan yang digelar Tien dan menganggap raja sebagai anak tuhan
mula wujud apabila berlakunya perkembangan dalam bidang kerohanian. Zaman Han

9
menyaksikan bahawa berlakunya penyembahan terhadap tokoh-tokoh agung yang dicetuskan
oleh Hu Ti. Pada zaman ini jugalah, agama Buddha mula berkembang di negara China
disebabkan wujudnya interkasi antara tamadun China dengan India. Agama Buddha
berkembang dengan pesat sewaktu zaman Dinasti Wei Utara (386-564M) (Ahmad et al. ,
2009).

Selain itu, sejarah yang panjang dalam tamadun China juga telah melalui beberapa
tahap yang menggambarkan perisitiwa khusus yang berlaku dalam tamadunnya (Zulkiflee et
al., 2011).

Tahap
Perkembangan

Tahap Tahap Tahap


Permulaan Keemasan Peralihan

Tentera
Dinasti Xia Dinasti Han
Monggolia

Laksamana
Dinasti Chin Dinasti Sui
Cheng Ho

Dinasti Chou Tentera Mancu

Kuasa Barat

Komunisme

Rajah 7.0 Tahap Perkembangan Tamadun China

Menurut Ahmad et al. (2009), di China terdapat susun lapis masyarakatnya yang
tersendiri. Individu akan dinilai mengikut pangkatnya. Ia boleh dilihat pada rajah di bawah.

10
Golongan petani

Golongan petani

Golongan artisan dan tukang

Golongan pedagang

Rajah 8.0 Susun Lapis Masyarakat di China

Dalam tamadun China, dari segi pentadbiran, negara China merupakan salah sebuah
negara yang bersifat empayar. Ia terbentuk disebabkan peperangan yang berlaku dalam
sesuatu wilayah dan negara itu akan berkembang pesat apabila keamanan dapat dipulihkan.
Sejarah awal negara China memperlihatkan kemunculan dan perkembangan beberapa dinasti
(Ahmad et al., 2009). Dari segi politik pula, pegawai-pegawai yang dilantik untuk diserap
masuk ke dalam sistem pemerintahan akan melalui peperiksaan yang berdasarkan buku
Confucius. Mereka akan ditawarkan jawatan bergantung kepada kecemerlangan mereka
dalam peperiksaan. Seterusnya, dalam bidang ekonomi, kegiatan pertanian merupakan asas
ekonomi negara China. China merupakan salah satu tamadun dunia yang mula-mula
menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Ekonomi sampingan pula termasuklah kegiatan
memburu, penternakan binatang dan sebagainya. Industri-industri seperti logam, arang batu,
tekstil turut menyumbang dalam pembentukan ekonomi China yang kukuh. Akhir sekali, dari
segi sosial, masyarakat Cina terdiri daripada unit keluarga yang menjadi asas struktur sosial.
Hubungan antara individu, lelaki dengan perempuan, orang tua dengan orang muda penting
dalam sesebuah keluarga. Tamadun China juga mempunyai hierarki sosial yang terdiri
daripada empat kumpulan utama iaitu pemerintah, petani, seniman dan peniaga (Ahmad et
al., 2009).

Dari sudut yang lain, setiap tamadun yang dicatatkan dalam sejarah pastinya telah
memberi sumbangan dalam pelbagai bidang kepada peradaban dunia termasuklah tamadun
China. Terdapat variasi sumbangan yang telah disumbangkan oleh tamadun ini dalam
sejarah. Dalam bidang falsafah dan intelektual, perkembangan aliran falsafah telah dipelopori
oleh aliran Konfusianisme, Taoisme, Maoisme dan Legalisme (Mohd Nor, 2011 dan Ahmad
et al., 2009). Ahli-ahli falsafah ini mempunyai pendekatan dan cara pemikiran yang berbeza
antara satu sama lain. Namun ia semua sesuai untuk dipratikkan dalam kehidupan harian
masyarakat Cina. Nilai dan ajaran yang terkandung dalam falsafah China bertujuan untuk
mengekalkan sifat baik dan menjauhi daripada melakukan perkara yang dia sendiri tidak
menyukainya.

Selain itu, sumbangan dalam bidang ekonomi pula adalah kemajuan dalam bidang
perdagangan. China pernah menjalankan perniagaan berbentuk pertukaran barangan dengan
tamadun Barat, Arab dan Melayu. Hasil perdagangan utama China ialah benang, kain sutera,
teh, kapas, tekstil dan barang-barang perhiasan. Pada masa yang sama, tamadun China juga
antara tamadun yang menggunakan mata wang dalam bidang perniagaan. Bermula dengan
penggunaan mata wang siput diikuti dengan mata wang tembaga, emas, perak dan akhirnya
wang kertas (Silvachandralingam dan Ayadurai, 1999).

11
Dalam bidang pendidikan, China melangkah setapak awal ke hadapan dengan
memperkenalkan Sistem Peperiksaan Awam (SPA) bagi memilih individu yang bijak bagi
membantu mentadbir negara. Sistem peperiksaan ini telah dicontohi oleh negara-negara
hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri. Selain itu, Tamadun China turut
menyumbang dalam perkembangan ilmu sains. Dua asas penting dalam perkembangan ilmu
sains ini ialah konsep Yin dan Yang serta Teori Lima Unsur. Berdasarkan unsur ini, golongan
cerdik pandai Cina mula meneroka sehingga memberi sumbangan kepada tamadun dunia
dalam bidang perubatan, matematik, fizik dan biologi. Dalam bidang perubatan, rangka teori
asas bagi perubatan China tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima
elemen. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia
fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal. Tamadun
China turut memberi sumbangan dari segi penemuan ubat-ubatan dan solusi untuk merawat
penyakit yang timbul. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei
Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai teori perubatan China. Dalam bidang
matematik pula, penggunaan Abacus, kajian kualiti negatif, nilai pai, sistem pecahan, sistem
perpuluhan telah dihasilkan oleh pakar-pakar matematik Cina. Penemuan tulang-tulang
binatang dan kulit kura-kura pada abad ke-14 S.M. telah menyumbang dan meningkatkan
pengetahuan tentang angka (Mohd Nor, 2011).

Selain itu, tamadun China turut menyumbang dalam bidang astronomi melalui
penyediaan katalog bintang serta rekod tepat tentang gerhana dan komet (Teo, 2001). Mereka
juga mencipta alat untuk kegunaan astronomi iaitu Gnomon dan Clepsdra. Gnomon yang
digunakan bagi menentukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-
bayang ketika waktu tengahari. Manakala Clepsydra digunakan untuk mengukur masa. Orang
Cina mengkaji astronomi untuk digunakan dalam sistem pentadbiran negara iaitu dengan
penghasilan kalendar. Kalendar terbahagi kepada dua jenis iaitu kalendar Lunar dan kalendar
Suria. Kalendar Lunar digunakan untuk upacara keagamaan, manakala kalendar Suria pula
digunakan untuk melihat musim (Gernet J., 1996).

Tamadun China juga turut mengembangkan kepakaran melalui bidang teknologi.


Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan,
bahan letupan dan kompas. Pada tahun 105 M, T’sai Lun telah menghasilkan kertas yang
mana bahannya terdiri daripada kulit kayu dan jerami. Penghasilan mesin cetak merancakkan
lagi penciptaan kertas yang digunakan dalam urusan surat-menyurat serta peperiksaan awam.
Penemuan kertas dan penciptaan mesin cetak inilah yang menjadi faktor tercetusnya Zaman
Reformasi di Eropah. Selain itu, penciptaan bahan peletup juga berjaya dihasilkan. Ahli-ahli
kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon. Pada zaman dinasti
Tang, pihak militari telah menggunakannya sebagai senjata dalam peperangan. Selain itu,
pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) pula, sifat-sifat magnet telah ditemui di
cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6,
pengheretan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9,
telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

Tamadun China juga telah mencapai kemajuan penting dalam bidang kesenian.
Antaranya dalam bidang kesusasteraan, tulisan dan seni bina. Kesusasteraan China
sebahagian besarnya tidak tertulis dalam bentuk cerita dan pepatah. Dalam bidang tulisan
pula, sistem tulisan Cina menggunakan huruf atau glyhs bagi mewakili perkataan yang terdiri
daripada tiga unsur iaitu piktograf (gambar), ideogaf (idea) dan huruf yang dibentuk
mengikut prinsip fonetik. Lebih daripada 2000 perkataan bertulis masih digunakan sehingga
ke hari ini dan pada hari ini bangsa Jepun dan Korea menggunakan tulisan Cina sebagai

12
tulisan mereka. Selain itu, sumbangan dalam seni bina dapat dilihat menerusi bidang
kejuruteraan hidraulik yang mana menghasilkan sistem pengairan yang paling rumit dan
masih berfungsi baik walaupun sudah mencecah usia 2000 tahun. Pada masa yang sama,
Tembok Besar China juga menjadi mercu keagungan China dalam bidang seni bina dan
kejuruteraan.

Dengan pencapaian penting dalam pelbagai bidang, keadaan ini jelas membuktikan
bahawa tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada
perkembangan tamadun dunia. “Empat Ciptaan Agung” memberi inspirasi yang amat ketara
dan jelas kepada tamadun-tamadun lain dalam mengembangkan bidang sains dan teknologi
mereka. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun
Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga
sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan
dan penyesuaian menurut zaman.

3.3 MENGHURAIKAN SEJARAH RINGKAS TAMADUN INDIA

Sejarah mencatatkan bahawa tamadun India berpusat di lembah Sungai Indus dan terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Indo-Arya di utara India dan Dravida di selatan (Mohd Noor,
2011). Pergunungan Vindhya menjadi sempadan yang memisahkan antara India Utara
dengan India Selatan. Menurut Ahmad et al. (2009), keadaan ini menyebabkan kebudayaan
antara penduduk India Utara dengan India Selatan berbeza antara satu sama lain.

Dalam rumpun masyarakat dan budaya tamadun India, terdapat sistem keluarga,
sistem kasta serta bahasa dan kesusasteraan. Dalam sistem keluarga, susun lapis masyarakat
terdiri daripada 4 peringkat kehidupan iaitu brahmacarya, grahasta, vanaprasta dan
sannyasa (Mohd Nor, 2011). Dalam konteks ini, kaum wanita mempunyai kebebasan terhad.
Sepanjang kehidupannya, mereka berada di bawah jagaan ibu bapa semasa muda dan di
bawah lingkungan keluarga dan suami apabila sudah berkahwin. Selain itu, melalui sistem
kasta pula, idea kelas dalam masyarakat dititikberatkan dan menjadi satu amalan yang unik.
Setiap kasta mempunyai peranannya yang tersendiri iaitu Brahmin (pendidik), Ksatriya
(pemerintah), Vaisya (peniaga) dan Sundra (pekerja). Dari sudut yang lain, dalam bahasa dan
kesusasteraan tamadun India, terdapat kitab veda, bahasa dravida, epik Ramayana, epik
Mahabharata, Bhagadgita, kesusasteraan Sangam dan tirukkural yang menjadi sumber
rujukan buat masyarakat dalam Tamadun India. Secara keseluruhannya, kandungan di dalam
kitab dan epik tersebut bannyak menyentuh tentang unsur moral, menekankan ke arah
kebaikan dan mendukung nilai-nilai murni.

Selain itu, dalam tamadun India, kepelbagaian agama telah wujud. Antara agama yang
tersebar dalam tamadun India ialah Hindu, Buddha, Islam dan Sikh. Pada masa yang sama,
terdapat juga agama lain seperti Jaina, Bahai dan Zoroastyanger (Mohd Nor, 2011). Dalam
agama Hindu, terdapat prinsip yang menjadi pegangan utama bagi masyarakat yang
menganutinya. Prinsip utama agama Hindu ialah kewujudan Tuhan yang Tunggal, manusia
itu suci, perpaduan melalui percintaan, harmoni agama serta pengetahuan tentang sungai
yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci (Mohd Nor, 2011). Dalam agama Buddha
pula, ajarannya mengutamakan dharma yang menerangkan Empat Kebenaran Mulia dan
Lapan Jalan Mulia untuk mengatasi Samsara (sengsara) kitaran kelahiran semula. Dalam hal
ini, seseorang harus menghindari karma dengan cara menjauhkan diri daripada melakukan

13
perbuatan jahat. Selain itu, agama Sikh pula diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539). Agama
Sikh merupakan agama monotoisme dan kepercayaan utama ialah kewujudan Tuhan yang
satu, iaitu bersifat tidak berbentuk, abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat
menghuraikannya. Mereka percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan
sahajalah mempunyai segala sifat kesempurnaan.

Selain itu, dalam bidang ekonomi, berlakunya kemajuan dari segi pertanian,
pertenakan di samping menjalankan pekerjaan baharu seperti nelayan, dobi, penggunting
rambut, penjual daging, tukang batu berlian dan sebagainya (Ahmad et al., 2009).
Perdagangan berlaku dengan pesat dan terdapat pelabuhan penting seperti Bhrgukaccha dan
Tamralipti untuk memunggah bijih timah, besi, perak, emas dan tembaga. Hasil hutan, kayu
dan gajah merupakan harta kerajaan yang merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam bidang politik pula, pada zaman vedik wujudnya masyarakat yang hidup berpuak.
Menurut Ahmad et al. (2009), keadaan ini menyebabkan kerajaan terbahagi kepada wilayah,
bahagian, daerah, dan kampong yang diperintah oleh seorang raja.

Dari sudut yang lain, sistem falsafah turut terdapat dalam tamadun India. Sistem
falsafah India boleh dibahagikan kepada enam aliran (sekolah) falsafah iaitu Nyaya,
Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Sekolah-sekolah falsafah ini menerima
bulat-bulat ajaran daripada kitab-kitab Veda. Aliran-aliran falsafah ini juga dikenali sebagai
astika darshana (Mohd Nor, 2011).

Seperti tamadun-tamadun yang lain, tamadun India turut memiliki pencapaian dalam
pelbagai bidang. Dalam bidang kesenian, tarian, muzik dan drama menjadi tiga aspek utama.
Contohnya, tarian klasik Bhrata Natyam dan Kathak dipersembahkan serentak dengan muzik
dan drama. Tarian tersebut bukan sekadar hiburan tetapi juga mengandungi unsur-unsur
keagamaan. Dalam seni bina pula, pembinaan kuil dilihat paling menonjol. Stuktur penting
dalam seni bina Hindu ialah Shihkara (berbentuk kereta kuda), Vimana (menara piramid).
Ratha (bentuk binatang atau burung) dan Gopram (pintu masuk kuil). Dalam hal ini, seni bina
Islam turut membawa dimensi baru dalam tamadun India. Salah satu contoh yang diiktiraf
dunia sehingga hari ini dan menjadi bukti kecemerlangan seni bina Islam ialah Taj Mahal
yang terletak di Agra. Selain itu, rumah-rumah pula dibina di sepanjang jalan raya atau
lorong dengan menggunakan batu yang bermutu tinggi. Terdapat ruang yang lapang antara
satu rumah dengan rumah yang lain bagi mendapatkan peredaran ruang yang baik. Inilah
gambaran seni bina yang wujud dalam tamadun India.

Dalam seni ukir pula, bidang ini berkembang pesat pada zaman Maurya. Antara
contoh kemegahan seni ukir India adalah tiang Asoka, ukiran gua Ajanta dan Ellora serta duit
syiling India pada zaman Gupta. Dalam bidang seni lukis, pembinaan candi dan kuil dihiasi
dengan lukisan yang menggambarkan unsur-unsur keceriaan dan keagamaan. Hasil seni lukis
mereka dapat dilihat pada dinding-dinding istana dan ruang dalaman rumah golongan yang
berada. Selain itu, sumbangan tamadun India dalam bidang sains dan teknologi merangkumi
bidang matematik, astronomi, fizik, kimia dan logam serta perubatan.

Kesimpulannya, tamadun India begitu unik sepertimana tamadun-tamadun lain


dengan perkembangan dalam pelbagai aspek seperti agama, spiritual, matematik, falsafah,
fizik, ekonomi, seni budaya, astronomi dan sebagainya. Tamadun ini turut dianggap unggul
kerana telah melahirkan beberapa agama besar dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh.
Tambahan pula, perkembangan Islam di Asia turut dikaitkan dengan peranan tamadun India
ini.

14
3.4 MENGHURAIKAN SEJARAH RINGKAS TAMADUN JEPUN

Negara Jepun dikenali sebagai negara ‘matahari terbit’ yang membuktikan kehebatannya
yang tersendiri. Jepun merupakan sebuah negara yang homogeneous iaitu satu bangsa yang
tidak mempunyai perbezaan ras, agama, bahasa dan bangsa. Masyarakatnya meletakkan ilmu
pada tahap yang paling tinggi serta sikap ingin tahu yang kuat terhadap maklumat (Mohd
Nor, 2011). Mengikut teori umum, orang Jepun yang mula menduduki kepulauan Jepun
berasal dari Selatan melalui Pulau Farmosa dan Ryukyu.

Menurut Abu Talib (2005), sejarah ketamadunan Jepun bermula dengan zaman
prasejarah yang dinamakan Jomon yang bermula sekitar tahun 8000 Sebelum Masihi (S.M.).
Ia kemudian diikuti oleh zaman protosejarah dan zaman sejarah. Zaman peralihan dari satu
zaman ke satu zaman boleh dilihat dalam Rajah 9.0 di bawah.

Zaman Jomon Zaman Yayoi Zaman Kofun Zaman Asuka Zaman Nara
(8000 S.M. - (300 S.M. - (300 M - 550 (tahun 593 - (tahun 710 -
300 S.M) 300 M) M) 710) 794)

Zaman Zaman Zaman Zaman


Azuchi- Zaman Heian
Tokugawa Muromachi Kamakura
Momoyama (tahun 794 -
(tahun 1600 - (tahun 1336 - (tahun 1185-
(tahun 1573 - 1185)
1867) 1573) 1333)
1600)

Zaman Meiji Zaman Taisho Zaman Showa Zaman Heisei


(tahun 1868 - (tahun 1912 - (tahun 1926- (tahun 1989 -
1912) 1925) 1989) kini)

Rajah 9.0 Sejarah Ketamadunan Jepun

Dalam tamadun Jepun, terdapat tiga agama yang sangat berpengaruh dalam kalangan
masyarakatnya iaitu Shinto, Buddhisme dan Confucianisme. Dalam agama Shinto, Shinto
bererti “Jalan Tuhan” (kami-no-michi). Menurut fahaman Shinto, tuhan yang disembah ialah
Kami, iaitu kuasa suci yang terjelma dalam pelbagai bentuk seperti matahari, gunung, pokok,
angin dan batu. Penganut Shinto diajar supaya mencintai alam dan menghormati roh nenek
moyang. Dewa yang penting ialah Amaterasu iaitu Dewi Matahari. Agama Shinto juga
dikaitkan dengan pertanian terutamanya padi (Mohd Nor, 2011). Selain itu, dalam agama
Buddhisme pula, ajarannya mengutamakan Dhamma atau Dhaarma yang terangkum dalam
Empat Kebenaran Mulia. Dalam agama ini, ajarannya tertumpu kepada ajaran-ajaran
psikologi dan etika yang berkaitan dengaan kehidupan dan tidak mengajar mengenai hal-hal
ketuhanan, metafizik atau falsafah. Dalam masyarakat Jepun, ia mengesyorkan Lapan Jalan
Mulia bagi mengatasi kesengsaraan kitaran kelahiran semula bagi menghindari karma dengan
menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan jahat. Manakala, bagi agama Confucianisme,
ia telah diperkenalkan oleh Tokugawa yang memberi penekanan terhadap fahaman Neo-
Konfucianisme yang mementingkan kesetiaan orang bawah kepada orang atasan.

15
Confucianisme wujud dalam tamadun Jepun bagi menyatukan rakyat Jepun dan memupuk
perpaduan.

Selain itu, tamadun Jepun juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Antaranya
mempunyai satu bahasa dengan sistem tulisannya sendiri. Bahasa yang digunakan oleh
masyarakat Jepun ialah bahasa Jepun. Bahasa Jepun mempunyai lima bunyi vokal, iaitu A, I,
U, E dan O. Ia digunakan secara bersendirian atau dengan konsonan untuk membentuk suku
kata yang mudah. Bagi menguasai bahasa Jepun, masyarakat di negara itu perlu menguasai 4
jenis tulisan iaitu Kanji, Hiragana, Katakana dan Romanji. Selain itu, dalam tamadun Jepun
terdapat nilai-nilai keseniannya yang tidak terdapat dalam tamadun-tamadun yang lain.
Dalam hal ini, upacara minum teh merupakan satu adat yang menonjolkan aspek kesenian
dalam tamadun Jepun. Walaupun the diperkenalkan ke Jepun dari Negara China, kaedah
meminumnya disesuaikan dengan budaya Jepun. Selain itu, seni mempertahankan diri dan
sumo juga menjadi satu daya tarikan dalam kesenian tamadun Jepun. Judo, kendo, archey dan
karate digunakan untuk mempertahankan diri. Seni ini merangkumi aspek fizikal dan asspek
spiritual yang mana mengajar pengamalnya tentang keadilan, disiplin diri, setia dan hormat.

Nilai dan norma juga turut terserlah dalam peradaban tamadun Jepun. Antaranya ialah
konsep Konjo yang menekankan kepada nilai kezaman, semangat juang, ketabahan dan
keberanian. Kesannya, supaya dapat melahirkan masyarakat yang rajin berusaha. Selain itu,
terdapat juga konsep Ninjo iaitu perasaan kemanusiaan seperti cinta, simpati, ehsan dan
persahabatan. Konsep karuna pula adalah kasih saying yang wujud antara makhluk. Di sini
jelas mempamerkan bahawa dalam tamadun Jepun sama sekali tidak meminggirkan nilai dan
norma dalam kehidupan harian. Segala konsep ini bertujuan bagi membawa masyarakatnya
ke arah kecemerlangan yang mutlak dari segi fizikal dan spiritual.

Jika dilihat dari segi modenisasi pula, tamadun Jepun telah mengalami proses
modenisasi melalui beberapa tahap iaitu dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan
moden. Hasil daripada proses modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara yang maju. Proses
modenisasi pada peringkat awal dilakukan oleh skop agama Shinto, Buddhisme dan
Confucianisme. Jepun mula masuk ke zaman moden apabila bermulanya Reformasi Meiji
(1868-1912) dalam pelbagai aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Dalam
bidang politk, Meiji telah mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja Jepun dan
pusat pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo). Beliau juga telah menghapuskan
sistem feudal yang selama ini dipraktikkan oleh Tokugawa. Reformasi politik dilakukan
dengan memperkenalkan sistem demokrasi. Meiji mencontohi negara Barat dengan
mengambil contoh kekuatan ketenteraan, pengenalan sektor industri pertahanan seperti
senjata dan pembuatan kapal perang.

Dalam bidang pendidikan pula, Meiji telah menghantar pelajar-pelajar ke Barat untuk
mempelajari ilmu sains dan teknologi. Pada masa yang sama, beliau juga telah mengimport
tenaga professional daripada Barat dan mendirikan pusat-pusat pengajian berasaskan sains
dan teknologi di samping bidang-bidang lain. Seterusnya, dalam bidang ekonomi, ekonomi
moden berasaskan Kapitalisme diperkenalkan. Masyarakat digalakkan untuk menjalankan
aktiviti pertanian. Pada masa ini, cukai telah dihapuskan dan pembinaan saliran dipergiatkan.
Selain itu, dalam bidang sains dan teknologi, tamadun Jepun telah mengalami perkembangan
dan pembangunan yang begitu pantas. Dalam pembangunan teknologi, Jepun merupakan
‘technological leader’ kerana berjaya mengeluarkan pelbagai produk seperti optik gentian,
semi-konduktor, bahan-bahan komposit, peralatan-peralatan mesin, keperluan komputer dan
sebagainya.

16
Konklusinya, tamadun Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding
dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan
negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari
dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”.

4.0 MENGHURAIKAN INTERAKSI YANG BERLAKU ANTARA TAMADUN -


TAMADUN INI DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL

4.1 INTERAKSI DALAM BIDANG POLITIK

Ahmad et al. (2009) mendefinisikan interaksi sebagai hubungan aktif yang saling bertindak
balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Manakala, dalam ilmu ketamadunan,
interaksi merupakan proses sosial hasil daripada situasi pertembungan budaya dan peradaban
(Zulkiflee et al., 2011). Agama, pegangan, nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial
mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun (Ahmad et al., 2009). Konsep interaksi antara
tamadun mestilah bersifat terbuka dan bakal menghasilkan dua kesan penting iaitu dari aspek
positif mahupun negatif.

Dalam bidang politik, hubungan diplomatik telah terjalin antara tamadun China
dengan Jepun yang bermula semasa pemerintahan dinasti Han Timur. Negara Jepun telah
mengalami satu proses panjang dalam mempelajari pelbagai aspek termasuklah sistem politik
China. Sistem pentadbiran berpusat juga telah wujud hasil daripada interaksi ini. Dalam
tamadun-tamadun yang lain, interaksi dalam bidang politik banyak terjalin disebabkan oleh
faktor perdagangan.

4.2 INTERAKSI DALAM BIDANG EKONOMI

Dalam bidang ekonomi, tamadun Arab telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan
tamadun China. Hubungan antara tamadun ini berlaku melalui pedagang Islam yang
menggunakan Jalan Sutera melalui Afganistan (Zulkiflee et al., 2011). Ia semakin
berkembang pada abad ke-8 Masihi dengan adanya laluan darat dan laut. Dalam hal ini,
teknologi Cina dibawa dan diperkenalkan ke dalam tamadun Islam. Teknologi membuat
kertas merupakan satu contoh yang paling menonjol kerana kerana tawanan China telah
diminta untuk mengajar orang Arab meengenai teknologi ini. Teknologi ini kemudiaanya
disebarkan dari Samarkand ke Baghdad dan Damsyik, ke Mesir dan Maghribi dan akhirnya
ke Andalusia pada kurun ke-12. Selain itu, tiga ciptaan Cina yang penting iaitu kompas,
bahan letupan dan teknologi percetakan diperkenalkan ke dalam tamadun Islam. Teknologi
metalurgi (logam dan aloi) dan barangan Cina yang lain seperti sutera dan porselin juga
diserap masuk ke dalam dunia Arab.

Selain itu, interaksi yang wujud antara tamadun India dengan tamadun China juga
telah memberi sumbangan yang besar kepada tamadun China. Mengikut rekod sejarah China,

17
hubungan perniagaan dan perdagangan antara China telah terbentuk lebih awal lagi iaitu
sekurang-kurangnya pada kurun ke-2 Masihi. Dalam hal ini, pelbagai kemahiran yang ada
dalam tamadun India dipindahkan ke dalam tamadun China. Antaranya, perkembangan dalam
bidang sains dan teknologi seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang
astronomi (Ahmad et al., 2009). Pada masa yang sama, pengetahuan membuat kertas, bahan
letupan, dan penggunaan kompas daripada tamadun China juga dipelajari daripada tamadun
India.

Dari sudut yang lain, interaksi secara langsung atau tidak langsung melalui Korea
antara tamadun Jepun dengan sesetengah wilayah China telah berlangsung pada kurun ke-2
SM, iaitu di zaman Qin. Interaksi pada peringkat awal ini telah membawa masuk teknologi
pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas besi dan gangsa ke negara Jepun
yang akhinya memajukan masyarakat Jepun.

Selain itu, kita perlu sedar bahawa interaksi yang terjalin antara pelbagai tamadun
tidak semua mendatangkan kesan yang postif. Dalam konteks ini, kesan negatif turut wujud
pada peringkat awal interaksi atau sebahagian daripada kesan interaksi yang telah berlaku.
Contohnya, interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China telah menimbulkan rasa
tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Penduduk Han di
Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana tidak puas hati
terhadap kemewahan orang Islam dalam aktiviti perdagangan. Pemberontakan kemudian
berlaku pada tahun 758 Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang Islam dibunuh dan ramai
yang melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah.

4.3 INTERAKSI DALAM BIDANG SOSIAL

Selain dalam bidang politik dan ekonomi, interaksi antara tamadun-tamadun juga wujud
dalam bidang sosial. Contohnya, interaksi yang wujud antara tamadun China dengan tamadun
Jepun telah menyumbang dalam bidang penulisan. Tulisan adalah suatu kesan penting yang
dibawa dari tamadun China ke Jepun. Sitem tulisan Jepun, Kana dicipta berasaskan kepada
sistem tulisan China iaitu Kanji (Zulkiflee et al., 2011). Buku sejarah terawal Jepun iaitu
Nihongi ditulis menggunakan bahasa China. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun. Pada masa yang sama, tamadun China turut meninggalkan unsur
kebudayaannya seperti upacara minum teh, seni taman dan struktur pembinaan bandar.
Begitu juga ajaran Konfusianisme turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun. Ajaran
Konfusianisme memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini memberi kesan
kepada pemantapan institusi keluarga di Jepun .

Selain itu, dalam bidang ilmiah dan kesenian juga, Jepun banyak menerima pengaruh
dari kebudayaan China seperti seni bina, seni lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik.
Teknologi percetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas,
bahan letupan dan banyak lagi tersebar ke Jepun (Abu, 2008). Menurut Zulkiflee et al.
(2011), unsur-unsur kebudayaan China dalam kehidupan seharian juga banyak menyerap
masuk dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu, teh, kicap, penggunaan penyepit),
permainan (wau, mah-jong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritus
(penyembahan). Hubungan tamadun China dengan tamadun Jepun juga telah membawa

18
kesan yang amat positif di mana negara China telah membantu masyarakat Jepun dalam
aspek falsafah, agama, kesusasteraan, pertanian dan penggunaan logam (Ahmad et al., 2009).

Seterusnya, interaksi juga wujud antara tamadun China dengan tamadun India yang
membawa kepada asimilasi muzik. Beberapa jenis alat muzik seperi konghou dan pipa serta
stuktur muzik yang mengandungi tujuh not pada setiap tala diasimilasikan dalam tamadun
China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana, dalam kalangan
bangsawan dan tentera China. Ciptaan kesusasteraan dan seni mempertahankan diri dari India
turut diserap masuk ke dalam tamadun China. Pada masa yang sama, bahasa dan ilmu fonetik
Cina juga menunjukkan ciri-ciri kebudayaan India (Abu, 2008). Dalam hal ini, pengajian
mengenai fonetik bahasa Cina sukar untuk dilakukan kerana bahasa ini tidak berabjad. Oleh
itu, bermula dari zaman dinasti Sui, ilmu fonetik bahasa Cina menjadi semakin maju kerana
orang Cina menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik daripada ilmu fonetik bahasa
Sanskrit. Fanqie iaitu suatu cara orang Cina menunjukkan sebutan perkataan adalah salah
satu hasil penting yang berkaitan. Selain itu, agama Buddha yang berkembang pesat di India
turut di bawa masuk ke dalam tamadun China. Pengamalan agama Buddha di China agak
sukar kerana ajaran yang terkandung dalam agama Buddha tidak bersesuaian dengan
pegangan orang Cina yang berasaskan Konfusianisme. Namun, pada akhirnya agama Buddha
menjadi satu sistem kepercayaan yang mengganbungkan unsur-unsur penting kebudayaan
Cina, tetapi prinsip asas dan identiti tidak terjejas (Abu, 2008).

Interkasi antara tamadun India dan Islam juga turut terjalin. Interkasi antara kedua-
dua tamadun ini dalam didang sosial berlaku apabila pengaruh seni bina tamadun Islam
diserap masuk ke dalam tamadun India. Bidang seni bina mengalami perkembangan yang
pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid
di Sambal dan sebuah masjid di Agra. Salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia iaitu Taj
Mahal dibina oleh Shah Jehan yang berkonsepkan konsep dan gaya Islam. Penggunaan
motokar dan konkrit juga merupakan hasil daripada pengaruh Islam. Pada masa yang sama,
asimilasi antara budaya Islam dengan budaya tempatan India telah melahirkan bentuk baru
dalam seni kesusasteraan. Selain itu, cendekiawan Islam turut mempelajari mengenai yoga
serta ilmu perubatan dan astrologi dari India. Dalam hal ini, ahli astronomi India juga telah
meminjam terma astronomi, pengiraan latitud dan longitud bumidan pengiraan calendar dari
tamadun Islam. Pada masa yang sama, bahasa Urdu juga telah wujud hasil percampuran
antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Arab dan Turki.

Dalam interaksi tamadun yang lain iaitu antara tamadun China dan Islam, ia telah
membawa kepada perkahwinan campur antara pedagang-pedagang Arab ini dengan wanita
tempatan. Hasil daripada interaksi ini wujudnya penyebaran agama Islam di negara China
yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina. Selain itu, pengaruh Islam dalam
kebudayaan China juga dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu
masjid, dewan membaca al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China. Pada
masa yang sama, pengkajian dalam ilmu astronomi, iaitu kaji bintang di China banyak
dibantu oleh pencapaian orang Arab. Begitu juga dengan perkembangan ilmu matematik,
algebra dan trigonometri (Zulkiflee et al., 2011).

Secara keseluruhannya, interaksi yang wujud antara satu tamadun dengan tamadun
yang lain telah membawa perubahan yang besar kepada setiap tamadun yang terlibat. Dalam
hal ini, unsur-unsur dalaman sesuatu tamadun yang keluar dan unsur-unsur dari luar yang
masuk ke dalam atau sikap ‘memberi’ dan ‘menerima’ antara tamadun itu akan dapat
mengukuhkan kewujudan sesuatu tamadun.

19
5.0 MEMBUAT ANALISIS DAN REFLEKSI SERTA MEMBANDING BEZA
MAKLUMAT HASIL DARIPADA TEMUBUAL

Dalam tugasan ini, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama beberapa orang pensyarah
di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Fokus temu bual adalah bagi
mendapatkan maklumat berkaitan tokoh-tokoh dan budaya serta nilai-nilai murni yang
terdapat dalam tamadun Jepun, Islam, China dan India dan membanding beza maklumat
tersebut.

Dalam menggali maklumat mengenai ketiga-tiga aspek tersebut dalam tamadun


Jepun, berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama Puan Hartini Binti. Husain, pensyarah
dari Jabatan Kajian Sosial, beliau banyak menyentuh tentang nilai-nilai dan budaya yang
wujud dalam tamadun Jepun. Menurut beliau, di Jepun, mereka sangat menitikberatkan
tentang aspek nilai murni kerana pada mereka jatuh atau bangunnya sesebuah negara itu
adalah bergantung kepada nilai murni yang wujud dalam bangsanya. Jika dilihat dalam
kokurikulum pendidikan Jepun, satu mata pelajaran khusus mengenai nilai telah diwujudkan
dan diwajibkan ke atas setiap orang pelajar untuk mempelajarinya. Berbanding dengan sistem
pendidikan di Malaysia, unsur nilai murni hanya diselitkan secara tidak langsung dalam
subjek-subjek teras. Di Jepun, inisiatif yang dilakukan oleh mereka bermula ketika kanak-
kanak masih kecil lagi iaitu dari peringkat awal persekolahan apabila murid-murid telah
didedahkan dengan ajaran nilai murni dengan begitu meluas sekali. Ketika menemubual
Encik Kharudin Bin Mustafa yang menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Latihan Dalam
Perkhidmatan, beliau turut bersetuju dengan hal ini. Menuru beliau, Jepun menjadi sebuah
tamadun yang hebat disebabkan masyarakat mereka berjaya menanam nilai-nilai murni dalam
jati diri sejak kecil lagi dan mempraktikkan nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Justeru,
tidak mustahillah Jepun dikategorikan sebagai satu-satunya negara yang tidak dapat
ditandingi dari aspek keunggulan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, sebanyak 16 nilai murni yang digunakan dalam sistem pendidikan kita pada
hari ini sebenarnya bertitik tolakkan daripada penyerapan nilai dari negara Timur itu sendiri.
Amalan 5S yang wujud dalam masyarakat kita pada hari ini juga berasal dari negara Jepun.
Nilai murni ini telah dipratikkan dalam segenap bidang baik dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Nilai dan budaya baik yang wujud dalam tamadun Jepun sebenarnya sudah ada dalam
agama Islam. Masyarakat Jepun sebenarnya yang mencedok nilai dan budaya baik daripada
pelbagai sudut sehingga membentuk kompartmen mereka tersendiri yang disebut sebagai
‘budaya orang Jepun’.

Selain itu, apabila dikemukakan tentang persoalan sama ada Jepun seimbang antara
material dan sipiritual, Puan Hartini berpendapat bahawa tamadun Jepun menepati definisi
tamadun yang dikemukakan dari perspektif Islam. Namun, Encik Kharudin dan Ustaz Ahmad
Bin Mat Said, iaitu pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral menidakkan pandangan
tersebut kerana pada pandangan mereka Jepun hanya maju dari segi material sahaja, tetapi
tidak dari aspek spiritual. Contohnya, kes bunuh diri di sana sangat tinggi. Dalam hal ini,
mereka tidak mampu untuk mengawal rasa amarah atau kecewa mereka sehingga bertindak
sedemikian rupa. Dari sudut yang lain juga, mereka boleh dikatakan terlalu taksub dengan
kepercayaan yang dianuti oleh mereka dan menyalahgunakan semangat kamikaze yang
menjadi kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa mereka akan dilahirkan semula.
Semangat kamikaze yang dahulunya digunakan untuk mempertahankan negara mereka telah
disalahgunakan oleh masyarakat mereka bagi mencari jalan penyelesaian yang mudah dengan
melarikan diri daripada masalah. Menurut Encik Kharudin, budaya lain yang turut terserlah

20
dalam tamadun Jepun ialah semangat kuat bekerja. Dalam hal ini, mereka tidak mudah untuk
mengalah dalam melakukan sesuatu perkara.

Pada masa yang sama, aspek lain yang tidak ada pada tamadun lain selain daripada
tamadun Jepun adalah bila mana jika mereka jatuh, mereka akan bangkit kembali dan akan
memastikan bahawa lebih hebat berbanding yang sebelumnya. Seterusnya, budaya lain yang
sangat dikagumi dalam tamadun Jepun ialah budaya menepati masa. Hal ini menjadi salah
satu faktor utama yang menjadikan Jepun begitu maju. Menurut beliau, nilai ini sebenarnya
telah dicedok oleh orang Jepun daripada agama Islam sendiri. Hal ini demikian kerana
budaya menepati masa telah disebut dalam agama Islam iaitu Wal ‘Ashr yang bermaksud
demi masa. Namun, umat Islam sendiri yang tidak menghayatinya dalam erti yang sebenar.
Selain itu, menurut Encik Kharudin dan Puan Hartini, budaya dan nilai murni lain yang jelas
terserlah dan diamalkan oleh rakyat Jepun sehingga ke hari ini adalah budaya menghormati
orang lain. Biar dalam keadaan apa sekali pun, mereka tetap mengekalkan dan
mempraktikkan nilai murni tersebut dalam kehidupan harian. Dari sudut yang lain,
masyarakatnya juga sangat menjaga kebersihan. Dalam hal ini, masyarakatnya telah dididik
dan diajar tentang kebersihan sejak dari kecil lagi sehingga sikap murni tersebut menjadi
sebati dalam diri mereka. Sebagai contoh, nilai kebersihan itu dapat dilihat apabila kita
masuk ke tandas mereka. Keadaan tandas mereka jauh lebih bersih jika hendak dibandingkan
dengan Malaysia.

Seterusnya, nilai lain yang terdapat dalam tamadun Jepun ialah nilai bersungguh-
sungguh. Mereka sangat gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Semangat kerja yang
dimiliki oleh masyarakat Jepun sangat tinggi dan mereka sangat komited dalam melakukan
apa jua perkara. Segala nilai baik yang terdapat dalam tamadun Jepun sebenarnya sudah ada
dalam ajaran agama Islam sendiri. Namun, kita sendiri sebagai umat Islam yang tidak
mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Menurut Encik Kharudin, beliau
pernah membaca tulisan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang mengatakan bahawa jika ingin
melihat nilai Islam, pergilah ke Jepun. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa nilai Islam
jelas dipratikkan oleh orang Jepun walaupun mereka bukan beragama Islam sehingga
menjadikan peradaban mereka sebagai peradaban yang terunggul di peta dunia. Dari sudut
yang lain, sikap yang dimiliki oleh kaum wanita di Jepun juga begitu unik. Dalam hal ini,
mereka tidak akan sesekali membenarkan suaminya untuk pulang ke rumah selagi mana si
suami tidak melakukan apa-apa yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Di
sini, jelas mempamerkan sikap orang Jepun yang begitu menitikberatkan soal kemajuan
dalam tamadun mereka. Selain itu, budaya Kai Tze yang wujud dalam tamadun Jepun juga
membolehkan masyarakatnya membina sikap yang positif dan sentiasa berusaha untuk
melakukan penambahbaikan dan mencipta benda yang baharu dari semasa ke semasa. Dalam
hal ini, mereka suka mencedok setiap benda dan akan mengubahsuainya ke arah yang lebih
baik.

Beralih pula ke tamadun China, saya telah menebual tiga orang pensyarah untuk
mendapatkan maklumat yang berautoriti mengenai tokoh dan nilai serta budaya dalam
tamadun China. Tiga orang pensyarah yang terlibat ialah Encik Rosli Bin Mohd Yusoff dari
Jabatan Kajian Sosial, Encik Kharudin dari Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dan Ustaz
Ahmad Bin Mat Said dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Menurut Encik Kharudin,
antara tokoh yang terkemuka yang memainkan peranan yang cukup besar dalam meletakkan
tamadun China di peringkat global ialah Laksamana Cheng Ho. Beliau hidup pada zaman
Min pada tahun 1403. Agama yang dianutinya adalah agama Islam dan turut dikenali sebagai
Kassim Bao. Beliau merupakan seorang panglima perang dan menjadi utusan kepada

21
Maharaja China untuk datang ke Asia Tenggara. Dalam hal ini, kewibawaan yang dimiliki
oleh beliau menyebabkan Maharaja China meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya
untuk mengangkat tamadun China ke seantero dunia. Memandangkan beliau merupakan
seorang yang beragama Islam, antara sumbangan yang telah disumbangkan ialah beliau
pernah menyebarkan Islam dan bertindak sebagai pendakwah. Menurut Ustaz Ahmad pula,
tokoh lain yang wujud dalam tamadun China ialah Kung Fu Tze. Dalam hal ini, ideologi
yang diutarakan oleh Kung Fu Tze lebih banyak berkisar tentang aspek kehidupan. Beliau
lebih menekankan tentang nilai-nilai murni. Tambah Encik Rosli, Kung Fu Tze banyak
menekankan konsep kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Selain tentang prinsip
kepimpinan melalui teladan yang terdapat dalam fahaman Confuciunisme, beliau turut
menganjurkan prinsip Rang Yi iaitu kemanusiaan dan keadilan. Rang dikaitkan dengan hati
manusia manakala Yi pula adalah jalan manusia. Oleh itu, manusia mempunyai jalan atau
laluan untuk menguruskan hidup dengan cara yang betul. Menurut Encik Rosli, tamadun
China juga telah melahirkan ramai tokoh terutamanya dalam bidang falsafah seperti Lao Tze,
Shih Huang Ti dan sebagainya.

Menyentuh tentang nilai dan budaya yang wujud dalam tamadun China, antara nilai
yang terdapat dalam tamadun China ialah semangat bekerja dan usaha yang bersungguh-
sungguh yang dimiliki oleh orang Cina. Menurut Encik Kharudin, nilai ini jelas dapat dilihat
dengan terbinanya Tembok Cina yang panjangnya sejauh 2000km. Dalam hal ini, nilai
kerajinan dan kesungguhan jelas terpamer dalam masyarakat mereka. Nilai kegigighan juga
jelas terpamer dalam masyarakat tamadun China kerana apabila mereka melakukan sesuatu
perkara, mereka akan memastikan bahawa ia dilaksanakan dengan jayanya. Disiplin diri yang
tinggi yang ada pada diri mereka menjadikan mereka lebih bertamadun. Selain itu,
masyarakatnya juga sangat taat kepada pemimpin. Selain itu, nilai kepatuhan juga sangat
sebati dalam jiwa masyarakat China. Mereka begitu patuh kepada orang atasan. Bagi mereka,
kunci utama untuk mencapai kejayaan adalah dengan patuh kepada setiap arahan yang diberi
oleh pemerintah atau orang yang lebih tinggi kedudukannya. Ia menjadi prasyarat yang
sangat penting bagi mencapai setiap matlamat yang dirancang. Selain itu, nilai jati diri dan
identiti diri juga sangat utuh dalam diri mereka. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi
menjaga keamanan dan kemakuran negara mereka. Semangat keperwiraan dan patriotisme
yang tinggi dalam diri mereka jelas terserlah dan mereka begitu sayang akan negara mereka.
Dalam hal ini, rakyat Malaysia amnya perlu mencontohi nilai baik yang ada rakyat China
demi menjamin kesejahteraan bersama.

Dari sudut yang lain, menurut Encik Kharudin, faktor utama yang menjadikan
tamadun China ini hebat di mata dunia adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh
pemimpin negara tersebut. Dalam konteks ini, pemimpinnya telah merangka visi yang cukup
jelas untuk dicapai dan akan memastikan bahawa mereka dapat mencapai setiap objektif
utama. Mereka juga berpegang kepada prinsip untuk mencapai setiap perkara yang telah
dirancang dan akan memastikan itu terjadi. Ini juga boleh dikatakan sebagai budaya yang
telah sebati dalam masyarakat tamadun China. Menurut Ustaz Ahmad, budaya lain yang
terdapat dalam tamadun China ialah mengutamakan keluarga. Contohnya, tradisi makan
besar-besaran pada malam tahun baru atau pada sambutan tahun baru cina sedikit sebanyak
menjadi bukti bahawa masyarakat Cina masih berpegang teguh kepada budaya tersebut dan
mementingkan keluarga. Dari sudut yang lain, menurut Encik Rosli pula, nilai murni yang
terdapat dalam tamadun China sehingga membolehkan negara tersebut mampu bertahan
sehingga ke hari ini sebagai kuasa besar ialah nilai kesetiaan. Mereka meletakkan kesetiaan
yang tinggi kepada pemimpin yang berlaku adil yang boleh menjadi contoh kepada
rakyatnya. Dalam fahaman aliran Confociusnisme sendiri, dinyatakan bahawa seorang

22
pemimpin, yang berpangkat atau orang yang lebih tua perlu menjadi contoh dan role model
yang baik kepada orang yang berada di bawahnya atau orang yang lebih muda. Kepimpinan
melalui teladan ini menjadi salah satu faktor kepada kejayaan tamadun China. Dalam hal ini,
pemimpin dapat menjelmakan nilai-nilai murni yang baik dalam kepimpinannya yang boleh
dijadikan teladan kepada rakyat. Dalam hal ini, fahaman atau budaya yang wujud dalam
tamadun China dilihat berbeza jika dibandingkan dengan Tamadun Islam. Hal ini demikian
kerana mereka memiliki dua aspek yang berbeza. Dalam tamadun China, mereka hanya
membawa tentang prinsip-prinsip hidup. Tetapi, tamadun Islam adalah berteraskan ideologi
keagamaan. Agama Islam disebut sebagai agama Samawi yang mana menuntut penganutnya
berusaha untuk menyebarkan agama, dakwah dan jihad untuk meluaskan pengaruh agama
Islam itu tersendiri ke segenap penjuru dunia.

Selain itu, budaya lain yang wujud dalam tamadun China ialah kegigihan dan
memiliki daya usaha yang tinggi. Mereka sanggup membuat transformasi dalam pelbagai
bidang. Keadaan ini jelas mempamerkan bahawa mereka merupakan bangsa yang bersifat
dinamik dan progresif. Menurut Encik Rosli, dalam sesetengah perkara, jika kerajaan tidak
mahu mengubah sesebuah perkara, rakyatnya sendiri yang akan mengubahnya. Mereka
sanggup mengubah sesuatu perkara atau keadaan demi kebaikan bersama. Rakyatnya juga
turut menganggap bahawa sebuah kerajaan yang baik akan diberi mandat oleh Tuhan.
Namun, jika berlaku perkara yang negatif di bawah pemerintahan sesuatu dinasti, kerajaan
tersebut akan digulingkan oleh rakyat. Contohnya, dalam Dinasti Chin, rakyat China
menggulingkan kerajaan tersebut kerana rakyat tidak lagi percaya kepada kerajaan kerana
pada mereka kerajaan tersebut tidak lagi mendapat mandat daripada Tuhan. Selain itu, apa
yang terjadi pada hari ini ialah mereka sanggup mengorbankan prinsip komunisme mereka
dalam bidang ekonomi kerana mahu melakukan perubahan. Mereka melihat bahawa ideologi
dalam bidang komunis tidak dapat membantu China menjadi sebuah negara yang maju. Oleh
itu, mereka telah menukar ekonomi mereka berasaskan ekonomi negara kapitalis. Keadaan
ini jelas menunjukkan kesanggupan dan kebersediaan mereka untuk berubah ke arah
kebaikan. Ini adalah budaya atau sikap yang sangat positif yang dipamerkan oleh masyarakat
dalam tamadun China kepada dunia pada hari ini. Dari sudut yang lain, nilai kekitaan juga
wujud dalam tamadun mereka sehingga membolehkan mereka bersatu padu dan membentuk
uniti mereka tersendiri. Mereka sedaya upaya untuk mengekalkan identiti diri mereka walau
di mana mereka berada.

Seterusnya, beralih ke tamadun Islam, menurut Encik Rosli antara tokoh pertama
yang bertanggungjawab membangunkan tamadun Islam ialah Nabi Muhammad. Kredibiliti
dan kewibawaan yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W. telah membawa perubahan yang
cukup besar kepada dunia terutama sekali dalam tamadun Islam sendiri. Baginda telah
meletakkan Islam sebagai tamadun yang unggul di mata dunia. Pada masa yang sama,
baginda berjaya menjadikan tamadun Islam sebagai tamadun yang berjaya menguasai hampir
dua pertiga dunia. Selain itu, oleh kerana tamadun Islam telah wujud sekian lamanya, ia telah
melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh yang hebat dalam pelbagai bidang. Menurut Encik
Rosli dan Ustaz Ahmad, antara tokoh yang lahir dalam tamadun Islam ialah Ibnu Khaldun.
Beliau merupakan seorang yang begitu pakar dalam bidang falsafah, sejarah, sosiologi dan
ekonomi sehingga digelar sebagai bapa sosiologi Islam dunia. Beliau juga banyak
mengemukakan teori berkaitan dengan falsafah dan sosiologi dalam bukunya yang terkenal
iaitu Muqadimmah. Dalam bukunya, beliau banyak menyentuh tentang konsep-konsep
berkaitan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan yang mana diguna pakai sehingga ke hari
ini. Pada masa yang sama, beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di universiti Al-
Azhar. Sumbangan dalam bidang pendidikan pula, beliau pernah mengutarakan pendapat

23
tentang pendidikan perlu dijalankan secara beransur-ansur. Hal ini bermakna ilmu perlu
dipelajari sedikit demi sedikit dalam kadar berterusan. Selain itu, Ibnu Khaldun juga telah
menyumbang idea tentang cara kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik iaitu dari
kehidupan yang nomad kepada kehidupan yang menetap. Baginya, apabila masyarakat sudah
mempunyai kehidupan yang stabil, akan lahirlah sebuah organisasi yang lengkap bagi
mentadbir sesebuah kawasan.

Seterusnya, tokoh kedua yang kedua yang terkenal dalam bidang geografi,
pengembaraan dan sejarah pula adalah Ibnu Battuta. Beliau telah menerbitkan sebuah buku
yang diberi tajuk Rihlah. Buku tersebut telah memuatkan tentang kisah pengembaraannya ke
seluruh dunia termasuklah ke Tanah Melayu pada abad ke-12. Dalam hal ini, beliau telah
mencatatkan kronologinya pengembaraannya mengikut kaedah pensejarahan yang betul dan
tersusun. Hasil daripada penulisan tersebut, buku beliau telah dijadikan rujukan dan
digunakan oleh para sejarawan di Eropah untuk menulis buku yang berkaitan dengan sejarah
mengikut format yang betul. Dari sudut yang lain, pada zaman kegemilangan Islam yang
berpusat di Cardova, Sepanyol, tamadun Islam telah melahirkan begitu ramai tokoh dalam
bidang sains dan teknologi termasuklah Al-Khwarizmi dan Al-Farabi. Menurut Encik Rosli
dan Ustaz Ahmad, tokoh yang seterusnya yang lahir dalam tamadun Islam ialah Ibnu Sina.
Beliau pakar dalam bidang falsafah, perubatan, kimia dan astronomi. Ustaz Ahmad ada
menyatakan bahawa Ibnu Sina ini memberi sumbangan dari segi psikologi perubatan. Pada
masa yang sama, beliau juga telah menemui ubat atau penawar untuk menyembuhkan
penyakit diabetes dan batuk kering. Dari sudut yang lain, Ibnu Sina telah mengeluarkan kitab
iaitu al-Qanun Fit-Tibb yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan dalam bidang
perubatan. Selain itu, tokoh lain yang lahir dalam tamadun Islam ialah Imam Ghazali. Beliau
terkenal dalam bidang falsafah, usuluddin, feqah, tafsir, tasawwuf. Beliau juga telah
menerbitkan sebuah kitab iaitu Ihya’ Ulumuddin. Pada masa yang sama, Imam Ghazali turut
mengemukakan teorinya iaitu mengenai pemerolehan pendidikan melalui pengalaman. Pada
beliau, pendidikan adalah meluas dan boleh diperoleh melalui pendidikan tidak formal.
Selain itu, Imam Ghazali turut digelar sebagai Hujahtul Islam. Dalam hal ini, beliau seorang
yang hebat berdebat dalam mempertahankan agama Islam. Dapat disimpulkan di sini bahawa
tokoh yang lahir dalam tamadun Islam bukan sahaja pakar dalam satu bidang sahaja malahan
meliputi pelbagai bidang.

Dari sudut yang lain, tamadun Islam menjadi begitu unggul dan hebat disebabkan
wujudnya gabungan antara nilai-nilai spiritual dan material. Berbanding dengan tamadun-
tamadun lain, mereka hanya menekankan dan mementingkan aspek material semata-mata.
Dalam konteks ini, antara aspek penting yang ditekankan dalam ajaran Islam ialah soal
keadilan. Islam telah menggariskan soal keadilan dalam semua aspek kehidupan. Selain itu,
nilai yang ketara yang terdapat dalam tamadun Islam ialah nilai persaudaraan dan semangat
kekitaan. Sebagai contoh, nilai-nilai tersebut jelas dipratikkan oleh masyarakat di negeri-
negeri yang mendapat pengaruh dari agama Islam. Menurut Ustaz Ahmad, nilai dan budaya
baik yang boleh diambil dan diterapkan dari tamadun Islam ke dalam kehidupan seharian
ialah bersikap rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu,
peradaban Islam berkembang pesat disebabkan nilai-nilai baik yang dibawa dalam agama
Islam itu dipratikkan dan dijadikan serta diselarikan dengan budaya dalam kehidupan Islam
yang sebenar. Dalam ajaran Islam, adat atau budaya yang diamalkan dalam kehidupan
sesuatu masyarakat mestilah tidak bertentangan dengan syariat yang digariskan dalam Islam.
Setiap perbuatan yang dibuat mestilah berlandaskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Dari
sudut yang lain, sifat toleransi dan bersatu padu turut menjadi nilai utama yang dianjurkan
dalam tamadun Islam kepada umatnya. Nilai ini dapat dilihat melalui ibadat solat seperti solat

24
berjemaah dan solat jumaat yang mana memperlihatkan seluruh umat Islam berkumpul dan
saling menguatkan antara satu sama lain. Selain itu, Islam juga turut menekankan prinsip
kesamaan kepada semua manusia. Dalam hal ini, hanya taqwa kepada Allah yang
membezakan setiap individu di sisi Allah. Pada masa yang sama, agama Islam juga adalah
agama yang universal yang lengkap dari semua aspek kehidupan. Agama Islam juga turut
menitikberatkan tentang nilai kebersihan. Contohnya, budaya yang diamalkan dalam tamadun
Melayu yang secara majoritinya mendapat pengaruh dari tamadun Islam begitu selari dengan
nilai yang dianjurkan dalam agama Islam. Contohnya, sebelum masuk ke dalam rumah, kita
dikhendaki membuang kasut atau selipar. Ini bagi memastikan bahawa rumah kita sentiasa
dalam keadaan bersih memandangkan rumah adalah tempat kita untuk beribadat. Selain itu,
agama Islam juga turut menerima dan menjadikan budaya yang datang dari tamadun lain
sebagai suatu perkara yang masih boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syariat
Islam. Sebagai contoh, budaya yang dibawa masuk dari tamadun seperti adat bersanding dan
berinai. Dalam situasi ini, umat Islam masih boleh mengamalkan budaya tersebut tetapi perlu
bersederhana dan paling penting adalah memastikan bahawa ia tidak bercanggah dengan
ajaran Islam.

Akhir sekali, berganjak masuk ke tamadun India, menurut Ustaz Ahmad Fahmy Bin
Mohd Arshad, antara tokoh yang terlibat dalam membangunkan tamadun India ialah
Mahatma Gandhi. Beliau memainkan peranan yang penting dalam menuntut kemerdekaan
bagi India. Beliau seorang peguam yang sangat terkenal, bijak dalam bidang politik dan
hidup dalam keadaan bersederhana. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang
menggerakkan bangsa India dalam menuntut kemerdekaan daripada British. Selain itu, tokoh
lain yang terdapat dalam tamadun India ialah Muhammad Ali Jinnah. Beliau merupakan
seorang muslim Sunni yang telah memperjuangkan kemerdekaan India. Setelah berjuang
untuk mendapatkan kemerdekaan India, beliau telah mengambil keputusan untuk
menubuhkan sebuah negara Islam dan berpisah dari negara India. Negara Islam tersebut
ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat India yang beragama Islam mendiami negara itu.
Negara tersebut dikenali sebagai Pakistan Timur dan Pakistan Barat.

Seperti tamadun-tamadun yang lain, tamadun India turut mempunyai nilai dan
budayanya yang tersendiri. Antara budaya yang wujud dalam tamadun India ialah
kebudayaan Harappa. Kebudayaan Harappa merupakan sebuah peradaban tinggi yang pernah
berada di India pada ribuan tahun yang lalu dengan lay-out kota yang sangat canggih. Selain
itu, dari segi agama, agama Hindu Buddha juga telah mula bertapak dalam tamadun India
yang mana ditubuhkan oleh Gautama Muda. Dalam agama Hindu-Buddha, kepercayaan yang
terdapat dalam agama tersebut ialah percaya kepada benda karut-marut, animisme, amalan-
amalan, tangkal azimat dan hokum karma. Dalam hal ini, kepercayaan yang dipegang oleh
mereka terlalu mendalam sehingga tidak mampu untuk menggunakan akal fikiran dan
berfikir secara logik. Dari sudut yang lain, menyentuh soal nilai dalam tamadun mereka,
seperti masyarakat dalam tamadun Jepun, masyarakat India turut mengamalkan nilai
menghormati dalam kehidupan mereka. Contohnya, mereka begitu hormat kepada kedua-dua
ibu bapa, adik-beradik, jiran tetangga dan tetamu mereka. Dari sudut yang lain, dari segi
budaya pemakaian dan penampilan diri, kaum wanita mereka akan memakai sari. Pakaian
sari menjadi pakaian tradisi atau pakaian kebangsaan bagi kaum wanita India. Dari aspek
yang lain, mereka juga mempunyai sikap sayang akan alam sekitar. Rakyat mereka cukup
menjaga dan mementingkan lestari. Sebagai contohnya, kita dapat melihat di Kahsmir yang
begitu terjaga kebersihannya. Selain itu, budaya dalam tamadun India juga dilihat sudah
diserap masuk ke dalam tamadun Melayu seperti budaya bersanding, berinai dan melenggang
perut. Akhir sekali, dari segi pekerjaan, masyarakat India bersungguh-sungguh ketika

25
melakukan sesuatu kerja dan tidak membantah akan arahan yang diberi oleh pihak atasan.
Pada masa yang sama, mereka juga saling membantu antara satu sama lain. Sikap yang ada
pada diri mereka inilah menjadikan peradaban mereka antara tamdun yang unggul di mata
dunia.

26
6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setiap tamadun yang wujud memiliki keistimewaan dan ciri-ciri
tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Ciri-ciri yang terdapat
dalam setiap tamadun melambangkan nilai estetikanya dan kebudayaan masyarakat dalam
tamadun tersebut dan nilai yang baik wajar diteladani dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, interaksi yang terjalin antara setiap tamadun juga turut merancakkan lagi
perkembangan dan kemajuan dalam sesebuah tamadun. Interaksi yang berlaku dalam bentuk
fizikal, keagamaan, kebudayaan, teknologi dan lain-lain telah mendatangkan kesan negatif
dan positif. Proses penyedutan unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan dengan
kebijaksanaan temapatan telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju
ke tahap yang lebih tinggi. Dalam hal ini, tokoh-tokoh bagi setiap tamadun sememangnya
memainkan peranan yang besar dalam menyumbangkan bakti dan mengetengahkan tamadun
mereka di peringkat seantero dunia. Hal ini demikian kerana apabila sumbangan sesebuah
tamadun utama itu berjaya melepasi sempadan zamannya serta dapat diterima sebagai
sumbangan yang bersifat sejagat oleh tamadun lain, maka apreriasi ke atas sumbangan
tersebut menjadi lebih ironis dan bermakna (Liki Ahmad, 2003).

Selain itu, selaras dengan dunia perguruan yang diceburi, Falsafah Pendidikan Guru
sememangnya bermatlamat untuk menghasilkan warga pendidik yang berkualiti dari segi
profesional, peribadi, sosial, amalan tingkah laku, penguasaan ilmu dan kemahiran. Oleh itu,
segala input postitif yang terkandung dalam setiap tamadun dunia perlu dicontohi dan
dipratikkan dengan sebaik mungkin dalam usaha menyahut seruan positif bagi menghasilkan
modal insan kelas pertama bertaraf dunia.

Dengan menjadikan kejayaan dan kegemilangan tamadun terdahulu sebagai role


model, diharapkan agar masyarakat juga dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan, hidup secara harmoni, saling memahami, saling menghormati dan bekerjasama
antara satu dengan yang lain dalam masyarakat berbilang kaum dan mampu meghadapi
pergolakan dunia dan cabaran global.

27
7.0 RUJUKAN

Abdul Aziz Zaki Razali. (2014). Interaksi Antara Tamadun. Nota kuliah Tamadun Islam dan
Tamadun Asia yang disampaikan pada 21 Julai 2014 di IPG Kampus Kota Bharu.

Abdullah Zhidi Omar, et al. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Abu Musa. (2008). Tamadun Cina: Interaksi Dengan Tamadun Lain Dan Relevansinya Di
Malaysia Dan Di Dunia. Dicapai pada 12 Julai 2014 daripada
http://07611tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-cina-interaksi-dengan
tamadun.html

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Selangor : Dawama Sdn. Bhd.

Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Selangor : Sarjana Media Sdn.
Bhd.

Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad & Farahwahida
Mohd Yusof. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Johor : Universiti Teknologi
Malaysia.

28