Anda di halaman 1dari 11

Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan

berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan
modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang.
Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Daripada perspektif yang berbeza bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa
pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia
iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi
menggerakkan kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun dan korea
Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya yang sedikit, berjaya
membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu
memajukan diri dan negara mereka standing dengan negara-negara maju yang lain.

Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah
meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada
pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua elemen yang
penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan itu ialah pendidikan dan
latihan. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran
kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai
modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu sendiri.

Bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan,
kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni
untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang
mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan
anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.
Selepas hampir 22 tahun mencapai kemerdekaan, kesedaran tentang pentingnya
pembangunan pendidikan secara komprehensif mula wujud dalam kalangan pemimpin
negara khusunya serta rakyat Malaysia amnya.

Pada tahun 1979 tercetuslah usaha untuk membina satu falsafah pendidikan yang
diharap dapat mendi landasan kepada arah dan hala tuju sistem pendidikan negara.
Pada tahun 1988, suatu falsafah pendidikan yang diberi nama Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) telah digubal. Dalam masa yang sama, Falsafah Pendidikan Guru
(FPG), turut digubal sebagai panduan kepada guru-guru dalam merealisasikan FPK.

Pembentukan modal insan harus dilihat secara menyeluruh membabitkan semua aspek
kehidupan dalam individu dan masyarakat di negara ini. Oleh itu, terdapat pelbagai
aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha membina modal insan yang
bersepadu, iaitu ilmu pengetahuan, daya intelek, kemahiran, tahap peningkatan
ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

Pengurusan dan seterusnya pembangunan modal insan ini perlulah sentiasa digilap
kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus
berdaya saing dan berdaya tahan terutama dalam zaman ekonomi sejagat yang
berlandaskan pengetahuan dan bertunjangkan sains dan teknologi.

Oleh kerana itu, pembangunan modal insan dalam konteks pengurusan Islam bukan
sahaja setakat peningkatan tahap pendidikan, mempunyai kemahiran dan ciri-ciri
akhlak yang mulia, berkeyakinan malah ia berkaitan dengan menghasilkan rakyat yang
mempunyai pemikiran minda kelas pertama ke arah mengejar al-Fal ah 13 iaitu
kejayaan di dunia dan di akhirat.

Akhlak memainkan peranan penting dalam kehidupan individu Muslim. Tanpa akhlak
akan pincanglah sebuah kehidupan dan akan hancurlah sesebuah negara. Dewasa ini
pelbagai kejadian yang berlaku ekoran dari kelunturan akhlak di kalangan individu
seperti rasuah, jenayah, bunuh diri, rogol dan sebagainya.

Sesebuah negara akan mencapai kemajuan jika warganegaranya terdiri daripada


individu yang berakhlak luhur. Sebaliknya jika warganegaranya berakhlak buruk, maka
rosaklah bangsa dan negara itu. Seorang penyair Arab bernama Syauqi Bey pernah
berkata:

“Satu bangsa dikenali kerana akhlaknya (budi pekertinya). Jika akhlaknya telah runtuh,
maka runtuh pulalah bangsa itu ”.17

Selain itu, pembentukan insan yang berakhlak mulia merupakan agenda utama dalam
sistem pendidikan negara. Ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
22 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia
iaitu insan yang mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk, mempunyai
kesedaran tentang kesan daripada perbuatan baik dan buruk, berkeyakinan terhadap
nilai murni, mengamalkan perbuatan yang baik, menghindari perlakuan yang buruk,
menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan.

Pernyataan insan yang ‘memiliki sahsiah seimbang dan sepadu’ yang dijelaskan dalam
huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut antaranya ialah berkaitan dengan
keseimbangan dari segi rohani iaitu :
“Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan menginsafi
tanggungjawab dan penanggungjawab, menghargai dan mensyukuri pemberian
Pencipta, memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak mulia .23
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan akhlak merupakan asas pembinaan minda dan


22 Akta Pendidikan 1996: 11 23 Kementerian
Pendidikan Malaysia 1990: 12

100
sahsiah individu ke arah membentuk budi pekerti yang luhur sesuai dengan fitrah
kejadian manusia. Pendidikan akhlak yang benar akan membentuk individu agar
mampu mengendalikan kekuatan diri daripada terdorong ke arah kejahatan. Justeru
terdapat pelbagai perspektif dalam al-Qur’an yang melibatkan pelaksanaan akhlak dan
kepentingan akhlak sama ada kepada diri, masyarakat, bangsa ataupun negara. Ini
kerana kemurniaan akhlak individu turut mempengaruhi kecemerlangan dan kejatuhan
sesuatu tamadun. Individu Muslim yang berupaya memindahkan pendidikan akhlaknya
kepada pembentukan peribadi mulia dan berbudi pekerti indah akan mampu memberi
kesan yang positif terhadap pembinaan masyarakat dan tamadun manusia. 24
Dalam FPK, jelas disebut bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi idividu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

Salah satu konsep asas yang jelas terkandung dalam FPK adalah berkenaan dengan
ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam usaha membangunkan insan dan masyarakat.

Berdasarkan FPK, pendidikan bukanlah semata-mata untuk membolehkan individu


meraih kejayaan peribadi dalam pendidikan semata-mata, sebaliknya untuk
membangun diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang
insan, ahli keluarga dan masyarakat serta warganegara yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan sedia untuk berbakti.

FPK merupakan satu landasan yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk membentuk modal insan kelas
pertama.
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga dberikan penekanan agar dapat
membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta mempunyai akhlak
yang mulia dan sempurna.

Penggubalan FPG adalah bersandarkan Model Konseptual Pendidikan Guru yang


bermatlamat untuk melahirkan guru yang kompeten, unggul dan berkualiti tinggi sama
ada dari aspek personaliti diri sehinggalah membawa kepada amalan profesionalisme
individu, berilmu pengetahuan serta mempunyai nilai-nilai keguruan yang unggul agar
dapat memacu generasi kinike arah pencapaian hasrat dan Wawasan Pendidikan
negara.

Lima elemen utama yang menjadi dasar FPG iaitu perwatakan yang mulia, berkembang
maju dan berpandangan saintifik, komited menegakkan aspirasi negara, mengekalkan
warisan budaya kebangsaan, pembangunan individu dan pengekalan disiplin
masyarakat yang bersatu.
.

Mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, di bawah Rancangan


Malaysia Ke-9, mencatatkan bahawa dalam usaha membangunkan modal insan,
Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi tumouan kepada sistem nilai, aspek
disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Di sammping itu, usaha ini juga diharap
melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan berdaya kreatif serta kebolehan
pasaran.

Di baah usah pembangunan modal insan ini, penekanan adalah ditumpukan kepada
bidang penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual seperti ilmu sains, teknologi
dan keusahawan, pembudayaan, sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral
seperti yang ditegaskan di bawah Wawasan 2020, cabaran keempat, iaitu :
“Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh
budi pekerti yang luhur”.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bab 5 : Membangunkan Modal


Insan menegaskan rakyat Malaysia adalah modal insan yang utama. Maka, pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan modal insan minda
kelas pertama. Usaha in merangkumi pemupukan murid dalam penguasaan maklumat
komunikasi dan teknologi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan bernilai etika
dan moral serta pengamalan pembelajaran sepanjang hayat.

Fokus FPK ialah pendidikan merupakan suatu usaha berterusan kerana pendidikan
merupakan proses pemulihan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan
kemahiran berterusan sejak kecil hingga akhir hayat melalui peringkat awal, peringkat
sekolah dan peringkat selepas sekolah. Hasil yang diharapkan kelak ialah lahirnya
generasi yang berilmu pengetahuan, menjadi tenaga mahir serta berakhlak mulia.

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan fokus kepada


mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu melalui empat
potensi iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi intelek memberi fokus kepada
daya berfikir dalam aspek 3M yang meliputi kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Ini bersesuaian dengan perkembangan pendidikan semasa aspek 3M kini menjadi 4M,
iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selain berfikir secara kritis dan kreatif
serta memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan


secara menyeluruh perlu kerana perkembangan potensi individu tidak lengkap dan
sempurna jika dilakukan secara berasingan. Untuk itu, penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum juga diberikan penekanan agar dapat membentuk insan yang berilmu
pengetahuan, bertenaga mahir serta mempunyai akhlak yang mulia dan sempurna.
Membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis
terbentuk apabila mereka berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak yang mulia,
menjadi tenaga mahir, berpegang kepada kepercayaan kepada Tuhan, tenteram serta
rasional fikiran dan jiwanya, sihat dan cergas fizikalnya di samping mempunyai
kematangan dari segi emosi dan sosial. Keseimbangan pada diri seseorang insan turut
mencakupi aspek potensi dirinya yang seharusnya telah diperkembangkan secara
menyeluruh dan optimum sama ada dari aspek intelek, jasmani, emosi, social dan
rohani.

Kepercayaan kepada Tuhan secara umumnya merujuk kepada pegangan seseorang


terhadap adanya kuasa yang menjadikan, mentadbir dan menentukan perjalanan alam
ini. Kepercayaan kepada Tuhan ini akan dapat memupuk nilai-nilai tawaduk dan
kehambaan yang akhirnya nantiakan melahirkan manusia yang baik, bertanggungjawab
serta berusaha menghindari kejahatan.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Elemen ini berfokus kepada


menggalakkan rakyat Malaysia menuntut ilmu sama ada menerusi pembacaan,
pembelajaran sepanjang hayat dan seabagainya. Mereka akan menjadi warganegara
yang sentiasa berfiiran terbuka, rasional dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

Rakyat Malaysia yang berketerampilan. Merujuk kepada rakyat yang bukan sahaja
berilmu pengetahuan malah sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara. Mereka mempunyai elayakan dalam bidang masing-masing dan boleh
dipertanggungjawabkan untuk memikul dan menjalankan tugas secara cekap dan
sempurna.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka tahu membezakan yang mana baik dan
buruk di samping mempunyai keyakinan terhadap nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Mereka dapat menghayatinilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan selain
mengamalkan perlakuan-perlakuan tepuji dan menghindari perilaku yang buruk.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Nilai akauntabiliti dan kebertanggungjawaban
merupakan elemen penting yang turut mendasari FPK kerana individu yang memilikinya
akan dapat melaksanakan tanggugjawab yang sempurna kepada Tuhan, masyarakat,
bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri. Ia amat penting
kerana mereka mempunyai daya ketahanan diri yang utuh bagi mendepani cabaran
hidup dari semasa ke semasa. Mereka berfikiran waras dengan jiwa yang tenang dan
fizikal yang sihat serta memiliki kemahiran sosial yang baik.

Rakyat Malaysia yang dapa memberi sumbangan. Sumbangan dapat diberi jika rakyat
mendapat latihan untuk memperoleh kemahiran, produktif dan inovatif serta berusaha
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Selain itu, matlamat pembangunan modal insan yang berkualiti perlu kepada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam
konteks ini, aspek tersebut turut terkandung dalam elemen FPK. Potensi individu
dibahagikan kepada empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (Abd.
Razak et al. 2014). Aspek jasmani tertumpu kepada perkembangan tubuh badan
yang sihat seperti menjaga kesihatan, melakukan riadah dan meningkatkan daya
pengeluaran. Unsur emosi pula berkaitan dengan jiwa individu dan
perkembangan emosi yang sempurna sangat penting kerana mampu untuk
mengawal tingkah laku yang baik. Selain itu, aspek rohani menyentuh aspek sifat
kejiwaan sepeti menghargai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk akhlak
mulia dan membina disiplin. Akhir sekali, potensi intelek pula berfokus kepada
daya berfikir dalam aspek 4M. Perkembangan potensi intelek penting kerana
pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan baik. Perkembangan secara
menyeluruh perlu kerana perkembangan potensi individu tidak lengkap dan
sempurna jika dilakukan secara berasingan.
Dalam FPG, dijelaskan juga antara sifat dan kualiti professional yang harus
dimilki oleh seorang guru ialah suka membaca dan mengkaji (Abd Razak et al.
2014). Hal ini demikian kerana sebelum modal insan yang unggul dapat
dilahirkan, guru selaku individu yang bertindak sebagai penyampai perlu terlebih
dahulu memperoleh ilmu pengetahuan secara meluas dan mendalam sebelum
menyampaikan kepada orang lain.

Tuhan secara jelasnya dapat melahirkan modal insan yang unggul dan seimbang.
Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti
mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh
Pencipta, mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang
ditetapkan oleh Pencipta, menyedari bahawa manusia dicipta untuk menjadi
khalifah di muka bumi ini, bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan,
menjauhi kemungkaran, melakukan kebaikan, mengamalkan ajaran agama dan
mengukuhkan kepercayaan agama (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam konteks ini, penggubalan FPK yang berdasarkan Model Konseptual


Pendidikan Guru turut menekankan dimensi ketuhanan. Penghayatan, amalan
dan peningkatan ilmu individu dilakukan berteraskan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada ajaran agama.

Strategi pengurusan dan pembangunan modal insan amat penting kerana ia


memberi sumbangan yang amat besar kepada kemajuan organisasi dan
pembangunan negara.
Beliau memulakan kariernya dalam bidang perguruan sebagai guru pelatih di
Sekolah Melayu Langgar, Kota Bharu. Kemudian sebagai guru pelatih, mulai
tahun 1957 beliau telah bertugas di beberapa buah sekolah lagi di dalam negeri
ini, menabur jasa dan bakti yang tidak ternilai harganya. Mulai tahun
kemerdekaan tahun 1957, beliau bertukar ke Sekolah Umum Padang Pak Amat,
Pasir Puteh, pada tahun 1959 ke Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kota Bahru,
pada tahun 1962 ke Sekolah Kemumin, Kota Bharu, pada tahun 1964 ke Sekolah
Kebangsaan Pasir Gajah, Kuala Krai, pada tahun 1965 ke Sekolah Kebangsaan
Kuala Krai, dan pada tahun 1971 di Sekolah Kebangsaan Rendang (kini Sekolah
Kebangsaan Seri Cempaka) Kota Bharu.

Setelah berkhidmat dengan cemerlang selama 21 tahun dalam profesion