Anda di halaman 1dari 15

KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENGENALAN

Sememangnya menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang
berpotensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang
diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan pada masa kini amatlah memberi
penekanan terhadap pencapaian yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara.

Namun, kelahiran yang mengalami masalah pendengaran memberi suatu impak terhadap
pasangan suami isteri tersebut. Walaupun kelahiran ini tidak pernah diharapkan tetapi
pasangan itu perlu menerima segala pemberian Tuhan dengan hati yang terbuka.
Kelahiran dengan kurang upaya pendengaran berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu
seperti sebelum kelahiran, semasa kelahiran, dan selepas kelahiran.

Menurut Kamus Dewan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Pekak didefinisikan
sebagai “tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik”
Dalam budaya orang pekak, istilah “pekak” adalah digalakkan untuk digunakan kerana ia
merupakan satu lambang identiti yang positif kepada komuniti orang pekak Terdapat
pelbagai jenis masalah pendengaran. Masalah seperti hilang pendengaran jenis konduktif,
hilang pendengaran jenis sensori neural, dan hilang pendengaran jenis campuran banyak
menyumbang kepada masalah pendengaran. Memang jelas bahawa masalah ini adalah
kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seorang kanak-kanak pekak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Walau bagaimanapun, terdapat kaedah untuk membantu anak-anak yang dilahirkan


dengan kecacatan pendengaran. Antaranya, adalah dengan menggunakan Alat Bantu
Pendengaran (ABD). Sehubungan itu, bagi memastikan anak yang mengalami kecacatan
pendengaran itu dapat dibantu, ibu bapa,guru, serta individu bermasalh pendengaran itu
sendiri perlu mempunyai pengetahuan meluas tentang penggunaan serta penyelenggaraan
Alat Bantu Pendengaran tersebut.

1
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

2.0 TUJUAN KAJIAN

Topik perbincangan yang akan diketengahkan dalam ulasan jurnal ini adalah berdasarkan
kepada tajuk jurnal iaitu “ The Effectiveness Of An Intervention Program On Hearing
Aid Maintenance ” atau pun dalam Bahasa Melayu bermaksud “Keberkesanan Program
Intervensi Terhadap Penyelenggaraan Alat Bantu Pendengaran bagi Remaja dan Guru
Mereka” (Salinan Jurnal terdapat dalam bahagian lampiran).

Tujuan penulisan ini dihasilkan adalah untuk mengulas isi-isi yang terdapat dalam jurnal
tersebut. Jurnal ini merupakan satu bentuk kajian tentang penilaian kesan pelaksanaan
Program Intervensi terhadap penyelenggaraan dan fungsi Alat Bantu Pendengaran.
Program ini disasarkan kepada 29 orang remaja Bermasalah Pendengaran yang
menggunakan Alat Bantu Pendengaran serta 7 orang guru mereka. Dengan menggunakan
model A-B-A, pengkaji telah memantau pelajar dan laporan klinikal bagi fungsi Alat
Bantu Pendengaran dalam tempoh masa melebihi 12 minggu sebelum intevensi
dilaksanakan. Selepas itu, pengkaji telah merumuskan keputusan 3 minggu selepas
intervensi tersebut berakhir.

Seterusnya, pelajar dan guru telah diberikan pra-ujian dan ujian selepas intervensi yang
berbentuk borang soal selidik iaitu merangkumi aspek pengetahuan dan sikap sampel
kajian. Aspek sikap dan pengetahuan ini adalah berkaitan dengan Alat Bantu
Pendengaran. Program intervensi yang dilaksanakan selama 6 minggu ini adalah
mengandungi elemen-elemen arahan teori serta praktikal dalam penyelenggaraan Alat
Bantu Pendengaran.

Seterusnya, bilangan fungsi Alat Bantu Pendengaran telah meningkat dengan nyata
mengikut intervensi yang telah dilaksanakan. Peningkatan ini telah berterusan walaupun
program intervensi tersebut telah berakhir. Jarak antara pelajar dan laporan klinikal
berkaitan dengan fungsi Alat Bantu Pendengaran adalah luas dalam pembelajaran
peringkat pertama dan semakin hampir pada peringkat ketiga. Keputusan borang soal
selidik menunjukkan guru dan pelajar telah memperoleh pengetahuan baru. Hasilnya,

2
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

kajian ini telah mendapati bahawa Program Intervensi dalam penyelenggaraan Alat Bantu
Pendengaran adalah perlu serta berfaedah kepada pelajar remaja serta guru mereka.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan pasti mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Begitu juga
dengan kajian dalam jurnal ini. Dalam jurnal ini, dinyatakan bahawa metodologi atau pun
kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah Protokol Pemantauan dan Kaedah Soal
Selidik. Sampel kajian adalah melibatkan Pelajar Bermasalah Pendengaran dan guru
mereka.

i. Pelajar

Bagi sampel pelajar, pengkaji telah melaksankan kajian terhadap 29 pelajar remaja
bermasalah pendengaran dalam lingkungan umur 13-16 tahun. Sampel ini adalah terdiri
daripada 15 lelaki dan 14 perempuan. Seterusnya, pelajar-pelajar bermasalah
pendengaran ini adalah mengalami kehilangan pendengaran sensorineural pada peringkat
sederhana (moderate) hinga peringkat teruk (profound). Secara keseluruhannya mereka
ini memiliki tahap pendengaran dalam lingkungan 97.3 dBHL. Setiap pelajar Bermasalah
Pendengaran ini menggunakan dua Alat Bantu Pendengaran kecuali seorang yang hanya
menggunakan satu sahaja. Sehubungan itu, jumlah keseluruhan Alat Bantu Pendengarn
yang ada adalah sebanyak 57 buah.

Dalam kajian ini, sampel kajian telah menghadiri satu Kelas Khas di salah sebuah
sekolah di tengah Israel. Sebahagian besar pelajar Bermasalah Pendengaran ini adalah
diintegrasikan secara individu ke dalam kelas biasa mengikut tahap kebolehan mereka.
Setiap pelajar ini menerima pengajaran bahasa secara individu, pertuturan, dan terapi
pendengaran seminggu sekali iaitu semasa waktu persekolahan yang diperolehi daripada
Klinik Komunikasi. Sebilangan besar Pelajar Bermasalah Pendengaran ini menggunakan
Komunikasi Penuh sebagai bahasa pengantar mereka. Maklumat asas berkaitan dengan
ciri-ciri sampel kajian dapat dilihat dalam jadual berikut:

3
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Table 1
Characleristics of the Student Study Participants.
Participant Gender Pure-Tone Average Pure-Tone Average
Number (better ear) (aided)
1 M 71 35
2 F 88 46
3 M 113 51
4 M 100 30
5 M 100 49
6 F 105 46
7 M 111 46
8 M 110 53
9 M 100 55
10 F 110 55
11 F 110 70
12 F 105 95
13 F 93 50
14 F 95 30
15 F 105 35
16 F 100 40
17 M 55 15
18 F 55 13
19 M 110 55
20 F 100 35
21 M 115 60
22 M 105 45
23 M 100 40
24 F 110 50
25 F 98 30
26 M 100 50
27 F 88 24
28 M 95 41
29 M 75 31

4
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

ii. Guru

Kesemua guru yang menjadi sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru perempuan.
Guru-guru berada dalam lingkungan umur 23 hingga 37 tahun. Manakala mereka ini
memiliki pengalaman mengajar di antara 1 hingga 22 tahun. Tiga orang daripada guru-
guru ini memiliki ijazah dalam Pendidikan Kanak-kanak Pekak, dan satu lagi memiliki
ijazah dalam Pendidikan Khas. Manakala tiga orang guru selebihnya telah mendapat
latihan dalam bidang pendidikan biasa dan telah diserapkan ke dalam Pendidikan Khas.
Enam daripada mereka ini memiliki tahap pendengaran yang normal. Manakala seorang
lagi guru tersebut mengalami kehilangan pendengaran sensori neural pada tahap
sederhana. Namun begitu, semasa berkomunikasi, guru tersebut menggunakan pertuturan
dan bahasa isyarat.

iii. Instrumen

Dalam kajian ini terdapat tiga instrumen yang berbeza iaitu Protokol untuk memantau
fungsi alat bantu pendengaran serta dua borang soal selidik iaitu satu untuk pelajar dan
satu lagi untuk guru. Bagi Protokol Pemantauan, ia adalah dilaksanakan berdasarkan
kepada kaedah protokol yang digunakan oleh Bendet (1980) dan Poots dan Greenwood
(1983). Kedah protkol ini digunakan adalah bagi mengesan masalah dalam fungsi alat
bantu pendengaran.

Manakala bagi borang soal selidik untuk guru dan pelajar pula, ia adalah dilaksanakan
berdasarkan kepada beberapa instrumen yang pernah digunakan (Davis, Shepard, Stel
machowicz, & Georga, 1981; Elfenbein et al., 1988; Woodford, 1987; Martin et al., 1988;
Woodford,1987).

5
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.1 PROSEDUR

Semasa pelaksanaan kajian ini, ia adalah melibatkan tiga peringkat yang melibatkan
penggunaan model A-B-A. Semasa peringkat pertama (A) dilaksanakan, iaitu selama tiga
minggu, klinik kominikasi sekolah tersebut telah memeriksa kesemua pelajar yang
menggunakan Alat Bantu Pendengaran. Pemeriksaan tersebut telah dijalankan sebanyak
tiga kali seminggu dengan menggunakan kaedah Protokol Pemantauan. Pada peringkat
pertama ini, ahli klinikal telah meminta pendapat pelajar berkaitan dengan Alat Bantu
Pendengaran yang mereka gunakan. Seterusnya, ahli klinikal tersebut meneruskan
peringkat pertama ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Protokol
Pemantauan. Pemeriksaan tersebut telah dijalankan sekitar pukul 11.00 pagi iaitu pada
pertengahan hari persekolahan (Diefendorf & Arthur, 1987). Manakala borang soal
selidik telah diberikan pada penghujung peringkat ini (iaitu selama tiga minggu).

Seterusnya, peringkat yang kedua (B) telah dilaksanakan selama enam minggu. Pada
peringkat ini, ahli klinikal telah meneruskan pemantauan terhadap fungsi alat bantu
pendengaran sebanyak tiga kali seminggu. Pada peringkat ini, terdapat elemen yang
ditambah iaitu guru serta pelajar yang terlibat dalam program intevensi ini telah ditadbir
oleh Ahli Klinik Komunikasi. Pada peringkat ini, program yang disediakan adalah untuk
pelajar dan guru yang merangkumi 10 sesi. Setiap sesi adalah mengambil masa selama 45
minit. Semasa sesi tersebut berlangsung, pelajar dan guru telah dimaklumkan tentang
topik perbincangan iaitu seperti anatomi telinga, psikologi pendengaran, jenis kehilangan
pendengaran, ujian pendengaran, bagaimanan menggunakan audiogram dan alat bantu
pendengaran. Pada peringkat ini juga, terdapat enam sesi iaitu pelajar ditemuramah
secara individu.

Semasa sesi ini berjalan, pelajar telah membincangkan berkaitan dengan kehilangan
pendengaran yang mereka alami serta sumbangan alat bantu pendengaran terhadap
kemunikasi seharian mereka. Seterusnya, pada peringkat ini juga mereka telah diajar
bagaimana untuk menggunakan serta mengemaskinikan alat bantu pendengaran yang
mereka miliki. Seterusnya, mereka juga mempraktikkan bagaiman melakukan penjagaan,

6
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

memeriksa, serta menyelesaikan masalah alat bantu pendengaran tersebut. Program ini
turut merangkumi dua sesi bengkel untuk guru-guru yang mengambil masa lebih kurang
90 minit. Semasa sesi bengkel tersebut berjalan, guru-guru ini telah diajar bagaimana
untuk mengendalikan alat bantu pendengaran yang melibatkan pengurusan, penyelarasan,
serta penyelesaian masalah.

Manakala pada peringkat ketiga (A), seperti juga pada peringkat pertama iaitu
berlangsung selama tiga minggu. Semasa peringkat ini dijalankan, ahli klinikal tersebut
telah meneruskan pemantauan terhadap alat bantu pendengaran sebanyak tiga kali
seminggu. Pada peringkat ini juga, guru serta pelajar telah diberikan borang soal selidik.
Sepanjang 12 minggu, iaitu dalam tiga peringkat program ini, ada kalanya alat bantu
pendengaran tidak berfungsi. Namun begitu, ia telah cuba diperbaiki atau dihantar kepada
pakar pembaik pulih. Selain daripada itu, pelajar yang mengalami kerosakan alat bantu
pendengaran telah diberikan alat bantu pendengaran yang baru sebagai ganti. Seterusnya,
pemantauan akan disambung dengan alat bantu pendengaran baru tersebut.

4.0 HASIL KAJIAN

4.1 PROTOKOL PEMANTAUAN

Peratusan fungsi alat bantu pendengaran yang baik mengikut laporan yang disediakan
oleh ahli klinikal telah dihitung sepanjang 12 minggu tesebut. Hal ini bermaksud ia
adalah merangkumi ketiga-tiga peringkat pemantauan tesebut. Peratusan tersebut dapat
dilihat dalam rajah 1 dan 2, serta jadual 2 di halaman sebelah.

7
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

100
89.1
90 85.1

% of clinician-repo
80
100
70
80

60
55.8
60 Eas t

well-functioning H
40 West

50 20 North
0
1st 2nd 3rd 4th
40 Qtr Qtr Qtr Qtr

30

20

10

Stage 1 Stage 2 Stage 3

Intervention period

Figure 1
Prevalance of well-functioning hearing aids in the three stages, as reported by the
communication clinician (mean percentage and standard deviation). HA, hearing aid.

8
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

% of student reported
well-functioning HA

100
89.7
90 87.5

80 61.3
100
70
60 80

60
East
50 40 West
20 North
40 0
1st 2nd 3rd 4th
Qtr Qtr Qtr Qtr
30

20

10

Stage 1 Stage 2 Stage 3

Intervention Period

Figure 2
Prevalence of well-functioning hearing aids in the three stages, as reported by the student
users (mean percentage and standard deviation). HA, hearing aid.

9
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Table 2
Prevalence of the Features of well-Functioning Hearing Aids, as Reportes by the Communication Clinician

Stage 1 Stage 2 Stage 3

M(%) SD M(%) SD M(%) SD

Well-functioning batteries 60.66 36.21 85.05 19.12 89.13 20.24


Fitted earmolds 54.56 41.74 86.2 20.96 94.53 16.53
Proper tubing 62.00 37.70 88.35 15.28 94.53 16.53
Properly operating switch 68.66 39.74 91.41 12.56 93.96 16.68
Properly generating volume control 68.66 38.65 91.71 12.51 94.53 16.68

10
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.2 SOAL SELIDIK PELAJAR DAN GURU

Gabungan keseluruhan 21 item dalam boring soal selidik guru dan pelajar mengenai
pengetahuan tentang telinga, kehilangan pendengaran, serta alat Bantu pendengaran.
Keputusan kajian berdasarkan soal selidik pelajar dan guru dapat dilihat dalam jadual 3,
rajah 3, rajah 4,dan jadual 4 di bawah.

Table 3
Rales of Correct Responses on Student and Teacher Preintervention and Postintervention
Questionnaires.
Preintervention Postintervention
M (%) SD M(%) SD
Students 55 3.52 86 3.94
Teachers 62 6.82 93 2.54

Figure 3
Distribution of student reports of satisfaction with the effectiveness of their hearing aids,
before and after intervention (A/ = 29).

30
Before 27
25
No. of After 22
students 20

15

10

5 4 3
1 1

0
No Sometimes Yes

Assesment of hearing aid contribution

11
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Figure 4
Distribution of student reports of hearing aid usage in different situations, before and
after intervention (W = 29),

16 15
Before

14
After
12 11
No. of 9
students 10
8
7 7
8
0
6

2 1

0
Don’t use In School In School with All Day
friends
Hearing aid usage

12
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Table 4
Teachers’ Knowledge and Behavior Regarding Hearing Aid Checking and
Troubleshoooting, Preintervention and Posintervention.

Number Of Teachers (N=7)


Preintervention Postintervention
Hearing aid check
Teacher takes responsibility for
hearing aid check. 1 7

Teacher’s check of hearing aid is


Complete, including auditory, visual,
and Ling test 0 5

Troubleshooting
Teacher performs a complete
check when the hearing aid
is not functioning. 0 7

Teacher is confident in her ability


to perform hearing aid troubleshooting.

5.0 IMPLIKASI

13
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian didapati bahawa sebelum intervensi


dijalankan dalam kajian ini, terdapat sebanyak 44.2% alat pendengaran yang digunakan
di kalangan sampel kajian tidak dapat berfungsi. Namun begitu, situasi ini telah berubah
selepas intervensi apabila hanya terdapat sebanyak 10.9% sahaja alat bantu pendengaran
yang tidak berfungsi. Segala ilmu serta pengetahuan yang diperolehi oleh sampel kajian
sepanjang program intervensi tersebut telah dapat meningkatkan kualiti kemahiran
pelajar-pelajar bermasalah pendengaran serta guru-guru mereka dalam
menyelenggarakan alat bantu pendengaran tersebut. Justeru itu, secara keseluruhannya
situasi ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa program intervensi yang dijalankan itu
sememangnya telah membawa kesan positif terhadap penyelenggaraan alat bantu
pendengaran bagi remaja dan juga guru yang menjadi sampel kajian.

6.0 RUMUSAN

Kecacatan pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak pekak mempunyai kesan yang
besar terhadap penyesuaian sosial dan peribadi mereka. Mereka bukan sahaja akan
mengasingkan diri daripada orang lain dan rakan sebaya, malahan mereka juga
mempunyai perasaan rendah diri sehingga kecewa dengan kecacatan mereka dan tidak
mempunyai keinginan untuk memperbaikinya. Oleh itu, masyarakat perlu memahami
kanak-kanak pekak ini, memberi layanan yang sempurna dan rawatan tertentu supaya
bebanan yang dialami oleh kanak-kanak ini dapat dikurangkan.

Di Malaysia, perkhidmatan untuk golongan pekak masih berkurangan. Dengan itu,


perkhidmatan terhadap kanak-kanak pekak ini harus diperbanyakkan dan kesedaran harus
diberi kepada setiap individu dalam usaha memenuhi keperluan pendidikan golongan
pekak buta. Walau bagaimanapun, tanggungjawab ini tidak hanya terletak kepada pihak
kerajaan atau lebih tepat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran
sahaja, tetapi turut bergantung juga kepada setiap individu dan masyarakat. Kita perlu
bekerjasama untuk membantu golongan pekak buta khususnya kanak-kanak pekak buta
dengan memberi perkhidmatan dan sumbangan tertentu kepada mereka sama ada dalam

14
KBK 4023 KURIKULUM & PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

bentuk derma, bantuan sukarela dan seumpamanya supaya mereka dapat hidup dalam
masyarakat seperti kanak-kanak normal yang lain.

15

Beri Nilai