Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN TAHUNAN PANITIA KAJIAN TEMPATAN / SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN
TAHUN 2013

Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (KT/PSK) telah
mengadakan mesyuarat kali pertamanya pada 21 Januari 2013 di Makmal Komputer SK Seri
Mendapat. Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi memantapkan lagi pengurusan panitia ini.
Berikut adalah senarai nama Jawatankuasa panitia Kajian Tempatan danPendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan tahun 2013 :

Penaung : En. Azman bin Janudin

Ketua Panitia : En. Abas bin Lambak

Setiausaha : Pn. Rohaina binti Ismail

AJK : Semua guru mata pelajaran KT dan PSK

Di dalam mesyuarat pertamanya, En. Abas bin Lambak selaku ketua panitia telah
membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan direncanakan sepanjang tahun 2013. Antara aktiviti
yang akan dilaksanakan panitia sepanjang tahun 2013 adalah seperti berikut :

BIL. AKTIVITI TARIKH

1. Mesyuarat Panitia kali pertama 22.01.2013

2. Program Keceriaan Kelas Februari 2013

3. Pertandingan Mewarna Tahap II April .2013

4. Penghasilan Folio 1 Mac 2013

5. Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei 2013

6. Info KT/PSk Jun 2013

7. Mesyuarat Panitia Kali Kedua 11.07.2013

8. Penghasilan Folio ke 2 Ogos 2013

9. Peperiksaan akhir Tahun Oktober 2013

10. Bulan Kemerdekaan Ogos 2013

11. Kuiz Panitia PSK Daerah Jasin 22 Okt 2013


Aktiviti-aktiviti berikut telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektifnya.
Setiap aktiviti yang telah dijalankan diberi hadiah kepada pemenang sebagai penghargaan.
Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan mengikut sukatan pelajaran KT dan PSK tahun 4, 5 dan 6.
Penyertaan murid-murid dalam menjayakan aktiviti yang telah direncana amatlah menggalakkan.
Secara keseluruhannya, para pelajar memberikan kerjasama yang baik dan amat berminat dalam
aktiviti yang telah disediakan oleh Jawatankuasa panitia KT dan PSK.

Sasaran pengajaran dan pembelajaran (p&p) KT dan PSK adalah semua topik
diselesaikan mengikut minggu yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa topik tidak dapat
dihabiskan. Perkara ini adalah disebabkan kekangan masa dan tenaga guru yang tidak
mencukupi. Selain daripada itu, projek kewarganegaraan tidak dapat dijalankan bagi tahun 4 dan
5 kerana kekangan bahan dan sumber untuk membuat projek yang ditetapkan. Namun begitu
pihak panitia akan berusaha merealisasikan projek kewarganegaraan untuk tahun hadapan.

Peperiksaan KT/PSK dijalankan 2 kali setahun iaitu semasa Peperiksaan Pertengahan


Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Bagi ujian bulanan pula dibuat setelah usai topik yang
diajar. Ujian bulanan ini diadakan untuk memantau prestasi murid-murid. Setiap markah yang
diterima akan dianalisis oleh SU peperiksaan. Analisis keputusan peperiksaan mengikut
peperiksaan adalah seperti berikut :

ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013


KAJIAN TEMPATAN
BIL BIL BIL PERATUS BIL BIL PERATUS
TAHUN
A B C LULUS D E GAGAL
TAHUN 4 2 5 7 70.00 4 2 30.00
TAHUN 5 4 10 7 77.78 6 0 32.22
TAHUN 6 2 6 12 83.33 3 1 16.67

ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013


KAJIAN TEMPATAN
TAHUN BIL BIL BIL PERATUS BIL BIL PERATUS
A B C LULUS D E GAGAL
TAHUN 4 4 6 8 90.00 2 0 10.00
TAHUN 5 3 14 8 92.59 1 1 7.41
TAHUN 6 6 14 3 95.83 1 0 4.17
ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TAHUN BIL BIL BIL PERATUS BIL BIL PERATUS
A B C LULUS D E GAGAL
TAHUN 4 7 9 4 100 0 0 0
TAHUN 5 11 8 6 92.59 2 0 7.41
TAHUN 6 6 6 11 95.83 1 0 4.17

ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TAHUN BIL BIL BIL PERATUS BIL BIL PERATUS
A B C LULUS D E GAGAL
TAHUN 4 5 12 2 95.00 1 0 5.00
TAHUN 5 9 14 3 96.30 1 0 3.70
TAHUN 6 2 7 12 87.50 2 1 12.50

Berdasarkan analisis di atas di dapati prestasi murid-murid tahun 4, 5 dan 6 adalah


memuaskan ini kerana markah peperiksaan digabungkan dengan markah folio murid bagi
membantu murid lulus dalam mata pelajaran KT dan PSK
Akhir sekali panitia KT dan PSK ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
bagi kepada pihak pentadbir sekolah terutama sekali guru besar dan semua AJK panitia PSK
kerana telah memberi sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi dalam menjayakan aktiviti-
aktiviti yang telah direncana sepanjang tahun 2013 ini. Semoga panitia ini akan memperoleh
pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada tahun hadapan dan tahun-tahun
berikutnya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………… …………………………………………
(ROHAINA BINTI ISMAIL) (AZMAN BIN JANUDIN)
SETIAUSAHA PANITIA KT/PSK GURU BESAR
SK SERI MENDAPAT 2013 SK SERI MENDAPAT

Anda mungkin juga menyukai