Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang
sedang mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras,
daging, susu dan buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti
dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka akan singgah
membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.
Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu
mereka tidak bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat
di bawah sebatang pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah
habis. Ketiga-tiga sahabat ini berasa sangat lapar,
“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi
mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya
disandarkan ke perdu pokok ara.
“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku
habiskan,” kata Buyung pula.
“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun
lapar juga. Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang
bersuara.
Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila
mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan
tiga helai daun.
Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh.
Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak.
Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.
Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara
sambil memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah
makanannya.
“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah
muak,” katanya lagi.
Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia
meneruskan semula perjalanannya.
Pengajaran :
2. Jangan membazir.