Anda di halaman 1dari 5

KISAH NABI SULAIMAN

Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Sulaiman
(bahasa Arab: ‫ سليمان‬, Bahasa Inggeris: Solomon) hidup sekitar 975-935 SM, merupakan
anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan
ketajaman fikirannya. Dia diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM.
Namanya disebut sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran.

Nabi Sulaiman a.s. adalah anak bongsu kepada Nabi Daud a.s. Baginda dilahirkan di
Jerusalem (Darus Salam). Ibu baginda bernama Saba. Sejak kecil lagi baginda telah
menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Pernah memutuskan perkara 2
orang yang berselisih, iaitu antara pemilik kebun dan pemilik kambing. Oleh kerana dia
adalah anak lelaki yang berketerampilan, Nabi Daud a.s. melantik baginda sebagai
pewaris dan diangkat menaiki takhta selepas kematian bapa baginda. Baginda adalah
seorang yang bijaksana, penguasa yang adil dan mempunyai pegangan kepercayaan
yang utuh.

Raja segala makhluk

Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan
ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israel. Baginda
berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin
dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang

Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia,
binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas
dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian,
pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

Sulaiman kawal jin, haiwan

Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Baginda juga
memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi
arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

Allah berfirman dalam Surah al-Naml:

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan
Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu
bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat
kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai
umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah
diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang
demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata". [al-Quran 27:15-16 (Terjemahan
oleh Basmeih)]

Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya.


Misalnya, baginda cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi
menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik
haiwan ternakan dan kebun.

Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud
memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun
sebagai ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu.
Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah: "Wahai bapaku, menurut
pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah
musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan
dimanfaatkan bagi keperluannya. Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan
kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal.
Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian
masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian
lebih daripada sepatutnya." Pendapat yang dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-
dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan
kebolehan baginda menyelesaikan perselisihan terbabit. [nota 1] [1]

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia
juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang
ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya
sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak
meredai baginda melangkah bendul dalam heriarki pemerintahan itu, malah mendakwa
dia yang sepatutnya dilantik putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan cetek
pengalaman. Absyalum mahu mendapatkan takhta itu daripada bapa dan adiknya.
Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah
mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas.

Sampai satu ketika, Absyalum mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus
merampas kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di
kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis,
menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata
mahu mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki
istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya
menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan anaknya yang derhaka
itu. Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum.
Namun, sebelum memulakan peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tenteranya
supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup.
Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga
kerana dia mahu bertarung dengan tentera bapanya.

Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya


selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan
Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani
Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerah Allah. Baginda juga dapat
menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja,
termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan.

Firman Allah bermaksud:


Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan
sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja
di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari
perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. [al-
Quran 34:12 (Terjemahan oleh Basmeih)]

Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman

Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di


sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung
berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan
Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: "Aku
telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui
oleh tuan..."

Firman Allah, bermaksud:

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada
Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau
tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan
membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. "Sesungguhnya aku dapati
seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba
sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana
yang besar. "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari
dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada
pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan
(yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, "(Mereka dihalangi oleh Syaitan)
supaya mereka tidak sujud menyembah Allah ... " [al-Quran 27:22-25 (Basmeih)]

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya
menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima
sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan
bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan:

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman,
berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku
pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari
apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada
pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang
dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
"Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi
sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka
tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba'
dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan." [27:36-37]
Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di
Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan
Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau
memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat
persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman juga
memerintahkan pasukannya supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.

Pada ayat 38 s/d 40 di surah Al-Naml, disebutkan : 38. “Berkata Sulaiman : “Hai
pembesar-pembesar, siapakah diantara kamu sekalian yang sanggup membawa
singgahsananya (Ratu Balqis) kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai
orang yang berserah diri.”

39. “Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin :” Aku akan datang kepadamu sebelum
kamu berdiri dari tempat dudukmu ; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk
membawanya lagi dapat dipercaya.”

40. “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari buku-buku : “Aku akan membawa
singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman melihat
singgasana tersebut itu terletak di hadapannya, iapun berkata :” Ini termasuk kurnia
Tuhanku untuk mencuba apakah aku bersyukur atau mengingkari nikmatNya. Dan
barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya
sendiri dan baransiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi
Mulia.”

Lalu manusia yang memiliki ilmu memindahkan istana ratu Balqis. Apabila Ratu Balqis
tiba ditanya Sulaiman: "Seperti inikah singgahsanamu?" Dijawab Ratu Balqis: "Ya,
memang sama apa yang seperti singgahsanaku" Kemudian Ratu Balqis dipersilakan
masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu
Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga
menyelak kainnya.

Firman Allah yang bermaksud: Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka
tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan
disingkapkannya kedua betisnya.

Berkatalah Sulaiman; "sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca".


Berkatalah Balqis; "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku
dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari
kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan
akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
Kewafatan baginda

Kisah Sulaiman merangkumi tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin
dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian baginda berlainan
dengan manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan
memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.

Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang
menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang
memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa
sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam
seksa yang menghinakan."

Anda mungkin juga menyukai