Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM “SPELLING BEE” BERSAMA


TAHUN 6
ANJURAN:

PANITIA BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN SRI


BEMBAN

DIKELOLAI:

GURU PELATIH SEMESTER 8 PISMP AMBILAN JUN 2016

IPG KAMPUS KOTA BHARU

PADA:

9 MAC 2020

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BEMBAN


PENDAHULUAN

‘Internship’ ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas
guru permulaan. Guru-guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Selari dengan tugasan ini, pertandingan ‘Spelling Bee’ merupakan salah satu program
yang telah dipilih untuk dilaksanakan bagi memenuhi kehendak sukatan ‘Internship’.
‘Spelling Bee’ merupakan satu pertandingan Bahasa Inggeris yang memberi fokus
kepada ejaan huruf yang ada dalam perkataan-perkataan Bahasa Inggeris.

‘Spelling Bee’ merupakan salah satu medium yang efektif dalam mencungkil bakat
dan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid. Hal ini selaras dengan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah menggariskan sasaran
yang perlu dicapai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk Bahasa
Inggeris. Antara salah satu matlamatnya adalah selepas enam tahun pembelajaran,
para murid hendaklah berupaya untuk membaca dan memahami pelbagai bahan
bacaan dalam Bahasa Inggeris untuk mendapatkan maklumat dan untuk
keseronokkan.

RASIONAL

Untuk melahirkan murid-murid yang berupaya untuk menggunakan Bahasa Inggeris


dengan kompeten dan membolehkan mereka memperkaya perbendaharaan kata
(vocabulary) serta memantapkan kemahiran mengeja dalam kalangan mereka.
MATLAMAT

Kertas Kerja ini bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh program


pertandingan ‘Spelling Bee’ yang telah dirancang. Objektif utama pertandingan ini
adalah untuk menyemai minat dan menggalakkan murid-murid untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris serta menjana keyakinan diri dalam menguasai Bahasa
Inggeris. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 6. Dengan
pengelolaan pertandingan ini, diharapkan ia dapat memberikan motivasi kepada
murid-murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris dalam suasana yang menarik dan
kondusif.

TEMA

“ Bee-lieve in yourself!”

OBJEKTIF

 Menambahkan perbendaharaan kata (vocabulary) dalam kalangan murid.

 Memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk berbahasa Inggeris dengan

baik.

 Menambah baik kemahiran ejaan dalam kalangan murid.

 Menyemai semangat pembelajaran inkuiri dalam kalangan murid.

 Menyediakan persekitaran pembelajaran di luar bilik darjah yang menarik dan

kondusif

TARIKH DAN HARI

Tarikh yang dicadangkan:

Tarikh : 9 Mac 2020


Hari : Isnin
Tentatif : Rujuk Lampiran A
TEMPAT

Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Sri Bemban

SASARAN

Murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Bemban


TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 9 MAC 2020 (ISNIN)

MASA AKTIVITI CATATAN

8.00 pagi Taklimat ringkas mengenai peraturan-peraturan Semua murid


pertandingan ‘Spelling Bee’. Tahun 6

8.30 pagi
- Peringkat Saringan Semua murid
9.30 pagi (3 kumpulan mengikut kelas) Tahun 6

9.30 pagi
- Peringkat Saringan Semua murid
10.15 pagi (40 pelajar terbaik) Tahun 6

10.15 pagi
- Rehat
10.45 pagi

Semua murid
10.45 pagi Peringkat Saringan
Tahun 6
- -sambungan-
11.00 pagi (20 pelajar terbaik)

11.00 pagi Peringkat Saringan Semua murid


- (10 pelajar terbaik) Tahun 6
12.00
tengah hari