Anda di halaman 1dari 28

KESAN JEREBU

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah,


rakyat Malaysia telah digemparkan lagi dengan berita Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala Lumpur yang
meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu.
Keadaan jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah
menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar raya besar
tersebut. Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah
yang tidak dapat ditutup dengan daun nyiru telah
mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan jerebu bertambah
serius akibat berlakunya fenomena El-Nino. Persoalannya,
apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak
kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting dalam
mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada tanyalah
selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada
akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai
impak yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.
Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu
ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara
negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu
dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak
penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer
menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005,
negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah
negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala
Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali
pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-
dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat
dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang
ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi
bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan
keburukan terhadap negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan
rakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan
warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu
menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin
rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah
merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit
respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini
berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan
ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan
mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang
panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan
kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah
bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan
orang ramai.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor
ekonomi negara turut terjejasakibat kerenah jerebu yang
berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan
pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan
dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat
dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari
alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara
waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing,
kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber
pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber
pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri
pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana
industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong
bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak
akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di
Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan
mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung,
ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat
menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebu
berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada
kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan
kurang daripada yang biasa. Hal ini akan menyebabkan
tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk
membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal
ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat
kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses
pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan
pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan
hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan
mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara
tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30
peratus. Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi
negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi
fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan
oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan
hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat
oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu
akan menjejaskan flora dan fauna negara.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah
bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan
masalah jerebu di Malaysia bagi mendukung kebenaran yang
kita sepakati, persis kata cendekiawan, “bagai aur dengan
tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa
modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di
hujung tanduk.” Kebobrokan sikap anak-anak juga mestilah
dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat
kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk
mengatasi masalah jerebu dan seterusnya menggapai impian
Wawasan 2020. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak
diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan
menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk
diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal
tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna lagi.

KESAN PEMANASAN
GLOBAL
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan
global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin
kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan
pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding
dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan
global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada
semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat
mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan
cuaca panas sebagai malang.

Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah


mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas
terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya
atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta
orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung
ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang
mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada
jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat
penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan
800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap
tahun.

Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang


meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas
rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada
kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke
angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu
bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula
mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan
sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.

Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran
angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut
taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa.
Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam
gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian
meningkat sejak tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah
menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah
kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut
dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim
monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat
dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina
pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk
dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia,
Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan
Romania.

Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk
jika terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi
seterusnya yang akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi
kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan
kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti
akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan
warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa pertama kejadian
bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan
suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan
iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.

Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim


sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan
peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan
menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti
yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan
penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada
penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan
cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah
kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk
berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang
panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air
tawar dengan air masin dari laut.

Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti


tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk
menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning
yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya
beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti
Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-
kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga
dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan
lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis
dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan
bersama urin atau najis tikus.

Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama


kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih
akan mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai
jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air
tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau
membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai
penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika
musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes
bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air
bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi
tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana
mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai
haiwan yang mereput.
Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang
gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas
rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam
udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai
bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu
banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan
oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon
monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan
jantung.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua


penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau
pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang
ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut
memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan
kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan
sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan
dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya
dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka
dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak
mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal
pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi
kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.
KEPENTINGAN
MEMULIHARA BANGUNAN
BERSEJARAH
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan
pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali
sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang
perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang
menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang
berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah
dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan
Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan
bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan
muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah
merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya,
Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah
perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada
tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu


dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat
dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen,
mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud
bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau
peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai
kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh
penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih
dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk
dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat
penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita
dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah
dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan
sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng,
mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan
bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16
dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja
St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja
St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas
kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa
dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya
penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah
Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan
bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar
dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa


bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas
kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada
masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai
semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada
antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan
sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di
sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil
pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita
dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan
yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai
contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah
kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis
setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan
iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah
perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan
tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu
menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang
lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil
iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah
di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan


bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik
pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara
untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi
salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita
selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu,
bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya
dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan
lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri
seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah
menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah
seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-
bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge
di England telah berjaya melindungi sebahagian besar
daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha
seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh
dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di
samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan
bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di
sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula
jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan
galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara
tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga


memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di
negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai
ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji
bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan
terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar
Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai
Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat
mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam
era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan
masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan
Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi
kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British
dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir
abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan
air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan
Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina
sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor,
iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan
kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa,
yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan
bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai
yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam


pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke
arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut
dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu
akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah
negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang
sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan
bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula
perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan
yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana
pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan
bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-
undang.
FAKTOR JEREBU
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan
berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan
dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah
yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi.
Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam
takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda
negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera
dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah
Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang
telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu
tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku
sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang
kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca,
persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin,
masakan pokok bergoyang ”.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu


ialah pembakaran hutan secara besar-besaran.
Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika
memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-
tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat
. Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global
yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita,
Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak
Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti
bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan
pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup
dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa
jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita
semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran
Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta
bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera
lalu berlakulah jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran


secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan
keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula
melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil
jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa
kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit
demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula
sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk
membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan
penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari
pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja
tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.
Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke
udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya


yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga
telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan
yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah
menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan
asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan
terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan
pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya
terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang
terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan
terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan


industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian
kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang
perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi
kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang
yangbagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang
dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita.
Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak
untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap
yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap
yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan
nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.
Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha
kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap
kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur
tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita
lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam


yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena
jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu
yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya
akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-
langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada
di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi
menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat
perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang
ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua
wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya
masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak
gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan
dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
USAHA MEMBENDUNG
KENAIKAN HARGA
BARANG
Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara
kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia
semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang atau
kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan
beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini,
bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum
habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani


masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah
mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat
perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita
berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut
hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja.
Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita
dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan
seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap
sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan
harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang


perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan
hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya.
Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan
hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli
keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang
berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka
hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan
utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot


barang-barang di pasaran yang harganya naik secara
mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati
seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu
teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat
janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami
kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli
memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam
tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa


membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas
terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan
tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai
yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan
secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan
penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak
bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-
mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka
hati atau cuba memasang lukah di pergentingan,
mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan
menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil
kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut
kenaikan harga minyak.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan


banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani
masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah
bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah
bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke
lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi
menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula,
kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada
pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi
genting yang bagai telur di hujung tanduk ini
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI JEREBU
Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di
seantero dunia telah banyak membawa perubahan kepada
kehidupan seharian manusia di tanah air kita. Dalam
keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering
dikejutkan dengan situasi negara kita yang sering mengalami
masalah jerebu. Berita buruk ini yang semakin menjadi-jadi
ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini telah
menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke
parlimen. Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah
mengapakah Malaysia selalu dilanda dengan krisis jerebu?
Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang minda kita
kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu
diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi


masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan
untuk menguatkuasakan undang-undang yang
termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang
telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah
sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang
membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis
perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka
menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu
yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru
tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap
sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih
tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi
memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu
mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang
sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk
mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam
udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah
menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan
untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif
secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat
menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang
menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut
mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang
langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk
membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya,
kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan
masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.
Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani
masalah jerebu ialah pembenihan awanperlu dilaksanakan
demi menyekat keadaan jerebu daripada menular. Akibat
daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah
melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan
jerebu. Dengan demikian, kerja pembenihan awan terpaksa
dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, Titisan
yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai
hujan. Oleh itu, iodin perak ataupun ais kering akan ditabur
untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan
terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, air
kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air
apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan
boleh memainkan peranan penting apabila keadaan jerebu
menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa bersama jerebu
jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan
pembenihan awan.

Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam


menangani fenomena jerebu. Ibu bapa
dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang
langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi
pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku
sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan
memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri
mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada
anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk
memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai
dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal
biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan
begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu
bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan
udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya
menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu
bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai
murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap
isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan
anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara
kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab
untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu jerebu
melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran
kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan
didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil
lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak
jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan
bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka,
peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu
turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi
penentu sahsiah generasi muda.

Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara


perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran
dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh
pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah
bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan
peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti
dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang
dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang
pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat
terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan
melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang
tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita


dengan tidak membakar sampah sarap secara
terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui
pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang
kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan
terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit
kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan
sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam
aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan
tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya
kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat
ditangani sebelum nasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada
Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus
bersinergi dalam mengatasi masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil
demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.
Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu,
sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang
pelancongan yang sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha
mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang
bebas jerebu untuk kepentingan bersama.
KELUARGA IMPIAN SAYA
"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa
pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang.
Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang
harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak!
Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus
memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan
keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam


mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan
membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang
akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak
diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan
mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap
masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus
menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak,
bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-


anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu
bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-
anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah
setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa
harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya
yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang
sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang
penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam
jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah“melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai
pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal
tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani


anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha
menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar
fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab
pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih
sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah


menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-
sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa
ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah
diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan
sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu
bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-
anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik,
membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah
kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga,


ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli
keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai.
Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata
pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga
bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang
terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak
memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama,
toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia
ialah keluarga impian saya.

Anda mungkin juga menyukai