Misteri Lembah Boscombe
Misteri Lembah Boscombe
Tajuk asal:
Diterjemahkan : Izulman
Sinopsis : Berlatarkan abad ke-21, Sherlock Holmes dan rakannya, Dr Watson cuba merungkai
misteri pembunuhan di Lembah Boscombe, mampukah Sherlock Holmes membuktikan James
McCarthy tidak bersalah atau sebaliknya. Saksikanlah cerita ini untuk mengetahuinya.
Dr Watson
Inspektor Lestrade
James McCarthy
Charles McCarthy
Mr John Turner
1
BAB 1 : Emel untuk Dr. Watson
Di rumah, Dr Watson sedang membaca emel pada akaun 'Gmail'nya. Salah satu daripadanya
adalah kiriman Sherlock Holmes.
Dr Watson:" Adakah awak senang untuk beberapa hari, saya ingin pergi ke barat England iaitu di
Ross-on-Wye. Kes terbaharu di Lembah Boscombe. Pergi dengan menaiki keretapi laju pada
pukul 11:15 pagi pada hari Jumaat ini. Holmes."
Isteri: "Tapi Dr Anstruther boleh ganti kerja awak. Awak kan suka bekerja dengan Mr.Holmes.
Temankanlah dia ke Lembah Boscombe."
Dr Watson:"Baiklah."
Holmes: "Watson di sini! Baguslah awak datang. Tunggu kejap, saya akan belikan tiket untuk
kita"
Watson: "Apa tujuan sebenar kita ke Lembah Boscombe, Holmes? Lagi satu kenapa kita tidak
menaiki kapal terbang saja, kan lagi cepat?"
Holmes: "Nanti dulu, dalam keretapi saya akan beritahu. Pasal naik keretapi ni, saya tengah
'sesak' ni." sambil tergelak.
Dalam gerabak...
Holmes:"Mungkin juga. Anak kepada si mati telah ditangkap. Dialah suspek utama."
Holmes: "Tak juga Watson, kes yg senang mampu menjadi lebih kompleks secara realiti,
Watson."
Holmes:" Keluarga McCarthy iaitu keluarga mangsa bunuh menetap di banglo kepunyaan
jutawan, Mr John Turner, di Lembah Boscombe dekat pinggir bandar Ross-on-Wye."
2
Watson:" Dari manakah duit dan harta Mr Turner datang?"
Holmes:" Itu yg menjadi misteri. Dia bukannya berasal dari daerah Ross-on-Wye. Dia datang ke
United Kingdom dari Australia 40 tahun dahulu. Tiada siapa tahu apa-apa tentang dia"
Holmes:"Mungkin juga, McCarthy adalah anak jati Australia dan kerjayanya ketika itu ialah
menjadi pedagang"
Holmes:" Ya, dia ada seorang anak perempuan. Namanya Alice Turner, sebaya dengan James
McCarthy"
Holmes:" Ya, dia kurang menjaga penampilannya dan lebih gemar berselekeh. Dia juga tak
ramai kawan dan kurang bersosial, dia lebih suka duduk di rumah."
Holmes:" Rakan- rakan cakap dia memang suka bertaruh tak kisahlah lumba kuda ke ragbi ke,
ramai juga mengatakan dia suka berjudi banyak duit"
Holmes: "Reuters" mengatakan pada hari Isnin, Charles McCarthy meninggalkan rumahnya dan
berjalan ke sebuah tasik berdekatan rumahnya.
James McCarthy tiba di rumahnya dari Manchester pada pagi Isnin dan menuju ke biliknya.
Dia berada di biliknya ketika ayahnya tiba. Mr McCarthy memberitahu orang gajinya yang
bernama Dinah," Saya sudah lewat. Saya ada janji temu pada pukul 3.00 petang." Anaknya tidak
tahu ayahnya keluar. James mengambil selaras senapang patah berserta 40 butir peluru dan
berjalan ke tasik yang sama untuk memburu arnab.
Holmes:" Senapangnya merupakan jenis raifal Remington M870. Manakala pelurunya diperbuat
daripada kuprum dan daripada jenis 12 bore. Ianya diselaputi ubat penenang mungkin untuk
memengsankan arnab yang ditangkapnya sebelum menyembelihnya."
3
Watson:" Adakah dia mempunyai lesen untuk menggunakan senjata itu?"
Holmes:" Ya, senjata itu didaftarkan sebagai senjata perburuan oleh pihak berkuasa."
Watson:" Siapa?"
Holmes:" Pertama adalah renjer hutan yang bertugas di situ, Chuck Moran. Dia mengatakan
bahawa dia berjumpa Charles McCarthy di hutan, kemudian dia berjumpa pula James McCarthy
dengan selaras senapang patah. Kedua-dua menuju ke arah tasik berdekatan."
Holmes:" Saksi kedua adalah anak kepada renjer hutan itu, Patience Moran."
Holmes: Ya, dia mengatakan bahawa dia nampak Charles McCarthy dan anaknya bergaduh di
tasik itu ketika dia sedang bermain di situ. Dia nampak James mengangkat tangannya seperti
untuk menumbuk ayahnya. Dia berasa takut lalu berlari ke rumahnya untuk memberitahu
ibunya."
BAB 3: Suspek
Watson:" Apa yang James McCarthy beritahu tentang pembunuh dan senapang patah itu?
Adakah dia membawa senjata lain?"
Holmes: Dia cakap dia tak tahu apa-apa tentang kejadian itu dan senapang patah itu hanya untuk
menembak arnab sahaja. Berkenaan dengan senjata lain, dia hanya membawa parang itupun
untuk menebas semak samun."
Holmes:" Dia cakap ianya rahsia. Dia tak mahu cakap tentangnya. Budak itu patut mendengar
lebih teliti lagi" sambil mengeluh.
Patience:" Tuan James sedang bergaduh dengan ayahnya! Mereka berada di tasik sana!"
4
Ibu:" Tuan James! Apa masalahnya?"
James:" Ayah saya ditembak dan cedera parah. Dia sekarang di tasik sana. Saya perlukan
pertolongan!"
Ibu:" Cepat Patience, dapatkan ayah kamu dan telefon pihak polis dan paramedik"
Ibu Patience berasa curiga dengan keadaan Tuan James dan berkata di dalam hatinya...
15 minit kemudian, Chuck Moran dan beberapa orang anggota polis berserta ahli paramedik
bergegas ke tempat kejadian. Pihak polis menjumpai mayat Charles McCarthy yg sudah kaku.
Ahli paramedik:" Kasihan Mr McCarthy, dia sudah meninggal dunia" selepas memeriksa
nadinya.
Moran:" Haah, pembunuh itu mesti telah menembak di dadanya dua atau tiga kali"
Sarjan:" Ya, ini tembakan daripada senjata berat, ini bukannya luka terhadap peluru pistol,
mungkinkah senapang?"
Sarjan:" Pasti senjata itu berada di sekitar kawasan ini. Mari kita cari dan siasat."
James yang hanya mengiringi pasukan anggota polis itu berasa tertekan dan gelisah. Dia takut
kalau-kalau mereka menjumpai senapangnya. Dia sendiri pun tidak tahu di mana senjatanya
ketika bergaduh dengan arwah ayahnya.
Moran memeriksa senapang itu. James terkedu, dia tahu itulah senjatanya. Dia cuba melarikan
diri. Namun cubaannya tidak berhasil. Moran ternampak satu tag nama pada hulu senjata itu.
Dengan segera, beberapa orang anggota polis bersedia mengepung James McCarthy. Dia tidak
dapat berbuat apa-apa. Dengan linangan air mata, James terpaksa menyerah diri...
Sarjan:" Saya menangkap kamu atas pembunuhan ayah kamu. Ikut saya ke balai!"
5
James:" Tangkaplah saya, inilah hukuman saya melawan cakap ayah saya" sambil menyesali
akan pergaduhan dengan ayahnya.
Watson:" Nampaknya kes ini amat menarik tapi sayangnya Ia telah ditutup, jelas McCarthy
bersalah."
Watson:" Sudah ada dua saksi dan senapang patah itupun miliknya, sudah jelas bahawa dia
bersalah membunuh bapanya."
Holmes:" Fikir balik Watson! Guna otak kamu! Mengikut undang-undang kes ini masih diragui.
Masih ada orang menganggap James McCarthy langsung tidak bersalah."
Watson terkedu. Tak sangka baginya bahawa Holmes begitu marah. Dia hanya mendengar dan
tidak ingin mengeruhkan keadaan.
Watson:" Siapa?"
Holmes:" Puan Alice Turner, anak kepada Mr John Turner. Ini surat yg dihantarnya kepada
saya." sambil menunjukkan sekeping surat beralamat " Mr Sherlock Holmes esq. 22, Baker
Street. LONDON ".
Holmes:" Dan disebabkan itulah, kita berada di sini. Puan Turner mahukan bantuan kita. Pihak
polis menganggap bahawa McCarthy bersalah tapi tidak bagi Puan Turner.
Watson:" Saya tahu tetapi bukti yang ada sekarang jelas menunjukkan bahawa McCarthy
bersalah."
Holmes:" Fikir lagi Watson, penangkapan McCarthy itu bukan pada ketika masa pembunuhan,
terlalu banyak masa untuk dia melarikan diri. Jikalau seseorang itu bersalah membunuh
seseorang, takkanlah dia mengenakan risiko yang tinggi dengan mengiringi anggota polis."
Holmes:" Pada sesi mahkamah, James McCarthy ada memberitahu hakim tentang peristiwa pada
hari itu."
Dinah:" Oh, Tuan McCarthy, dia di bandar sekarang. Dia cakap dia nak jumpa awak tapi dia ada
janji temu penting pada pukul 3.00 petang tadi."
6
Setelah mengambil senapangnya, dia bergerak ke tasik berdekatan untuk memburu arnab. Dia
terjumpa Chuck Moran, renjer hutan yang bertugas di situ ketika perjalanan.
James:" Ayah saya keluar, jadi saya nak pergi ke tasik sana untuk memburu arnab. Sedap kalau
dipanggang.."
Moran:" Oh ya, kalau banyak tangkapan nanti, aku nak seekor ya. Selamat memburu."
James: "Sama-sama."
Moran:" Eh!"
Charles:" Cooee!"
James:" Cooee!"
Charles:" James! Apa kau buat di sini?" dengan nada yg amat terkejut.
Charles:" Umm...oh ya, ya. Dengar sini nak, saya nak cakap dengan awak."
James:" Tak, ayah. Saya tahu ayah nak apa, tapi saya tak boleh buat!"
Ketika James McCarthy berlari meninggalkan tasik itu, terdengar bunyi-bunyi tembakan,
poomm.. dan suara ayahnya mengerang kesakitan. Lalu kembali ke sana..
7
James:" Ayah, siapa dia? Siapa tembak ayah?"
James:" Saya akan mencari bantuan, Ayah jangan tinggalkan saya!" sambil menuju ke rumah
Moran.
Peguam dakwa:" Boleh beritahu kami tentang sebab mengapa terjadi pergaduhan itu?"
Lestrade:" Ada bagus kamu datang, Mr Holmes. Puan Turner akan datang pada pukul 1.00
petang. Jom kita masuk"
Holmes:" Saya tak rasa begitu, Inspektor. Kita lihat apa Puan Turner fikir"
Lestrade:" Puan Turner, saya perkenalkan ini ialah Encik Sherlock Holmes dan rakannya, Dr
Watson"
Alice:" James tak bersalah, dia terlalu baik dan takkan sanggup untuk membunuh orang"
Alice:" Ya, pergaduhan itu disebabkan saya. Encik McCarthy mahu James mengahwini saya"
8
Watson:" Adakah ayah awak, Encik John Turner menerima baik cadangan perkahwinan itu?"
Holmes:" Ok, boleh tak saya bercakap dengan ayah awak, Puan Turner? Mungkin esok atau
minggu depan?"
Alice:" Tak boleh Encik Holmes, saya minta maaf. Dia terlalu sakit untuk berjumpa sesiapa.
Alice:" Doktor memberitahu bahawa jantungnya sangat lemah. Dia sakit setelah pembunuhan
itu. Sekarang dia berada di katil setiap masa"
Alice:" Saya minta maaf. Saya perlu pergi sekarang. Ayah saya dalam keadaan tenat, dia
perlukan saya. Jumpa lagi, Mr Holmes"
Pegawai polis:" Pereman itu di sini, Tuan. Dia membuat benda paling kejam, membunuh
ayahnya sendiri"
Holmes:" Hmm."
Holmes:" Jangan risau, budak. Saya akan menolong kamu, saya sudah ada serba sedikit info
tentang identiti pembunuh itu"
James:" Cepat sikit, Mr Holmes. Saya dah tak tahan berada di tempat sebegini."
Watson:" Ah Holmes, awak sudah balik. Muda sangatkah budak? Dia ada tahu apa-apa?"
Holmes:" Tiada langsung. Dia hanya cakap" Saya tidak tahu siapa yg bunuh bapa saya. Itu orang
gila pun boleh jawab!"dengan nada sedikit marah.
Holmes:" Dia seorang yg kacak dan muda dengan hati yg baik, sayangnya dia tak berapa
pandai."
Watson:" Sekurang- kurangnya James ada kawan baik. Puan Turner percaya bahawa dia tak
bersalah."
Holmes:" Oh ya, Puan Turner. Saya takut ada berita yang kurang baik untuknya, Watson"
Holmes:" James McCarthy tak mahu berkahwin dengan Alice Turner, tapi dia amat
sayangkanya. Tetapi, dia sudah berkahwin, Watson"
Holmes:" Ya, Watson. Tetapi, mungkin benda baik boleh lahir dari segala kekalutan ini."
Sherlock Holmes memberitahu Watson, segala yg disiasatnya dalam rekod peribadi James
McCarthy di Jabatan Pendaftaran.
Pada mulanya, dia mengalami kesusahan disebabkan maklumat privasi itu hanya boleh diakses
oleh si empunya. Namun dia bernasib baik apabila mendapat kebenaran ketua polis Ross-On-
Wye.
Holmes:" James McCarthy sebenarnya telah berkahwin dengan seorang pelayan bar di
Manchester dua tahun lalu dengan rahsia. Rumahtangga mereka kini berantakan dan mereka
10
duduk berasingan. Inilah sebab yg dia beritahu pada ayahnya, mengapa dia tidak boleh
berkahwin dengan Alice Turner"
Holmes:" Dia juga mempunyai seorang anak namun meninggal dunia tahun lalu."
Watson:" Menyedihkan."
Holmes:" Tak juga, Watson. Hari ini saya dengar berita baik. Isteri McCarthy telah terbaca
pembunuhan itu di dada akhbar. Kini, dia menganggap bahawa suaminya adalah pembunuh. Dia
memfailkan penceraian dan ingin berkahwin lain."
Watson:" Jadi McCarthy sudah bebas! Dia boleh berkahwin dengan Puan Turner."
Holmes:" Baik, pada saya ada dua poin yg amat penting. Pertama, Charles McCarthy kenal
pembunuhnya dan merancang untuk bertemunya di tasik itu."
Watson:" Tapi, itu sudah jelas. Dia memanggil anaknya. Itukan panggilan istimewa mereka."
Holmes:" Tak, Watson. Dia tak tahu pun anaknya ada di situ. Dia gunakan panggilan itu untuk
memanggil orang lain. Tapi siapa?"
Keesokan harinya, Sherlock Holmes dan Dr Watson berjumpa dengan Inspektor Lestrade di tasik
itu untuk mencari klu. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Moran yang menghantar
mereka ke situ, Lestrade berkata...
Lestrade:" Ada sedikit berita buruk. Saya takut. Encik Turner sakit tenat. Para doktor yang
merawatnya menganggap bahawa dia hampir menemui ajal."
Lestrade:" Anaknya mengatakan bahawa kesihatannya bertambah buruk semalam dan terpaksa
dikejarkan ke hospital."
Holmes:" Hmm...beritahu saya sesuatu, Lestrade. Adakah McCarthy membayar sewa pada
banglo yg mereka tinggal di tanah kepunyaan Encik Turner?"
Lestrade:" Tak, mereka langsung tidak membayar sesen pun. McCarthy dan Turner kan kawan
lama."
11
Tiba-tiba, Sherlock Holmes terpandang sesuatu..
Holmes:" Lihat sini Watson! Ini mesti tapak kaki milik James McCarthy dan ini pula milik renjer
hutan tu, Moran."
Watson:" Holmes! Di sini! Tapak kaki ini amat pelik. Ianya ada tumit petak. But jenis apakah
ini?"
Holmes terpandang sesuatu yang aneh di lumpur yang terdapat tapak kaki itu. Dikeluarkan, rupa-
rupanya ianya adalah sejenis sarung tangan getah. Mereka berpandangan sesama sendiri...
Holmes:" Kita sudah hampir dengan penyelesaian kes ini, Watson. Tolong tinggalkan saya
selama beberapa minit. Saya mesti tumpukan perhatian..." sambil memandang ke perdu sebatang
pokok berhampiran.
Lestrade:" Ya Tuhan! Tetapi macam mana awak tahu ini? Mungkin ianya tiada kaitan langsung."
Holmes:" Tak mungkin, jikalau ianya tiada kaitan pasti sudah lama dihanyutkan banjir. Lagipun,
kawasan ini selama dua minggu tidak dilanda banjir. Banjir kali terakhir terjadi ialah pada
malam pembunuhan. Lagipun, kawasan ini telah ditutup sejak hari pembunuhan dan pada hari
pembunuhan hanya empat orang berada disini. James, Charles, Patience dan pembunuh. Pada
senapang patah itu terdapat cap jari James tetapi cuba fikirkan mengapa dia tidak pakai sarung
tangan ini?"
Watson:" Moran yang memeriksa James sebelum memasuki hutan pun tidak menjumpai sarung
tangan itu." menegakkan pendapat rakannya itu.
Holmes:" Bermakna ini adalah sarung tangan milik pembunuh yang mensabotajkan senapang
patah James lalu membunuh Charles McCarthy. Lagipun, ianya dijumpai bersama tapak kaki
yang tak dikenali."
Holmes:" Saya juga boleh memberitahu ciri-ciri pembunuh itu. Dia seorang lelaki tinggi. Dia
juga kidal dan kaki sebelah kanannya tempang. Dia memakai but berat dan kot hitam. Dia juga
merokok menggunakan rokok mahal daripada India."
12
Holmes:" Pihak polis mesti mencari orang yg betul untuk diberkas. Terpulanglah kepada
Inspektor Lestrade."
Lestrade:" Tetapi saya tidak boleh memberkas sebarangan orang. Satu England pasti gelakkan
saya."
Holmes:" Saya minta maaf, itu sahaja saya boleh beritahu awak, Inspektor. Awak mesti
membuatnya sendiri. Watson, awak dan saya akan kembali ke London malam ini. "Kes Selesai."
Di hotel Ross-on-Wye, Holmes dan Dr Watson sedang mengemas barangan dan pakaian mereka.
Watson:" Macam mana awak tahu pembunuh itu serta ciri-cirinya, Holmes?"
Holmes:" Pada dasarnya, Watson. Terlalu banyak klu yg kita jumpa. Pertama, panggilan Charles
McCarthy berbunyi "Cooee" dan perkataan terakhirnya" ...Raat."
Watson:" Jadi?"
Holmes:"Cooee adalah satu perkataan dalam bahasa Australia bermaksud 'hoi'. Hanya orang
Australia yang menggunakannya. Jadi kita tahu bahawa McCarthy memanggil seseorang yg
mengenali panggilan itu, orang yg berasal dari Australia."
Holmes:" Sekarang, kita lihat ini, Watson. Ini adalah peta negeri Victoria di Australia. Apa yg
tertulis di sini?"
Watson:" R-A-T...rat. Oh, saya tahu! Ianya adalah hujung perkataan daerah bernama- Ballarat!!!
Holmes:" Ya, betul. McCarthy cuba untuk mengatakan "Ballarat" kepada anaknya sebelum
meninggal dunia. Dan ingat, McCarthy pernah tinggal di daerah Ballarat selama beberapa
tahun."
Watson:" Bagaimana pula dengan ciri pembunuh itu? Tinggi dia, butnya dan rokoknya?"
Holmes:" Saya dapat simpulkan ketinggiannya dan fakta kakinya yang tempang melalui tapak
kakinya di lumpur itu."
Holmes:" Betul, Watson! Jenis but yg berat dan bertumit petak yang warga Australia selalu pakai
di dalam hutan."
Holmes:" Sebab pembunuh, itu menembak mangsanya di bahagian kiri abdomen, selalunya
pembunuh atau pemburu profesional menembak di bahagian jantung. Bermakna orang ini tidak
pandai menembak sebaliknya dengan James."
13
Watson:" Bagaimana pula dengan rokok itu?"
Holmes:" Ada sedikit abu rokok di perdu sebatang pokok berdekatan tasik itu. Pembunuh itu
menunggu untuk McCarthy di situ. Ianya adalah rokok yg amat mahal. Hanya ada seorang dari
kawasan itu yg mampu menghisap rokok itu."
Turner:" Ya, ia mengatakan awak hendak jumpa saya, supaya tidak menimbulkan skandal. Saya
tak faham."
Holmes:" Oh, saya ingatkan awak faham. Saya sudah tahu semuanya tentang pembunuh Charles
McCarthy."
Turner:" Saya tidak mahu James McCarthy digantung, Saya berjanji dengan kamu, Mr Holmes.
Tapi saya tidak mahu menyakiti hati anak saya. Saya amat sayangkan dia!"
Holmes:" Saya tahu. Tetapi, memang tidak perlu memberitahunya. Ingat, saya bukannya
pegawai polis. Awak boleh mengaku dengan tenang, Mr Turner."
Turner:" Masalahnya, saya tidak sihat. Saya mungkin hanya ada masa sebulan lagi untuk
hidup.....tapi saya tak mahu menemui ajal di penjara, cukuplah sekadar di rumah."
Holmes:" Saya faham. Kami hanya perlu tahu kebenarannya untuk menyelamatkan James, tapi
kami boleh menyimpan rahsia itu buat masa sekarang. Awak kena menulis satu pengakuan dan
tinggalkanya di tangan saya hingga...."
Turner:" Maksud awak sehingga saya mati, masa tu awak beritahu pihak polis kebenarannya?"
Holmes:" Ya, dan pengakuan awak itu dapat menyelamatkan hidup James McCarthy."
Turner:" Ok, tapi saya nak minta tolong, jangan beritahu anak saya, Alice."
Holmes mengeluarkan sehelai kertas berserta pen dan memberinya kepada John Turner...
14
Turner:" Secara realitinya, Saya dan Charles McCarthy adalah musuh, Dia seorang lelaki yg
amat jahat...Saya berjumpa dengannya di Australia. Masa tu, saya amat miskin. Saya amat
terdesak untuk membayar hutang saya. Saya melakukan banyak benda yg memalukan untuk
mendapatkan wang. Tiada siapa memanggil saya John Turner. Saya ada nama lain..." sambil
menulis.
Turner:" Ada sekumpulan pedagang dari Ballarat ke Melbourne hari ini, ianya penuh dengan
jongkong emas. Inilah peluang kita!"
Terdapat lima orang pedagang bergelut dengan empat orang rakan saya. Tiga daripada rakan
saya terbunuh dalam pergelutan itu. Saya pun terus mengacu pistol saya pada ketua pedagang itu.
Orang itu ialah Charles McCarthy."
Charles:" Oh Tuhan, Awak ialah Black Jack of Ballarat! Ya,ya, ambillah semua emas itu! Hanya
jangan tembak saya!" sambil menggigil ketakutan.
Turner:" Buang peluru saja aku tembak kau. Aku tak nak membuang peluru dengan menembak
orang penakut!"
Selepas rompakan itu, masalah saya dan rakan saya selesai. Saya kaya! Setelah membahagi emas
itu sama rata dengan seorang rakan yang terselamat, Saya meninggalkan Australia secepat
mungkin dan menetap di England. Tiada siapa tahu rahsia saya.
Charles:" Mungkin kalau saya panggil awak Black Jack of Ballarat, awak pasti ingat saya?"
Turner:" Tidak, oh Tuhan. Apa awak buat di sini, McCarthy? Apa yg awak nak?"
Charles:" Aku nak tempat tinggal. Aku nak kau bagi aku rumah. Dan aku juga nak duit.
Hahaha!!"
15
Charles:" Teruskan.. Encik John Turner. Tapi, saya boleh beritahu polis. Pihak polis masih
berminat untuk mengetahui apa yg terjadi dengan emas yg dirompak di Ballarat."
Turner:" Tak! Awak tak boleh buka mulut! Saya orang kehormat sekarang, saya ada keluarga di
sini! Tolonglah..."
Turner:" Baiklah, McCarthy, awak menang. Awak boleh tinggal di tanah kepunyaan saya di
Lembah Boscombe. Tapi, saya tak nak dengar lagi cerita pasal Australia lagi!!!!"
Setelah McCarthy tinggal di Ross-on-Wye, saya tak aman. Dia sentiasa memeras ugut saya
selama 19 tahun...
Di tasik itu, pada hari pembunuhan.. Saya mendengar perkataan keluar dari mulut anaknya,
James...
James:" Saya tak nak berkahwin dengan Alice Turner, Ayah. Jangan tanya saya lagi!
Sampaikan, dia juga ingin anaknya mengahwini anak saya semata-mata untuk mendapatkan duit
saya. Saya tiada pilihan...lalu menembaknya dengan selaras senapang yang terjatuh berhampiran.
Saya tidak menyangka ianya merupakan milik James McCarthy. Untuk mengelakkan dikesan,
aku memakai sarung tangan yang ku bawa ketika menembak dan membuangnya di lumpur
berhampiran. Tak sangka kau dapat menjumpainya juga.
Holmes:" Okey, Turner, rahsia kau selamat di kami. Kalau Hakim mendapati bahawa James
McCarthy bersalah, saya gunakan pengakuan awak. Jika beliau mendapati bahawa budak tu tak
bersalah, saya akan musnahkan pengakuan ni."
Holmes:" Tak perlu berterima kasih, Encik Turner. Saya kasihankan anak awak yg tak bersalah
dan lelaki yg dicintainya. Hukuman kau bukan hak aku untuk tentukan."
Holmes:"Watson, saya ada sedikit berita tentang pembunuhan di Lembah Boscombe. John
Turner sudah meninggal dunia dan di sini tertulis bahawa James McCarthy dan Alice Turner
telah berkahwin."
Holmes:" Tak, mereka langsung tidak tahu. Sekarang kita mesti musnahkan pengakuan ini."
16
Watson:" Kerja yg bagus, Holmes."
Tamat....
1859: Conan Doyle dilahirkan pada 22 Mei 1859 di Edinburgh, Scotland. Beliau mempunyai
lima adik-beradik. Keluarganya miskin pada ketika itu.
1870: Di sekolah, beliau suka bercerita dan kadangkala rakan-rakannya inginkan dia bercerita.
Mereka memberi beliau makanan sebagai ganti kepada cerita itu.
1877: Bapanya mahukan dia belajar bidang perubatan. Beliau menuntut di Universiti Edinburgh
bersama Dr Joseph Bell. Dr Bell amat bagus dalam pembedahan.
1882-1890: Beliau mendapat ijazah pada usia muda dan bekerja sebagai doktor. Beliau tidak
mempunyai banyak pesakit. Beliau lebih suka meluangkan masa dengan menulis cerita.
1887: Beliau suka mengarang cerita detektif. Beliaulah yang mencipta karakter Sherlock Holmes
dan Dr Watson. Karangannya yang pertama adalah cerita detektif, A Study in Scarlet. Ianya
berjaya diterbitkan pada tahun 1887.
1887-1917: Beliau mengarang 68 buah cerita Sherlock Holmes. Ceritanya yang menarik
antaranya The Sign of Four (1890), The Adventures of Sherlock Holmes (1892), The Hound of
the Baskervilles (1902), dan His Last Bow (1917).
1902: Dia amat terkenal di seluruh dunia, sampaikan Permaisuri Victoria dan suaminya Raja
Albert sukakan ceritanya. Beliau dianugerahkan gelaran Datuk atau Sir pada tahun 1902.
1930: Sir Athur Conan Doyle meninggal dunia di Crowborough, Sussex, England pada 7 Julai
1930.
17