Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) amat berguna kepada guru pelatih seperti saya

kerana kami dikehendaki menjalahkan PBS selama seminggu di sekolah rendah, dengan kata
lain, kami akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan suasana persekolahan yang sebenar
secara langsung, pada masa inilah kami boleh menilai tentang persoalan teori-teori yang
diajar adakah dipakaiguna di sekolah khususnya pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Melalui PBS di SJK (C) KG. Baru Tampin yang terletak di kampung halaman saya iaitu Negeri
Sembilan, saya telahpun mendapat banyak input yang bermakna dan manfaat terhadap
pekerjaan saya yang akan menjadi seorang guru nanti.

Sepanjang lima hari berada di SJK (C) KG. Baru, saya telah mendapat banyak
pengetahuan tentang cara pembelajaran daripada mentor saya, Pn Chong. Beliau telah
banyak mendemonstrasi kaedah pembelajaran yang seiring dengan kriteria abad ke-21,
antaranya ialah pengajaran berpusatkan murid, pengajaran berpusatkan bahan dan
pengajaran berpusatkan masalah. Selain itu, saya turut diberi pendedahan tentang kelas
sebenar kerana saya diberi peluang bagi memasuki kelas 3M bersama mentor. Melalui
pemerhatian di kelas sewaktu Pn Chong mengajar subjek Bahasa Cina sepanjang 5 hari, saya
dapat memahami pengurusan bilik darjah dan cara mengaplikasikan kaedah digital dalam
pembelajaran dengan lebih lanjut. Di samping itu, Pn Chong yang merancang kelas
berdasarkan teori pembelajaran khususnya perbezaan individu supaya setiap murid dapat
melibatkan diri secara langsung dalam proses PdPc dan berjaya memperoleh ilmu yang
disampaikan.

Selain mendapat bimbingan daripada mentor, saya juga banyak bermanfaat semasa
menjalankan sesi temu bual dengan warga sekolah. Melalui perbincangan dengan warga
sekolah yang berpangkat tinggi misalnya pengurus sekolah dan guru penolong kanan (GPK),
saya telahpun memperoleh pemahaman berkenaan operasi sekolah secara lebih mendalam.
Antaranya proses pentadbiran dan pengurusan sekolah, kepentingan disiplin sekolah serta
kepentingan kokurikulum. GPK telahpun menjelaskan segala perkara yang berkaitan
berdasarkan manual pengurusan sekolah dengan lengkap, hal ini memudahkan saya
mengumpul data dan membolehkan saya memahami tugas serta tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, setelah menemu bual dengan pengurus dan GPK, saya bersetuju bahawa guru
memainkan peranan yang signifikan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Sekolah ini telahpun menyediakan prasarana yang amat memanfaatkan murid,


antaranya bilik sal bagi membolehkan murid membuat ulang kaji serta bilik pemulihan bagi
membantu murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira (3M). Selain daripada itu, kawasan persekitaran SJK (C) KG. Baru Tampin amat
kondusif kerana kawasan sekolah dipenuhi dengan popok-pokok bunga. Antara satu
keistimewaan sekolah ini ialah kawasan pondok dikeliling dengan pokok anggur. Oleh itu,
murid boleh menjamu selera atau membaca buku di pondok semasa waktu lapang khususnya
pada waktu rehat. Pendek kata, pihak sekolah telahpun berusaha bagi menghasilkan
persekitaran yang sesuai untuk perkembangan murid-murid supaya setiap murid dapat
berkembang secara seimbang.

Kesimpulannya, minggu PBS ini telah banyak memberi iktiraf kepada saya untuk
menjadi seorang guru yang bertanggungjawab pada masa hadapan. Hal ini penting kerana
tanggungjawab dan cita-cita seorang guru adalah penting bagi membentuk personaliti murid
yang positif. Nasihat dan pandangan para guru akan saya ingati supaya profesion perguruan
saya akan menjadi lebih sempurna. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah yang telah banyak memberi inspirasi dan bantuan kepada saya. Semua
pengalaman di atas akan saya kenangi dan aplikasikan dalam perjalanan saya sebagai seorang
guru nanti.

Anda mungkin juga menyukai