Anda di halaman 1dari 14

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER / 2019

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA SELANGOR

0
Isi Kandungan

No. Tajuk Muka Surat


1 1.0 Pengenalan 2
2 Isi Kandungan
2.1 Isu Alam Sekitar – Pencemaran Plastik 3-5
2.2 Infografik 6-7
2.3. Manfaat Pendidikan Kewarganegaraan Global kepada 8-11
Masyarakat untuk Menyelesaikan Isu Alam Sekitar
3 3.0 Kesimpulan 11
4 4.0 Refleksi Kendiri 12
5 5.0 Rujukan 13

1
1.0 Pengenalan
Pendidikan Kewarganegaraan Global(Global Citizenship Education) GCED adalah transformatif,
memberikan pelajar peluang dan kecekapan untuk menyedari hak dan kewajipan mereka untuk
membangunkan dunia yang lebih baik pada masa hadapan.
(http://unesdoc.unesco.org/images/0022/002241/224115E.pdf).
Tambahan pula, GCED turut menumpukan kepada pembelajaran melalui proses pembelajaran
transformatif seperti hak asasi manusia, pemahaman antara-bangsa dan antara budaya, pembangunan
lestari dan juga pendidikan untuk keamanan.
Maka, berdasarkan definisi di atas, GCED memperkasa pelajar untuk berfikir, berkongsi dan
bertindak demi dunia yang lebih adil, aman, terangkum (inclusive) dan lestari. Seterusnya, mari kita
bincang mengenai objektif GCED.
Objektif utama GCED adalah untuk memupuk rasa hormat kepada semua, membangunkan rasa
kepunyaan sesama manusia dan membantu pelajar menjadi warganegara global yang bertanggungjawab
dan aktif. Tambahan pula, matlamat-matlamat lain GCED adalah untuk memperkasa pelajar supaya
mereka boleh terlibat dan mengambil peranan yang aktif di peringkat tempatan dan global; untuk
berhadapan dan menyelesaikan cabaran global dan akhirnya, menjadi penyumbang yang proaktif demi
mencapai dunia yang lebih adil, aman, bertoleransi, terangkum, selamat dan lestari (UNESCO, 2014).
Secara ringkasnya, dalam tugasan ini akan saya bincangkan selanjutnya tentang manfaat Pendidikan
Kewarganegaraan Global (GCED) kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu alam sekitar global yang
dihadapi demi pembangunan lestari.

2
2.1 Isu Alam Sekitar – Pencemaran Plastik
Pencemaran plastik merupakan isu global yang tidak dapat dielakkan. Hal ini memandangkan plastik
digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti seharian di seluruh dunia. Lantaran penggunaannya
yang berleluasa telah menyebabkan plastik menjadi penyumbang utama pencemaran di lautan.
Hasil perangkaan global mendapati bahawa lima trilion beg plastik digunakan setiap tahun dan 13 juta
tan daripadanya dibuang ke laut. Manakala, dianggarkan sejuta botol plastik dibeli setiap minit dan
100,000 hidupan laut terbunuh disebabkan plastik pada setiap tahun.
Di Malaysia sendiri, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion plastik digunakan oleh
rakyat Malaysia pada setiap tahun, dan sebahagian besarnya juga berakhir di lautan.Situasi ini begitu
membimbangkan kerana plastik merupakan komponen yang tidak mudah mereput.
Plastik hanya akan pecah menjadi partikel kecil dan terurai apabila terdedah kepada sinaran
ultraungu, oksigen, suhu yang tinggi dan aktiviti mikroorganisma dalam tempoh masa tertentu. Plastik
yang pecah dan terurai dalam laut akan menjadi mikroplastik (zarah plastik berukuran antara lima
millimeter dan 0.1 mikrometer) dan nanoplastik (saiznya lebih kecil daripada mikroplastik iaitu
0.0000000009) yang akan mengundang bahaya kepada kepelbagaian hidupan laut (daripada plankton
sehinggalah haiwan yang besar seperti burung laut, penyu, ikan lumba-lumba dan ikan paus).
Partikel plastik ini bukan sahaja bahaya secara langsung apabila dimakan oleh haiwan di lautan,
sebaliknya bahan kimia yang terdapat dalam plastik juga akan menyerap ke dalam tisu haiwan
berkenaan. Keadaan ini pastinya akan memberi ancaman yang besar kepada kelangsungan hidupan
marin dan kesihatan manusia apabila memakan sumber makanan laut yang dicemari oleh mikroplastik
dan nanoplastik. Partikel kecil plastik yang kekal dalam lautan selama berabad ini bukan sahaja
mengancam hidupan marin, sebaliknya turut mencemarkan keseluruhan ekosistem marin sekali gus
menganggu gugat serta merencatkan sistem rantaian makanan di lautan.
Peningkatan kadar pencemaran plastik di lautan yang serius telah mengundang para penyelidik
menjalankan kajian terperinci ke atas hidupan dan sumber laut. Antaranya, kajian yang diketuai oleh
Universiti California Davis ke atas ikan di pasar Indonesia dan California, Amerika Syarikat telah
mendapati bahawa sebanyak 25 peratus sampel ikan yang dikaji mengandungi plastik dan fiber tekstil di
dalam perut haiwan berkenaan.
Manakala, dalam satu kajian terbaharu oleh Greenpeace pula mendapati bahawa lebih daripada 90
peratus garam yang digunakan di dapur seluruh dunia mengandungi mikroplastik. Kajian berkenaan
yang menganalisis 39 jenama garam dari 21 negara di seluruh dunia (termasuk negara-negara jiran
Malaysia seperti Indonesia, Filifina, Thailand dan Vietnam) juga mendapati bahawa garam yang di jual
di Asia mengandungi kadar pencemaran plastik tertinggi.
3
Penemuan daripada kajian-kajian ini pastinya menggusarkan ramai pihak. Lebih-lebih lagi apabila
mikroplastik juga dikaitkan dengan logam berat seperti kadmium, plumbum dan kromium yang
berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan kimia seperti logam berat berkenaan boleh
menyebabkan kanser, endometriosis, kerosakan sistem saraf, gangguan sistem endokrin, kesan kepada
pertumbuhan bayi, kerosakan sistem pembiakan dan gangguan sistem keimunan.
Maklumat daripada hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pencemaran plastik
begitu meluas di seluruh dunia dan agak sukar untuk ditangani. Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pernah memberi amaran bahawa lautan dijangka akan
mengandungi lebih banyak plastik daripada ikan menjelang 2050.
Jangkaan ini pastinya akan memberi cabaran yang lebih besar kepada masyarakat di seluruh dunia
dan Malaysia khususnya, terutamanya dalam mendepani dan menangani isu pengurusan sisa plastik dan
pencemaran plastik yang menjadi beban kepada ekosistem pada saat ini dan juga pada masa hadapan.
Dalam konteks ini, kerjasama semua pihak perlu dalam menggembeleng usaha yang proaktif ke arah
mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian dan bebanan plastik kepada ekosistem dan
alam sekitar. Penggunaan plastik perlu diperangi habis-habisan dan fikir semasak-masaknya sebelum
memilih untuk menggunakan bahan ini sama ada keperluan atau sebaliknya.
“Eight million tonnes of plastic are dumped in our oceans every year, choking our wildlife. We
urgently need a UN agreement to end the plastic pollution crisis.
“Plastic pollution is the most visible example of the havoc we’re causing to our planet. From our
local beaches to the remote Arctic, it is choking our oceans and killing wildlife.
“And it’s getting worse. Without a global response, there could be more plastic in the sea than fish by
2050. We need urgent action at the UN to stop the catastrophic decline of nature – including an
immediate agreement which will stop the leakage of plastics into the oceans.
“Every single country is part of this plastics crisis. And every single one must be part of the solution:
we need a united global response, with the world’s governments made accountable for ending marine
plastics pollution. By coming together to tackle plastic pollution, we can show that powerful, collective
action to restore nature is possible. ” https://www.wwf.org.uk/fight-plastic-pollution

Rajah 2.1.1 Sisa sampah dan plastik yang terapung di lautan - Gambar WWF
4
“According to a 2015 study in Science Magazine, Malaysia is the eighth worst country
worldwide for plastic waste.” https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2018/03/25/plastic-waste-
pollution
Seluruh dunia menyumbang kepada pencemaran plastik yang akhirnya mencemar laut dan
memberikan masalah kepada hidupan marin serta mengancam kesihatan manusia.
Memandangkan Malaysia merupakan negara yang berda di tempat kelapan pencemaran plastik di
lautan yang amat serius dan membimbangkan.Sehubungan itu , isu pencemaran plastik bukan sahaja
berlaku di Malaysia malah ia juga isu global yang tidak dapat dielakkan, isu tersebut akan saya
bincangkan dalam tugasan ini.

Rajah 2.1.1 Kerajaan Malaysia berkata akan memulangkan semula 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara
asal termasuk Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Perancis, Australia dan Britain. –
Foto Reuters.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/06/575305/kanada-akui-berunding-dengan-

malaysia-ambil-balik-sisa-plastik

5
2.2 Infografik

2.2.1 Infografik berikut menunjukkan 3 dimensi konseptual utama GCED.

Sumber: https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-gced-infographic

Berdasarkan maklumat infografik di atas, konsep elemen Pendidikan Kewarganegaraan Global


adalah berdasarkan tiga domain pembelajaran iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku.
Dalam domain kognitif pengetahuan dan kemahiran berfikir digunakan untuk memahami dunia dan
masalahnya. Manakala domain sosio-emosi dibina secara aktif merangkumi nilai, sikap dan minda agar
membolehkan ahli masyarakat hidup aman, bersama-sama dan hormat menghormati antara satu dengan
lain. Domain tingkah laku pula, ahli masyarakat bertindak secara kreatif dan berkesan serta
bertanggungjawab di peringkat setempat, negara dan global (UNESCO, 2015).

6
2.2.2 Infografik berikut mengenai pencemaran plastik di Malaysia.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/613/INFOGRAFIK/Plastik-ancaman-serius-kepada-
alam-sekitar

Berdasarkan maklumat infografik yang diperolehi di atas, didapati bahawa sebuah kajian komposisi sisa
pepejal yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),sisa
plastik menyumbang sebanyak 13.2% daripada keseluruhan penjanaan sisa di Malaysia pada tahun
2017dan daripada jumlah sisa palstik tersebut, 29.2% adalah terdiri daripada jenis Low Density
Polyethylene(LDPE)iaitu komponen utama bagi pembuatan beg plastik.
Sebanyak 300 juta tan sisa pepejal dihasilkan setiap tahun, dan daripada jumlah tersebut,13.2%
daripadanya iaitu sebanyak 1050 tan beg plastik dihasilkan dalam sehari.
Infografik tersebut juga menyatakan bahawa plastik mengambil masa 100-500 tahun untuk lupus
secara semulajadi.Pembuangan plastik ke dalam laut telah sering dianggap sebagai makanan oleh
haiwan ternakan dan ikan.Sekiranya plastik dibuang merata-rata , ia berpotensi menghalang aliran air
terutamanya di dalam longkang dan juga akan menyebabkan banjir kilat berkalu disebabkan longkang
tersumbat dan dipenuhi dengan sampah plastik.

7
2.3. Manfaat Pendidikan Kewarganegaraan Global kepada Masyarakat untuk Menyelesaikan
Isu Alam Sekitar
Konsep elemen Pendidikan Kewarganegaraan Global adalah berdasarkan tiga domain pembelajaran iaitu
kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Pendidikan Kewarganegaraan Global memang membawa banyak
manfaat kepada masyarakat sedunia dalam menyelesaikan isu alam sekitar.
Dalam domain kognitif, masyarakat Malaysia dapat mengetahui negara berada di tempat kelapan
yang menyumbang kepada isu pencemaran plastik secara global .Selain itu, ia juga dapat meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang plastik mengambil masa 100-500 tahun untuk lupus semula jadi serta
memahami pembuangan plastik di merata-rata atau laut telah mengancam kesihatan manusia dan
hidupan laut .
Dalam domain sosio-emosi pula, masyarakat juga rasa kepunyaan sesama manusia dan menyemai
rasa kasih sayang akan bumi demi menjaga kelestarian alam sekitar kesejahteraan hidup .
Dalam domain tingkah laku pula, masyarakat akan bertindak secara aktif dan bertanggunjawab
untuk menajaga kelestarian alam sekitar di peringkat tempatan dan global.Sebagai contohnya,
masyarakat Malaysia mengadakan Hari Alam Sekitar Kebangsaan dan Hari Tanpa Beg Plastik.
Masyarakat Malaysia juga berperanan aktif dalam menangani isu pencemaran plastik demi
pembangunan kelestarian alam sekitar dengan pelbagai langkah mudah seperti:
 Membawa beg pembungkus sendiri ketika membeli-belah;
 Tidak menggunakan perkakasan plastik sekali guna seperti sudu, garpu dan penyedut minuman;
 Membawa bekas makanan dan minuman sendiri sebagai alternatif ketika membungkus di premis
makanan; dan
 Kitar semula setiap produk plastik yang telah digunakan.

8
2.3.1 Cara –cara Menyelesaikan Pencemaran Plastik Melalui GCED

A.) HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menganjurkan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan
(HKSK) pada 1 Disember 2018 bertempat di Pantai Eco Park, Kuala Lumpur. Program ini telah
dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Yang Berhormat Puan Hajah
Zuraida Binti Kamaruddin.
Acara ini disambut setiap 11 November sebagai platform kepada masyarakat untuk memahami
kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Selain itu, sambutan ini juga sebagai pemangkin
pembudayaan amalan 3R sebagai langkah paling penting dan berkesan dalam menguruskan sisa pepejal
secara mampan.
Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2018 adalah berinspirasikan daripada sambutan Hari Bumi
2018 dan Hari Persekitaran Dunia 2018 dengan mengajak masyarakat Malaysia untuk menyedari
ancaman dan bahaya pencemaran plastik. Melalui sambutan ini, seluruh masyarakat diseru agar bangkit
membanteras pencemaran demi masa hadapan alam sekitar yang terpelihara dan kesihatan yang
terjamin.
Sifat produk plastik yang mudah dihasilkan, murah dan penggunaan yang tinggi telah memangkin
penghasilan plastik terutamanya “plastik sekali guna” dalam kadar yang tinggi. Ketika ini hanya 9
peratus daripada 9 billion tan plastik yang dihasilkan di seluruh dunia dikitar semula, manakala
sebahagian besar yang lain tidak terurus secara lestari.
Kerajaan melalui KPKT dan SWCorp berhasrat untuk menangani isu penggunaan plastik dengan
menyediakan platform kepada industri serta setiap rakyat untuk menyumbang kepada pengurusan alam
sekitar yang lestari dan holistik. KPKT yang juga telah melancarkan Kempen ‘Jangan Gunalah’ beg
plastik pada 13 Oktober 2018 yang lalu berharap seluruh rakyat Malaysia pencinta alam agar tidak
menggunakan sama sekali beg plastik, sebaliknya menyediakan alternatif dengan membawa sendiri beg
guna semula ketika membeli- belah umpamanya.
Rakyat Malaysia boleh berperanan secara aktif demi membanteras pencemaran plastik ini dengan
pelbagai langkah mudah seperti:
 Membawa beg pembungkus sendiri ketika membeli-belah;
 Tidak menggunakan perkakasan plastik sekali guna seperti sudu, garpu dan penyedut minuman;
 Membawa bekas makanan dan minuman sendiri sebagai alternatif ketika membungkus di premis
makanan; dan
 Kitar semula setiap produk plastik yang telah digunakan.
9
B.) HARI TANPA BEG PLASTIK

Kempen ini dilancarkan pada 6 Julai 2009 dengan objektif utamanya adalah untuk mentransformasikan
Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau dan meningkatkan kesedaran rakyat Pulau Pinang mengenai
kepentingan menjaga alam sekitar
CARA PELAKSANAAN
 Hari Tanpa Beg Plastik pada asalnya dilaksanakan pada hari Isnin tetapi berdasarkan kepada
maklumbalas positif yang diterima ianya telah ditambah ke tiga hari iaitu pada hari Isnin, Selasa
dan Rabu bermula 1 Januari 2010
 Pelanggan yang memerlukan beg plastic akan dikenakan caj RM0.20 yang disalurkan ke tabung
Rakan Anti Kemiskinan (RAK)
 Penyertaan dalam program ini adalah diwajibkan kepada semua pasaraya besar, pasaraya dan
pasaraya mini memandangkan ianya telah dijadikan sebagai satu syarat wajib dalam
pembaharuan lesen perniagaan
 Peruncit kecil turut diwajibkan tetapi hanya terhad kepada hari Isnin sahaja.
PENCAPAIAN (OGOS 2010)
Purata bulanan menunjukkan lebih daripada 20,000 beg plastik telah dikurangkan bagi setiap pasaraya
besar dan pasaraya sejak ianya dilancarkan.

C.) HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA


Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun adalah satu platform
antarabangsa bagi penganjuran program-program kesedaran awam yang disambut oleh lebih 100 Negara
di seluruh dunia. Ianya telah diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai bermulanya
Persidangan Stockholm 1972 untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat ke arah
pemuliharaan alam sekitar.
Ianya juga berperanan sebagai hari istimewa untuk masyarakat melakukan sesuatu yang positif
untuk alam sekitar dan seterusnya memberi inspirasi kepada orang lain bagi mendapatkan impak positif
yang lebih tinggi secara keseluruhan. Pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar daripada pelbagai pihak
dianjurkan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia.

D.) HARI BUMI


10
Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi
dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk
melindungi bumi dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada setiap tahun telah terlibat dalam
penganjuran program-program kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha
dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar.

3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Pendidikan Kewarganegaraan Global perlu diterapkan merentas kurikulum di


sekolah agar dapat memupuk rasa kepunyaan sesama manusia , rasa hormat dan menjadi warganegara
global yang bertanggungjawab di kalangan anak-anak murid kita agar mereka dapat berperanan aktif
dalam menghadapi cabaran global demi pembangunan kelestarian dan keamanan sedunia .
Oleh itu, bagi memastikan generasi akan datang dapat menyumbang kepada pembangunan
ekonomi, budaya, sosial dan alam sekitar secara lestari, pendidikan merupakan salah satu faktor
memainkan peranan yang penting. Melalui kurikulum sekolah, penyepaduan pengetahuan, kemahiran
dan nilai perlu dipertingkat dan diperkukuh dengan iltizam bagi membentuk warganegara yang
mempunyai daya fikir lestari, nilai-nilai terpuji dan sikap positif dalam melestarikan kehidupan seharian
seterusnya mensejahterakan keluarga, masyarakat, negara dan dunia demi warisan bangsa masa kini dan
masa hadapan.

4.0 Refleksi
11
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah
alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang?
Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran
tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar.
Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri.
Secara globalnya masalah pencemaran lastik di laut merupakan di antara agenda terpenting yang
harus dihadapi oleh semua negara di dunia .Masalah pencemaran plastik tidak akan dapat diselesaikan
sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada
manusia.
Isu pencemaran plastik bukan sahaja menghantui rakyat Malaysia tetapi meliputi penduduk di
peringkat global kerana ia bagaikan musuh kepada alam sekitar.Masyarakat kini terlalu bergantung pada
penggunaan plastik sekali gus menyebabkan ia sukar dikawal sehingga berlaku pencemaran. Bahkan,
penggunaan plastik yang berleluasa menyebabkan orang ramai tidak menghargainya sehingga ia dibuang
merata-rata tempat.Selain menyakitkan mata, setiap hari berjuta-juta beg plastik ini turut memenuhi
longkang sebelum hanyut dibawa hujan ke laut sekali gus memberi kesan lebih buruk khususnya kepada
hidupan laut seperti penyu.
Banyak video di laman sosial seperti Facebook memaparkan penyu ditemui mati akibat termakan
plastik atau tubuhnya diliputi plastik sehingga menyukarkan haiwan terancam itu untuk meneruskan
hidup.Pencemaran plastik bukan sahaja akan merosakkan alam sekitar tetapi akan memberikan impak
negatif terhadap kehidupan manusia.
Justeru, kesedaran pengguna sendiri amat penting agar penggunaan plastik dapat dikurangkan
terutamanya ketika membeli-belah di pasar-pasar raya, kedai runcit dan pasar basah.Ingatlah, peranan
kita yang sedikit itu sebenarnya memberi sumbangan yang amat bermakna kepada kelestarian alam
sekitar dan kehidupan kita sendiri.

Jumlah :2538 patah perkataan

APENDIKS

12
5.0 RUJUKAN / REFERENSI

Dr Harvinder Kaur Dharam Singh ,Dr Raziana Che Aziz ,Assoc Prof Dr Nantha Kumar Subramaniam
Majumin Hanum Abdul Samad, Dr Wirawani Kamarulzaman ,Noor Zuleika Zulkipli,
Dr Gurcharan Singh Bishen Singh ,Oo Cheng Kiat ,Dr Thirumeni Subramaniam ,
Edisi pertama , April 2014, OUMH 1603 KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21,
Open University Malaysia.

UNESCO,2015 ,Global Citizenship Education (GCED) infographic , Dicapai dari


https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-gced-infographic

Panduan Pelaksanaan Kelestarian Global, Mac 2016, Dicapai dari


http://smksyedsira.edu.my/wp-content/uploads/2016/12/4.-Panduan-Pelaksanaan-Kelestarian-Global.pdf

Puan Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin, 13 Disember 2018 , Ancaman Pencemaran Plastik,
Dicapai dari http://www.ikim.gov.my/index.php/2018/12/13/ancaman-pencemaran-plastik/

FIGHT AGAINST PLASTIC POLLUTION, Dicapai dari


https://www.wwf.org.uk/fight-plastic-pollution

Plastik Ancaman Serius kepada Alam Sekitar,22 November 2018, Sinar Harian, Dicapai dari
https://www.sinarharian.com.my/article/613/INFOGRAFIK/Plastik-ancaman-serius-kepada-alam-sekitar

Human Writes: Malaysia is 8th worst in the world for plastic waste, 25Mac 2018,
Dicapai dari https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2018/03/25/plastic-waste-pollution

SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2018 KPKT, Dicapai dari


https://www.kpkt.gov.my/resources/index/HomePageV1/pdf/berita/2019/BERITA_SAMBUTAN_HARI
_KITAR_SEMULA_KEBANGSAAN_2018.pdf

KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK , Dicapi dari


http://www.penanglib.gov.my/index.php/en/kempen-hari-tanpa-beg-plastik

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA, Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Dicapai dari
https://www.doe.gov.my/portalv1/info-umum/info-kesedaran-alam-sekitar/hari-alam-sekitar-
sedunia/323930

HARI BUMI , Dicapai dari https://ras.doe.gov.my/v2/hari-bumi/

13