Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Bab ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu Akta Pembantu Perubatan
dan hubungannya dengan pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perubatan di tempat kerja.
Menurut Kamus Dewan, akta bermaksud undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh
parlimen. Akta Pembantu Perubatan dibuat adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan
bagi penubuhan suatu Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran), pendaftaran Pembantu
Perubatan dan perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini dinamakan sebagai Akta
Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977. Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh
atau tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi bahagian Malaysia yang berlainan.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Akta 180, AKTA PEMBANTU
PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977 ditubuhkan di bawah seksyen 3, Bahagian II, Akta
Pembantu Perubatan 1977. Akta ini diwartakan pada 10 Mac 1977 dan berkuatkuasa di
Semenanjung Malaysia pada 14 Februari 1980 manakala Negeri Sabah & Sarawak pada 1
November 1980. Sedikit penerangan mengenai sejarah profesion Penolong Pegawai
Perubatan ialah Pembantu perubatan bermula bertapak di Malaysia sejak tahun 1786 dengan
nama Dresser. Ia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1823 dan disusuli berkembang ke
Negeri Melaka dan juga Singapura. Pada tahun 1936, nama Dresser telah ditukar kepada
nama Pembantu Rumah Sakit (HA). Tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Negara Malaysia,
Jawatan Pembantu Rumah Sakit telah ditukar dan dikenali ramai sebagai Pembantu Hospital
(HA) di seluruh Malaysia. Pada tahun 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital
Assistant" (NUHA) telah didaftarkan. Pada tahun 1969, Sekolah Latihan Pembantu Hospital
yang pertama telah beroperasi di Kuching, Sarawak. Manakala pada tahun 1971, Sekolah
Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan. Akta
Pembantu Hospital (Pendaftaran), telah dikuatkuasakan pada tahun 1977. Seiring dengan
pembangunan kerjaya, pada tahun 1985 nama Pembantu Hospital (HA) telah ditukar dengan
nama "Pembantu Perubatan" (MA). Tahun 1986, secara rasminya Persatuan Pembantu
Perubatan Malaysia telah ditubuhkan. Sejajar dengan perubahan semasa dan seiring dengan
perkembangan kesihatan di Malaysia, keperluan kepada perkembangan profesion turut
diambil perhatian. Maka, sijil Pembantu Perubatan telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu
Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989. Pada tahun 2007, nama

1
Pembantu Perubatan (MA) telah ditukarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (AMO).
Transformasi profesyen semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi
perubatan masa kini dengan kewujudan Skim Bersepadu. Pengwujudan jawatan bagi
Penolong Pegawai Perubatan Siswazah ke skim Pengurusan dan Profesional (P&P). Fungsi
Penolong Pegawai Perubatan dalam fasiliti kesihatan ialah memberi perkhidmatan penjagaan
kuratif, promotif, preventif dan rehabilitatif kepada setiap lapisan masyarakat.

2
PENCARIAN LITERATURE

Pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan Penolong Pegawai Perubatan. Antaranya
ialah berkaitan dengan isu kelewatan pelantikan dan lantikan secara kontrak graduan
Diploma Pembantu Perubatan. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) telah
memberi penjelasan perkara ini. Hal ini didorong oleh beberapa konotasi-konotasi yang tidak
menjaga perasaan para graduan ditambah pula kenyataan-kenyataan berbentuk andaian telah
menambahkan lagi kehangatan isu ini. Pemberitahuan tentang tempoh kontrak sebagaimana
dibincangkan di dalam media sosial bukanlah bermaksud Kerajaan telah membuat keputusan
untuk tidak melantik para graduan lepasan Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
(ILKKM) untuk berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam khususnya di KKM.
Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada Kerajaan untuk membuat pelantikan pada bila-bila
masa yang diputuskan perlu. Cuma apabila adanya kontrak maka Kerajaan melalui agensinya
iaitu KKM mempunyai hak mutlak ke atas para graduan ILKKM untuk dilantik kerana
Kerajaan telah melabur dengan melatih para graduan tersebut. Selepas tempoh kontrak itu
berakhir maka KKM sudah tidak mempunyai hak untuk 'merantai' para graduan dan mereka
boleh membuat pilihan sama ada ingin terus bersama KKM atau memilih perkhidmatan di
agensi-agensi luar KKM tetapi masih dalam sistem Perkhidmatan Awam seperti di ATM,
PDRM, JPAM, Bomba dan lain-lain yang berorentasikan perubatan & kecemasan (PPPM,
2016).
Seterusnya adalah isu berkaitan kader Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan
Imigresen. Jabatan Imigresen menjangkakan akan memperoleh satu lagi perjawatan kader
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 untuk bertugas di 13 Depoh Tahanan Imigresen di
Semenanjung dan Sarawak menjelang akhir tahun ini 2018. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri
Mustafar Ali berkata, pihaknya mendapati keperluan mewujudkan satu lagi perjawatan Kader
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 di setiap Depoh Tahanan Imigresen untuk bertugas di
luar waktu pejabat. Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail juga sudah mengemukakan cadangan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
selepas melawat Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih, Selangor baru-baru ini. Jabatan
Imigresen memerlukan sekurang-kurangnya 13 jawatan kader itu untuk ditempatkan di
Depoh Tahanan Imigresen selepas waktu pejabat bagi mengendalikan kes kecemasan yang

3
berlaku dalam tempoh itu di mana 24 jam sentiasa ada pegawai yang bertugas (Datuk Seri
Mustafar Ali, 2018).

4
PERBINCANGAN

Dalam Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, terbahagi kepada beberapa


bahagian iaitu sebanyak enam bahagian keseluruhannya. Perkara yang dibincangkan dalam
Bahagian І ialah berkaitan dengan Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian serta
menerangkan sekali Taksiran makna perkataan dalam akta. Manakala Bahagian ІІ pula
berkaitan dengan penubuhan dan keanggotaan Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran),
Mesyuarat Lembaga dan perbuatan Lembaga hendaklah sah walaupun kecacatan dalam
pelantikan atau walaupun ada kekosongan. Seterusnya, Bahagian ІІІ membincangkan
mengenai Daftar Pembantu Perubatan, Hanya orang berdaftar sahaja boleh diambil kerja
sebagai Pembantu Perubatan, Peruntukan kecualian mengenai orang yang telah diambil kerja
sebagai Pembantu Perubatan, Orang yang berhak didaftarkan, Mencatatkan nama dalam
daftar dan mengeluarkan perakuan pendaftaran, Tamat tempoh perakuan pendaftarn dan
pembaharuannya dan yang terakhir ialah Catatan dalam daftar dan perakuan hendaklah
ditandatangani oleh pendaftar.
Seterusnya, Bahagian ІV membincangkan mengenai Menyiarkan daftar dan anggapan,
Pemotongan nama daripada daftar dan Menyiarkan kemasukan semula nama dalam daftar.
Untuk Bahagian V, perkara yang disebutkan ialah berkaitan denagn rayuan iaitu Rayuan
kepada Menteri terhadap keputusan Lembaga adalah muktamad dan Rayuan berkuat kuasa
sebagai Penggantungan hanya berkenaan dengan pembaharuan perakuan pendaftaran. Dalam
bahagian terakhir iaitu Bahagian VІ, perkara yang disebut ialah berkenaan dengan Lembaga
boleh menghendaki maklumat, Menghendaki atau memberikan butir-butir atau maklumat
melalui surat berdaftar adalah memadai, Penalti kerana menggunakan gelaran pembantu
perubatan secara tidak sah kerana memalsukan daftar dan pelanggaran am terhadap Akta dan
yang terakhir ialah berkaitan dengan Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan.
Semua yang tertulis diatas ialah kesemua perkara dan butir-butir yang termaktub di
dalam Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977. Semuanya penting bagi melancarkan
urusan dan menjadi panduan kepada Penolong Pegawai Perubatan.

5
RUMUSAN

Sebagai rumusan bagi tajuk ini, sesuatu Akta adalah penting bagi menubuhkan mana-
mana Lembaga contohnya Lembaga Pembantu Perubatan supaya segala urusan-urusan
berkaitan dapat dirujuk dengan senang. Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan, kita
haruslah mengambil tahu dan lebih cakna berkaitan dengan Akta dan peraturan yang telah
ditetapkan dan telah dipersetujui semua agar segala pekerjaan dan urusan dapat berjalan
dengan lancar dan menjadi selaras dan mengikut butir-butir yang telah ditetapkan. Dengan
sikap peka dan prihatin serta tanggungjawab yang tinggi dalam setiap diri individu yang
bergelar Penolong Pegawai Perubatan, maka segala prosedur dan tugas yang dilakukan akan
berjalan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan dapat mengurangkan isu-isu yang
memburukkan nama profesion Penolong Pegawai Perubatan.

6
RUJUKAN
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my

AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977, Akta 180, pindaan


hingga 1 Januari 2006.

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=htts://m.facebook.com/malay
sianppp/

https://ms.mwikipedia.org/wiki/Pembantu_Perubatan

Jumlah patah perkataan = 1130