Anda di halaman 1dari 2

Seusai menunaikan solat Subuh, dengan perlahan

dia menghidupkan enjin motosikalnya. Bunyi enjin


tua itu menderu meninggalkan masjid. Setibanya
di halaman rumah, kekunci motosikal dimatikan.
(perkembangan idea secara logik)Rumah batu
tersebut masih lagi gelap dan hanya diterangi
lampu di bahagian dapur. Dia segera mencapai
dedak jagung dan ditaburkan di halaman
rumahnya. Ayam-ayam yang terkurung, dilepaskan.
Suasana hening dipecahkan dengan keriuhan bunyi
ayam berkokok, mencicip dedak jagung yang
ditabur. Awan masih lagi tidak menampakkan
kesiangannya. Namun, dia tetap dengan rutin
hariannya selepas bergelar sebagai guru pencen.
Menaiki motosikal tua mengelilingi kampung
setiap pagi usai saja menunaikan solat subuh dan
melepaskan ayam ternakan dari reban yang dibina
sejak sekian lama. Status sebagai Ketua Kampung
bukanlah halangan baginya untuk meninggalkan
rutinnya itu. Dia masih lagi seorang lelaki yang
gagah. Ada kalanya, dia menghantar cucu
ketujuhnya, Aizat ke sekolah. Angin pagi kampung
seakan-akan menjadi aroma paling berharga
buatnya yang tidak pernah jemu menyedut hingga
ke rongga hidung.
Melintasi bangunan yang membawa 1001
kenangan itu mengusik jiwanya. Kenangan yang
pernah tercipta sejak memulakan tugas sebagai
pendidik mula melangkau ke seluruh pelosok
ingatannya. Sejenak enjin motosikalnya dihentikan
di hujung susur gajah hadapan sekolah itu. Haji
Jali melihat keadaan sekeliling. Anak-anak kecil
berpakaian putih kemas dihantar kedua orang
tuanya. Ada yang masam mencuka wajahnya, ada
yang tidak menghiraukan orang tua yang
menghantar, ada yang tersenyum lebar dicium
dandihulurkan wang saku oleh orang tuanya saat
berpisah malah ada yang datang dengan kosong
jiwanya. Bunyi nyaring loceng yang ditekan jelas
kedengaran hingga Haji Jali sedikit terkejut.
Kanak-kanak itu berpusu-pusu melepasi pagar,
bimbang kalau-kalau nama mereka tercatat dalam
buku laporan pengawas. Dia terus memerhati
suasana yang telah sekian lama ditinggalkan
selepas tidak lagi bertugas sebagai seorang
pendidik. Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang dari
arah belakang.

Anda mungkin juga menyukai