Anda di halaman 1dari 3

Kaum peranakan dipercayai wujud sejak 600 tahun yang lalu semasa zaman

kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, kaum yang istimewa ini diwujudkan


kerana terdapat sekumpulan pedagang Cina yang datang dari negara China berdagang
di tanah melayu dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu tempatan.
Hal ini menyebabkan kaum peranakan ini memiliki dua budaya warisan tradisi Cina
dan mengamalkan ciri kehidupan masyarakat Melayu pada masa yang sama.
Keturunan mereka digelar ‘Baba’ bagi lelaki dan perempuan digelar sebagai ‘Nyonya’
(Lee, 2008). Nyonya memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti mana
perempuan masyarakat Melayu pakai dan cara masakan mereka banyak dipengaruhi
oleh resipi orang Melayu, cara menjamah hidangan mereka adalah menggunakan
tangan seperti amalan masyarakat Melayu. Bahasa yang digunnakan mereka ialah
bahasa Baba iaitu sjenis bahasa campuran antara Hokkien dengan bahasa Melayu dan
terdapat banyak perkataan yang dipengaruhi budaya Jawa, Belanda dan British
(Sohaimi et.al., 2017). Hari perayaan yang disambut oleh kaum peranakan ini lebih
kurang sama dengan masyarakat Cina tetapi terdapat sesetengah tradisi yang
diamalkan oleh kaum peranakan lebih asli atau tulen daripada masyarakat Cina
sekarang yang mana hal ini menjadi satu ciri yang istimewa bagi kaum peranakan.

Pada hari pertaman Tahun Baharu Cina, kaum Baba Nyonya akan mengadakan
upacara sambut tahun pada awal pagi dengan menyembah Maharaja Jed di syurga
supaya tahun baharu ini diberkati. Dalam upacara sembahyang sambut tahun, barang
yang tidak boleh kekurangan adalah ‘Chanap’ (Budiey, 2014). ‘Chanap’ merupakan
hiasan yang dibuat daripada kepingan betik yang diukir dan dijalinkan bersama limau
kecil tempatan. Kemahiran mengukir ini menunjukkan kerapian dan kehalusan kaum
Baba Nyonya dalam budaya mereka. Selain itu, ahli keluarga akan mengadakan
upacara sembah sujud di depan warga tua di rumah kemudian hidangkan teh dan
doakan dia agar panjang umur dan sihat. Orang tua akan galakkan anak cucu seperti
bersikap baik, belajar bersungguh-sungguh dan sebagainya sebagai teguran. Angpow
juga akan diberi kepada anak cucu yang belum berkahwin semasa upacara sembah
sujud manakala anak cucu yang sudah berkahwin akan memberi angpow kepada
warga tua sebagai tanda penhargaan (Harun et.al., 2015).
Gambar 2 menunjukkan ‘Chanap’sejenis ukiran betik. (Lee, 2014)

Pada hari ke-9 Tahun Baharu Cina, kaum Baba Nyonya akan meraikan Hari
Keputeraan Maharaja Jed dengan mengadakan upacara sembahyang. Barang
sembahyang yang disediakan juga menunjukkan kehalusan kaum Baba Nyonya,
mereka akan mencucuk makanan seperti Hemerocallis, buah longan, cendawan dan
kulit tauhu mengikut corak yang cantik pada lidi sate kerana makanan-makanan ini
mempunyai tanda-tanda yang bertuah (Mokhtar, 2012). Menurut tradisi, gambar
lelabu merah akan diletakkan di atas makanan lain yang akan disembah ,buah-buahan
dan kuih-muih pula akan dihiasi dengan kertas merah yang dipotong dalam bentuk
yang cantik. Selain itu, ‘meja tiga alam’ akan digunakan dalam upacara sembahyang
Maharaja Jed dan tiga alam yang disebut adalah alam malakut, alam insan dan alam
barzakh. ‘Skirt meja’ yang mempunyai sulaman lukisan dewa dewi akan diletakkan di
depan dan belakang ‘meja tiga alam’. Alat muzik tradisional seperti suona, gong dan
‘ching ching’ akan digunakan untuk memain muzik Baba pada upacara sembahyang.

Gambar 3 menunjukkan ‘meja tiga alam’ yang digunakan semasa upacara


sembahyang Maharaja Jed. (Lee, 2014)
Pada hari yang ke-15 Tahun Baharu Cina, kaum Baba Nyonya juga menymbut
Hari Chap Goh Mei. Menurut tradisi Cina, masyarakat cina akan makan bebola uli
yang dikenali sebagai ‘tang yuan’ kaum Baba Nyonya pula akan makan sejenis
manisan campuran ala Melayu dan Hokkien yang dikenali sebagai ‘pengat’ untuk
meraikan hari Chap Goh Mei. Pengat ialah sejenis manisan yang dalam bentuk cecair
pekat, dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan pengat ialah keledek,
keladi, gula kelapa Melaka, kuih bakul, dan pisang raja. Untuk menunjukkan
kehalusan dalam masakan, bahan-bahan tersebut akan dipotong dalam bentuk yang
konsisten lalu dikukus sehingga empuk dan makan bersama sup santan yang direnih
bersama gula melaka dan daun pandan. Pada hari Chap Goh Mei, kaum Baba Nyonya
akan meraikannya dengan mempersembahkan Dondang Sayang untuk menghirbukan
orang ramai dengan menari dan menyanyi lagu tradisional Baba Nyonya.

Masyarakat Baba dan Nyonya pada hari ini masih mengamalkan cara hidup
kemelayuan, mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya
uang unik ini. Percampuran adat dan budaya antara masyarakat Cina dan Melayu
telah membuktikan kerapatan dan perpaduan yang sudah wujud di masyarakat kita
sejak lama lagi.