Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan (SDP) diwujudkan bagi memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan individu yang mempunyai potensi dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini juga selaras dengan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkompeten,
berkreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, untuk merealisasikan matlamat ini, sistem
pendidikan kita hendaklah menerapkan kemahiran kompeten, kreatif dan inovasi dalam
kurikulum sekolah. Oleh sebab itu, seni dalam pendidikan dilihat sebagai suatu usaha yang
optimum dalam memenuhi keperluan murid pada masa kini. Ianya menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik dan berkesan apabila guru
mengintegrasikan ketiga-tiga elemen seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Justeru, guru perlu menguasai ketiga-tiga elemen tersebut supaya aktiviti seni dalam
pendidikan yang diaplikasikan dapat mempengaruhi perkembangan positif kanak-kanak.

2.0 ULASAN KRITIS

Artikel yang ditulis oleh Idayu Binti Abdul Said, Mohd Nazri Abdul Rahman dan Mariani
Md Nor ini diterbitkan pada Januari tahun 2017. Artikel ini membincangkan tentang aktiviti
seni bagi pendidikan awal kanak-kanak yang digunakan dalam pedagogi masa kini. Ianya
membincangkan tentang kesan aktiviti seni dalam pendidikan terhadap perkembangan
kognitif, bahasa, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Selain itu, aktiviti seni dalam pendidikan
ini juga dikatakan turut meningkatkan dan mengalakkan pemikiran yang kreatif dan kritis
kanak-kanak. Oleh itu, seni dalam pendidikan ini merupakan elemen yang amat penting dalam
melahirkan individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif.

2.1 KELEBIHAN
2.1.1 MERANGSANG EMOSI KANAK-KANAK

Aktiviti seni dalam pendidikan yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dapat mempengaruhi perkembangan emosi yang positif untuk kanak-
kanak. Hal ini yang demikian, kanak-kanak dapat belajar untuk meluahkan emosi dan
perasaan mereka yang terpendam melalui aktiviti seni seperti melukis. Hal ini kerana, terdapat
sesetengah kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi dan perasaan serta
masalah yang mereka hadapi melalui bahasa pertuturan. Bae (2009) menyatakan bahawa
kanak-kanak menggunakan seni untuk memindahkan fikiran dan perasaan mereka lebih awal
dan dengan lebih berkesan daripada bahasa pertuturan. Sebagai contoh, seorang murid yang
pasif mengekpresikan perasaan dendam terhadap kedua bapanya melalui seni dalam lukisan.
Justeru itu, kaunselor perlu mahir dan cekap dalam menginteprasikan lukisan tersebut agar
tidak menghukum murid tersebut. Selain itu, kebanyakan murid yang pasif akan memendam
prasaan mereka kerana mereka tidak tahu untuk berkomunikasi dan meluahkan apa yang
mereka rasa. Oleh sebab itu, pendekatan terapi seni ini sesuai digunakan kepada murid yang
mempunyai konsep kendiri yang rendah. Penyataan ini disokong oleh artikel Brown et al.
(2010) yang menyatakan bahawa kanak-kanak berisiko dapat memajukan diri melalui aktiviti
seni yang bertindak sebagai terapi untuk meluahkan emosi mereka dalam keadaan tertekan.
Jelaslah bahawa pendekatan aktiviti seni ini dapat mendorong dan merangsang kanak-kanak
untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka secara tidak langsung.

2.1.2 MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN KOPERATIF

Sebagaimana yang kita ketahui, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat


menekankan pembudayaan pembelajaran abad ke 21 (PAK 21) yang berpusatkan
pembelajaran kepada murid. Oleh sebab itu, aktiviti seni dalam pendidikan dilihat sebagai
satu medium yang sesuai digunakan semasa proses PdP dalam menjana suasana
pembelajaran yang koperatif di dalam kelas. Artikel ini turut menyokong dengan menyatakan
bahawa dengan aktiviti seni, kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan kerja-kerja yang
telah mereka mulakan mereka dapat merasai kerjasama dalam kumpulan, dan menghormati
idea-idea dan kerja orang lain (Ozturk, 2001). Sebagai contoh, murid diminta untuk membuat
origami secara berkumpulan dan menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti
ini, mereka akan berbincang dan memberikan idea dan pendapat masing-masing serta
menyiapkan tugasan bersama-sama supaya ianya dapat diselesaikan dalam masa yang
ditetapkan. Dalam masa yang sama, pembelajaran secara koperatif ini juga dapat
meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Shahabuddin et.al (2007) menyatakan
bahawa kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang
erat antara murid dan sebagainya. Hal ini kerana, melalui suasana pembelajaran koperatif
ini guru boleh menggalakkan murid untuk memupuk unsur-unsur yang positif dalam diri
mereka seperti bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan, melibatkan diri secara aktif
semasa perbincangan, mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima idea dan pandangan
rakan-rakan lain. Jelaslah bahawa aktiviti seni dalam pendidikan dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif dan koperatif serta dapat meningkatkan lagi kemahiran
sosial antara murid di dalam kelas.

2.1.3 MEMUPUK SIKAP KREATIF DAN INOVATIF


Seterusnya, pengintegrasian aktiviti seni dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dapat memupuk sikap kreatif dan inovatif dalam diri kanak-kanak pada peringkat awal lagi.
Artikel ini turut menyokong dengan menyatakan aktiviti seni dalam pendidikan ini membantu
kanak-kanak menjadi kreatif dan membolehkan mereka meneroka sebanyak mungkin perkara
tanpa had atau batasan bermula seawal usia lagi (Hardy, 2011). Hal ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mempunyai hubung kait
dengan usaha kerajaan bagi melahirkan generasi yang berfikiran kreatif dan berinovasi
selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) (Utusan, 2017). Oleh yang demikian,
guru amat memainkan peranan paling penting dalam mewujudkan proses PdP yang berkesan
dengan menggunakan unsur-unsur seni kreatif dalam proses PdP. Sternberg (2000) percaya
kreativiti merupakan pilihan dan kerana itu dalam bidang pendidikan semestinya pelajar
diajar untuk membuat keputusan ke arah melahirkan produk yang kreatif. Sebagai contoh,
murid diminta untuk membina sebuah objek ataupun arca dengan menggunakan bahan-
bahan maujud dengan memasukkan elemen lima jenis deria manusia. Melalui aktiviti ini, ianya
dapat mendorong murid untuk memupuk sikap kreativiti dan inovatif dalam diri murid kerana
cetusan idea kreatif tersebut telah dipengaruhi oleh faktor persekitaran di mana persekitaran
menggerakkan pemikiran pelajar untuk berfikir secara kreatif. Di samping itu juga, akitiviti
seni dalam pendidikan juga mampu mengasah dan melatih murid untuk menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang ditekankan oleh kementerian pelajaran
Malaysia (KPM). Hal ini kerana, dalam menghasilkan sesuatu produk yang inovatif murid perlu
mengeluarkan idea dan pendapat masing-masing dan menggabungkannya dengan
pengetahuan sedia ada serta perlu mengaitkan dengan elemen-elemen seni kreatif tersebut.
Oleh itu, jelaslah bahawa aktivi seni dalam pendidikan ini mampu menghasilkan murid yang
mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif.

2.2 LIMITASI
2.2.1 PERANAN GURU TIDAK DITEKANKAN

Antara limitasi yang terdapat dalam artikel ini ialah artikel ini tidak menjelaskan peranan
guru secara terperinci. Hal ini kerana, artikel ini lebih banyak menceritakan manfaat aktiviti
seni dalam pendidikan kepada murid, namun ianya tidak menjelaskan tentang cara
pelaksanaan pedagogi tersebut kepada guru. Seperti yang kita ketahui, guru merupakan
penggerak utama dalam bidang pendidikan, tanpa tunjuk ajar dan bimbingan dari guru,
tidak akan lahirlah individu yang memiliki ilmu pengetahuan. Oleh itu, amat penting bagi
pihak pentadbiran sekolah untuk menyediakan kursus yang memberikan penekanan
kepada guru tentang pelaksanaan seni dalam pendidikan yang betul supaya ianya
berkesan apabila diaplikasikan semasa proses PdP. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh
menjemput seorang pakar dalam bidang seni dalam pendidikan ini untuk mengadakan
‘team building’ bersama para guru. Menerusi usaha ini, kita akan dapat melahirkan guru
yang berkualiti tinggi serta mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam
pelaksanaan proses PdP. Hal ini juga dapat memenuhi keperluan pendidikan negara yang
memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai daya inovasi dan lebih kreatif mencipta
kaedah pembelajaran sendiri yang selari dengan kokurikulum sekolah bagi meningkatkan
kualiti sistem pendidikan negara (Utusan, 2016). Selain itu juga, Eckhoff (2008)
menyatakan bahawa

2.2.2 LEBIH MEMFOKUSKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DAN


BERISIKO

Seterusnya, limitasi yang didapati dalam artikel ini ialah penulis lebih memfokuskan
aktiviti seni dalam pendidikan ini kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran dan berisiko. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyataan dalam artikel yang
menyatakan bahawa artikel seni yang diterbitkan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
lebih memberi fokus kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan
berisiko. Penyataan ini menunjukkan bahawa penulis ingin menjelaskan aktiviti seni
dalam pendidikan ini lebih sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran dan berisiko. Hal ini kerana, guru perlu menggunakan pendekatan
yang berbeza dan kreakanak-kanak tersebut perlu
3.0 KEPENTINGAN MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN

3.1 Proses P&P yang menarik

Penggunaan seni dalam pendidikan dengan menggabungjalinkan tiga elemen seni


iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dapat mewujudkan suasana PdP yang lebih
menarik dan berkesan. Hal ini kerana, kaedah pengajaran yang mengaplikasikan unsur-unsur
seni akan merangsang minat murid untuk belajar serta dapat meningkatkan keberkesanan
proses penyampaian isi pelajaran kepada murid. Menurut Mohamad Johdi (2007),
pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah kreatif yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran
yang akan dicapai oleh murid. Oleh itu, guru perlu merancang kaedah pengajaran yang kreatif
dan inovatif seperti penggunaan bahan-bahan maujud, main peranan menggunakan patung
boneka, berkolaj ataupun menggunakan set kit inovasi supaya murid akan tertarik untuk
memberikan fokus sepanjang proses PdP berjalan. Perkara ini turut disokong oleh artikel yang
menjelaskan bahawa pengembangan idea seni pada kanak-kanak melalui gabungan aktiviti
seni dan main sebagai satu bentuk pedagogi dalam bilik darjah mampu memperkembangkan
daya kogntitif kanak-kanak (Idayu, 2017). Selain itu, melalui aktiviti ‘hands on’ ini, murid akan
lebih cepat memahami isi pelajaran yang disampaikan berbanding proses penyampaian
secara pasif oleh guru. Cooperstein dan Kocevar (2004), aktiviti hands-on menjadikan fikiran
murid-murid berkembang dengan baik serta dapat belajar dengan baik melalui pengalaman
dan persekitaran mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa seni dalam pendidikan amat penting masa
kini dalam mewujudkan suasana PdP yang berkesan dan menarik.

3.2 Memotivasikan diri untuk menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka dan
professional

Modul seni dalam pendidikan mendorong dan memotivasikan diri untuk menjadi
seorang guru yang mempunyai kemahiran kreatif, inovatif dan professional yang tinggi. Oleh
itu, amat penting untuk guru meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses PdP
serta memasukkan unsur-unsur seni dan kreativiti semasa proses PdP. Sehubungan dengan
itu, guru perlu memainkan peranan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina sikap kreatif dan inovatif dalam diri
mereka. Idayu (2017) menegaskan bahawa seni memerlukan sumber yang sesuai dan guru
yang mempunyai sikap yang efektif. Hal ini kerana, sebahagian besar pandangan kanak-
kanak dipengaruhi oleh persepsi guru atau orang dewasa terhadap seni itu sendiri (Ekchoff,
2008). Oleh itu, jelaslah bahawa seorang guru perlu menguasai dengan sepenuhnya setiap
aktiviti yang berkaitan dengan seni dalam pendidikan serta menjadi guru yang berinovatif.
3.3 Membantu perkembangan intelek terutama dalam aspek menyelesaikan masalah

Seterusnya, kepentingan seni dalam pendidikan juga adalah membantu


perkembangan intelek murid terutama dalam aspek penyelesaian masalah.
Sebagaimana yang kita ketahui, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam usaha melahirkan
individu yang mempunyai intelektual yang tinggi serta berfikiran kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalah. Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa Pelajar kini perlu banyak memberi idea, bertindak
pantas serta kreatif dan inovatif. Inilah generasi yang diperlukan oleh kepemimpinan
bagi mengarap hala tuju negara (Utusan, 2017). Oleh itu, guru perlu menekankan
penglibatan secara aktif di dalam kelas kerana ianya memberi impak yang positif
kepada perkembangan minda murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Sebagai
contoh, guru boleh meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan satu kit inovasi
secara berkumpulan, maka ianya memberi peluang kepada murid untuk berbincang,
bertukar idea, pendapat atau pengetahuan antara satu sama lain. Melalui
perbincangan tersebut, ianya dapat meningkatkan pertumbuhan dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak serta dapat memupuk kemahiran sosioemosi dan
sosial (Brown et al, 2010). Oleh itu, jelaslah bahawa seni dalam pendidikan turut
menyumbang dalam pembentukan perkembangan intelek kanak-kanak terutama
dalam aspek menyelesaikan masalah.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, aktiviti seni dalam pendidikan dalam pendidikan awal kanak-kanak ini
amat penting dalam melahirkan individu yang kreatif dan berfikiran kritis serta
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang digariskan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh itu, guru perlu memainkan
peranan yang penting serta perlu menguasai kemahiran seni dalam pendidikan ini
agar boleh diaplikasikan semasa dalam proses PdP. Hal ini dapat menjadikan proses
PdP itu lebih berkesan dan dapat menarik minat murid.

Anda mungkin juga menyukai