Anda di halaman 1dari 1

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mukerana telah mengizinkan kami untuk

berada danmenghadiri Majlis Sempena Pernikahan pasangan mempelai _______________________


dengan pasangan pilihan hati
_____________________________________ pada hari yang berbahagia danbermakna ini .
Ya Allah Ya Raahimarruhamaa’ ,
Kami merasa sungguh bertuah kerana dikunjungioleh tetamu yang amat dialukan
kehadiranmereka , moga-moga kehadiran
mereka akanmenambah seri dan menyemarakkan keberkatanmajlis ini. Berkatilah tuan majlis
ini, kurniakanlahkepadanya seisi keluarga kemurahan rezeki yanghalal dan hindarilah mereka daripada
sesuatuyang haram.
Ya Allah Ya Mu’allafata baina qulubil insan ,
Limpahkanlah lembayung rahmat dan rahim-Mukepada pasangan raja sehari yang kami raikanpada
hari ini , sesungguhnya pernikahn ini satuikatan suci dan luhur , ikatan yang menyatukandua hati yang
berbeza fitrah dan nalurinya , maka Engkau peliharalah ikatan ini.

kepada pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa(sakiinah) sebagaimana Engkau janjikan dalamkitab-
Mu , juga kurniakanlah kepada mempelai ini sifat kasih sayang atas dasar keimanan , sifatkesabaran
dalam menghadapi cabaran rumahtangga, sifat tolak ansur dan menerima seadanya dalam menerima
kekurangan pasanganmasing-masing , suburkanlah akhlak mahmudah yang perlu dimiliki oleh
sepasang suami dan isteri demi kebahagiaan dan kerukunan sesebuahrumah tangga .

Ya Allah , Ya Kariim , Ya Waduud,


Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawabtehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam
mendidik isteri dan anak-anak serta melindungimereka .Kurniakanlah kepada isteri sifat
penyayangkepada suami dan anak-anak , sifat pengorbananyang unggul demi kebahagiaan suami dan
anak-anak serta menjaga amanah suami semasaketiadaannya .

Ya Allah , Ya Razzaq , Ya Fattaah ,


Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang solehdan solehah , sebagai penyejuk hati , sehinggamereka
mengecap nikmat perkahwinan yangsempurna yang Engkau telah janjikan . Anak-anakyang mentaati
dan memuliakan mereka sebagaiibu bapa .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu YaAllah, supaya kami yang hadir pada tika ini, agarkami dapat
melaksanakan kebajikanDan kami pohon perlindungan dengan Engkaudaripada melakukan keburukan Ya Allah
, jadikanlah perhimpunan kami inisebagai perhimpunan yang diberkati dandirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kamiselepas ini sebagai perpisahan yang Engkaupelihara daripada mara bahaya dan
keburukan

Anda mungkin juga menyukai