1.0
2.0
si: ak Bon KN
JENIS-JENIS HAKMILIK DI BAWAH KTN
PENDAHULUAN
Hekmilik tanah adalah menunjukkan bukti Kepunyaan seseorang yang
mendakwa sebidang tanah itu miliknya, dan tercatat namanya di dalam
hakmilik tersebut. Pentingnya hakmilik adalah ditegaskan di bawah
seksyen 78 KTN di mana hakmilik yang tidak didaftarkan tanah itu masih
fagi menjadi tanah kerajaan, walaupun pemberimilikan telah diluluskan.
Hakmilik adalah menggambarkan perihal tanah, tempat, luas, kedudukan,
sempadan-sempadan, tuanpunya dan apa-apa kepentingan lain yang
wujud ke atas tanah berkenaan.
Di bawah KTN terdapat perkara-perkara yang menentukan jenis hakmilik
iaitu:-
i) Tempat ~ samada tanah tersebut terletak di Bandar, Pekan
atau Desa
ji) Keluasdn - samada keluasannya lebih atau kurang dari 4 hektar
(10 ekar );
iii) Tempoh pegangan - samada tanah itu diberi milik selama-lama
atau untuk satu tempoh.
HAKMILIK DI PEJABAT PENDAFTAR (PHM) DAN HAKMILIK DI
PEJABAT TANAH (PT) :
Hakmilik di Pejabat Pendaftar didaftarkan bagi tanah-tanah seperti
berikut:-
i) Tanah Bandar;
ii) Tanah Pekan;
ji) Tanah Desa yang luasnya lebih dari 4 hektar;
iv) Tanah tepi pantai atau dasar laut;
v) Tanah Desa yang kurang dari 4 hektar tetapi pada pandangan PBN
perlu dikeluarkan
FotalanPrgrsan dr Perndpin xoh
sa3.0
3.1
32
33
hee i Boman
Hakmilik di Pejabat Tanah bagi tanah-tanah yang didaftarkan seperti
berikut:-
i) Tanah Desa yang luasnya kurang daripada 4 hektar.
ii) Tanah yang diluluskan di bawah Akta Tanah Petempatan
Berkelompok (GSA) 1960.
JENIS-JENIS HAKMILIK DI BAWAH KTN
Hakmilik Sementara
Tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus
mengikut peruntukan KTN. Hakmilik Sementara Pejabat Pendaftar dalam
Borang 11A dan Hakmilik Pejabat Tanah dalam Borang 11B
Hakmilik Tetap
Apabila sesuatu tanah telah diukur halus dan keluasannya muktamad
telah ditentukan.
Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar terdapat dua jenis, iaitu:~
)) Geran (Borang 5B) bagi tanah yang diberi milik untuk selama-tama;
ili) Pajakan Negeri (Borang 5C), bagi tanah yang diberi milik untuk
satu tempoh.
Hakmilik Tetap Pejabat Tanah pula, terdapat dua jenis iait
)) Geran Mukim (Borang 5D), bagi tanah yang diberi milik selama-
lama;
ji) Pajakan Mukim (Borang 5E), bagi tanah yang diberi milik untuk
satu tempoh.
Hakmilik Di Bawah Undang-Undang Tanah Terdahulu
Bagi tanah-tanah yang dipegang di bawah hakmilik yang dikeluarkan
mengikut undang-undang tanah terdahulu iaitu sebelum KTN (1966),
2
Schon Pensa den Perandangn Th
STON3.4
Ske abi Bch
masih terus digunakan sehingga ianya disambung atau diganti dengan
hakmilik di bawah KTN atau dibatalkan oleh sebab-sebab tertentu. Sek.
160
Contoh:-
Pejabat Pendaftar - CT (Certificate of Tile), Grant, State Lease,
Lease For Agriculture Land
Pejabat Tanah = - EMR (Entry in The Mukim Register)
Hakmilik Sambungan
Wujudnya hakmilik sambungan bila keadaan di mana hakmilik perlu
disambung:-
3.4.1. Hakmilik Tetap
i) Pendaftar/PT memutuskan bahawa DHD telah penuh ruang
atau fizikalnya tidak boleh digunakan lagi;
ii) DHK telah penuh atau keadaan fizikalnya tidak boleh
digunakan lagi;
iii) terdapat permohonan DHK hilang / musnah;
DHK tidak diambil oleh tuan tanah (Notis borang 2B);
iv) berlaku penyerahan sebahagian tanah di bawah Sek.202(3)
atau pengukuran semula (Sek.354);
Vv) apabila sebahagian tanah telah menjadi dasar_sungai atau
laut oleh kemeraanya;
vi) _apabila terdapat dua lot bagi satu hakmilik;
vii) sebahagian tanah telah diambil balik mengikut Akta
Pengambilan Balik Tanah 1960;
vil) Pendaftar / PT mendapati hakmilik berbilang muka periu
didaftarkan;
‘hajioePxgrn dx Perla Toh
cy3.4.
&
3.4.3
es drs aii Bah
ix) apabila daerah baru diwujudkan dan hakmilik berkenaan
termasuk dalam daerah baru.
Hakmilik Sementara
i) -Pendaftar / PT mendapati DHK telah penuh ruangan atau
keadaan fizikalnya tidak boleh digunakan lagi
ji) Apabila notis borang 2B dikeluarkan kepada tuan tanah
tetapi tidak dihiraukan;
lil) Apabila wujud daerah baru dan hakmilik berkenaan
termasuk;
iv) Apabila wujud daerah baru dan hakmilik berkenaan
termasuk;
v) _ Permohonan kerana DHK hilang
vi) Pendaftar/PT mendapati hakmilik berbilang muka peru
didaftarkan.
Hakmilik Sambungan Berkaitan Dengan Pengujudan Daerah Baru
i) Peruntukan Seksyen 11 (ca), PBN boleh mengubah atau
meminda sempadan mana-mana Daerah, Daerah Kecil,
Pekan, Bandar atau Mukim.
ii) Pentadbir Tanah Daerah Baru hendaklah membuat catatan
di dalam DHK dan DHD tanah yang termasuk, seperti
berikut:-
“Hakmilik ini menjadi hakmilik daerah baru.
daerah baru) yang diwartakan melalui P.U.
No......
warta kerajaan, i
cece lDeseseecee Qe see cee DORALIIN ccc... PT Daerah *
lil) Pentadbir Tanah Derah baru hendaklah secepat mungkin
memberi tahu tuan tanah yang terlibat(notis 28) supaya
mengemukakan DHK, catatan yang sama seperti di dalam
DHD hendaklah dibuat dalam DHK berkenaan
4
Solan Pxgurasdn Perdana Tah
BSH3.44
3.4.5
ht Ji ai av KN
iii) Hakmilik sambungan hendaklah mengikut siri nombor yang
baru mengikut daerah baru yang berkenaan. Hakmilik ini
akan disimpan di Pejabat Tanah Daerah Baru, Hakmilik asal
yang dibatalkan disimpan di Pejabat Tanah asal,
iv) Hakmilik Pejabat Pendaftar yang terlibat ke dalam daerah
baru, pendaftar tidak perlu mendaftarkan hakmilik
ssambungan. Memadai dengan membuat catatan di dalam
DHD dan DHK.
vy) Semasa tempoh peralihan, iaitu sebelum hakmilik
sambungan didaftarkan, semua ingatan, kemasukan,
catatan dan “endorsement” yang berkaitan dan perkara-
perkara lain hendaklah dibuat di dalam DHD yang disimpan
di Pejabat Tanah asal oleh PT Pejabat Tanah Baru.
Hakmilik Sambungan Berbilang Muka
i) Hakmilik berbilang muka ialah hakmilik yang didaftar
sambungan dari hakmilik yang sedia ada yang ruangnya
tidak mencukupi untuk dibuat catatan yang banyak. Hakmilik
berbilang muka didaftarkan bila Pendaftar / PT memikirkan
peru apabila didapati hakmilik berkenaan terlibat dengan
urusan yang banyak.
Hakmilik-hakmilik Sambungan Yang lain.
Terdapat sedikit perbezaan hakmilik sambungan ini dari yang telah
diterangkan, bagaimana pun cara penyediaan dan pendaftarannya
adalah sama. Hakmilik sambungan ini adalah dari hakmilik tetap
kepada hakmilk sementara, iaitu selepas kelulusan pecah
sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah. Sek. 186
Hakmilik sambungan dari hakmilik Sementara kepada hakmilik
tetap iaitu selepas tanah yang dipegang di bawah hakmilik
sementara diukur halus dan didaftarkan hakmilik tetap. Sek 190
5
Baoan Pesan dinPerundene rah
Tas3.5
ke Hk Bo
Sambungan Hakmilik Tetap kepada Hakmilik Sementara selepas
kelulusan pecah sempadan, bahagian atau penyatuan:-
i. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang seperti yang
ditetapkan dalam Pekeliling KPTG 26/1976.
ii, Permohonan hendaklah disertakan bersama dengan sii
bayaran ukur atau sijil dari Lembaga Jurukur Tanah.
ii, Cara penyediaan dan mendaftarkan hakmilik sambungan
sama pada keseluruhannya.
Sambungan Hakmilik Sementara kepada Hakmilik Tetap selepas
tanah diukur halus.
i. Selepas tanah yang dipegang di bawah hakmilik sementara
diukur halus adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar / PT
mendaftarkan hakmilik sementara itu kepada hakmilik tetap.
ii, Jika terdapat perbezaan keluasan selepas diukur, jika lebih
luas_dari_ yang diluluskan dan perbezaan itu tidak banyak
maka bayaran premium yang berbeza dan juga bayaran
cukai tahunan yang terkurang hendakiah _dituntut.
Sebaliknya jika kelulusan berkurangan, premium dan cukai
tanah yang telah dibayar__berlebihan_hendaklah
dikembalikan
Hakmilik Pendua
Hakmilik Pendua ialah DHK yang dikeluarkan bagi menggantikan DHK
yang telah hilang, rosak, penuh atau keadaan fizikalnya tidak
membenarkan ia digunakan lagi atau notis Borang 2B seksyen 15 tidak
dihiraukan:-
i. permohonan tuan tanah kerana DHK nya hilang atau rosak;
i, oleh sebab DHKnya penuh;
il, Pendaftar / PT menghantar notis borang 2B seksyen 15 tidak
dihiraukan
[gin Pus dnPerundangen ash
‘BSN3.6
37
40.
seeds eel Baye
Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran
Apabila sebidang tanah dipegang oleh beberapa orang secara berkongsi
atau sebagai tuan punya bersama, maka setiap seorang dari mereka
bolehlah diberikan salinan DHK dengan syarat permohonan dibuat
terlebih dahulu dan DHK asal diserahkan kepada Pendaftar / PT.
Tujuannya ialah untuk menggelakkan kesukaran untuk urusniaga seperti
pindahmilik, gadaian dan lien sahaja.
Hakmilik Gantian
Hakmilik gantian ialah hakmilik yang didaftarkan bagi menggantikan DHD
yang hilang, musnah semua atau sebahagian atau dalam keadaan
catatannya tidak boleh dibaca lagi.
Seksyen 175A — 175F Hakmilik Tetap.
Seksyen 187A bagi Hakmilik Sementara
RUMUSAN
Pendaftar Hakmilik Tanah hendaklah memastikan bahawa semua
dokumen hakmilik daftar disimpan dengan selamatnya supaya tidak
rosak. Kehilangan atau kerosakan mana-mana dokumen hakmilik daftar
akan menimbulkan banyak kesusahan terutama dalam urusan urusniaga,
kerja. memproses pecah sempadan, pecah bahagian, penyatuan,
kesulitan juga wujud dalam punggutan cukai tahunan dan lain-lain urusan
yang melibatkan dokumen hakmilk tersebut. Oleh itu keselamatan dan
pemeliharaan dokumen hakmilik amatiah penting dan perlu diberi
perhatian seperti mana yang ditegaskan di bawah seksyen 375 (1) KTN.
jefe daneatupo Spr e Seatnapogan
KATEGORI, SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN
4.0 PENDAHULUAN
Bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengawal supaya
tanah yang diberimilik tidak disalahgunakan untuk tujuan selain daripada
maksud asal tanah tersebut diberimilik, Kanun Tanah Negara (KTN) yang
merupakan undang-undang tanah utama di Semenanjung Malaysia telah
menyediakan beberapa peruntukan bagi pengenaan syarat tertentu dan
batasan kegunaan sesuatu tanah di mana tanah yang diborimilik akan
tertakluk kepada:
i) suatu Kategori Kegunaan (jika dikenakan);
il) _apa-apa Syarat Nyata (jika dikenakan);
ili) Syarat Tetap (syarat tersirat);
iv) Sekatan Kepentingan (jika dikenakan)
2.0 KATEGORI TANAH (JENIS PENGGUNAAN TANAH)
24
Bagi maksud menentukan kategori kegunaan tanah, tanah-tanah milik
dibahagikan kepada 3 kumpulan:
i) Tanah yang diluluskan dan diberimilik di bawah Kanun Tanah
Negara (KTN);
ii) Tanah yang diluluskan dan diberimilik di bawah Undang-Undang
sebelum KTN; dan
iii) Tanah yang diluluskan pemberimiikan di bawah Undang-Undang
sebelum KTN, tetapi diberimilik di bawah KTN.
Tanah Yang Diluluskan Dan Diberimilik Di Bawah KTN (Seksyen 52)
2.1.1. Mana-mana tanah yang diluluskan pemberimilikan dan didaftarkan
hakmilik di bawah KTN akan dikenakan salah satu daripada 3
kategori kegunaan iaitu:
1 hogan Prgrse don Praag Teh
si22
2.1.2
2.1.
we
2414
ter Seat ton Sate Kepeingn
i) Pertanian;
ii) Bangunan; dan
ili) Perusahaan (Perindustrian)
Kategori kegunaan tanah ditentukan oleh PBN melalui:
i) Pewartaan yang menentukan kategori kegunaan tanah bagi
sesuatu kawasan dalam negeri tersebut; atau
ji) _Ditentukan semasa meluluskan pemberimilikan tanah
Kategori kegunaan tanah hendaklah di catitkan di dalam dokumen
hakmilik
Setiap kategori kegunaan adalah tertakluk kepada Syarat Tetap
berikut:
i) Pertanian (seksyen 115 KTN);
ii) Bangunan (seksyen 116 KTN);
i) Perusahaan (seksyen 117 KTN).
Setiap kategori kegunaan tanah boleh dikecualikan sekiranya
pengawalan kegunaannya boleh dilakukan melalui Syarat Nyata.
Tanah Yang Diluluskan Dan Diberimiik Di Bawah Undang-Undang
‘Sebelum KTN (seksyen 53).
2.2.4
Mana-mana tanah yang diberimilik sebelum KTN berkuatkuasa
yang tidak ada Kategori Kegunaan kerana Undang-Undang
terdahulu tiada peruntukan bagi pengenaan Kategori Kegunaan
tanah, tetapi tidak termasuk tanah yang apabila KTN mula
berkuatkuasa ianya tertakluk kepada apa-apa Syarat Nyata yang
menghendaki ianya digunakan bagi tujuan tertentu.
2 obi Png Persea och
cy23
ety para dan Seat gentgen
2.2.2 Mulai daripada kuatkuasa KTN (1 .1.1966), kegunaan tanah-tanah
ini adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Tetap sebagaimana
berikut:
i) Tanah yang tidak mengadungi apa-apa Syarat Nyata di
dalam dokumen hakmiliknya, dan pada tarikh berkuatkuasa
KTN tanah tersebut adalah tanah desa tanpa mengira jenis
hakmiliknya atau tanah bandar atau pekan yang di pegang
di bawah hakmilik Pejabat Tanah hendaklah digunakan
bagi maksud Pertanian sahaja.
ii) Tanah yang tidak mengandungi apa-apa Syarat Nyata di
dalam dokumen hakmiliknya, dan pada tarikh kuatkuasa
KTN tanah tersebut adalah tanah bandar atau pekan yang
dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar tidak boleh
digunakan bagi maksud Pertanian atau Perusahaan.
2.2.3 Tanah bandar, pekan atau desa yang telah ada syarat
kegunaannya, maka syarat tersebut hendaklah terus berkuatkuasa.
Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Di Bawah Undang-Undang
Sebelum KTN Tetapi Diberimilik Di Bawah KTN (seksyen 55 KTN)
2.34 Tanah yang diluluskan pemberimilikannya sebelum KTN
berkuatkuasa tetapi hakmilik belum di daftarkan apabila didaftarkan
atau ianya diduduki secara sah sementara menunggu hakmilik
didaftarkan hendaklah apabila KTN berkuatkuasa:-
i) Tanah yang tidak dikenakan apa-apa Syarat Nyata semasa
janya diluluskan dan pada tarikh berkuatkuasanya KTN
tanah tersebut adalah tanah desa tanpa mengira jenis
3 ota argued Parma Tan
mst24
twa Sra eaten Lge
hakmilik hendaklah digunakan bagi maksud Pertanian
sahaja.
ii) Tanah yang tidak dikenakan apa-apa Syarat Nyata semasa
janya diluluskan dan pada tarikh berkuatkuasanya KTN
tanah tersebut adalah tanah bandar atau pekan tanpa
mengira jenis hakmiik hendaklah digunakan bagi maksud
bangunan sahaja.
2.3.2 Tanah bandar, pekan atau desa yang semasa diluluskan
pemberimilikannya telah ada syarat kegunaannya, maka syarat
tersebut henadaklah terus berkuatkuasa.
Pengenaan Jenis Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberimilik Sebelum
KTN Berkuatkuasa (seksyen 54 KTN)
2.4.1 Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mewartakan kawasan tertentu
di dalam negeri dengan menyatakan tarikh berkuatkuasanya (tidak
Kurang dari 1 tahun dari tarikh pewartaan) dan pada tarikh
berkuatkuasanya:-
i) Tanah yang diberimilik sebelum berkuatkuasa_ KTN
hendaklah didaftarkan:
a) —_Jenis Kegunaan pertanian bagi semua tanah desa
tanpa mengira jenis hakmilik dan tanah bandar atau
pekan di bawah hakmilik Pejabat Tanah.
b) — Jenis kegunaan bangunan bagi tanah bandar atau
peken yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat
Pendaftar.
4 Potion Pngrsnden Prune Tah
im242
24.3
24.4
2.4.5
Tote Sereda eat Kprtiogn
) Jenis kegunaan yang sesuai dengan Syarat Nyata
tanah tersebut sekiranya tanah itu telah dikenakan
Syarat Nyata yang menghendaki ianya digunakan
untuk tujuan tertentu.
Apabila sesuatu tanah telah dikenakan sesuatu jenis kegunaan
tanah tersebut juga tertakluk kepada:
i) apa-apa Syarat Nyata yang dikenakan oleh PBN di bawah
seksyen 123; dan
ii) apa-apa Syarat Tetap sebagaimana seksyen 115 KTN
(Pertanian), 116 KTN (Bangunan) atau 117 KTN
(Perusahaan)
Semua syarat yang mana tanah tersebut sebelumnya tertakluk
adalah terbatal kecuali syarat berhubung dengan tanda batu
sempadan.
Pewartaan ini tidak menjejaskan tanah yang telah dikenakan Jenis
Kegunaan melalui permohonan oleh tuan punya di bawah seksyen
424 KTN (meminda kegunaan, syarat nyata, sekatan kepentingan
ally
PBN boleh di dalam mana-mana pemberitahuan mengecualikan
tanah-tanah di dalam kawasan yang diwartakan itu daripada
Pengenaan Jenis Kegunaan Tanah.
5 Baoan PrgrsendanPeredgen ait
‘SK3.0
34
3.2
stg Sort dn Selatan apni
SYARAT NYATA (EXPRESS CONDITION)
Syarat Nyala ialah suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan
dinyatakan di dalam hakmilik ke atas sesuatu tanah yang diberimilik bagi
maksud mengawal penggunaannya.
Contoh:-
2.5 “Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi maksud
sebuah rumah kediaman sahaja”
2.6 “Bangunan yang didirikan di atas tanah ini hendaklah digunakan
untuk kediaman sahaje
2.7 “Tanah yang diberimilik ini tidak boleh ditanam dengan, atau
dibiarkan tumbuh pokok-pokok getah”
Di Bawah Peruntukan Seksyen 10 KTN;
3.2.1 PBN mempunyai kuasa untuk mengenakan Syarat Nyata yang
3.2.
3.2.
Fr
&
bersesuaian dengan undang-undang ke atas mana-mana tanah
yang diberimilik. Syarat Nyata yang bertentangan dengan undang-
undang tidak boleh dikenakan, seperti:
“Tanah yang diberimilik ini hendaklah ditanam dengan pokok ganja
sahaja”
Penentuan untuk mengenakan Syarat Nyata hanya boleh dibuat
semasa meluluskan pemberimilikan dan bukan selepasnya.
Setiap Syarat Nyata yang dikenakan hendaklah dinyatakan/ditulis
di dalam dokumen hakmilik.
6 agin Pagers dn Prenga Tash
TN3.3
3.4
3.5
3.6
4.0
41
{tor Sart don Selatan epertgen
3.2.4 Tiada sebarang Syarat Nyata boleh dikenakan yang tidak selari
dengan Syarat tetap peruntukan seksyen 114 KTN (Tanda batu
sempadan)
‘Semua tanah tanpa mengira bila ianya diberimilik adalah tertakluk kepada
apa-apa Syarat Nyata yang tercatat di dalam dokumen hakmiliknya.
Catatan jenis tanaman seperti "Padi", “Getah’, “Dusun” dan sebagainya
adalah disifatkan sebagai suatu Syarat Nyata (Pekeliling KPTG Bil. 4/77)
Syarat Nyata boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan_ atas
permohonan oleh tuanpunya tanah di bawah seksyen 124 dan 127 KTN.
Pelanggaran Syarat Nyata boleh mengakibatkan tanah dilucuthak.
SYARAT TETAP (IMPLIED CONDITION)
Syarat Tetap seperti juga Syarat Nyata adalah merupakan arahan atau
larangan tentang penggunaan tanah. Perbezaannya Syarat Tetap:
i) Tidak ditulis di dalam dokumen hakmilik tetapin hanya tercatat di
dalam undang-undang (KTN) sahaja;
ii) Bukan ditentukan atau dikenakan oleh PBN tetapi merupakan
suatu kehendak undang-undang; :
ili) Tidak boleh diubah atau dimansuh melainkan dengan meminda
undang-undang.
7 {ehgan Pega da PerurdogenTch
ST4.2
43
{ste Sar fn Slte Rope
Syarat Tetap Mengenai Batu Sempadan seksyen 114 KTN
ii)
Tuanpunya tanah akan mengambil setiap langkah yang perlu bagi
menghalang ianya daripada rosak, musnah atau dialihkan secara
yang tidak sah;
Tuanpunya tanah akan mengemukakan notis kepada Pontadbir
Tanah atau Penghulu dimana tanah tersebut terletak sekiranya
mana-mana batu sempadannya rosak, musnah atau dialihkan
secara yang tidak sah;
Tuanpunya tanah akan membayar kepada Pentadbir Tanah jika
dikehendaki, kos membaiki atau menggantikan mana-mana batu
ssempadan sekiranya rosak, musnah atau dialihkan secara tidak
sah; dan
Tuanpunya tanah akan atas kehendak Pentadbir Tanah
membersihkan mana-mana aris sempadannya dengan
perbelanjaan sendir.
Syarat Tetap Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Kategori “Pertanian”
Seksyen 115 KTN
4.3.1. Tidak boleh didirikan apa-apa bangunan di atasnya selain daripada
sebuah bangunan atau bangunan-bangunan untuk digunakan bagi
maksud;
i) sebuah rumah kediaman untuk tuantanah atau orang lain
yang menduduki tanah itu secara sah atau untuk orang gaji
atau mana-mana yang diambil berkhidmat untuk maksud
pertanian oleh tuantanah atau mana-mana orang lain yang
sedemikian. Keluasan maksima kawasan bagi rumah
kediaman untuk tuantanah atau mana-mana orang yang
8 Sehagn Pegs dan Perlngan tah
ASTIN43.2
4.3.3
434
4.35
Agu Saat do Sebtnkgeigan
mendudukinya secara sah ialah tidak lebih daripada 1/5
keluasan tanah atau 2 hektar yang mana lebih kecil
ii) pertanian;
ili) mengetuar atau memproses bahan mentah daripada hasil
pertanian tanah berkenaan
iv) menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan atau hasil
pertanian, atau apa-apa hasil madu lebah, temakan darat
atau air yang dipelinara di tanah berkenaan;
v) — menyediakan kemudahan —_pendidikan, —_perubatan,
kebersihan atau laintain kemudahan kebajikan, termasuk
(terutamanya untuk kegunaan orang yang diambil bekerja
atas tanah tersebut) kemudahan membeli barangan dan
komoditi;
vi) yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri;
vil) yang PBN fikir patut dibenarkan;
vill) perkara-perkara yang bersampingan kepada mana-mana
maksud di atas.
Hendaklah mula menanam secara jujur dalam tempoh 12 bulan
daripada tarikh tanah tersebut menjadi tertakluk kepada kategori
kegunaan.
Seluruh kawasan hendaklah ditanam sepenuhnya dalam tempoh 3
tahun kecuali bahagian yang digunakan bagi maksud 3.1
Kawasan di para 3.3 di atas hendaklah dijaga dan ditanam
mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna.
Kawasan berkenaan hendakiah di tanam secara berterusan (syarat
ini dianggap telah ipatuhi_jika tempoh dimana tidak
keseluruhannya ditanam tidak melebihi 12 bulan)
9 eon Perri dan Parunegan ash
TST44
45
ota Seat Satakegctinga
Syarat Tetap Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Kategori “Pertanian”
Seksyen 116 KTN.
4.4.1 Melainkan sebuah bangunan yang telah sedia ada, hendaklah di
dalam tempoh 2 tahun didirikan sebuah bangunan yang sesuai
digunakan bagi maksud:
i)
ii)
ii)
iv)
y)
vi)
vii)
vil)
44,
iy
kediaman;
pentadbiran atau periagaan atau _pengangkutan
penumpang;
pameran, jualan secara_runcit, ~membaiki atau
mengurusniaga apa-apa barangan atau komoditi, atau
memberi apa-apa perkhidmatan;
menyediakan kemudahan —_pendidikan, —_perubatan,
kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan;
hiburan, makan minum dan rekreasi;
yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri;
yang difikirkan patut dibenarkan;
perkara-perkara yang bersampingan kepada mana-mana
maksud di atas.
Tidak boleh digunakan bagi maksud Pertanian atau Perusahaan
4.4.3 Setiap bangunan di atasnya tanpa mengira bila ianya didirikan
hendaklah dijaga baiki.
4.4.4 Bangunan tidak boleh dimusnah, diubah atau ditambah tanpa
kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Syarat Tetap Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Kategori “Perusahaan”
Seksyen 117 KTN
éagas gn dt Pde lash
10 _ ‘STL7
a
45.2
4.5.3
4.5.4
ety. Syren eatanKpetng
Hendaktah digunakan bagi maksud perusahaan sahaja iaitu bagi
maksud mendirikan dan menyenggara kilang, bengkel, ‘foundries’,
gudang, limbungan, jeti, keretapi atau lain-lain bangunan atau
pemasangan untuk digunakan bagi atau berhubung dengan
maksud:
i) pengilangan
ji) peleburan;
iil) pengeluaran dan pengedaran tenaga;
iv) pemasangan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran
atau pengedaran barangan atau komoditi;
v) yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri.
Perusahaan hendaklah mula beroperasi dalam tempoh 3 tahun dan
setiap bangunan dan pemasangan di atas tanah hendaklah dijaga
baiki.
Bangunan atau pemasangan tidak boleh dimusnah, diubah atau di
tambah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang
berkenaan.
Boleh menyenggara atau membina apa-apa bangunan yang
digunakan atau akan digunakan untuk:
i) penyediaan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan
atau laintain kemudahan kebajikan bagi tuantanah atau
orang yang menduduki secara sah, atau orang suruhan atau
orang yang diambil bekerja untuk maksud perusahaan oleh
tuan tanah atau mana-mana orang lain yang sedemikian;
ii) apa-apa maksud yang PBN fikirkan sesuai.
eben dn Prensa anak
4 Fg nem k5.0
5.1
52
5.3
ogo Syren Kpeingan
SEKATAN KEPENTINGAN
Sekatan Kepentingan merupakan batasan atau sekatan ke atas hak-hak
tuan tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut.
Contoh:
“Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindahmilik, digadai, atau
dipajakkan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada PBN”
Menurut peruntukan seksyen 120 KTN:
5.2.1. PBN mempunyai kuasa untuk mengenakan Sekatan Kepentingan
yang selaras dengan undang-undang sebagaimana yang difikirkan
sesuai ke atas mana-mana tanah yang diberimilik olehnya.
5.2.2 Penentuan pengenaannya hanya boleh dibuat semasa meluluskan
pemberimilikan, bukan selepasnya.
5.2.3 Sekatan Kepentingan hendaklah dicatatkan di dalam dokumen
hakmilik.
5.2.4 Sekatan Kepentingan yang bertentangan dengan undang-undang
tidak boleh dikenakan, seperti:
“Tanah yang diberimilik idak boleh dipindahmilik kepada orang-
orang perempuan”
Tanah yang diberimilik adalah tertakluk kepada sekatan kepentingan yang
tercatat di dalam dokumen hakmilik tanpa mengira bila ianya diberimilik
Berens dead
12 NSU54
6.0
Teta Suet dan eaten Kpngsn
Sekatan kepentingan boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan atas
permohonan tuan tanah di bawah seksyen 124 KTN.
PENUTUP
Kanun Tanah Negara (KTN) telah menyediakan makanisma yang
secukupnya bagi membolehkan PBN mengawal tanah-tanah yang telah
diberimilik supaya ianya diguna, diusaha dan bangunkan sejajar dengan
tujuan ianya diberimilik. Selain daripada itu KTN juga telah menyediakan
peruntukan-peruntukan bangi tindakan penguatkuasaan di bawah
seksyen 127, 128, 129 dan 130 sekiranya berlaku pelanggaran syarat-
syarat yang telah dikenakan.
Ina Pengns Pog Th
a Ws