Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN LAPORAN PROJEK

1.0 PENGENALAN

Penggunaan media pengajaran dalam bidang pendidikan pada masa kini dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menggalakkan murid untuk minat akan sesuatu
mata pelajaran yang diajarkan di sekolah. Guru perlu menjadi mangkin kepada penggunaan
media yang menggunakan elemen teknologi agar dapat dijadikan contoh kepada guru-guru lain
agar turut menggunakan sesuatu medium untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Untuk subjek
inovasi digital ini, kami telah diminta untuk menghasilkan inovasi digital bagi opsyen major atau
yang boleh membantu dalam memudahkan urusan pentadbiran di IPG kami. Saya telah
menghasilkan aplikasi EXE untuk topik peralatan memasak bagi mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) bagi tahun 5.

2.0 PRODUK INOVASI DIGITAL

Rajah di atas menunjukkan paparan utama aplikasi EXE peralatan memasak yang telah
dihasilkan. Inovasi digital ini dijual dengan harga RM4.00 bagi setiap satu set yang dijual.
3.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Sebelum saya melaksanakan projek inovasi digital ini, saya bersama-sama rakan yang lain
mengadakan sumbangsaran bagi mengumpulkan idea di samping membantu satu sama lain bagi
menjana idea mendapatkannya bagi menghasilkan inovasi digital bagi masing-masing. Setelah
sumbangsaran idea selesai dijalankan, kami disemak pula oleh pensyarah kami iaitu Dr. Ngau
Chai Hong bagi melihat keberkesanan idea inovasi digital yang ingin dilaksanakan. Pensyarah
kami membantu dari segi penyumbangan idea dan proses pembetulan, meningkatkan
keberkesanan inovasi di samping membetulkan apa-apa maklumat yang kurang dan salah pada
idea inovasi digital kami. Pensyarah kami amat membantu dalam penyumbangan idea bagi saya
sendiri serta rakan-rakan yang lain.

Setelah mendapatkan idea yang diperlukan untuk menghasilkan inovasi digital ini, saya terus
mencari maklumat-maklumat yang diperlukan di samping mencari ilham untuk menggunakan
aplikasi atau platform yang sesuai bagi meletakkan inovasi digital ini. Saya juga kerap
bertanyakan rakan-rakan yang arif mengenai platform dan aplikasi yang bersesuaian dengan idea
yang dikemukakan bagi melaksanakan inovasi digital ini. Tanpa sokongan dan bantuan daripada
pensyarah dan rakan-rakan lain, saya tidak mampu untuk menyiapkan inovasi digital ini.

Saya telah memilih mata pelajaran RBT bagi tajuk sains rumah tangga bagi tahun 5. Subtopik
yang dipilih adalah sanitasi makanan dan alatan memasak yang terdapat dalam topik tersebut.
Saya juga merujuk kepada dokumen standard kurikulum pengajaran (DSKP) bagi menghasilkan
inovasi digital bagi mengelakkan daripada terdapat percanggahan maklumat dengan DSKP yang
sedia ada digunakan. Kemudian saya memilih platform EXE bagi meletakkan inovasi digital ini.
Hal ini kerana aplikasi ini lebih mudah untuk digunakan berbanding aplikasi lain. Kos yang
digunakan untuk menghasilkan aplikasi ini adalah RM4.00. ianya digunakan pada pembelian
cakera padat dan promosi menggunakan media sosial. Kadar keuntungan yang diambil pula
adalah sedikit kerana ianya adalah proses percubaan dalam menghasilkan aplikasi.

4.0 PENILAIAN PRODUK INOVASI DIGITAL

Penilaian yang dilakukan kepada inovasi digital yang dihasilkan adalah baik berdasarkan kepada
soal selidik yang dihasilkan. Saya menggunakan soal selidik Google Form yang mana ianya tidak
dikenakan sebarang caj atau bayaran bagi menggunakannya. Maklum balas yang diperolhi juga
mengatakan bahawa aplikasi yang saya hasilkan ini perlu lebih banyak diperbaiki dan
ditingkatkan isi kandungannya bagi menarik minat murid bagi menggunakannya pada masa akan
datang. Seterusnya, ada juga maklum balas yang mengatakan bahawa paparan digunakan
terlalu ringkas yang mungkin menyebabkan murid akan cepat berasa bosan untuk
menggunakannya.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugasan projek inovasi yang perlu dihasilkan ini akan dapat membantu guru
unutk menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila telah mengajar
kelak. Dengan penghasilan inovasi digital ini diharapkan dapat membantu guru dalam
menghasilkan inovasi kepada pengajaran yang diimplementasikan.
6.0 LAMPIRAN