Anda di halaman 1dari 23

Bab 7: Etika Agama Buddha

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

 Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan agama Buddha;


 Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain;
 Memahami perspektif etika agama Buddha dalam kehidupan seharian kita;
dan
 Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak
beretika.

7.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan agama Buddha dan menjejak asal-usul perkembangannya serta
peranannya dalam membentuk nilai etika masyarakat. Anda akan mempelajari bagaimana
agama Buddha telah berkembang sehingga menjadi antara agama terbesar di dunia serta
sumbangannya kepada etika yang baik.

Berikut merupakan beberapa fakta umum mengenai agama Buddha:


 Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha
sebagai salah satu interpretasi agama Hindu
 Ia menolak sistem Veda serta sistem kasta dan mempertengahkan kebebasan
berdasarkan usaha individu
 Mengajar “jalan pertengahan” iaitu kesederhanaan dari aspek keduniaan dan
pertapaan ekstrem,
 Memperkenalkan kepentingan berdakwah. Agama Hindu tidak mengandungi aspek
ini dan agama Buddha turut memperkenalkan falsafah baru yang tersebar ke China,
Japan, Korea dan Asia Tenggara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
 Asoka, Maharaja India, telah memeluk agama Buddha pada tahun 297SM dan agama
Buddha telah berkembang dengan pesatnya selepas ini. Usaha Asoka dalam
menyebarkan agama Buddha telah menyelamatkan agama ini daripada kepupusan
kerana agama ini tidak wujud lagi di India beberapa kurun kemudian.

Agama ini kini dianggap seperti sebuah agama dan falsafah.


7.2 Siapakah Buddha?

Perkembangan agama

Buddha

Rajah 7.1: Perkembangan agama Buddha di Asia

Rajah 7.2: Maharaja Asoka amat berpengaruh dalam perkembangan agama Buddha di Asia

Asal-usul agama Buddha penuh dengan mitos dan lagenda. Ia bermula dengan:

 Asal-usul lagenda; dan


 Ke arah kesedaran.

(a) Asal-Usul Lagenda


Kisah ini bermula dengan seorang putera muda yang bernama Siddharta, anak kepada seorang
Raja Kshatriya (bermaksud “satria”) yang bernama Suddhodana dan isterinya Maya, yang
berasal daripada suku kaum Gautama. Menurut penilik nasib, si putera ini akan menjadi raja
agung yang memerintah dunia sekiranya dia tidak didedahkan kepada sebarang penderitaan
manusia atau seorang Buddha yang akan menjadi seorang guru agama.

Gautama telah dikelilingi oleh perkara-perkara yang cantik dan baru ketika membesar. Beliau
mempelajari kesenian, pertempuran dan falsafah, iaitu perkara-perkara yang biasa dipelajari
oleh seorang putera. Apabila beliau berumur 19 tahun, beliau mengahwini sepupunya dan
mereka dikurniakan dengan seorang putera yang bernama Rahula. Apabila Gautama
mencecah umur 30 tahun, beliau semakin menyedari kebenaran tentang dunia di sebalik
dinding istananya. Dikatakan bahawa para dewa-dewi telah membuka matanya kepada dunia
ilusi yang mengelilinginya. Beliau mula menyedari berbagai perkara yang disembunyikan
daripadanya oleh bapanya:

 Seorang individu yang uzur dan berkedut kulitnya


 Seorang lelaki yang menghidapi penyakit tenat
 Bangkai yang sedang reput
 Seorang sami yang kelihatan tenteram kerana telah meninggalkan dunia fizikal untuk
mencari kehidupan yang bebas daripada penderitaan.

Dengan itu, Gautama mendapati bahawa beliau tidak lagi dapat hidup dalam ilusi yang direka
oleh bapanya ini dan meninggalkan keluarganya serta kehidupannya sebagai seorang putera
untuk memperoleh kesedaran yang sebenar.

(b) Ke Arah Kesedaran


Gautama telah berusaha untuk memperoleh kesedaran melalui cara-cara berikut:
i. Menjadi perantis seorang guru tetapi tidak mendapat jawapan yang memuaskan kepada
persoalannya.

ii. Menyertai lima orang sami lain dan menjalankan pertapaan yang ekstrem yang berlarutan
selama 6 tahun seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 7.3. Pada waktu ini, Gautama telah
melakukan perkara-perkara berikut:
 Berpuasa sehingga hanya menjamah sebutir nasi sehari
 Memakai pakaian yang kurang selesa dan merengsa kulitnya
 Duduk dalam posisi yang menyakitkan buat berjam lamanya
 Duduk di atas duri
 Tidur di kalangan mayat di tanah perkuburan
iii. Selepas hampir mati lemas, Gautama menyedari yang walaupun beliau telah bertapa buat
6 tahun, beliau masih tidak dapat mencapai matlamatnya dan oleh itu, beliau telah membuka
puasanya
Rajah 7.3: Gautama dalam perjalanannya mencari kesedaran

iv. Selepas membuka puasa buat kali pertama dalam 6 tahun, beliau telah duduk anda
sebatang kayu ara dan belajar untuk bertakafur. Dengan itu, beliau mendapati bahawa
manusia ditakdirkan untuk menjalani perkitaran kehidupan dan kematian.

v. Beliau mendapati bahawa manusia terikat kepada perktitaran ini kerana kewujudan tanha
(iaitu nafsu). Nafsu ini membawa kepada kewujudan karma dan dengan itu mewujudkan
penderitaan seperti yang dapat dilihat pada Rajah 7.4. Boleh dikatakan bahawa Gautama
hanya dapat mengecapi kesedaran selepas beliau berhenti mencarinya.

Mengapakah
manusia
menderita?

Kematian Kelahiran

Manusia menderita kerana terikat


kepada perkitaran Kelahiran dan
melalui nafsu mereka.
vi. Gautama kemudian mencari sahabat-sahabatnya di Banaras dan memberi ceramahnya
yang pertama. Beliau memberitahu mereka bahawa cara untuk memperoleh kesedaran
bukanlah melalui nikmat duniawi (sepertimana yang dikecapinya apabila beliau seorang
putera) atau melalui penafian yang ekstrem (iaitu pertapaannya) tetapi laluan tengah yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.5. Kelima-lima sahabatnya menerima hakikat ini dan menjadi
Sangha (sami Buddha) pertama.

Kepuasan Jalan Pertengahan Penafian kepuasan

Rajah 7.5: Jalan Pertengahan mengikut Buddha

vii. Gautama menjadi Buddha pada umur 35 tahun dan menghabiskan seluruh hayatnya
mengajar para pengikutnya yang terdiri daripada berbagai kasta dan gender. Wanita
dibenarkan untuk memperkenalkan kumpulan biara sendiri. Pengikut Gautama dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan utama: para sami atau pengikutnya yang serius dan
pengikut agama Buddha yang hanya mematuhi garis panduan agama Buddha yang terasas
sahaja.

Dengan ini, anda telah mempelajari asal-usul agama Buddha. Dalam bahagian yang
seterusnya, anda akan mempelajari mengenai ajaran Buddha.

(a) Siapakah Siddharta Gautama?


(b) Terangkan maksud konsep Jalan Pertengahan.

Layari laman-laman web berikut untuk mempelajari mengenai sejarah agama


Buddha:
http://www.buddha101.com
www.aboutbuddhism.org
7.3 Ajaran Buddha

Agama Buddha merupakan panduan kepada penemuan rohani. Gautama menyedari bahawa
kematian, kereputan dan penderitaan wujud di sisi kebahagiaan dan kepuasan. Beliau turut
menyedari bahawa nilai-nilai ini bersifat sementara sahaja.

Selaras dengan latar belakang etnik Indianya, Gautama tidak mempercayai bahawa kematian
bukan pengakhiran kepada penderitaan. Menurut tradisi keagamaan India, roh setiap manusia
akan berpindah ke jasad baru selepas kematian.

Perkitaran kehidupan, kematian dan kehidupan semula tidak akan berakhir. Siddharta
berusaha untuk mencari jalan untuk keluar daripada perkitaran ini.

Buddha mendapati nafsu manusia membawa kepada kewujudan penderitaan. Oleh itu,
penyelesaian yang didapati oleh beliau adalah untuk menghapuskan nafsu melalui “pemikiran
dan tindakan yang betul”. Perkara ini dapat dilakukan dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis
Mulia, iaitu lapan peringkat kod etika. Jalan Lapan Lapis Mulia akan dibincangkan pada
bahagian seterusnya.

Kebenaran mengenai agama Buddha dikenali sebagai Dharma. Agama ini juga dikenali
sebagai Buddhadharma di Asia atau ”Jalan Pertengahan”.

Buddha menyarankan supaya sesiapa yang bermatlamat untuk mematuhi Dharma menjauhi
kelakuan yang ekstrem, misalnya penafian yang sepenuhnya atau sebaliknya terlalu terikat
dengan perkara duniawi. Menurutnya, ”Jauhi kedua-dua ekstrem ini: ikatan kepada kepuasan
yang dirasai oleh pancaindera, kerana ianya tidak murni, dan ikatan kepada penghinaan diri,
kerana ia menyakitkan. Kedua-dua perkara ini tidak mendatangkan sebarang manfaat.”

Buddha menerima hampir semua ajaran agama Hindu tetapi beliau juga menyarankan supaya
manusia berusaha sendiri untuk mencari kesedaran dan bukan hanya bergantung kepada
dewa-dewi.

Ajaran Buddha juga unik kerana menurutnya, manusia tidak memiliki jiwa atau roh.
Menurutnya, manusia hidup dalam keadaan anatman (iaitu dengan ketiadaan jiwa). Jiwa
sebenarnya terdiri daripada lima agregat mental atau fizikal, iaitu:
 Jasad fizikal
 Perasaan
 Kefahaman
 Azam
 Kesedaran
Personaliti manusia terdiri daripada aspek-aspek ini dan akan terikat kepada perkitaran
kehidupan, kematian dan kelahiran semula. Ini menyebabkan manusia menderita kerana ia
mewujudkan berbagai nafsu yang tidak mungkin dapat dipenuhi.
Dengan mematuhi setiap peringkat Jalan Lapan Lapis Mulia, seseorang itu akan dapat
mencapai Nirvana dan dengan itu akan dapat melepskan diri daripada ikatan ini.

Penganut Buddha menakrifkan Nirvana demikian:

Nirvana tidak merujuk kepada konsep syurga sepertimana ia difahami oleh agama Islam dan
Kristian. Menurut bahasa Sanskrit, iaitu sejenis bahasa purba dari India, Nirvana bermaksud
”menghembus” (dalam ertikata menghembus lilin). Kebencian, ketamakan dan khayalan
dihembus keluar dari diri. Nirvana juga merujuk kepada kehilangan “ego” atau “diri”, yang
seterusnya menamatkan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh manusia apabila
berhijrah dari satu kehidupan ke kehidupan yang seterusnya.

Istilah “Nirvana” juga membawa maksud “pengembangan tanpa batasan” yang mungkin
dapat digambarkan sebagai bersatu dengan alam semesta.

Siddharta telah mencapai Nirvana apabila beliau menjadi Buddha. Sama seperti agama lain,
agama Buddha turut mementingkan kebajikan manusia serta makhluk hidup yang lain.
Dengan berusaha untuk mencapai Nirvana, penganut agama Buddha perlu:

 Mengelak daripada membunuh sebarang makhluk


 Tidak menipu atau mencuri
 Melayan insan lain dengan baik. Menurut Buddha, ”Kebencian tidak akan dapat
menamatkan kebencian. Kebencian dapat ditamatkan dengan cinta”.
 Hukum Moral Karma: Setiap tindakan (sama ada melalui badan, pertuturan atau
pemikiran) akan mewujudkan akibat berkarma.

Rajah 7.7 menunjukkan rumusan ajaran Buddha.

Rajah 7.7: Ajaran Buddha

Ajaran Buddha

Jalan Kesedaran Manusia Mencapai Karma


Pertengahan Kita patut Anatman Nirvana Setiap
Menjauhi berusaha memiliki Nirvana
tindakan untuk jiwa, badan dapat dicapai tindakan
yang mencapai fizikal, menghapus- kita, sama
ekstrem baik kesedaran perasaan, kan ego dan ada baik atau
dari segi dengan kefahaman bersatu
kepuasan sendiri dan dan dengan alam buruk, akan
atau bukan kepekaan. semesta. menghasil-
penderitaan. setakat kan akibat
memintanya
dari Tuhan berkarma.
Ajaran Buddha menyarankan supaya manusia berusaha sendiri untuk melepaskan diri
daripada penderitaan dan mencapai Nirvana dengan mematuhi kod etika yang tinggi. Laluan
ke arah Nirvana telah digariskan oleh Buddha dalam Jalan Lapan Lapis Mulia yang akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

(a) Menurut Buddha, apakah yang menyebabkan penderitaan?


(b) Jelaskan Hukum Karma.

Antara ajaran terpenting Buddha adalah bahawa “Kebencian ditamatkan


dengan Cinta.” Adakah anda bersetuju dengan prinsip ini? Mengapa? Adakah
terdapat persamaan antara prinsip ini dan ajaran agama lain yang telah anda
pelajari?
Layari laman-laman web berikut untuk pengetahuan lanjut.
www.teachingsofthebuddha.com
www.fundamentalbuddhism.com

7.4 Lima Perintah, Empat Kebenaran Murni dan Jalan Lapan


Lapis Mulia

Untuk memahami agama ini dan ajarannya dengan lebih lanjut, kita perlu memahami konsep
konsep berikut.
 Lima Perintah atau Rukun
 Empat Kebenaran Murni
 Jalan Lapan Lapis Mulia

7.4.1 Lima Perintah


Agama Buddha juga mengamalkan rukun, sama seperti agama Kristian. Rukun-rukun ini
dipatuhi oleh mazhab monastik dan juga penganut Buddha biasa, seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 7.8.

Rajah 7.8: Lima Perintah atau Lima Hukum Agama Buddha


Mengelak daripada membunuh makhluk lain

Mengelak daripada mengambil apa yang tidak diberi

Mengelak daripada kesalahan seksual

Mengelak daripada pertuturan yang palsu

Mengelak daripada perkara yang memabukkan atau


mengkhayalkan

7.4.2 Empat Kebenaran Mulia


Buddha telah menemui empat kebenaran mulia dan keempat-empat prinsip ini dipatuhi oleh
semua penganut Buddha. Empat kebenaran ini ialah:

(a) Penderitaan terdiri daripada penyakit, usia yang tua, pemisahan dari orang yang tercinta,
menginginkan apa yang kita tidak dapat dicapai dan membenci sesuatu yang tidak dapat
dielakkan.
(b) Setiap penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha untuk memenuhi nafsu kita.
(c) Oleh hal yang demikian, penderitaan dapat diatas dengan menamatkan nafsu.
(d) Cara terbaik untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis Mulia
sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 7.9. Jalan Lapan Lapis Mulia dilambangkan oleh
roda berjejari lapan atau roda Dharma.

Rajah 7.9: Lambang Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu Roda Dharma
Kebenaran mulia yang terakhir adalah Jalan Lapan Lapis Mulia, manakala faktor pertama
dalam memahami Jalan Lapan Lapis Mulia ialah memahami Empat Kebenaran Mulia seperti
yang ditunjukkan oleh Rajah 7.10.
Rajah 7.10: Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Lapan Lapis Mulia

Jalan Lapan Lapis


Mulia terdiri daripada
Kebenaran Mulia pandangan yang
Kebenaran Mulia benar, niat yang
Pertama:
Kedua: Kebenaran Mulia Kebenaran Mulia
Penderitaan manusia Ketiga: Keempat:
benar, pertuturan
Semua penderitaan yang benar, tindakan
(misalnya penyakit,
disebabkan oleh nafsu Penderitaan boleh Nafsu boleh ditamatkan yang benar, rezeki
penuaan, kematian,
kita dan usaha kita ditamatkan dengan dengan mematuhi Jalan
perpisahan daripada
untuk memenuhi nafsu menamatkan nafsu Lapan Lapis
yang benar, usaha
orang yang tersayang) yang benar, kepekaan
ini
tidak dapat dielakkan yang benar dan
konsentrasi yang
benar.

7.4.3 Jalan Lapan Lapis Mulia

Dalam setiap unsur dalam Jalan Lapan Lapis Mulia, istilah ”benar” dialihbahasa daripada
perkataan bahasa Sanskrit ”samyanc” yang bermaksud:
 Penyelesaian
 Perpaduan
 Kesepaduan
 Kesempurnaan
Jalan Lapan Lapis Mulia adalah amalan yang akan membawa penganutnya ke arah kesedaran
diri, kebebasan dan akhirnya Nirvana. Amalannya berbeza mengikut mazhab agama Buddha
yang berlainan. Pada zaman ini, amalan ini telah diabaikan, diubah dan hanya beberapa
daripada prinsipnya diamalkan. Jalan Lapan Lapis Mulia kadangkala dibahagikan kepada tiga
bahagian asas. Ketiga-tiga bahagian ini tunjukkan dalam Jadual 7.1.

Bahagian Unsur Jalan Lapan Lapis Unsur yang diperoleh


Mulia
Ilmu 1. Pandangan yang benar 9. Ilmu yang benar
2. Niat yang benar 10. Kebebasan yang benar
Tindakan beretika 3. Pertuturan yang benar
4. Tindakan yang benar
5. Rezeki yang benar
Konsentrasi 6. Usaha yang benar
7. Kepekaan yang benar
8. Perhatian yang benar

Apakah Jalan Lapan Lapis Mulia?

(a) Pandangan yang Benar


Pandangan yang benar juga boleh dialihbahasa ke perspektif yang benar, wawasan yang benar
atau kesefahaman yang benar. Lapisan pertama ini merupakan lapisan yang terpenting dan
merujuk kepada cara yang betul untuk melihat dunia dan kehidupan ini.

 Ia membolehkan pengamalnya untuk memahami bagaimana realiti berfungsi.


 Ia menjelaskan kewujudan manusia, penderitaan, kesakitan, penuaan, kewujudan
ketamakan, kebencian dan khayalan.
 Ia memberi hala tuju dan kecekapan kepda lapisan lain. Pandangan yang benar
bermula dengan konsep dan ilmu tertentu tetapi hanya akan hadir melalui penumpuan
yang benar.
 Merujuk kepada ilmu yang dapat mengatasi kerumitan minda.

Memahami pandangan yang benar akan menyebabkan seseorang itu hidup dengan mulia
selaras dengan konsep pandangan yang benar.

”Pandangan yang salah” bangkit daripada kejahilan (avijja) yang kemudiannya menjadi
faktor penyumbang kepada niat yang salah, pertuturan yang salah, rezeki yang salah,
kesedaran yang benar dan pertumpuan yang salah. Penganut agama Buddha patut
menggunakan usaha yang betul untuk meninggalkan pandangan yang benar dan supaya dapat
memasuki pandangan yang benar. Kesedaran yang benar juga digunakan supaya sentiasa
dapat berada dalam pandangan yang benar.

Tujuan pandangan yang benar adalah untuk membersihkan laluan kita daripada kekeliruan,
ketidakfahaman dan pemikiran yang terpedaya. Ia adalah cara untuk kita memperoleh
kefahaman mengenai realiti dengan minda yang terbuka. Dengan ini, pandangan yang betul
akan membuka jalan ke kebebasan.

(b) Niat yang Benar


Niat yang benar (samyak-samkalpa • sammā-sankappa) juga boleh dialihbahasa sebagai
“pemikiran yang benar”, “tekad yang benar”, “aspirasi yang benar” atau “usaha untuk
mengubah azam kita”.

Dengan ini, kita akan sentiasa dapat menyingkirkan nilai-nilai yang salah dan tidak moral.
Pemahaman betul mengenai pandangan yang benar akan membantu penganut untuk
membezakan antara niat yang benar dan niat yang salah.
Ini bermaksud bahawa komitmen terhadap laluan kerohanian, azam yang baik serta komitmen
kepada tidak melakukan kezaliman kepada makhluk hidup lain.

(c) Pertuturan yang Benar


Pertuturan yang benar (samyag-vāc • sammā-vācā) membincangkan cara seorang penganut
agama Buddha akan menggunakan setiap patah perkataan yang diucapkannya dengan betul.
Kanon Pali menerangkan konsep ini sedemikian:

“Dan apakah yang dimaksudkan dengan pertuturan yang benar?


Menghindari daripada membohong, kata-kata yang dapat memecah-
belahkan masyarakat, kata-kata yang menyakitkan hati dan kata-kata
kosong. Pertuturan sebegini dinamakan pertuturan yang benar.”

Abhaya Sutta pula menjelaskan konsep ini sedemikian (“Tathagatha” adalah kata nama yang
digunakan oleh Buddha untuk merujuk kepada dirinya):

“Berhubungan dengan perkataan yang Tathagatha sedia maklum adalah tidak berfakta, tidak
benar, tidak bermanfaat (atau tidak berkaitan dengan matlamat), tidak menimbulkan perasaan
cinta dan menjengkelkan orang lain, Tathagatha tidak akan mengucapkannya.”

“Berhubungan dengan perkataan yang Tathagatha sedia maklum adalah berfakta, benar, tidak
bermanfaat (atau tidak berkaitan dengan matlamat), tidak menimbulkan perasaan cinta dan
menjengkelkan orang lain, Tathagatha tidak akan mengucapkannya.”

“Berhubungan dengan perkataan yang Tathagatha sedia maklum adalah berfakta, benar,
bermanfaat tetapi tidak menimbulkan perasaan cinta dan menjengkelkan orang lain, Tathagatha
tidak akan mengucapkannya.”

“Berhubungan dengan perkataan yang Tathagatha sedia maklum adalah tidak berfakta, tidak
benar, tidak bermanfaat (atau tidak berkaitan dengan matlamat) tetapi menimbulkan perasaan
cinta dan disukai oleh orang lain, Tathagatha tidak akan mengucapkannya.”

“Berhubungan dengan perkataan yang Tathagatha sedia maklum adalah berfakta, benar, tidak
bermanfaat (atau tidak berkaitan dengan matlamat) tetapi menimbulkan perasaan cinta dan disukai
oleh orang lain, Tathagatha tidak akan mengucapkannya.”

“Berhubungan dengan perkataan yang Tathagatha sedia maklum adalah fakta, benar, bermanfaat
dan menimbulkan perasaan cinta dan disukai oleh orang lain, Tathagatha akan pertimbangkan
masa yang sesuai untuk mengucapkannya. Mengapa sedemikian? Kerana Tathagatha bersimpati
dengan makhluk lain”.
(d) Tindakan yang Benar
Tingkah laku yang benar (samyak-karmānta • sammā-kammanta) juga boleh dialih bahasa
sebagai “tingkah laku yang benar”. Penganut agama Buddha sepatutnya mempertahankan
nilai-nilai moralnya dan tidak berkelakuan dengan cara yang merosakkan atau menyakiti diri
sendiri atau orang lain. Dalam Kanon Pali (koleksi kitab-kitab dalam Theravada Buddha),
perkara ini dijelaskan sedemikian:

“Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang benar?


Menghindari daripada membunuh, mencuri dan hubungan seks
yang haram. Tingkah laku sebegini dinamakan tingkah laku yang
benar.”

(e) Rezeki yang Benar


Dengan mencari rezeki yang benar (samyag-ājīva • sammā-ājīva), penganut agama Buddha
tidak patut melibatkan diri dengan pekerjaan yang akan membahayakan makhluk lain secara
langsung atau tidak langsung. Kanon Pali menjelaskan perkara ini sedemikian:

Lima jenis perniagaan yang berbahaya adalah:

 “Memperdagangkan senjata – sebarang urus niaga yang melibatkan senjata yang


bertujuan untuk membunuh makhluk lain.”
 Memperdagangkan manusia – memperdagangkan hamba, melibatkan diri dengan
pelacuran, atau memperdagangkan kanak-kanak atau orang dewasa.
 Memperdagangkan daging – daging merujuk kepada bangkai makhluk yang telah
dibunuh. Menternak haiwan dan kemudian membunuhnya juga dilarang sama sekali.
 Memperdagangkan sesuatu yang memabukkan – membuat dan/atau menjual minuman
yang memabukkan, menyebabkan ketagihan atau berbahaya, termasuklah dadah.
 Memperdagangkan racun – merujuk kepada produk toksik yang dicipta untuk
membunuh makhluk lain.”

“Dan apakah yang dimaksudkan dengan rezeki yang benar? Katakan pengikut
Golongan yang Mulia telah meninggalkan pekerjaannya yang tidak jujur dan memilih
pekerjaan yang baik. Ini dinamakan rezeki yang benar.”

(f) Usaha yang Benar


Penganut harus sentiasa berusaha untuk meninggalkan pemikiran, pertuturan dan tindakan
yang salah dan berbahaya. Mereka patut melakukan perkara yang berguna kepada mereka dan
orang lain melalui pemikiran, pertuturan dan tindakan mereka, tanpa memikirkan kesulitan
atau kepenatan yang mungkin dihadapi.

Ini memerlukan ketekunan (Samādhi) – “Samādhi” bermaksud ketekunan dan dapat dicapai
dengan melatih diri ke arah kesedaran yang tinggi. Ini akan menghasilkan ketenangan yang
diperlukan untuk mencapai ilmu sebenar melalui pengalaman secara langsung.

(g) Kepekaan yang Benar


Kepekaan yang benar (samyak-smrti • sammā-sati) juga bermaksud “ingatan yang benar”atau
“fokus yang benar”. Penganut harus memfokus minda mereka supaya peka kepada fenomena
yang mungkin menjejaskan badan dan minda mereka.

Mereka seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu dan tidak bertindak atau bercakap
ketika mereka tidak memberi perhatian. Dengan mempraktikkan kepekaan yang benar, minda
kita akan dilatih supaya sentiasa terbuka dan memberi perhatian. Segala prasangka dan
interpretasi perlu diabaikan.

(h) Perhatian yang Benar


Perhatian yang benar (samyak-samādhi • sammā-samādhi) merujuk kepada cara memberi
perhatian (iaitu samadhi) dengan betul. Penganut perlu memfokus kepada sesuatu sehingga
mencapai konsentrasi penuh dan seterusnya memasuki keadaan penyerapan meditasi (jhana).
Samadhi dapat dikembangkan dengan memfokus kepada penafasan, objek visual (kasina) dan
mengulang frasa-frasa tertentu.

Dalam bahagian-bahagian seterusnya, anda akan mempelajari bagaimana prinsip-prinsip


yang digariskan dalam Jalan Lapan Lapis Mulia dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan
perhubungan kita dengan orang lain.

(a) Apakah yang dijelaskan oleh Jalan Lapan Lapis Mulia?


(b) Terangkan dan kategorikan Jalan Lapan Lapis Mulia.

Apakah perhubungan antara Kebenaran Mulia dan Jalan Lapan Lapis Mulia?
Adakah pemahaman mengenai Kebenaran Mulia membawa kepada
kewujudan Jalan Lapan Lapis Mulia? Bagaimana dan mengapa? Layari laman-
laman web berikut untuk mempelajari mengenai kedua-dua konsep ini dengan
lebih mendalam:
http://en.wikipedia.org/Four_Noble_Truths
http://en.wikipedia.org/Noble_Eightfold_Path
7.5 Etika agama Buddha dalam Konteks Diri dan Keluarga

Agama Buddha mengutamakan nilai-nilai berikut dalam konteks perhubungan dengan


keluarga:
 Sikap murah hati
 Mengawal diri dari segi moral
 Rezeki yang benar (akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada bahagian Perniagaan,
Penggunaan dan Perdagangan).

Perhubungan yang disarankan oleh Buddha ditunjukkan dalam Rajah 7.11.

Ibu bapa dan anak


Anak: Anak perlu taat, hormat dan mengasihi ibu bapa.
Perlu menjaga nama baik keluarga dan adat keluarga.
Memberi sedekah bagi pihak ibu bapa apabila mereka
Etika agama Buddha dalam

meninggal dunia.
Ibu bapa: Mendidik dan mengajar anak. Menbimbing
Perhubungan

mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

Adik-beradik
Abang dan kakak perlu dihormati dan perlu memberi
bimbingan kepada adik-adik mereka.

Golongan lebih tua dan senior


Perlu dihormati dan pendapat mereka dihargai.

Rajah 7.11: Etika agama Buddha dan Perhubungan

Di Sri Lanka, si ibu dilihat sebagai Buddha. Di Thailand, ibu bapa amat dihormati dan anak-
anak akan akur kepada mereka dan dibalas dengan kasih sayang.

Menghormati golongan yang berusia memainkan peranan penting dalam budaya penganut
agama Hindu. Abang atau kakak dalam sesebuah keluarga akan dihormati dan dikehendaki
untuk memberi bimbingan kepada adik-adik mereka. Budaya ini juga diamalkan di tempat
kerja di mana pandangan golongan yang lebih senior diutamakan.

Agama Buddha amat dipengaruhi oleh Confucianisme terutamanya dari aspek penyerapan
unsur-unsur seperti menghormati golongan yang lebih berusia dan perhubungan kekeluargaan
yang rapat. Perhubungan antara sesebuah keluarga dilihat sebagai asas etika sesebuah
masyarakat.

Terangkan tanggungjawab kanak-kanak seperti yang digariskan oleh etika


agama Buddha.
Berdasarkan apa yang telah anda pelajari, bezakan layanan ibu bapa, golongan
yang lebih berusia dan golongan senior dalam sesebuah syarikat mengikut
etika:
• Confucianisme
• Shinto
• Islam
• Agama Kristian
• Agama Buddha

7.6 Etika agama Buddha dalam konteks Sosial dan Interpersonal

Sikap hormat-menghormati merupakan teras kepada perhubungan kekeluargaan dalam agama


Buddha. Kepentingan sikap ini juga dipraktikkan dalam perhubungan interpersonal. Berbagai
penganut agama Buddha yang agung telah mengamalkan sikap ini dan beliau tidak pernah
sekali-kali berperang dengan sesiapa, seperti yang dapat dilihat daripada petikan di bawah.

 Maharaja Asoka sering membiayai projek kebajikan sosial seperti menanam anak
pokok dan menderma.
 Putera Shotoku telah memansuhkan angkatan tentera kebangsaannya kecuali satu dan
turut memansuhkan hukuman mati selama 350 tahun.

Agama Buddha turut menggariskan bagaimana seorang penganut agama Buddha patut
berhubung dengan orang lain. Berikut merupakan beberapa contoh:
 Murid dan guru
 Rakan dan kenalan
 Suami dan isteri

7.6.1 Murid dan Guru


Perhubungan antara murid dan guru diterangkan dalam Rajah 7.12.

Rajah 7.11: Etika agama Buddha dan Perhubungan

Guru kepada Murid: Murid kepada Guru:


 Bersimpati  Menghormati, berdiri apabila
 Memberi didikan dalam semua memberinya salam
perkara  Peka kepada keperluannya
 Menjaganya  Menunjukkan minat
 Menjadi kawannya  Memberi perhatian
7.6.2 Rakan dan Kenalan
Perhubungan antara rakan dan kenalan diterangkan dalam Rajah 7.13.

 Murah hati
 Taat setia
 Hormat-menghormati
 Bersimpati
 Memberi layanan yang sepatutnya
 Rapat

Rajah 7.13: Rakan dan Kenalan

7.6.3 Suami dan Isteri


Dalam agama Buddha, perkahwinan yang ideal merupakan perhubungan antara kewajipan
yang difahami antara semua pihak. Perhubungan antara suami dan isteri diterangkan dalam
Rajah 7.14.

Suami kepada Isteri Isteri kepada Suami


 Menghormati  Bersimpati
 Bersopan-santun  Menjalankan tugas dengan
 Taat setia baik dan berkemahiran
 Memberi nafkah  Melayan saudara mara
 Ketua keluarga dengan baik
 Menjaga harta benda

Rajah 7.14: Suami dan Isteri

Apabila ditanya cara seorang isteri sepatutnya berkelakuan, Buddha menyarankan supaya
seorang isteri patut berkelakuan sedemikian:
 Seorang isteri patut bangun tidur sebelum suaminya, tidur hanya selepas dia tidur,
membuat apa yang disuruhnya, sentiasa bersikap dan bertutur secara lembut dan tidak
sekali-kali menyebabkannya marah.
 Menghormati setiap individu yang dihormati oleh suaminya
 Berkemahiran dalam kraftangan seperti menenun, menjahit dan sebagainya.
 Menjaga pekerjanya dengan penuh kasih sayang
 Menjaga nafkah yang dibawa pulang oleh suaminya.
.
Berkenaan dengan penceraian dan poligami:
 Penceraian dibenarkan kerana ia suatu perhubungan yang ketandusan cinta dilihat
sebagai penderitaan
 Walaupun perkahwinan yang bersifat monogami lebih diutamakan, agama Buddha
membenarkan poligami (lebih dari satu isteri) dan kadangkala poliandri (lebih dari
satu suami). Namun demikian, seseorang itu hanya dapa berkahwin lagi dengan
meminta izin dari isteri pertama dan dia memegang kedudukan yang lebih senior
berbanding dengan isteri baru.

Amalan perkahwinan menurut agama Buddha diterangkan dalam tiga peringkat berikut
seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 7.15.

Perkahwinan Direstui oleh Sami-Sami Adat Tanda Kehormatan


dengan Ibu Bapa dan
Golongan Tua

Rajah 7.15: Adat perkahwinan

Semasa menjalankan adat dengan golongan yang lebih berusia, pasangan yang telah
mendirikan rumahtangga dengan jayanya perlu memberi pasangan ini nasihat yang
sepatutnya. Contohnya, si suami harus bertimbang rasa dan si isteri harus bersikap lembut.
Selalunya, pasangan tersebut akan tinggal bersama ibu bapa sehingga mereka dapat
memperoleh rumah sendiri.

(a) Agama Buddha telah dipengaruhi oleh agama tertentu dari segi
perhubungan kekeluargaan. Apakah agama yang dimaksudkan?
(b) Bagaimanakah agama Buddha dapat mengukuhkan keharmonian sosial?

Si isteri menguasai isi rumah. Adakah pernyataan ini benar bagi isi rumah yang
beragama Buddha? Adakah anda bersetuju bahawa seseorang isteri patut
menguasai isi rumah? Apakah pendapat anda? Mengapa? Bincangkan
bersama rakan-rakan anda.
7.7 Etika agama Buddha dalam konteks Perniagaan, Penggunaan
dan Perdagangan

Etika agama Buddha dalam konteks ekonomi dan perniagaan membincangkan isu-isu berikut:
 Etika pekerjaan dan perniagaan
 Pendekatan terhadap pekerjaan secara umumnya dan keusahawanan secara khususnya
 Penggunaan pendapatan
 Pengagihan harta
 Kritikan terhadap kapitalisme, komunisme dan sebagainya.

Agama Buddha menekankan amalan ekonomi yang dapat memanfaatkan diri dan orang lain
serta ciri-ciri agama Buddha yang ditunjukkan dalam Rajah 7.16.

Semua urus niaga haruslah Harta harus dikumpul secara Harta harus digunakan supaya
memanfaatkan semua pihak dan moral dan tanpa sebarang memanfaatkan semua pihak dan
berdasarkan sikap saling kekerasan bukan berasaskan ketamakan
mempercayai atau keuntungan sahaja.

Rajah 7.16:Ciri-ciri etika perniagaan mengikut agama Buddha

Etika agama Buddha digambarkan dalam Jalan Lapan Lapis Mulia, terutamanya aspek
Rezeki yang benar (samyag-ājīva • sammā-ājīva). Penganut dilarang daripada melibatkan diri
dengan pekerjaan yang mungkin akan membahayakan orang lain.

(a) Yang mana satu daripada lapan aspek Jalan Lapan Lapis Mulia berkait rapat
dengan perniagaan?
(b) Terangkan lima jenis perniagaan yang dilarang oleh agama Buddha dan
jelaskan mengapa ia bercanggah dengan prinsip-prinsip agama Buddha.

Salah satu perniagaan yang dianggap tidak moral dari segi etika agama Buddha
adalah menjual daging. Penganut agama Buddha tidak digalakkan supaya
meternak haiwan dengan tujuan untuk menyembelihnya. Pada pendapat
anda, mengapakah penganut agama Buddha berfikir demikian? Apakah
pendapay anda mengenai tanggapan ini? Mengapa?
7.8 Etika agama Buddha dalam konteks Perubatan, Sains dan
Kesihatan

“Mengelak daripada membunuh makhluk lain” merupakan antara lima prinsip agama Buddha
kerana semua makhluk dianggap suci dari segi agama ini dan patut dijaga.

Walaupun mungkin terdapat percanggahan pendapat, terutamanya dengan kemunculan


kemajuan dalam bidang perubatan dan kesihatan, isu-isu yang ditunjukkan dalam Rajah 7.17
masih diperdebat dengan hangat.

Perancangan Keluarga?
Penggunaan perancangan keluarga digalakkan
untuk mengelak daripada pengguguran.
Mengelak Daripada Membunuh

Membunuh Diri?
Dilarang sama sekali kerana nyawa suatu makhluk
itu suci.
Makhluk Lain

Menggugurkan anak?
Dilarang sama sekali; namun demikian ia
dibenarkan sekiranya nyawa si ibu digugat atau
jika fetus tersebut mengalami kecacatan.

Euthanasia?
Dilarang sama sekali. Golongan yang sedang
menderita atau menghadapi penyakit terminal
perlu diberi bantuan yang sepatutnya supaya
dapat hidup dengan bermakna.

Rajah 7.17: Isu-isu berkontroversi dalam etika agama Buddha

Agama Buddha menggalakkan kita supaya membantu golongan yang mengalami kesakitan
atau penderitaan supaya mereka dapat hidup dengan penuh bermakna sekali tanpa
menamatkan hidup mereka kerana sebab-sebab berikut:
 “Selagi wujud kehidupan, wujudlah harapan.”
 Agama ini juga menggalakkan penghayatan kendiri dan pembelajaran kerana selagi
seseorang itu hidup, masih akan wujud peluang untuk mereka berkembang dan
memajukan diri.

Apabila seseorang itu menghadapi penyakit terminal dan kemungkinan ia hidup adalah
sangat tipis, menamatkan rawatan yang tidak akan memendekkan hayatnya dibenarkan.
Memberi pesakit rawatan yang dapat melegakan kesakitan dan memastikan pesakit selesa
dibenarkan oleh etika agama Buddha.
Prinsip manakah akan dilanggar dalam kes pengguguran anak atau
euthanasia?

Anda telah mempelajari mengenai agama yang bersetuju dan tidak bersetuju
dengan amalan euthanasia atau membunuh diri dengan bantuan. Agama
Buddha tidak membenarkan amalan ini. Apakah pendapat anda dalam isu ini?
Adakah anda bersetuju dengan etika agama Buddha dalam aspek ini?
Mengapa? Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

7.9 Etika agama Buddha dan Alam Sekitar

Mengikut agama Buddha, manusia hanyalah sebahagian kecil daripada berbagai unsur dalam
alam sekitar dan hanya wujud dengan kebenaran makhluk lain. Istilah “dharma” yang
bermaksud kebenaran, juga bermaksud “alam sekitar”.

Manusia dan makhluk lain hidup bersama untuk menjaga alam sekitar dan alam sekitar pula
menjaga mereka. Pusat pandangan dunia adalah bumi, bukan manusia. Manusia hanya
merupakan sebahagian daripada sistem yang rumit di mana mereka dapat membuat keputusan
yang mungkin menjejaskan sistem ini.

Gautama tidak bersetuju dengan amalan menyembelih haiwan sepertimana yang diamalkan
oleh golongan Brahmin. Prinsip pertama (ahimsa atau anti-kezaliman) dan Rezeki yang Benar
menyatakan bahawa menternak haiwan bagi tujuan pemakanan dilarang sama sekali.

Kefahaman agama Buddha berkenaan dengan haiwan digambarkan dalam Rajah 7.18. Setiap
haiwan, tidak kira betapa kecil atau betapa besar, tidak boleh dibunuh dan harus dijaga.

Rajah 7.18: Layanan yang patut diberi kepada Haiwan mengikut etika agama Buddha

 Tidak patut dibunuh


 Tidak patut terlalu terikat dengan
haiwan kerana ini boleh membawa
kepada penderitaan
 Tidak patut disembelih, terutamanya
untuk pemakanan sendiri
 Patut dijaga dan dilayan dengan
baik
 Patut dibebaskan dan bukan
disimpan dalam sangkar
Prinsip tidak membunuh ini juga mengambilkira tumbuh-tumbuhan dan bukan sahaja haiwan.
Pokok-pokok dan hutan sering digunakan sebagai tempat bertapa oleh sami agama Buddha.
Maharaha Asoka juga dikenali ramai dengan amalan penanaman pokok bagi kegunaan
manusia dan haiwan.

Di kebanyakan tempat yang mengamalkan budaya agama Buddha seperti Thailand,


kebanyakan hutan-hutannya telah diiktiraf sebagai hutan simpan. Walaupun sesetengah
penganut agama Buddha mungkin tinggal di kawasan perbandaran dimana hutan-hutan telah
ditebang, mereka telah mempelajari amalan memulihara hutan daripada pencinta alam sekitar
supaya dapat hidup dengan lebih lestari.

Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa pembangunan ini berlaku kerana tekanan
dari dunia Barat dan tidak wujud dalam agama Buddha, agama ini sebenarnya terbuka kepada
pengaruh luar dan terbuka kepada interpretasi baru. Ini membolehkan falsafah agama Buddha
membangun dan juga termasuk aspek-aspek pemeliharaan alam dan menjaga alam sekitar.

(a) Mengapakah hukum anti-kezaliman (ahimsa) tidak berapa ditekankan bagi


tumbuh-tumbuha berbanding dengan haiwan? Bincangkan dalam kelas.
(b) Fikirkan tentang negara-negara yang mempunyai ramai penganut agama
Buddha dan layari Internet untuk mendapatkan artikel suratkhabar yang
mengaitkan etika agama Buddha dan alam sekitar. Kongsi dapatan anda
dengan alam sekitar.

Anda baru sahaja mempelajari mengenai etika agama Buddha. Imbas kembali
ke senario yang diberi pada awal bab ini dan kenal pasti tindakan yang wajar di
ambil oleh seorang penganut agama Buddha. Bandingkannya dengan kod etika
anda sendiri.
Ringkasan

1. Buddha telah menyedari bahawa semua penderitaan manusia disebabkan oleh nafsu.
2. Agama Buddha, seperti juga agama-agama lain, mengutamakan kebajikan manusia dan
semua makhluk. Dengan berusaha untuk mencapai Nirvana, ia mengajar penganutnya untuk
mematuhi kod etika yang tinggi.
3. Lima Prinsip Agama Buddha adalah:
 Mengelak daripada membunuh
 Mengelak daripada mengambil apa yang tidak diberi
 Mengelak daripada kesalahan seksual
 Mengelak daripada pertuturan yang palsu
 Mengelak daripada perkara yang mengkhayalkan atau memabukkan
4. Empat Kebenaran Mulia ialah:
 Penderitaan terdiri daripada penyakit, penuaan dan kematian, perpisahan daripada
orang yang disayangi, mengingini suatu yang kita tidak mungkin dapat perolehi dan
membenci suatu yang tidak dapat dihindari
 Segala penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha kita untuk memenuhi nafsu
tersebut
 Oleh itu, penderitaan dapat ditamatkan dengan menamatkan nafsu
 Satu-satunya cara untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan
Lapis Mulia.
5. Jalan Lapan Lapis Mulia terdiri daripada
 Pandangan yang benar
 Niat yang benar
 Pertuturan yang benar
 Tindakan yang benar
 Rezeki yang benar
 Usaha yang benar
 Kepekaan yang benar
 Perhatian yang benar
6. Agama Buddha dipengaruhi oleh agama Confucianisme, terutamanya dari segi
menghormati ibu bapa dan perhubungan kekeluargaan.
7. Menurut agama Buddha, perkahwinan yang idea diseimbangkan oleh kewajipan sesama
sendiri.
8. Etika perniagaan agama Buddha menggariskan jenis-jenis pekerjaan, pendekatan terhadap
pekerjaan secara umumnya dan keusahawanan secara khususnya, penggunaan pendapatan,
pengagihan harta, kritikan kapitalisme dan komunisme dan sebagainya.
9. Agama Buddha menganggap bahawa semua nyawa semua makhluk adalah suci dan tidak
patut disia-siakan melalui membunuh diri atau euthanasia.
10. Mengikut sudut pandangan agama Buddha, manusia hanya merupakan sebahagian kecil
dalam alam semesta ini dan hanya wujud kerana kebenaran makhluk lain. Manusia dan
makhluk lain hidup bersama untuk menjaga alam semesta.

Anda mungkin juga menyukai