Anda di halaman 1dari 4

1.

Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa murid-murid sekolah


supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di
semua peringkat.
4. Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran yang menarik dan efektif.
5. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa
pelaksanaan ini.

https://brainly.my/tugasan/281044

dapat mengeratkan hubungan silaturahim


dapat berkenal kenalan dengn kaum yang lain atau bangsa
dapat menambah rasa cinta akan negara malysia
rakyat dapat mengenali tokoh ii yang dulu berjuang untuk memerdekakan negara kita
Tanda menghargai jasa pejuang negara

https://brainly.my/tugasan/281365
KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Posted by Noraini Ismail

Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia.
Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai
kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup
bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah
dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah
besar wang sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan
menyambut hari kemerdekaan di negara kita?

Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita dapat
mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara
tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang
dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah
darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai
nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa kepentingan menyambut
hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk mengenang jasa tokoh.

Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat mengukuhkan jati diri
rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati
diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan
norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama
Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan
nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan
Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula
mencemarkan nama negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia?
Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut hari kemerdekaan
merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri.

Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan antara
kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di
negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang
harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu,
bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul
bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling
menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah
untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari
kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.

Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat.
Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan
sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta
lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber
pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah bersungguh-
sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perak saudara, pergolakan, dan
peperangan yang berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George
Santayana pernah berkata, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula,” Oleh
itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.

http://noraini-ismail.blogspot.my/2013/04/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html
Kemerdekaan malaya 1957 yang istimewa.. faktor
kemerdekaan.
Sebab-Sebab Kemerdekaan

Salah satu sebab yang membawa kepada Kemerdekaan Tanah Melayu ialah pengenalan Sistem
Ahli. Untuk membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan suatu perkara yang
bukan mudah untuk dilakukan. Sejak sebelum merdeka lagi, pihak British telah memberi latihan untuk
mentadbir negara kepada penduduk tempatan supaya mereka mampu berkerajaan sendiri.
Pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama antara
pemimpin terdahulu dengan pihak tertentu untuk menentukan hala tuju negara kita.

Sistem ahli dilaksanakan pada bulan Januari 1951 sehingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan
raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang diadakan pada bulan Julai 1955. Tujuan Sistem
Ahli ditubuhkan adalah untuk melatih penduduk tempatan dan juga kaum lain menerajui Tanah
Melayu. Idea penubuhan Sistem Ahli ini telah disuarakan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam
perbincangannya dengan Sir Henry di Kuala Lumpur. Mengikut cadangan Sir Henry, model yang
telah dilaksanakan di negara Kenya dan Rhodesia Utara juga boleh dilaksanakan di Tanah Melayu.

Cadangan ini bertepatan dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi, iaitu dasar
pemberian bantuan ke arah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahan. Ahli-
ahli yang dilantik untuk menganggotai Sistem Ahli diberi tugas menjana satu portfolio yang
mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka diberi tanggungjawab menguruskan
pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang tersedia. Mereka juga
bertanggungjawab mencadangkan undang-undan yang berkaitan dengan jabatannya untuk
dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Untuk menyediakan cadangan
undang-undang tersebut, Ahli akan berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan
persetujuan bersama. Pesuruhjaya Tinggi juga terlibat dengan memberi arahan dan persetujuan
dalam perkara-perkara yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya cadangan
undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.

Sistem Ahli merupakan tapak asas yang penting untuk melatih penduduk ke arah berkerajaan sendiri.
Sistem Ahli terdiri daripada ahli-ahli gabungan pemimpin pelbagai kaum di negara ini telah
memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, Sistem Ahli telah
memberi pendedahan yang berguna kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan
menerajui kerajaan apabila merdeka kelak.

Sebab kedua yang membawa kepada kemerdekaan negara ialah. Sebelum penubuhan Perikatan,
terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu. Pakatan ini adalah penting kerana ia akan menyatukan semua kaum
yang terdapat di Tanah Melayu. Pakatan murni merupakan suatu usaha semua di Tanah Melayu
menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai
tuntutan yang berbeza dan masalah yang tersendiri. Penubuhan pakatan murni merupakan suatu
jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini yang sebelum ini dipisahkan
oleh ‘dasar pecah dan perintah’ oleh penjajah British. Langkah pertama yang diambil ialah
penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) pada bulan Januari 1949 di Pulau
Pinang. CLC pada peringkat permulaan hanya dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu Melayu dan
Cina. Orang Melayu bernaung di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Ja’afar dan MCA
diterajui oleh Tan Cheng lock, Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di
Persekutuan Tanah Melayu.

Menurut Dato’ Onn bin Ja’afar, perpaduan antara kaum menjadi asas kemerdekaan Tanah Melayu.
Langkah kedua ialah pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1951 yang
dicadangkan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar. Walau bagaimanapun, tindakan beliau dikecam hebat oleh
masyarakat Melayu kerana mereka enggan berkompromi. Langkah ketiga ialah penubuhan Parti
Kemerdekaan Malaya oleh Dato’ Onn bin Ja’afar. Beliau menggunakan konsep kerjasama kaum
dalam sebuah parti dan IMP terbuka kepada semua kaum. IMP gagal mendapat sambutan
masyarakat Tanah Melayu masih mengasingkan diri mereka sebagai orang Melayu, Cina dan India.
Langkah seterusnya penubuhan Persidangan Nasional yang bertujuan untuk mencapai kerjasama
politik bagi mengurangkan perasaan perkauman.

Kerjasama UMNO-MIC terbentuk apabila British menyuarakan akan mengadakan Pilihan Raya
Perbadanan Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952. Kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur
dengan MCA Selangor telah diusahakan oleh Dato’ Yahya Abdul Razak dan Ong Yoke Lin. Dalam
pilihan raya tersebut, gabungan UMNO-MIC telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan. Gabungan UMNO-MIC juga telah memenangi 26 kerusi daripada 37 kerusi yang
dipertandingkan di beberapa Bandar utama. Pada pilihan raya negeri tahun 1954, Parti Perikatan
telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan ini membuktikan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh
penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Kerjasama ini akhirnya membawa kepada penubuhan Parti
Perikatan yang dianggotai oleh parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1955. pada
tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP). Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara,
UMNO, MCA, MIC dan beberapa orang pegawai tinggi British. Jawatankuasa ini telah mencadangkan
52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Pilihan
raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) tekah diadakan pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan
telah menyertai pilihan raya tersebut. Manifesto yang digunakan oleh Parti Perikatan ialah untuk
mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. Mewajibkan pendidikan. Menjadikan
perkhidmatan awam bercorak tempatan. Menjaga hak asasi manusia. Melindungi hak Raja-Raja
Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Keputusan pilihan raya 1955 ialah, Parti Perikatan telah
memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan Parti Persatuan Islam Se-Tanah
Malaya (PAS) telah memenangi satu kerusi.

Kemenangan yang amat cemerlang oleh Parti Perikatan telah membolehkan Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj, Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet. Anggota kabinet
yang ditubuhkan terdiri daripada pelbagai kaum dan berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai.

Dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya tahun 1955, maka
Pemuda UMNO telah mendesak Tunku Abdul Rahman supaya menuntu kemerdekaan dari kerajaan
British. Tarikh 31 Ogos 1957 dicadangkan sebagai hari pengisytiharan. Apabila setiausaha Tanah
Jajahan Inggeris, iaitu Alan Lennox Boyd dating ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1955, Tunku
telah menyampaikan hasrat rakyat negara ini untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Alen
Lennox Boyd memberi jaminan bahawa beliau sanggup merundingkan tentang perkara tersebut di
London pada awal tahun 1956. Apabila Majlis Raja-raja mengadakan persidangannya pada
September 1955, Tunku Abdul Rahman telah memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Raja-
raja. Semua raja-raja bersetuju supaya satu perundingan diadakan dengan pihak British mengenai
kemerdekaan Tanah Melayu.

Posted by pn noor arbaiah at Monday, May 12, 2008

Labels: PMR / SPM

http://djlovehistory.blogspot.my/2008/05/kemerdekaan-malaya-1957-yang-istimewa.html

Anda mungkin juga menyukai