Anda di halaman 1dari 8

__________________________________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR

TAJUK KERTAS KERJA:


PAMERAN POSTER GAYA HIDUP SIHAT
(PENYAKIT HIPOKINETIK)

TARIKH:
19 SEPTEMBER 2019

TEMPAT:
PUSAT SUMBER DATO’ MOHD SAID
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

ANJURAN:
ELEKTIF TERBUKA GAYA HIDUP SIHAT
DAN
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU
KERTAS KERJA

PROGRAM PAMERAN POSTER GAYA HIDUP SIHAT

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR

Kertas Kerja ini dikemukakan oleh Elektif Terbuka Gaya Hidup Sihat, IPG Temenggong
Ibrahim Johor bagi memohon kelulusan untuk menganjurkan Program Pameran Poster
Gaya Hidup Sihat seperti yang telah dicadangkan di dalam takwim aktiviti tahunan. Majlis
ini akan berlangsung pada 19 September 2019 bertempat di Pusat Sumber Dato’ Mohd
Said, IPG Temenggong Ibrahim.

1.0 Pengenalan

Pameran Poster Gaya Hidup Sihat (PPGHS), merupakan aktiviti yang


bertujuan untuk memperkenalkan isu-isu kesihatan yang berpunca dari gaya hidup
sihat khususnya di negara Malaysia. Gaya hidup sihat adalah aktiviti yang dilakukan
bertujuan untuk merawat, mengekalkan dan memastikan tubuh badan manusia agar
dapat bekerja dalam keadaan yang selesa dan mampu melakukan aktiviti harian
dengan baik. Gaya hidup bukan sahaja mengenai gaya pemakanan yang seimbang,
malah ia melibatkan pelbagai aspek. Salah satunya adalah pergerakan fizikal seperti
bersenam, naik turun tangga, mengangkat berat dan berjoging. Menurut
Willian(1997), gaya hidup sihat merupakan keprihatinan terhadap kecergasan fizikal,
kawalan emosi yang efektif, pengambilan makanan seimbang dan tidak berpenyakit.
Menerusi pernyataan ini, sebagai seorang individu perlulah memiliki kesedaran
kesihatan yang tinggi disamping sentiasa mengamalkan aktiviti fizikal agar dapat
menghindari penyakit hipokinetik akibat daripada gaya hidup pasif atau gaya hidup
sedentari.

2.0 Rasional

Tujuan utama pameran ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan isu gaya
hidup sihat di Malaysia khususnya tentang penyakit-penyakit hipokinetik. Hal ini
demikian kerana, adalah penting bagi manusia untuk mengamalkan aktiviti senaman
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu secara konsisten agar tubuh badan kita dapat
mengurangkan risiko penyakit hipokinetik serta dapat meningkatkan keterampilan diri,
(Asiah, 2005). Melalui program pameran ini dijangkakan dapat meningkatkan tahap

2
pengetahuan dan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga IPGKTI mengenai
punca, kesan dan cadangan untuk mengatasi isu penyakit hipokinetik. Program ini
juga diharapkan dapat membantu warga IPGKTI untuk mengamalkan gaya hidup
sihat disamping merancang aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan tahap
kecergasan individu.

3.0 Objektif

3.1 Memberikan pengetahuan umum tentang isu gaya hidup sihat di Malaysia
khususnya penyakit hipokinetik

3.2 Mempraktikkan amalan gaya hidup sihat bagi menangani isu penyakit
hipokinetik dalam kalangan warga IPGKTI.

3.3 Membina keyakinan untuk berinteraksi dan keterampilan yang baik melalui
perkongsian maklumat semasa pameran poster gaya hidup sihat.

4.0 Tema

Gaya Hidup Sihat (Menghindari Penyakit Hipokinetik).

5.0 Masa

19 September 2019.

6.0 Tempat

Pusat sumber Dato’ Mohd Said, IPGKTI, Johor.

3
7.0 Penyertaan

Bil Penyertaan Jumlah


1. VIP
▪ Pengarah IPGKTI - 1
6
▪ Timbalan Pengarah dan Ketua jabatan serta
pensyarah - 5
2. Peserta/ Ahli Jawatankuasa
▪ Guru Pelatih Elektif Terbuka Gaya Hidup Sihat 26
Kumpulan 1 dan 2 (7 PISMP).
3. Tetamu 230
▪ Guru Pelatih PPISMP / PISMP
JUMLAH 262 orang

8.0 Jawatankuasa

JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Tuan Haji Mohd Zain Bin Badui.
Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor.

Penasihat Ketua Program : Dr. Nur Bahiyah Binti Andul Wahab.


Penyelaras Kursus Jabatan Sains Matematik,
IPGKTI.

Penolong Ketua Program : Tn. Hj. Norizan Bin Ghazali


Pakar Bidang (SME) Jabatan Sains IPGKTI
: Dr. Mohd Zulfahmi Bin Baharudin
Pensyarah Jabatan Sains dan Matematik

JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Angelina Lau Hui Jing.


Naib Pengerusi : Chong Yu Sheng.
Setiausaha : Aimi Syuhada Binti Ash’ari.
Naib Setiausaha : Lee Kui Pin.
Bendahari : Bong Jia Jia.
Persiapan Tempat : Lee Ting Hui.
: Ng Shi Hui.

4
Peralatan : Mohamad Iddin Fadhly Bin Rosli.
Buku Program : Azratul Asyiqin Binti Arsad.
Teknikal & Siaraya : Guan Zhen Ning.
Jurugegas : Saravanan a/l Munusamy.
: Mughilashene a/p Verasingam.
Sambutan & Protokol : Fairuza Hasyani Binti Salehuddin.
: Sharanmugi a/p Kunusegaran.
: Agnes Wong Xiao Qi.
Hadiah & Cenderamata : Nur Syazwani Binti Tuan Ismail.
Kad Jemputan & Seranta : Syarifah Farah Syazleen Binti Said Zaidi.

Pengacara Majlis : Siti Amirah Binti Rosman.


: Fatin Syahirah Binti Zulkifli.
Pembaca Doa : Muhamad Syahmi Bin Mohd Sabri.
Kebersihan & Keselamatan: Iceleed Wong Cheun Ping
Pendaftaran : Aillison Sim Jun Xin.
: Ho Zi Xuan.
Jurugambar : Tiu Song Ni.
Brosur & Publisiti : Mohamad Faiz Bin Mat Samberi.
: Liong Siao Hui.

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Butiran Kos/Sumber


1 Cenderamata VIP 6 orang x RM30.00 RM 180.00
Jumlah RM 180.00

10. Atur Cara Program

Masa Aktiviti
19 September 2019
8.30 pagi - 9.00 pagi - Pendaftaran guru pelatih elektif terbuka Gaya Hidup Sihat
- Sesi persiapan tempat pameran.
9.00 pagi - 9.15 pagi - Kehadiran tetamu jemputan / VIP.

9.15 pagi -9.30 pagi - Doa.


- Perasmian.
- Ucapan Pengarah.
- Ucapan Penasihat Ketua Program.
9.30 pagi - 12.00 tengahari - Pameran.
12.00 tengahari - 1.00 petang - Perasmian penutupan.
- Penyampaian cenderamata.
- Sesi bergambar.
- Bersurai.

5
11. Penutup

Dengan penganjuran Pameran Poster Gaya Hidup Sihat (PPGHS) ini, diharapkan
guru pelatih elektif terbuka Gaya Hidup Sihat mampu memberikan pengetahuan umum
tentang isu gaya hidup sihat di Malaysia khususnya penyakit hipokinetik kepada komuniti
setempat dengan baik. Pada masa yang sama, dapat membina keyakinan untuk berinteraksi
dan berketerampilan yang baik melalui perkongsian maklumat semasa pameran poster Gaya
Hidup Sihat. Selain itu, kami amat berharap agar program PPGHS ini berjaya dilaksanakan
serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerjasama pelbagai pihak adalah amat
diharapkan agar amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan secara menyeluruh dari segi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)

PENGESAHAN, SEMAKAN, SOKONGAN DAN KELULUSAN

A. Disediakan oleh:
_______________________________
(AIMI SYUHADA BINTI ASH’ARI)
SETIAUSAHA PROGRAM

B. Disemak oleh:
_______________________________
(DR. NUR BAHIYAH BINTI ABDUL WAHAB)
PENASIHAT PROGRAM

C. Ulasan Ketua Unit, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan:

Tarikh: Tandatangan : ________________________

D. Ulasan Unit Kewangan:

6
Tarikh: Tandatangan : _________________________

E. Kelulusan oleh Pengarah/Timbalan Pengarah:


Kertas kerja/Program/Aktiviti ini diluluskan/tidak diluluskan.

Tarikh: Tandatangan : _________________________


LAMPIRAN A

SENARAI NAMA PENSYARAH TERLIBAT

BIL NAMA
1. Tn. Hj. Norizan Bin Ghazali
2. Dr. Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab.
3. Dr. Mohd Zulfahmi Bin Baharudin
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA

BIL NAMA
1 Agnes Wong Xiao Qi
2 Aillison Sim Jun Xin
3 Aimi Syuhada Binti Ash’ari
4 Angelina Lau Hui Jing
5 Azratul Asyiqin Binti Arsad
6 Bong Jia Jia
7 Chong Yu Sheng
8 Fairuza Hasyani Binti Salehuddin
9 Fatin Syahirah Binti Zulkifli
10 Guan Zhen Ning
11 Ho Zi Xuan
12 Iceleed Wong Cheun Ping
13 Lee Kui Pin
14 Lee Ting Hui
15 Liong Siao Hui
16 Mohamad Faiz Bin Mat Samberi
17 Mohamad Iddin Fadhly Bin Rosli
18 Mughilashene a/p Verasingam
19 Muhammad Syahmi Bin Mohd Sabri
20 Ng Shi Hui

7
21 Nur Syazwani Binti Tuan Ismail
22 Saravanan a/l Munusamy
23 Sharanmugi a/p Kunusegaran
24 Siti Amirah Binti Rosman
25 Syarifah Farah Syazleen Binti Said Zaidi
26 Tiu Song NI