Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Tajuk
Mencari Pekali Geseran Statik, µ𝑆 antara objek dengan pelbagai jenis permukaan yang
bersentuhan
2.0 Teori
Geseran merupakan daya yang menentang, menghentikan dan menghalang gerakan
sesuatu objek yang berada di atas permukaan yang bersentuhan (Anatoli, 2018). Daya
gerseran ialah suatu kuantiti vektor yang bertindak pada arah tertentu dengan magnitud yang
dapat diukur. Daya geseran sentiasa bertindak ke arah bertentangan dengan arah pergerakan
dan berserenjang dengan daya tindak balas normal, N (Giambatista, 2000) (rujuk rajah 1).
Rajah 1
Geseran terbahagi kepada dua jenis iaitu daya geseren statik dan daya geseran kinetik.
Daya geseran statik merupakan ialah daya yang dapat menghalang sesuatu jasad daripada
bergerak (Giancoli, 2000). Pekali geseran static, 𝑓𝑠 merupakan daya yang menyimpan objek
daripada bergerak. Sekiranya terdapat daya yang dikenakan ke jasad dan jasad tersebut
kekal pegun. Maka 𝑓𝑠 = F. 𝑓𝑠 adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan, F dan daya
tindak balas normal, N yang bertindak di atas jasad. Jadi, apabila daya yang dikenakan
kepada jasad meningkat, maka 𝑓𝑠 juga meningkat. Menurut Amilia Hairuddin (2014)
menyatakan persamaan asas untuk pekali geseran statik adalah:
𝑓𝑠 α µ𝑆 𝑁
di mana µ𝑆 adalah pekali geseran statik. Sekiranya objek itu hendak bergerak, maka
𝑓𝑠 = 𝑓𝑠𝑚𝑎𝑥 = µ𝑆 𝑁. Kekuatan geseran berada pada arah yang bertentangan dengan pergerakan
jasad tersebut. Untuk mengira pekali geseran, persamaan berikut akan digunakan:
µ𝑆 =𝑓𝑠𝑚𝑎𝑥 / N
Seterusnya, jika daya, F yang dikenakan kepada jasad dibesarkan lagi supaya
F > 𝑓𝑠𝑚𝑎𝑥 , daya paduan (F + 𝑓𝑠𝑚𝑎𝑥 ) akan menjadi positif dan kesannya jasad akan bergerak
1
(Lisa, 2004). Pada ketika ini permukaan landasan yang bersentuhan dengan jasad akan
memberikan daya geseran kinetik 𝑓𝑘 . Oleh itu, daya geseran kinetik adalah daya geseran
yang wujud apabila jasad bergerak yang menyebabkan pergerakan jasad menjadi semakin
perlahan.
3.0 Tujuan
Untuk mengkaji hubungan di antara jenis permukaan dan pekali geseran statik.
4.0 Hipotesis
Semakin kasar jenis permukaan yang digunakan sebagai landasan, semakin besar nilai
pekali geseran, µ𝑆 .
Radas: Blok kayu A, templat jangka sudut, penimbang digital, gunting, pembaris, landasan.
Definisi secara operasi pekali geseran statik, µ𝑺 adalah menetukan pekali geseran statik,
µ𝑺 dengan mengambil bacaan sudut satah diambil semasa blok kayu A sudah mula
bergerak menuruni landasan apabila satu bahagian landasan dicondongkan.
2
9.0 Prosedur
1. Templat jangka sudut di muat turun melalui google image dan di cetak pada kertas
bersaiz A4
2. Berat blok kayu A ditimbang menggunakan penimbang digital.
3. Berat blok kayu A direkodkan.
4. Permukaan gelas pada landasan digunakan sebagai permukaan.
5. Jangka sudut kertas dilekatkan di bahagian tepi landasan menggunakan salotape.
(rajah 1)
6. Blok kayu A yang telah diikat dengan benang dilekatkan pada sudut 90° jangka sudut
kertas. (rajah 1)
7. Blok kayu A diletakkan di atas permukaan kaca pada landasan.
8. Landasan disendengkan sehingga blok kayu mula bergerak.
9. Bacaan sudut a° direkodkan semasa blok kayu A mula bergerak.
10. Sudut b° direkodkan melalui formula 180° - 90° - a°.
11. Langkah 1-10 diulang dengan melekatkan kertas pasir dan kertas A4 di atas
permukaan landasan.
10.0 Jadual Data
Jenis Sudut a / ° Berat blok Sudut a Pekali,
Permukaan 1 2 3 Purata kayu A / N 180°- 90°- a° = geseran statik,
b° µ𝑺 = tan b°
Kaca 65° 65° 60° 63.33° 0.136 N 26.67° 0.50 µ𝑆
Kertas 55° 46° 50° 50.33° 0.136 N 39.67° 0.83 µ𝑆
Pasir
Kertas A4 58° 57° 63° 59.33° 0.136 N 30.67° 0.59 µ𝑆
11.0 Inferens
Nilai pekali geseran statik, µ𝑆 besar kerana jenis permukaan landasan bersentuhan yang
digunakan kasar. Manakala, nilai pekali geseran statik, µ𝑆 kecil kerana jenis permukaan
landasan bersentuhan yang digunakan licin.
3
12.0 Perbincangan
a°
b°
a°
W cos a°
b°
Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan daya-daya yang terlibat pada blok kayu A apabila landasan
permukaan di condongkan (satah condong). Daya- daya yang bertindak ke atas blok kayu A
ialah daya graviti W, daya tindak balas normal, N dan daya geseran statik, 𝑓𝑠 oleh permukaan
landasan. Namun, disebabkan blok kayu A berada di atas satah condong, maka berat blok
kayu A dibahagikan kepada dua komponen iaitu W cos a° (bagi komponen-x) dan W sin b°
(bagi komponen-y). Tetapi, oleh kerana tiada berlaku gerakan pada arah yang tegak lurus
pada satah, maka komponen W kos b⁰ sama nilai dengan tindak balas normal, N.
4
berkadar terus dengan daya yang dikenakan, F dan daya tindak balas normal, N yang
bertindak ke atas blok kayu A. Jadi, apabila daya yang dikenakan kepada blok kayu A
meningkat, maka 𝑓𝑠 juga meningkat. Menurut Amilia Hairuddin (2014) menyatakan persamaan
asas untuk pekali geseran statik adalah:
𝑓𝑠 α µ𝑆 𝑁
dimana µ𝑆 adalah pekali geseran statik. Sekiranya blok kayu A itu hendak bergerak, maka
𝑓𝑠 = 𝑓𝑠𝑚𝑎𝑥 = µ𝑆 𝑁.
Selain itu, sudut yang membolehkan blok kayu A bergerak berbeza bagi setiap
permukaan landasan yang digunakan (rujuk jadual 1). Hal ini mempunyai kaitan nilai pekali
geseran statik,µ𝑆 kerana blok kayu a hanya akan bergerak di atas permukaan yang
bersentuhan apabila landasan dicondongkan pada sudut tertentu yang menjadikan F > 𝑓𝑠𝑚𝑎𝑥 .
Oleh itu, nilai pekali geseran statik pekali geseren statik, µ𝑆 bergantung kepada sifat dua
permukaan yang digunakan. Nilai pekali geseren statik, µ𝑆 akan menjadi lebih besar
sekiranya permukaan yang digunakan lebih kasar (Bueche, 1986). Manakala, nilai pekali
geseren statik, µ𝑆 akan menjadi lebih kecil sekiranya permukaan yang digunakan lebih halus
atau lembut (tidak kasar. Menurut Vernier (2008) menyatakan nilai pekali geseran statik,µ𝑆
adalah kurang atau sama dengan 1, µ𝑆 ≤ 1. Berdasarkan penyiasatan yang dilakukan, nilai
pekali geseran statik antara blok kayu A dengan ketiga-tiga landasan permukaan yang
berbeza (rujuk jadual 1) ditentukan dengan mencondongkan satu bahagian hujung landasan
sehingga blok kayu A sudah mula untuk bergerak dan slaid ke bahagian hujung landasan
(bahagian landasan yang tidak diangkat atau dicondongkan). Kemudian, setelah sudut bagi
setiap permukaan landasan telah direkodkan seperti jadual 1, formula untuk mencari nilai
pekali geseran dikenalpasti.
Kedua, daya- daya bagi setiap komponen-x dan komponen-y dikenalpasti dan mengikut
Hukum Newton Kedua,
5
∑𝐹 = 0 (−𝑓𝑠 )
Oleh itu,
∑ 𝐹 = 𝐹1 + (−𝑓𝑠 )
∑𝐹 = 0
Mengikut Hukum Newton N + (- W cos a°) = 0
N + (- W cos a°) = 0
Kedua,
W sin b° + (−𝑓𝑠 ) = 0 N - W cos a° = 0
∑𝑭 = 0 W sin b° − 𝒇𝒔 = 0 N= W cos a°
Persamaan 2 Persamaan 3
Jika 𝑓𝑠 = µ𝑆 N
Maka,
W sin b° − 𝑓𝑠 = 0
W sin b° = 𝑓𝑠
W sin b° = µ𝑆 N Persamaan 4
Maka,
W sin b° = µ𝑆 N
W sin b° = µ𝑆 W cos a°
𝑊 cos 𝑎°
µ𝑆 = 𝑊 sin 𝑏°
cos 𝑎°
µ𝑆 = sin 𝑏°
µ𝑆 = tan b°
Keenam, nilai pekali geseran statik, µ𝑆 bagi blok kayu A dengan ketiga-tiga permukaan
landasan yang bersentuhan dikenalpasti menggunakan rumus µ𝑆 = tan b°,
Jadual 2: Nilai pekali geseran statik µ𝑆 .
6
Berdasarkan jadual 2, permukaan yang lebih kasar mempunyai nilai pekali geseran
statik, µ𝑆 yang lebih besar. Landasan permukaan kertas pasir merupakan landasan yang
mempunyai permukaaan yang lebih kasar berbanding landasan permukaan kertas A4 dan
landasan permukaan kaca, maka nilai pekali geseran statik, µ𝑆 bagi permukaan landasan
kertas pasir adalah paling besar iaitu 0.83 diikuti dengan landasan permukaan kertas A4, µ𝑆 =
0.59 dan landasan permukaan kaca, µ𝑆 = 0.50. Hal ini menunjukkan semakin besar daya
geseran yang terhasil antara blok kayu A dengan permukaan landasan yang bersentuhan,
semakin besar nilai pekali geseran statik µ𝑆 . Ini disebabkan oleh 𝑓𝑠 α µ𝑆 𝑁, dimana daya
geseran statik adalah berkadar terus dengan nilai pekali geseran statik, µ𝑆
Selain itu, bacaan pada templat jangka sudut a° diambil dengan menggunakan benang
dan blok kayu sebagai pemberat. Benang yang diletakkan sejajar dengan garisan 90° ada
kalanya teralih. Hal ini menyebabkan ralat sifar bacaan sudut a°. Oleh itu, penambahbaikan
yang dilakukan bagi mengatasi ralat sifar ini ialah pada setiap bacaan yang mempunyai nilai
lebih besar dari nilai sebenar akan ditolakkan dengan ralat sifar.
14.0 Kesimpulan
Hipotesis diterima. Semakin kasar jenis permukaan yang digunakan sebagai landasan,
semakin besar nilai pekali geseran statik,µ𝑆 . Selain itu, semakin besar daya geseran,
semakin besar nilai pekali geseran statik, µ𝑆
7
Rujukan
Amalina Hairuddin (2014, April). Geseran atay Translasi. Retrieved from OSF:
https://osf.io/usvdh/download/?format=pdf
Anatoli, I. S. (2018). Friction. Journal of Friction and Wear, Volume 3 (1), 1068-3666.
Bueche, F.J. (1986). Introduction tp Physics For Scientists and Engineers . New York:
McGraw-Hill.(112-115)
Giambatista. (2000). College Physics. New York: McGraw-Hill.(56)
Giancoli. (2000). Principles in Physics. Malaysia: Longman Sdn Bhd.(27-32)
Lisa, T. (2004). What is Friction. Canada: Scholastic Inc.
Vernier, S. (2008). Static and Kinetic Friction. Retrieved from Westminster College SIM :
http://www.bibme.org/apa/websitecitation/search?utf8=%E2%9C%93&q=https%3A%
2F%2Fwww.westminster.edu%2Fabout%2Fcommunity%2Fsim%2Fpdf%2FSSTATIC
ANDKINETICFRICTION.pdf
8
LAMPIRAN 1
Perlaksanaan Amali Pekali Geseran Statik