Anda di halaman 1dari 8

SJK TAMIL LADANG BUKIT JENUN,

06720 PENDANG, KEDAH


( KOD KBDA140)

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2020

HARI : Ahad
TARIKH : 29.12.2019
MASA : 8.30am – 4.30pm
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SJKT Ladang Bukit Jenun
Pengerusi Mesyuarat : Encik. Balu Manikam
Guru Besar SJKT Ladang Bukit Jenun
KAHADIRAN :

1. En. Balu Manikam Guru Besar (Pengerusi)


2. En. R.Kalaimani GPK Kurikulum
3. En.R.Saravanan GPK HEM
4. En.Anbarasan GPK KoKurikulum/KP Matematik
5. En. M.Madhan KP B.Inggeris / P.LDP
6. En.M.Ratnavell GPM/ KP Sains/ SU Pep
7. Cik.R.Neelavathy KP B.Malaysia/ P.ICT

Tidak Hadir : -

AGENDA :

1. Taklimat Pegawai PPD (En. Sobri Bin Othman)


2. Perutusan Pengerusi
3. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
4. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu
5. Perkara berbangkit
6. Pengurusan kurikulum
6.1 Penetapan Headcount
6.2 Program Peningkatan Akademik Sekolah
6.3 Status Perbelanjaan PCG
6.4 Pelaksanaan PdP
6.5 Kelas Bercantum
6.6 Semakan buku nota dan buku latihan murid
6.7 Kelas Bercantum
6.8 Pemulihan/Protim/KPBM
6.9 Pusat Sumber/ICT/frog VLE/Nilam
6.10 JILUS
6.11 MBMMBI
6.12 Pencerapan/Pementoran/Pemeriksaan/Buku Latihan
6.13 LDP
6.14 Peperiksaan Dalaman
6.15 PKJR
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan
1.0 Taklimat Pegawai PPD

1.1 En.Sobri mengucapkan terima kasih dan setinggi-setinggi penghargaan kepada semua warga sekolah.
Beliau meminta semua warga sekolah untuk membuat refleksi diri bagi kelemahan-kelemahan yang
ada pada tahun 2019 dan memulakan tahun 2020 dengan semangat, azam, cita-cita, hasrat dan
iltizam yang baru.
1.2 Beliau menjelaskan PPD berfungsi sebagai institusi professional dalam memberikan bimbingan dan
sokongan kepada sekolah. Sekolah pula berfungsi untuk merancang, melaksana dan menilai program
manakala PPD memberi bimbingan dan sokongan.
1.3 Seterusnya, pihak sekolah diucapkan tahniah atas pencapaian UPSR 2019.
1.4 Setiap program yang dilaksanakan di peringkat sekolah haruslah dirancang dengan teratur dengan
mengambil kira kesahihan data, pemantauan program dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
1.5 PGB perlu mengetahui, memahami dan menguasai semua perkara yang berlaku di sekolah. Semua
maklumat dari PPD dan JPN perlu disampaikan dengan sendiri kepada guru-guru. Semua guru yang
menghadiri taklimat harus membuat penataran dan PGB perlu memastikan kualiti penyampaian
taklimat.
1.6 Prestasi pula perlulah dinilai daripada prestasi tahun semasa.
1.7 Guru-guru sentiasa terlatih dengan menghadiri kursus untuk menambah ilmu. Kuota 5 hari LDP
perlulah dipenuhi oleh para guru. PLC sentiasa perlu diadakan sesama guru dan sebarang konflik
perlu dielakkan.
1.8 Guru-guru sentiasa perlu memantau kebajikan murid-murid. Bilik darjah dan sekolah haruslah
sentiasa kondusif dan ceria untuk mengalu-alukan murid-murid ke sekolah.
1.9 Kejadian buli perlu dibanteras sama sekali.
1.10 Jalinan hubungan yang baik dan mesra dengan PIBG dan komuniti perlu dijaga bagi perkembangan
sekolah.
1.11 Perhimpunan hari pertama sekolah (1.1.2020) tidak boleh melebihi 30 minit dan diuruskan dengan
cekap dan bermaklumat. PGB perlu berucap dalam setiap perhimpunan.
1.12 Murid-murid obes perlu dikenalpasti dan ujian segak dijalankan. Program-program perlu dijalankan
bagi membantu mereka mengurangkan berat badan.
1.13 Program Open Classroom akan dilaksanakan dan sekolah-sekolah berhampiran akan dijemput
sebagai pemerhati.
1.14 Sekolah mempunyai autonomi untuk menjalankan pelbagai program dalam sekolah ataupun yang
melibatkan komuniti dan agensi-agensi luar.
1.15 Setiap anggota sekolah harus mengawasi komunikasi antara mereka supaya sebarang konflik dapat
dielakkan.
1.16 Guru haruslah peka dan cakna akan sebarang perubahan yang berlaku, contohnya, PAK21, TVET dan
Revolusi Industri 4.0. SKPMg2-Standard 4 haruslah menjadi panduan proses kerja.
1.17 Guru juga perlu memastikan PBS yang merangkumi 4 bidang (PBD, Segak,PAJSK, Psikometrik)
dilaksanakan dengan integrity yang tinggi.
1.18 Borang lawatan perlu dihantar sebulan sebelum daripada terikh berangkat ke PPD.
1.19 CRK 10 hari hanya boleh diambil untuk tujuan-tujuan seperti menziarahi ahli keluarga yang tenat,
mengiringi ahli keluarga yang mendapat rawatan, upacara keagamaan, majlis konvokesyen,
perkhawinan dan sebagainya. CRK tidak boleh diambil untuk tujuan pelancongan.

2.0 Perutusan Pengerusi

2.1 Guru besar mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru ke
Mesyuarat Kurikulum Sekolah Bil 1/2020.
2.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat hari ini.
2.3 Guru besar telah meluahkan harapan beliau supaya semua guru berganding bahu dalam
mengerakkan sekolah ini ke arah yang cemerlang dalam semua bidang. Setiap aspek yang mampu
membawa kejayaan akan diperhalusi dan diberi keutamaan supaya dapat meningkatkan prestasi
sekolah.
2.4 Guru-guru diminta menyediakan headcount bagi setiap matapelajaran yang diajar.
2.5 Rekod pengajaran harian perlu disediakan sama ada ditulis ataupun ditaip pada setiap hari
persekolahan. Rancangan tahunan dan DSKP perlu disimpan dalam sebuah fail. Ia mesti dibawa ke
kelas pada setiap masa.
2.6 Beliau turut meminta guru-guru agar memberi perhatian yang sepenuhnya semasa menulis objektif
pembelajaran dan hasil pembelajaran bagi memudahkan PdPc yang efektif.
2.7 Beliau juga berharap guru-guru peka terhadap hukuman yang diberikan kepada murid agar lebih
bersifat membetul kesilapan mereka. Penggunaan rotan dan mengeluarkan kata-kata kesat dilarang
sama sekali semasa PdPc.
2.8 Guru besar menjelaskan bahawa pemantauan dan pencerapan adalah untuk meningkatkan mutu
profesionalisme keguruan.
2.9 Guru besar memberitahu bahawa semua perancangan UPSR haruslah berpandukan target yang
ditetapkan pada awal tahun.
2.10 Guru besar berharap sekolah kita boleh mendapat pencapaian lebih tinggi dalam UPSR pada tahun
2020.
2.11 Beliau berkata semua guru layak untuk mengambil cuti rehat dan guru-guru perlu membuat
perancangan awal dalam pengambilan cuti rehat.

Makluman: Semua guru

3.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

3.1 En. Kalaimani mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum Sekolah Bil 1/2020
dan mengucapakan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana menghadiri mesyuarat.
3.2 Beliau juga meminta guru-guru agar memberi kerjasama yang padu untuk menjayakan segala
program yang akan dirancang bagi tahun 2020.
3.3 Guru-guru dikehendaki membetulkan ralat dalam e-operasi terutama jawatan guru dan tarikh
kenaikan pangkat dan gaji.
3.4 Data guru perlu dikemaskini untuk memudahkan urusan pertukaran, kenaikan pangkat dan
sebagainya.
3.5 Program HIP melibatkan semua guru. Aktiviti boleh dijalankan dalam kelas, luar kelas, kelas
tambahan dan outreach (ibubapa dan murid).
3.6 Semua warga sekolah mesti mengetahui tentang Program HIP dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
3.7 Guru-guru digalakkan menggunakan ICT dalam PdPc selaras dengan usaha kerajaan dalam
memupuk Pembelajaran Abad 21.
3.8 Guru-guru harus meningkatkan peratus kelulusan murid agar sekolah kita dapat mencapai sasaran
yang ditetapkan.
3.9 Guru-guru juga perlu melatih murid-murid menjawab soalan berdasarkan format UPSR yang terkini.
Unsur-unsur KBAT perlu diterapkan dalam PdPc .
3.10 Meminta guru-guru agar merancang PdPc dengan teliti serta mempunyai latihan pengayaan dan
pemulihan.
Makluman: Semua guru
4.0 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 2/2019
4.1 Minit Mesyuarat Bil 2/2019 dibentangkan.
4.2 Minit mesyuarat disahkan oleh Pencadang Pn. R.Neelavathy dan disokong oleh En.Ratnavell.
Makluman: Semua guru
5.0 Perkara Berbangkit
5.1 Guru Besar meminta ketua panitia agar menjalankan semua aktiviti yang dirancang oleh panitia
mengikut takwim.
5.2 En.R.Kalaimani meminta semua Ketua Panitia menyerahkan laporan setiap program yang dijalankan
dalam jangkamasa dua minggu dari tarikh perlaksanaan.
Tindakan: Ketua Panitia

5.3 En. Kalaimani meminta guru-guru agar memberi perhatian kepada pelaksanaan MBMMBI. Ia harus
dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Tindakan: Semua guru yang mengajar matapelajaran BM dan BI

6.0 Perbincangan Profesional

6.1 Info PPPM - 6 Aspirasi Murid

6.1.1 En.R.Kalaimani memberi penerangan ringkas tentang 6 Aspirasi Murid. Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini
juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi
kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan
mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

 KEMAHIRAN MEMIMPIN
Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja
berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal

 ETIKA & KEROHANIAN


Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran
kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan yang tepat

 KEMAHIRAN DWIBAHASA
Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan

 IDENTITI NASIONAL
Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama etnik atau status sosioekonomi akan berasa bangga dikenali
sebagai anak MALAYSIA

 PENGETAHUAN
Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung
kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru

 KEMAHIRAN BERFIKIR
Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras
seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia
Makluman: Semua guru

6.2 Pengajaran dan Pembelajaran / Pengurusan Kelas Abad ke-21


6.2.1 Bilik darjah diurus dengan baik supaya kaedah pembelajaran cara tradisional mampu diubah
kepada kaedah pembelajaran abad ke-21. Penerapan kaedah dan ilmu pedagogi yang kreatif
dalam PdPc mampu merangsang minda murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran
pemikiran aras tinggi lalu menjadikan merela lebih kompetitif.
6.2.2 Guru besar meminta supaya guru-guru memantapkan lagi teknik penyoalan mereka semasa
PdPc. Kaedah penyoalan harus berunsur divergen dan merangsang pemikiran bercapah.
6.2.3 Objektif pembelajaran harus diterangkan kepada murid dan ditulis pada papan putih. Ini
membolehkan murid-murid lebih bersedia dan bersemangat utnuk melibatkan diri dalam
pembelajaran.
6.2.4 Guru-guru wajar menitikberatkan unsur-unsur KBAT dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
6.2.5 PK Pentadbiran mengucapkan syabas dan terima kasih kepada guru-guru kelas yang telah
menyediakan bilik darjah yang mempunyai unsur-unsur bilik darjah abad ke-21. Sudut-sudut
yang diwujudkan sudah pastinya mampu merealisasikan aspirasi sekolah untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid lalu membantu menjana pemikiran
murid.
6.2.6 Guru-guru harus menyemak buku latihan dan buku aktiviti murid dengan betul dan teliti.
Setiap muka surat harus dipastikan telah disemak
6.2.7 Teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran wajar dipelbagaikan supaya murid minat
dan kekal aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan: Guru Matapelajaran

6.3 Audit PAT/2019


6.3.1 Guru Kelas membentangkan Keputusan PAT kelas masing-masing. (Lampiran
disertakan)
6.3.2 Guru besar menyatakan bahawa keputusan murid bagi PAT 2019 adalah memuaskan.
Namun demikian, masih ada lagi ruang untuk diperbaiki.
6.3.3 Guru besar juga meminta guru-guru agar meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti murid
agar mencapai sasaran sekolah.
6.3.4 En. Kalaimani meminta guru-guru agar memberi komitmen yang tinggi untuk
meningkatkan kualiti pencapaian murid-murid agar kita dapat skor yang tinggi dalam
SKPM.
6.3.5 Beliau juga meminta semua ketua panitia berbincang secara mendalam tentang
pencapaian murid dalam setiap matapelajaran untuk meningkatkan peratus kelulusan
murid dalam PKSR 1, 2020.

6.4 SKPMg2
6.4.1 En.R.Kalaimani meminta guru-guru merujuk kembali semua maklumat yang diisi
mengikut bidang masing-masing.
6.4.2 Eviden pelaksanaan perlu ditulis dengan tepat serta skor yang diberi perlu relevan.
Makluman: Semua guru
6.5 Perancangan Panitia /Kewangan
6.5.1 Jumlah fail Panitia telah dikurangkan kepada 2 dengan hanya memberi tumpuan
kepada skop-skop penting.
6.5.2 Guru besar meminta ketua panitia agar merancang dan menjalankan program
mengikut takwim panitia.
6.5.3 Selain daripada itu, beliau juga memberitahu bahawa guru-guru agar menggunakan
sumber kewangan panitia dengan betul. Segala perbelanjaan panitia perlulah
berdasarkan arahan perbendaharaan yang berkuatkuasa. Ketua panitia harus
memastikan peruntukan PCG digunakan secara berhemah bagi meningkatkan
pengurusan MP berkenaan.
6.5.4 Segala program yang akan dijalankan perlu disertakan dengan kertas kerja.
Makluman: Semua guru
6.6 KSSR / PBD
6.6.1 Guru-guru harus meyediakan templet perekodan murid dan mencatatkan tahap
pencapaian murid.
6.6.2 En. M.Ratnavell meminta guru-guru mengisi perekodan pelaporan murid dan
menghantar kepada ketua panitia.
6.6.3 Ketua Panitia diminta mengutip semua perekodan pelaporan murid bagi panitia
masing-masing dan menyimpannya dalam Fail PBD.
6.6.4 Guru-guru juga diminta menyimpan satu salinan perekodan pelaporan murid bagi
matapelajaran yang diajar masing-masing.
Makluman: Semua guru

6.7 KELAS BERCANTUM


6.7.1 Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred di
sekolah berenrolmen 30 dan ke bawah merupakan strategi jangka pendek Initiatif 40:
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid. (Surat Pekekeliling Ikhtisas KPM
Bil. 9 Tahun 2017)
6.7.2 Strategi ini dilaksanakan di sekolah yang bilangan murid dan nisbah murid kepada guru
yang kecil.
6.7.3 Pelaksanaan kelas bercantum akan dapat meningkatkan kecekapan guna tenaga guru.
6.7.4 Sekolah kita telah melaksanakan kelas bercantum sejak Januari 2018. Tahun 2 dan 3
telah dicantumkan; Tahun 4 dan 5 telah dicantumkan.
6.7.5 Tahun 1 dan tahun 6 tidak dicantumkan.
6.7.6 Pelaksanaan kelas bercantum akan memberi kesan kepada bilangan guru dan beban
guru akan bertambah. Tambahan lagi, bagi tahun 2020 sekolah tidak mempunyai
pendaftaran murid tahun 1. Ini mungkin akan memberi kesan kepada bilangan guru.
Guru-guru perlu perlulah bijak menguruskan masa antara mesyuarat, kursus, taklimat
dan sebagainya.
6.7.7 Guru-guru yang mengajar kelas bercantum diminta mengambil initiatif supaya
menyediakan RPT yang isi pembelajaran yang berkaitan antara setiap darjah boleh
diajar bersama. Dengan ini, diharap PdPc yang berkesan dapat dilaksanakan.
Makluman: Semua guru
6.8 Pemulihan
6.8.1 Guru juga harus melakukan kesinambungan diantara Standard kurikulum, konstruk
Linus dan kemahiran pemulihan.
6.8.2 Aktiviti pembelajaran harus menjurus kepada 3 komponen ini.
6.8.3 Pekeliling telah dikeluarkan mengenai murid tahun1 tidak boleh dicalonkan untuk
kelas pemulihan. (KPM 600-1/3/53Jld.2(35) bertarikh 31 Mei 2017.
6.8.4 Guru pemulihan harus menjalankan
 Ujian diagnostik (pada awal tahun)
 Ujian IPPKAM (Matematik Tahun 4, 5, 6)
 Ujian IPP2M (Bahasa Melayu Tahun 4, 5, 6)
 Instrumen Disleksia
 Instrumen masalah pembelajaran
Makluman: Semua guru
6.9 Pusat sumber /ICT / Frog / Nilam
6.9.1 En.Ratnavell meminta guru-guru mematuhi jadual penggunaan PSS.
6.9.2 Guru-guru diminta memberi galakan kepada murid-murid supaya membaca buku dan
merekod dalam rekod nilam.
6.9.3 Guru kelas diminta kerap semak rekod nilam murid-murid supaya lengkap.
6.9.4 Guru-guru diminta mengakses Google Classroom untuk berkongsi maklumat sesama
rakan pendidik serta mengoptimumkan penggunaannya.
6.9.5 Guru besar memotivasikan guru-guru agar menggunakan Google Classroom semasa
PdPc serta menggunakannya sebagai pentaksiran murid.
6.9.6 Guru besar meminta semua guru agar menggalakkan pembacaan nilam serta meminta
guru-guru menggunakan bahan bacaan yang terdapat dalam PSS secara optimum.

Makluman: Semua Guru


6.10 Ujian Diagnostik
6.10.1 En.R.Kalaimani berkata Ujian diagnostik perlu dijalankan untuk semua murid tahun 6.

Makluman: Semua Guru


6.11 MBMMBI
6.11.1 En.R.Kalaimani meminta guru-guru BM dan BI perlu mengoptimumkan penggunaan
CD MBMMBI Tahap 1, Tahun 3, 4, 5 dan 6 dengan sebaik mungkin demi kebaikan
murid-murid.
6.11.2 Penggunaan CD MBMMBI dapat meningkatkan lagi mutu PdPc dan penguasaan
kemahiran bertutur dan bertulis murid-murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
6.11.3 Beliau menjelaskan bahawa guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu akan
bertanggungjawab untuk menjalankan program MBMMBI setiap minggu.
Makluman: Semua Guru

6.12 Pencerapan / Pemantauan / Pemeriksaan Buku Latihan


6.12.1 Pemantauan pdp akan diadakan dari semasa ke semasa.
6.12.2 Pemantauan tidak berkala juga akan diadakan sepanjang tahun.
6.12.3 Guru-guru diminta menghantar buku latihan untuk dicerap mengikut jadual yang
diberikan.
Makluman: Semua Guru

6.13 LDP
6.13.1 En.M.Madhan berkata rumusan hari berkursus telah dicetak dan ditunjuk kepada Guru
besar.
6.13.2 Semua staf telah mencapai hari berkursus 5 hari pada tahun 2019.
6.13.3 LDP 5 hari diwajibkan dan pekeliling sudah keluar. Walaupun begitu, JPN
menggalakkan LDP sebayak 7 hari.
6.13.4 Setiausaha tidak boleh padam nama staf dalam SPLKPM mulai 2017. Nama staff boleh
dipadam melalui e-operasi.
6.13.5 Guru-guru boleh memohon senarai LDP yang ditawar secara terbuka melalui modul
individu.
6.13.6 6 jam berkursus dikira sebagai 1 hari berkursus.
6.13.7 Bagi pembantu tadbir perhimpunan mingguan boleh dikira sebagai jam LDP dengan
syarat kehadiran direkodkan.
6.13.8 Minimum jam perhimpunan mingguan yang dikira sebagai LDP adalah 18 jam sahaja.
6.13.9 JPN menggalakkan perhimpunan mingguan direkod 3 bulan sekali.
6.13.10 Jika kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM tidak ditawarkan, guru perlu
membuat aduan melalui modul individu. Aduan mesti mempunyai nombor rujukkan
surat panggilan dan kod penganjur.
6.13.11 Walaupun nama telah didaftarkan dalam kursus tawaran di SPLKPM, guru perlu
menghadirkan diri ke kursus tersebut setelah mendapat surat secara rasmi.
6.13.12 Sebelum membuat aduan, guru-guru boleh menghubungi pegawai berkenaan melalui
talian telefon.
6.13.13 Aktiviti PLC dan senarai bimbingan dan pementoran boleh dimasukkan dalam SPL
KPM- Nombor rujukkan surat mesti dinyatakan.
6.13.14 Pembelajaran kendiri dibahagi kepada:
- Pembacaan buku – (Syarat mengikut pekeliling LDP 20 Dis 2010)
- E-pembelajaran – EPSA ( surat atau sijil tamat kursus difailkan)
- Penyelidikan – thesis sarjana dan kedoktoran
- Penulisan & pengkaryaan kreatif – pembinaan modul yang disahkan oleh ketua jabatan (minimum
12jam)
- Program sangkutan di luar dan dalam KPM
- Sumbangan lain berbentuk professional dan bukan professional – AJK PIBG/ NGO,
Hakim/Pengawas UPSR/ Juru latih/penyelaras aktiviti.
- Peningkatan akademik – Tahap Pendidikan (tahun semasa)
- Inovosi

6.14 Peperiksaan
6.14.1 Selesaikan semua pengisian TOV – ETR bagi semua mata pelajaran yang diajar.
6.14.2 Jadual peperiksaan akan diberi oleh setiausaha peperiksaan.
6.14.3 Guru-guru tahun 6 diminta membuat analisa, postmortem, analisis item dan
diognastik bagi peperiksaan percubaan.

6.15 PKJR
6.15.1 Buku PKJR telahpun diedarkan kepada murid.
6.15.2 Guru BM diminta menggunakkan buku PKJR dalam PdP.
6.15.3 Guru digalakkan memggunakan bahan bantu mengajar PKJR yang disimpan dalam bilik
BBM.

7.0 Hal-Hal Lain


7.1 En.R.Kalaimani berharap semua ketua panitia akan mengadakan mesyuarat panitia masing-masing
selepas ini berpandukan agenda kurikulum.
7.2 Guru besar berharap guru-guru dapat mencari jalan penyelesaian yang lebih efektif bagi murid-murid
yang tidak membuat kerja rumah. Beliau juga turut menasihati guru-guru bahawa menghukum murid
bukannya jalan penyelesaian yang baik.
7.3 Guru-guru diminta hanya menggunakan dua buah buku latihan sahaja bagi setiap mata pelajaran. Ini
adalah sangat penting bagi mengurangkan berat beg sekolah yang dibawa oleh murid-murid. Murid-
murid juga perlu dilatih untuk membawa buku-buku berdasarkan jadual waktu yang telah diberikan.
Taklimat ringkas akan diberikan kepada para ibu bapa semasa mesyuarat Agung PIBG pada bulan Mac
2020.
7.4 Diminta guru ganti menjalankan PdPc mengikut jadual kelas.
7.5 Kawalan kelas dan pengurusan bilik darjah perlu diberi keutamaan.
7.6 Penggunaan buku teks haruslah dioptimumkan oleh guru-guru.
Makluman: Semua guru

8.0 Penangguhan Minit Mesyuarat

7.1 Setiausaha telah mengucapkan terima kasih kepada para hadirin dan berharap guru-guru memberikan
kerjasama yang sepenuhnya dalam program-program yang dirancang pada masa hadapan.
7.2 Mesyuarat telah ditangguh pada pukul 4.30 petang .
Makluman: Semua guru

Disediakan oleh, Disah Oleh,

…………………........ …………………........

(En.M.Ratnavell)