Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak
asing lagi bagi guru. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi
mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini.
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di
anggap baru oleh seseorang. Projek inovasi saya adalah berkaitan dengan bagaimana
permainan digital simpulan bahasa ini dapat mengatasi masalah sukar untuk menguasai dan
memahami simpulan bahasa. Menggambarkan daripada fakta bahawa terdapat kekurangan
dalam prestasi kanak-kanak sekolah rendah dalam subjek Bahasa Melayu, saya telah
mengambil keputusan untuk membina satu inovasi berkaitan dengan simpulan bahasa. Oleh
itu, projek inovasi dalam Pdp ini diharap dapat memupuk semangat dan minat murid-murid
untuk menguasai dan memahami simpulan bahasa yang dianggap sukar, membosankan dan
tidak menarik perhatian mereka.Sehubungan dengan itu, “PERMAINAN SIBA” merupakan
permainan yang dihasilkan untuk menyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
topik simpulan bahasa. Projek ini akan dihasilkan dengan menggunakan “Power Point”.
Kandungan projek ini ialah mengandungi nota simpulan bahasa, pelbagai jenis permainan
dan kuiz.

2.0 RASIONAL
i) memberi kelainan dalam proses pengajaran di dalam kelas
ii) melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu
iii) mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar
iv) meningkatkan minat murid dalam mempelajari simpulan bahasa.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Projek inovasi yang dilakukan ini berfokus pada masalah sukar untuk menguasai dan
memahami simpulan bahasa. Simpulan bahasa begitu signifikan dalam pengajaran bahasa.
Berdasarkan pemerhatian ramai murid yang tidak dapat menguasai simpulan bahasa dengan
baik. Ini adalah kerana mereka mendapati simpulan bahasa ini amat membosankan. Selain
itu, murid juga tidak dapat mengenal pasti simpulan bahasa yang terdapat dalam ayat.

Justeru diharap agar bahan inovasi ini dapat membantu dalam proses pembelajaran dan
pengajaran simpulan bahasa yang lebih menarik.

4.0 OBJEKTIF

1)Murid-murid dapat mengenal pasti penggunaan simpulan bahasa yang terdapat dalam ayat.

2) Menigkatkan minat murid dalam mempelajari simpulan bahasa dengan mudah.

3) Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tahun 4 Olukam, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Cheroh yang kurang
menguasai simpulan bahasa dengan betul.

6.0 KEPENTINGAN PROJEK INOVASI


Hasil penelitian dan penganalisaan, item berkaitan tatabahasa merupakan item wajib dan
perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari topik-topik lain seperti ayat
atau sintaksis. Selain itu, dengan menguasai simpulan bahasa murid-murid dapat menulis
karangan dengan baik.

Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, satu bahan inovasi


diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat menguasai simpulan bahasa khususnya
dalam matapelajaran Bahasa Melayu agar tidak ketinggalan berbanding dengan murid-murid
lain. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ransangan dari
pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Oleh itu projek
inovasi yang dinamakan “PERMAINAN SIBA” dapat membantu murid-murid menguasai
simpulan bahasa dengan baik dan mudah yang mengandungi nota, pelbagai jenis permainan
dan kuiz.

7.0 ANGGARAN KOS PROJEK INOVASI


BIL JENIS BAHAN JUMLAH KOS
1. TEMPLATE POWER POINT RM 15.00
JUMLAH: RM 15.00

8.0 PLAN PROJEK INOVASI


FEBRUARI MAC APRIL

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2
BIL PROSES

1. Mengenal pasti
masalah

2. Pemilihan tajuk
projek

3. Penghasilan proposal
projek

4. Pembentangan
proposal dan
persetujuan
pensyarah

5. Penambahbaikan
projek

6. Penghasilan projek
7. Pengesahan hasil
produk oleh
pensyarah

8. Mempromosikan
projek

9. Menghantar projek
inovasi

10. Penghasilan laporan


projek inovasi

9.0 KESIMPULAN

Perancangan projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan.
Saya berharap projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak
langsung untuk memantapkan lagi pengajaran di bilik darjah pada masa depan.