Anda di halaman 1dari 4

3.3.

1 DEFINISI TOTAPS DAN RICER

a) TOTAPS

TOTAPS digunakan untuk menilai tahap kecederaan dan rawatan perubatan yang diperlukan

atlet. TOTAPS membawa maksud talk, observe, touch, active movement, passive movement

dan skill test. Berikut adalah cara yang perlu dipatuhi apabila berlaku kecederaan kepada

atlet:

i. Talk (bercakap)

-Perkara yang perlu ditanya ialah tempat kecederaan, cara berlaku, kedengaran bunyi yang

abnormal semasa kecederaan berlaku dan lain-lain maklumat penting.

ii. Observe (pemerhatian)

-Perkara yang perlu diberi perhatian ialah tahap kesedaran, posisi badan, saiz, lokasi,

bentuk, warna kulit, anak mata dan ekspresi muka.

iii. Touch (sentuh)

-Sentuh dan rasa jika terdapat kelainan seperti ketulan, lekukan, bengkak, rasa panas dan

kesakitan pada kawasan yang cedera.

iv. Active movement (pergerakan aktif)

-Lakukan ujian fungsional pada bahagian sendi dengan memberi arahan untuk

menggerakkan anggota badan yang cedera dan nilai kemampuan mangsa untuk bergerak.
v. Passive movement (pergerakan pasif)

-Gerakkan secara perlahan bahagian yang cedera dengan memberi fokus kepada julat

pergerakan normal. Perhatikan reaksi atlet dan periksa jika kecederaan mengakibatkan

pergerakan yang tidak stabil.

vi. Skill test (ujian kemahiran)

-Setelah semua prosedur di atas dilaksanakan dan atlet tidak menunjukkan rasa sakit,

lakukan ujian kemahiran spesifik kepada aksi yang diperlukan untuk memastikan atlet

bersedia untuk kembali beraksi.


b) RICER

RICER digunakan untuk mengurus kecederaan bertujuan mengurangkan bengkak,

kesakitan dan mencegah daripada menjadi lebih serius. Akronim RICER membawa

maksud rehat (rest), ais (ice), penekanan (compression), meninggikan (elevation) dan

rujukan (referral).

I. Rest (rehat)

-Rehatkan bahagian yang cedera. Sekiranya rasa sakit masih tidak hilang, atlet terlibat

disarankan untuk berhenti daripada meneruskan permainan.

II. Ice (ais)

-Jumlah kekerapan penggunaan ais berbeza mengikut tahap dan tempat kecederaan.

Tempoh 72 jam pertama selepas kecederaan, tuam ais selama 10 minit untuk setiap

satu jam. Tuam ais selama 15 hingga 20 minit di kawasan yang cedera sekurang-

kurangnya 3 kali sehari selagi masih mengalami kesakitan dan keradangan. Lapik

bahagian cedera dengan sapu tangan atau balut dengan bandage sebelum meletakkan

pek ais untuk mengelakkan frost-bite pada kulit.

III. Compression (penekanan)

-Tekanan perlu dilakukan pada kawasan yang cedera dengan menggunakan pembalut,

bandage atau kain. Langkah ini bertujuan membantu mengurangkan pendarahan dan

bengkak. Ikat kain balutan pada kawasan yang cedera dengan kemas dan tidak begitu

ketat.
IV. Elevation (meninggikan)

-Meninggikan bahagian badan yang cedera ke paras lebih tinggi dari aras jantung

adalah penting. Elevation bertujuan merendahkan tekanan hidrostatik kapilari dan

mengurangkan kadar cecair keluar dari kapilari dan masuk ke dalam tisu yang boleh

menyebabkan berlakunya edema.

V. Referral (rujukan)

-Rujuk atlet yang cedera kepada pakar perubatan dengan segera supaya penilaian yang

spesifik dapat dilaksanakan untuk merawat kecederaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai