Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

SMK BAWANG ASSAN 2015

Agenda MC Teks Catatan


Persediaan 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.
2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
bersorak sepanjang majlis berlangsung.
4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan
keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:
i. Sebelum & selepas nyanyian lagu
ii. Sebelum & selepas bacaan doa
6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Ketibaan Mengumumkan ketibaan En. Embark ak Tani, Yang DiPertua AJK


tetamu PIBG SMK Bawang Assan, dengan diiringi En. Kandou ak Protokol
jemputan Ngadi, Pengetua SMK Bawang Assan, barisan penolong kanan,
serta para guru masuk ke dalam dewan.

- Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing –

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Dihormati
En. Embark ak Tani, Yang DiPertua PIBG SMK Bawang Assan,
Yang Berusaha
Encik Kandou ak Ngadi, Tuan Pengetua SMK Bawang Assan,
Yang dihormati
En. Jeffery Stephen Mikai, Pen. Kanan Pentadbiran SMK
Bawang Assan,
En. Jarit ak Jugah, PK HEM SMKBA,
En. Patrick Gerijeh, PKKK SMKBA,
Barisan Guru Kanan, guru-guru, ibu bapa, para pelajar dan
hadirin yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Sehati Sejiwa AJK Siaraya
lagu serta Selamat Datang ke Majlis Sambutan Bulan Penghayatan -lagu
Kemerdekaan peringkat SMK Bawang Assan bagi tahun 2015.
Sambutan pada tahun ini merupakan hasil kerjasama antara
Panitia Sejarah, Panitia Sivik & Kewarganegaraan serta
Pengurusan Asrama SMK Bawang Assan.

Tarian ngajat menjadi warisan


Ditari oleh si anak muda
Hari Kebangsaan kita raikan
Bersama tema Sehati Sejiwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, hadirin diminta berdiri
bagi menyanyikan lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Ibu
Pertiwiku.
- Nyanyian lagu –

Bacaan doa Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian yang
penuh semangat sebentar tadi.
Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar majlis
kita pada pagi ini diberkati oleh-Nya.

Kemerdekaan dikecap si anak watan


Patriotisme menyubur di dalam jiwa
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan En.


Azairudin b. Abd. Aziz untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –
Pembuka Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Azairudin atas
majlis bacaan doa sebentar tadi.
&
Bacaan Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Rukun seperti yang kita semua sedia maklum, majlis kita pada pagi ini
Negara adalah bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan
& Penubuhan Malaysia yang telah kita nikmati selama 58
tahun.
Bermula pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya
mengikut tahun. Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara
Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak kerana
penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16
September.

Bagi menzahirkan rasa kecintaan dan kesetiaan yang tidak


berbelah bahagi terhadap negara Malaysia yang kita cintai ini,
marilah kita bersama-sama membacakan ikrar Rukun Negara.
Dengan ini, majlis menjemput Ketua Pengawas SMK Bawang
Assan, Tony Senaun ak Johannes Ayum bagi mengetuai
bacaan ikrar Rukun Negara.
Dipersilakan.

Ucapan alu- Terima kasih diucapkan kepada adik Tony Senaun atas bacaan
aluan Tuan ikrar Rukun Negara sebentar tadi.
Pengetua
Seterusnya, marilah kita mendengar pula amanat yang akan
disampaikan oleh ayahanda Tuan Pengetua yang dikasihi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Kandou ak


Ngadi, Pengetua SMK Bawang Assan untuk memberikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan Pengetua –
Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas *jika YDP PIBG
tidak dapat hadir,
perasmian ucapan yang cukup ringkas & padat sebentar tadi.
majlis akan
dirasmikan oleh
Tuan Pengetua
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis


dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan En.
Embark ak Tani selaku Yang DiPertua PIBG SMK Bawang
Assan untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Sambutan Bulan Penghayatan Kemerdekaan SMK
Bawang Assan bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan Perasmian -

Ucapan wakil Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Embark ak Tani atas
pelajar ucapan perasmian sebantar tadi.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kehadiran kita semua pada pagi ini bukan hanya sekadar untuk
mewarnai program ini tetapi juga bertujuan untuk menzahirkan
rasa bangga dan cinta kita kepada tanah air. Ia bukan hanya
berkisar tentang mengibarkan Jalur Gemilang, dan laungan
Merdeka, tetapi bagi memahami, menghayati dan
menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendalami erti kemerdekaan serta signifikan tema Sehati


Sejiwa, marilah kita bersama-sama mendengar satu perutusan
khas yang akan disampaikan oleh wakil pelajar Ting. 5 sebagai
mewakili suara generasi muda harapan masa depan negara.
Dengan sukacitanya, majlis ingin menjemput adik Jeffery
Limbi ak Empaga selaku mantan Ketua Pengawas SMK
Bawang Assan bagi menyampaikan ucapan kemerdekaan
2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan wakil pelajar -


Deklamasi Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh adik AJK Aktiviti
sajak Jeffery Limbi sebentar tadi. / Program
Hadirin sekalian, sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
pada tahun ini, ahli jawatankuasa penganjur telah mengadakan
beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang telah
diadakan ialah pertandingan kelas patriotik, pertandingan koir,
pertandingan deklamasi sajak serta melukis poster
kemerdekaan.

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, tirai persembahan akan dimulakan oleh adik


…………………………………… dari kelas ……….yang akan
mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk
……………………………………………………………
Dipersilakan.

Persembahan Terima kasih diucapkan kepada adik …………………………….. AJK Aktiviti


koir atas deklamasi sajak sebentar tadi. / Program
Seterusnya, mari kita saksikan pula persembahan koir yang
akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan ……
yang diketuai oleh ………………………..
Mereka akan menyampaikan lagu bertajuk
……………………………………………………………..
Dipersilakan.

Pertandingan Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan ........ AJK Aktiviti
Kuiz atas persembahan koir yang sungguh merdu sebentar tadi. / Program

Hadirin yang dihormati sekalian,


Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan acara
pertandingan kuiz kemerdekaan.
Untuk itu, saya serahkan majlis ini kepada
............................................................. bagi mengendalikan
acara ini. Dipersilakan.
Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada AJK Hadiah

hadiah ................................................... atas pengendalian sesi


pertandingan kuiz sebentar tadi. Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam
pertandingan kuiz tersebut.
Hadirin sekalian,
Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Peserta teruja menanti keputusan

Kini, tibalah masa untuk kita mendengarkan keputusan bagi


pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena
sambutan bulan kemerdekaan 2015.
Untuk tujuan itu, majlis dengan berbesar hatinya ingin
menjemput dan mempersilakan Yang DiPertua PIBG SMK
Bawang Assan, En. Embark ak Tani, dengan diiringi Tuan
Pengetua SMK Bawang Assan, En. Kandou ak Ngadi bagi
menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Rujuk senarai keputusan pertandingan –

Nyanyian Terima kasih diucapkan kepada En. Embark ak Tani dan En. AJK Siaraya
lagu Kandou ak Ngadi atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
“Sehati
Sejiwa” Hadirin yang dikasihi sekalian,
Kehidupan majmuk rakyat Malaysia membawa kepada
kebudayaan yang berbeza mengikut amalan setiap kaum.
Kepelbagaian inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara
yang unik dan menarik yang perlu diraikan.
Dengan keunikan dari segi cara hidup, tatasusila, dan silang
budaya, kita perlu terus mempertahankan kedaulatan negara
yang kita cintai ini dengan sentiasa bersatu-padu dan saling
bertolak ansur tanpa mengira kaum mahupun agama seiring
dengan tema “Sehati Sejiwa”.

Tidak lengkaplah sambutan kemerdekaan kita tanpa nyanyian


lagu tema sambutan Hari Kebangsaan 2015. Untuk itu, saya
ingin mengajak para hadirin untuk kita sama-sama berdiri dan
menyanyikan lagu “Sehati Sejiwa” dengan penuh semangat.

- Nyanyian lagu -

Laungan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada para hadirin AJK Aktiviti
merdeka atas nyanyian lagu ”Sehati Sejiwa” sebentar tadi. / Program
Seterusnya, majlis menjemput En. Patrick Gerijeh bagi
mengetuai acara laungan ”Merdeka”. Dipersilakan.
Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, kita telah pun tiba di
penghujung majlis.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli
jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakan Sambutan Bulan Penghayatan Kemerdekaan
Peringkat SMK Bawang Assan pada tahun 2015.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua hadirin atas kerjasama yang telah
diberikan.
Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan
Kemerdekaan 2015 memohon ampun dan maaf atas segala
kekurangan,keterlanjuran kata mahupun tersilap bicara
sepanjang majlis berlangsung.

Semoga sambutan ini akan menyemarakkan lagi semangat


patriotisme dalam diri kita terhadap tanah air yang tercinta.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera dan puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian, terima kasih.

Pengumuman
tambahan
Teks disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ......................................
(NURUL HANIM ISMAIL ) (KANDOU AK NGADI)
Pengacara Majlis Pengetua, SMK Bawang Assan

Anda mungkin juga menyukai