Anda di halaman 1dari 15

EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Gladding (2000), bimbingan ialah proses membantu individu


membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi
kehidupannya. Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk
membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh
menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula, bimbingan sebagai proses menolong
individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat
dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi
kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami
perkembangan dan pertumbuhan mental, social, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan
dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan
nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar
diambil pada masa sekarang dan masa depan.

Mc Daniel mengatakan bahawa konsep bimbingan berkaitan dengan


suatu pola perkhidmatan yang melibatkan orientasi dan maklumat berasaskan
pendidikan dan kerjaya inventori untuk individu, kaunseling, penempatan dan
aktiviti susulan kepada klien supaya klien sentiasa mampu menuju ke arah
perkembangan yang baik. Menurut Stone, bimbingan adalah satu proses yang
membolehkan seseorang itu untuk memahami dirinya sendiri dan dunianya.

Arbuckle (1965) mengatakan konsep kaunseling adalah satu proses yang


bermatlamat untuk menolong klien untuk melihat siapa sebenar dirinya, apa yang
dimiliki atau tidak dimiliki, apa yang mudah untuk dilakukan, apa pula yang susah
atau langsung tidak boleh tercapai sesuatu matlamat hidup bagi klien.

Menurut Downie (1970), konsep kaunseling adalah satu proses yang


mana klien dibantu oleh kaunselor untuk memahami dan menerima maklumat

1
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

tentang dirinya dan boleh berkomunikasi dengan orang supaya boleh membuat
sesuatu keputusan yang berkesan berdasarkan pilihan-pilihan hidupnya.

Kaunseling juga adalah suatu proses perhubungan menolong yang


sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional
bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan
menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat
berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.


Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua
persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik
juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien
mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan
perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah


berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan
memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan
masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan
masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut
membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang


menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada
permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan
sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian
masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling


merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam

2
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan
menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Dalam tugasan kali ini, saya dikehendaki membuat pemerhatian dan


analisis pengajaran seorang guru berkaitan dengan kemahiran-kemahiran asas
kaunseling yang diaplikasi oleh guru tersebut dalam pengajarannya. Saya juga
perlu menceritakan pengalaman praktikum dengan memberi contoh bagaimana
Teori Pemusatan Carl Rogers boleh diaplikasikan dalam menangani masalah
murid dalam bilik darjah.

3
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

2.0 ULASAN KRITIS

Layari You Tube http://youtu.be/fSGMMjuhGTA. Sila tonton dengan teliti


video pengajaran ini dan analisis secara kritikal kesesuaian penggunaan
kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh guru tersebut
semasa proses pengajarannnya.

2.1 Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar ialah mendengar isi kandungan yang diperkatakan.


Kemahiran mendengar juga merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar
dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan
perbincangan Antara elemen yang penting di dalam kemahiran mendengar
adalah mendengar isi dan memahami tema perbincangan. Dalam konteks
kaunseling, kaunselor akan mendengar segala luahan hati dan petanda oleh
klien dengan penuh tumpuan secara fizikal. Seseorang kaunselor juga perlu
membuat pemerhatian terhadap klien. Selain itu juga, seseorang kaunselor perlu
membuat penyediaan diri untuk memahami klien.

Di dalam video ini, guru tersebut menggunakan kemahiran mendengar


untuk mendengar respon yang disuarakan oleh murid-muridnya setelah beliau
menyoal murid-murid beliau dengan beberapa soalan. Tujuan kemahiran ini ialah
untuk memastikan pendengaran murid samaada murid tersebut faham ataupun
tidak, kemudian untuk memastikan murid tersebut dengar dan peka dalam sesi
P&P. Dengan cara ini guru dapat tahu siapa murid yang memberi tumpuan di
dalam kelas dan siapa murid yang tidak memberi tumpuan di dalam kelas.

4
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

2.2 Kemahiran Membalas ( Responding)

Antara aspek yang penting di dalam kemahiran membalas adalah penstrukturan.


Dalam konteks kaunseling, matlamat penstrukturan adalah untuk menyediakan
nada dan sruktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan. Kemahiran
membalas juga berperanan untuk memberi dorongan minimum kepada klien.
Kemahiran membalas adalah penting kerana ia akan mendorong klien untuk
terus bercerita. Kemahiran membalas membalas akan menunjukkan kepada
klien bahawa kaunselor sedang mendengar dengan memahami dan mengikuti
apa yang diperkatakan oleh klien.

Antara contoh-contoh kemahiran membalas di dalam video tersebut


adalah seperti:-

-Hmm! Hmm!
,
-Ohh…ohh…
-Menganggukkan
kepala
Kemahiran ini memastikan murid dan guru ada saling memerlukan dan
saling berkomunikasi dalam sesi p&p. Sekiranya guru dan murid tiada kemahiran
ini, seolah-olah guru sahaja yang bercakap di dalam kelas.

2.3 Kemahiran Memberi Perhatian

Dalam Kaunseling, kemahiran memberi perhatian adalah salah satu proses yang
penting daripada kemahiran yang lain. Kemahiran memberi perhatian perlu
dilakukan secara berterusan iaitu dari awal, semasa, dan hinggalah ke akhir sesi
kaunseling. Kemahiran memberi perhatian akan membantu proses membina
hubungan antara kaunselor dengan klien.

Dalam video ini, guru tersebut memberi perhatian terhadap apa yang telah
diresponkan oleh murid tetapi hanya sebahagian murid sahaja. Hanya murid-
murid di bahagian hadapan sahaja yang diberi tumpuan. Sebaliknya murid yang
dibahagian belakang hanya menjadi penonton sahaja.

5
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

2.4 Kemahiran Komunikasi ( Lisan dan Bukan Lisan)

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang


lain. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti
pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat
dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau
membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi,
penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana
seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri
dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan
kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang

Komunikasi komunikasi adalah terbahagi kepada lisan bukan lisan.


Komunikasi lisan (verbal) secara umumnya mengaplikasikan perkataan yang
mudah untuk difahami. Selain itu juga, kemahiran lisan melibatkan respon yang
minima. Kemahiran lisan juga dapat menggambarkan kembali perasaan
seseorang itu. Melalui kemahiran lisan juga, sesorang itu juga dapat merumus
kenyataan dan memberi maklumat yang sesuai.

Komunikasi bukan lisan (Non Verbal) secara umumnya tidak melibatkan


luahan lisan atau unsur percakapan. Antara contoh komunikasi bukan lisan
adalah seperti:-
-Renungan mata yang tidak tajam
-Terlalu kerap mengalih pandangan
-Air muka yang bersahaja
-Gerakan tangan dan kepala menunjukkan
mendengar
-Sentuhan mesra bila perlu
-Kedudukan badan tidak terlalu jauh atau dekat
dan tiada penghalang.

6
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Walaubagaimanapun, terdapat empat perkara yang perlu diberikan


perhatian iaitu kedudukan badan, gerakan badan dan kepala, air muka, dan
nada suara. Dalam video ini, saya melihat guru mempamerkan komunikasi yang
sederhana. Guru memberi perhatian kepada murid hadapan sahaja. Namun
begitu ada pergerakan badan, kepala, air muka dan suara. Saya melihat guru
tegas semasa murid membuat bising. Namun begitu saya juga melihat guru tidak
mempedulikan murid yang membuat bising.

2.5 Kemahiran Menyoal

Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi
kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk
mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor
dan dijawab oleh klien.

Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha


menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu,
soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk
menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa
merasa dirinya terggugat.
Berdasarkan video tersebut, guru ini banyak menggunakan jenis soalan
tertutup. Beliau sentiasa mengemukakan soalan yang ringkas kepada murid dan
murid juga menjawab soalan guru dengan ringkas. Contohnya guru tersebut
bertanya kepada murid “adakah makanan ringan dalah berkhasiat?” dan murid
menjawab “ya”. Walaupun soalan hanya biasa-biasa namun tetapi ia akan
membantu guru untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan tepat.

Dalam pemerhatian video tersebut, guru tersebut banyak menggunakan


kaedah menyoal untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diajar di
hadapan kelas. Dengan menggunakan bantuan bahan bantu mengajar yang
berbentuk bahan maujud iaitu barang makanan seperti gula-gula, sayur-sayuran,
keropok segera dan sebagainya. Cikgu Norhayati akan bertanya setiap barangan
yang diletakkan di dalam raga sama ada barangan tersebut makanan tersebut

7
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

berkhasiat atau tidak. Dengan cara tersebut, Cikgu Norhayati dapat mengetahui
sama ada murid-muridnya dapat membezakan di antara makanan berkhasiat
atau tidak berkhasiat semasa mengajar di dalam kelas.

2.6 Kemahiran Dorongan Minimum

Kemahiran dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan


dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima
merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang
menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara
contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m, teruskan, “lepas itu”,
“kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh…. ”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di
dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.

Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk


menggalakkan klien terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang
mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong


minima adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian, menolong
penerokaan kendiri klien, supaya klien terus bercakap dan mempengaruhi arus
perbualan di antara klien dan kaunselor

Kemahiran dorongan minimum juga adalah respons ringkas oleh


kaunselor atau guru terhadap muridnya untuk menandakan bahawa dia
mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien atau murid. Dalam
konteks kaunseling, dorongan minimum dapat menggalakkan klien untuk terus
meluahkan masalah dan pandangan dengan lebih mendalam. Contohnya adalah
seperti menganggukkan kepala, perkataan “saya faham”, “teruskan”, “ya”, dan
sebagainya. Di dalam video tersebut, Cikgu Norhayati akan memberi respons

8
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

terhadap jawapan murid dengan perkataan “hmm”. Sepatutnya guru memberi


banyak dorongan bagi menarik minat murid untuk terus belajar.

9
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

3.0 ULASAN REFLEKTIF

Berdasarkan pengalaman anda semasa praktikum, justifikasikan dengan


contoh bagaimana Teori Pemusatan Perorangan Carl Rogers dapat
membantu anda dalam menangani masalah-masalah murid dalam bilik
darjah.

Teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki
oleh seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya,
pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji, diselidik dan
diramalkan. Teori juga merupakan suatu andaian yang mengandungi beberapa
idea dan pandangan daripada tokoh- tokoh bertujuan menjelaskan sesuatu
kejadian atau fenomena. Kepentingan teori kepada kaunselor ialah ia dapat
memberi maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang
kaunselor.

Menurut Doktor Khoo Bee Lee di dalam bukunya yang bertajuk


‘”Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak”, Teori Pemusatan Perorangan Carl
Rogers mengatakan bahawa kaunselor perlu menimbulkan suasana yang
mewujudkan perasaan bebas pada klien untuk meneroka dirinya dan
masalahnya. Maksudnya di sini adalah murid perlu diberi kebebasan untuk
melihat potensi yang ada dalam dirinya.

Contohnya semasa pengalaman saya menganti kelas pada waktu Seni.


Murid perlu diberi kebebasan untuk melukis bukan sekadar terikat dengan
sukatan ataupun tema. Kebebasan yang diberikan mungkin akan meninjolkan
lagi bakat murid-murid tersebut dalam lukisan. Selain daripada itu, saya juga
beranggapan kebebasan murid juga perlu diberi dalam proses pembelajaran di
dalam kelas. Sebagai contoh dalam teknik belajar. Ada murid yang suka belajar
secara membaca. Ada yang juga yang suka melukis peta minda dan ada yang
suka membuat latihan sahaja. Justeru itu saya sebagai guru perlu memberi

10
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

kebebasan kepada mereka agar mereka minat untuk belajar.

Dalam Teori ini, Carl Rogers juga percaya bahawa manusia berhak untuk
mempunyai pendapat dan pemikiran serta mengawal destinasi hidup, dan bebas
mengejar minat selagi tidak membuat kacau terhadap orang lain. Ini bermaksud
manusia berhak untuk melakukan apa sahaja yang dia hendak buat selagi dia
tidak menyusahkan hidup orang lain.

Dalam pemerhatian saya dahulu di Sekolah Kebangsaan Pangkal


Meleret, saya melihat guru bersifat Autokratik. Murid dimarahi tanpa memberi
peluang untuk meminta maaf dan memperjelaskan keadaan jika tidak mengikuti
apa yang disuruh. Kesannya adalah murid berasa tertekan di dalam kelas. Tidak
sepatutnya bagi seseorang guru untuk mengekang seseorang murid dengan
mengajar mengajar di dalam kelas sahaja. Sepatutnya proses pengajaran dan
pembelajaran harus di lakukan di luar kelas supaya murid tidak berasa bosan
dan tidak rimas dengan keadaan kelas. Mereka juga tidak akan muak melihat
suasana pembelajaran yang sama setiap kali mereka hadirkan diri ke sekolah.
Sebagai guru, perlu ada ruang untuk murid menunjukkan bakat dan ruang untuk
berjaya.

Manusia terdesak secara semula jadi untuk memajukan diri dan sentiasa
menuju ke arah kesejahteraan diri. Seseorang itu juga berkemampuan untuk
menilai sesuatu pengalaman yang dirasainya positif sebagai positif dan juga
menilai sesuatu pengalaman yang dirasainya negatif sebagai negatif. Sebagai
contoh di dalam kelas ada murid yang suka bermain dan ada yang suka belajar.
Hal ini akan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan konsep kendiri
murid-murid. Murid-murid suka bermain dan ada murid-murid suka belajar. Jika
mereka tidak mahu belajar, mereka tidak memberitahu di dalam kelas, namun
mereka meluahkan dari segi tidak mahu memberi perhatian di dalam kelas.

Carl Rogers juga mengatakan bahawa seseorang individu itu adalah unik,
berpotensi untuk berkembang, boleh dipercayai dan manusia berkeupayaan
untuk menyelesaikan masalah untuk kesempurnaan. Contohnya semasa saya

11
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

menjalani praktikum di tiga buah sekolah sebelum ini, saya mendapati bahawa
setiap murid yang saya ajar mempunyai potensi yang sangat besar. Pengalaman
saya mengajar kelas hujung di sekolah sebelum ini benar – benar menguji saya
kerana kurangnya minat murid untuk mengikuti pengajaran. Namun setelah saya
mengamalkan teknik terapi bermain di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, ternyata mereka mulai seronok dan mula membuka mulut.
Mungkin kerana guru-guru lain hanya memberikan mereka lembaran kerja dan
soalan latihan sahaja, dan tiada kelainan dalam pengajaran. Mungkin ini telah
menyebabkan mereka bosan dengan guru dan tidak mahu bercakap. Sikap guru
seperti ini seolah-olah melepaskan batuk di tangga mengajar di dalam kelas.
Justeru itu kita perlu kreatif dan inovasi dalam mengajar murid-murid walaupun
dari kelas hujung.

Carl Rogers juga menekankan bahawa seseorang individu itu boleh


membimbing dan mengawal diri sendiri. Sebagai contoh murid yang tidak
membawa buku dan yang sering menimbulkan masalah didalam kelas, boleh
dibimbing dengan peneguhan positif dan negatinf. Ini secara perlahan- lahan
dapat menerapkan norma yang dikehendaki oleh guru dalam diri murid tersebut
dan mengubah perlakuan yang tidak diigini yang dilakukan oleh mereka.

Teori Pemusatan Perorangan Carl Rogers juga menjurus terhadap


tindakan kaunselor terhadap klien. Guru perlu mesra dengan murid. Melalui
pengalaman praktikum saya bagi ketiga-tiga fasa yang mana masalah
komunikasi akan wujud terutamanya bagi murid-murid di kelas hujung. Mereka
akan segan dan susah untuk mesra dengan saya kerana mereka masih belum
biasa dengan saya. Oleh itu, saya perlu melakukan sesuatu bagi menarik
perhatian.

Oleh itu, saya perlu mengkaji latar belakang dan minat murid supaya saya
dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
minat murid saya. Apabila mereka seronok dengan pengajaran saya, maka akan
wujudlah kemesraan di antara saya dengan murid-murid saya. Walaupun cara ini

12
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

mengambil masa yang lama, namun cari ini membantu saya dalam mengenali
mereka secara rapat.

Carl Rogers juga mengatakan bahawa kaunselor perlu kongruen apabila


berhubung dengan kliennya. Maksudnya seseorang kaunselor perlu ikhlas
apabila menjalankan sesi kaunseling dengan kliennya. Kaunselor juga perlu
mengamalkan sifat terbuka dan berhubung baik dengan klien supaya klien lebih
berkeyakinan. Sebab itulah di sekolah, saya dapat melihat perbezaan di antara
guru yang ikhlas mengajar dengan yang tidak. Guru yang ikhlas mengajar akan
lebih mesra dengan murid-muridnya berbanding guru yang tidak ikhlas kerana
guru jenis ini membuatkan murid-muridnya lebih selesa dan dan berani
berhadapan dengan dirinya. Guru yang baik ialah guru yang ikhlas dalam
kerjayanya. Murid-murid mudah mesra dengan guru sebegini walaupun sedar
guru itu garang, tetapi garang untuk mengajar murid menjadi lebih baik.

13
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

4.0 RUMUSAN

Menjadi guru untuk kaunseling murid-murid bukan perkara yang mudah.


Segala kemahiran yang dipelajari perlulah difahami dengan betul. Kemahiran-
kemahiran tersebut juga perlulah bijak diaplikasikan ke atas klien atau murid
pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa
memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial
seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan
sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbangi oleh masyarakat kini. Dari situ,
kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan
memainkan peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih


memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar
belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa
manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut jadi dengan ada
bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami ,
melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa
menyelesaikan masalah .

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan


khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah
laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku
sosial yang lain. Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia
jenayah dan memberi panduan atau nasihat kepada mereka supaya mereka
dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu


pelajar melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong
individu-individu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan
kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan

14
EDU3073 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan


hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan
sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru


perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas
mereka. Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme
keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting. Peningkatan profesionalisme
keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan kendiri,
penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama
profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus
mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini
adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid
biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial,
intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

15