Anda di halaman 1dari 2

Bangsa Bersatu Negara Sejahtera

Yang mulia Tuan PengerusiMajlis ,barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana ,
guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. salam sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini ,izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Bangsa Bersatu Negara Sejahtera”.
Gadis pagoh berbaju labuh,
Duduk bersila di teduhan sena,
Bersatu Teguh Bercerai Roboh,
Bangsa Bersatu Negara Sejahtera.
Jika kita dapat menyatukan masyarakat yang berbilang kaum menjadi satu
masyarakat yang berbilang kaum menjadi satubangsa Malaysia. Sudah pasti, Negara
akan mencapai kemajuan yang cemerlang.

Hadirin yang dihormati,


Bangsa Bersatu Negara Sejahtera. Merujuk kepada kamus Dewan, bangsa
bermaksud asal satu keturunan. Bersatu, bermakna, bergabung menjadi satu. Negara,
adalah satu tempat yang didiami oleh suatu masyarakat dan diperintah oleh
sesebuah kerajaan. Manakala sejahtera pula bererti hidup dalam keadaan aman
dan makmur serta terpelihara daripada bencana.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita mengetahui bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, agama dan
budaya serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, setiap kaum di
Malaysia perlu menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup
bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati. Di sinilah kita akan dapat
melihat semua kaum di Malaysia bergabung menjadi satu bangsa yang hidup dalam
sebuah negara yang sejahtera.
Para hadirin yang dikasihi,
Kewujudan satu bangsa Malaysia akan membentuk sikap menghormati, ikhlas,
saling mempercayai dan persaudaraan. Ini terbukti dalam tradegi banjir yang
melanda negeri-negeri di Pantai Timur pada akhir tahun 2014. Semua kaum bersatu
menghulurkan sumbangan dari segi kewangan, barangan dan tenaga. Ini
menunjukkan bahawa kita boleh bersatupadu dalam menjamin kebahagiaan
bersama.
Oleh yang demikian, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di Negara ini
perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan
bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana Negara juga akan
terjamin di bawah panji perpaduan yang erat.

Hadirin sekalian,
Setelah 57 tahun Negara kita merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi
memajukan Negara secara bersama. Konsep 1 Mlaysia yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan situasi untuk
mencapai hasrat satu bangsa satu Negara.

Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa perpaduan yang dihasratkan
menjadi tanggungjawab yang perlu digalaskan oleh seluruh rakyat yang berpayung
di bawah naungan Negara Malaysia ini. Bak kata pepatah, “Melentur Buluh Biarlah
Daripada Rebungnya”. Maka usaha ini perlu dilaksanakan sejak kanak-kanak lagi
terutamanya di alam persekolahan. Program RIMUP misalnya, adalah satu usaha
yang murni. Namun, janganlah ianya hanya menjadi satu usaha seperti “ Melepaskan
Botak di Tangga” sahaja. Justeru itu, Ayuh kita berganding bahu bersatu untuk
merealisasikan hasrat 1 Malaysia.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai