Anda di halaman 1dari 11

PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 4 MENTAKSIR BAHASA LISAN

SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan tentang kemahiran lisan, bahasa reseptif dan bahasa ekspresif, cara
pentaksiran bahasa lisan, dan intervensi yang bersesuaian

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas

2. Membina pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul maklumat

3. Merancang pelbagai cara sesuai untuk mengumpul maklumat dari pelbagai bidang
kemahiran

4. Menganalisa tentang hasil-hasil pengujian dan maklumat yang dikumpul untuk


mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid

5. Menyediakan matlamat dan objektif pengajaran dan intervensi berdasarkan hasil


pentaksiran

KERANGKA TAJUK
PENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
KEMAHIRAN
MENULIS
MENULIS
Komponen-
Komponen-
Komponen
Komponen
Bahasa Lisan
Bahasa Lisan
Masalah Cara Bahasa
Masalah Cara Bahasa
Pentaksiran Reseptif dan
Fonologi Bahasa Pentaksiran Reseptif dan
Fonologi Bahasa
Semantik Reseptif Bahasa
Semantik Reseptif Bahasa
Sintaksis Dan Ekspresif
Sintaksis Dan Ekspresif
Morfologi Bahasa
Morfologi Bahasa
Pragmantik Ekspresif
Pragmantik Ekspresif

64
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KANDUNGAN

4.0 Mentaksir Bahasa Lisan

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya
melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini
bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan
bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai
kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah
pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau
dikatakan sebagai bisu.

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan
pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu
proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia.
Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk
pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya
akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat
menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai,
kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah
menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir
dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan
lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi.

65
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.1 Komponen-Komponen Bahasa Lisan

Bahasa terdiri daripada beberapa komponen. Terdapat tiga komponen asas bahasa iaitu
bentuk (fonologi, morfologi, sintaksis), Kandungan (semantik) , dan penggunaan
(pragmatik). Setiap komponen ini mempunyai sistem dan peraturan tersendiri.

4.1.1 Bentuk

i. Fonologi

Fonologi merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan


peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan.
Apabila kita menyebut perkataan-perkataan, kita dapat membezakan bunyi di
antara perkataan tersebut dan seterusnya pula membezakan maknanya.
Misalnya perkataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyi utama adalah pada awal
perkataan-perkataan tersebut. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza
hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua
perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza.

ii. Morfologi

Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang
mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang
paling asas (morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa
yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem
terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas (kata akar) adalah morfem yang tanpa bantuan dari morfem
lain sudah dapat berdiri sebagai perkataan. Manakala morfem terikat
(imbuhan) pula adalah morfem yang hanya memberi erti setelah diimbuhkan
dengan morfem lain. Morfem terikat tidak dapat berdiri sebagai perkataan.
Misalnya perkataan berlari, ber- adalah morfem terikat dan ia memerlukan
lari untuk membentuk perkataan berlari. Di sini lari adalah morfem bebas
dan ia boleh berdiri dengan sendiri sebagai perkataan tanpa bantuan morfem
lain.

iii. Sintaksis (Ayat)

Sintaksis adalah unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis


boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa,
perkataan, dan morfem. Sintaksis juga merupakan satu bentuk pengucapan

66
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

yang didahului dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi fikiran


yang sempurna.

iv. Kandungan

Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk


kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam
komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan
membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili benda,
konsep, pengalaman dan sebagainya.

v. Pragmatik (Penggunaan)

Bahasa digunakan atas sebab-sebab yang tertentu yang khusus dan tanpa
sebab-sebab ini tidak ada makna kita berbahasa. Jadi kita berbahasa adalah
untuk mencapai matlamat komunikasi dan juga fungsi sosial. Aspek bahasa
inilah yang dikatakan sebagai pragmatik, dan Bates (1976) mengatakan
bahawa pragmatik adalah sebagai peraturan menggunakan bahasa dalam
konteks. Manakala Prutting (1982) pula menganggap pragmatik sebagai
kecekapan sosial.

Wood (1982) menyatakan bahawa aspek pragmatik bahasa termasuklah:

i. menyampaikan mesej yang dikehendaki secara lisan dan bukan


lisan dalam interaksi komunikasi secara memilih kandungan,
bentuk, dan gerak badan yang bersesuaian dengan konteks dan
situasi,
ii. mengembangkan kemahiran berbahasa untuk perkembangan
kemahiran interpersonal, kreativiti, dan pembentukan tingkah laku.

4.2 Bahasa Reseptif Dan Bahasa Ekspresif

Bahasa terdiri daripada bahasa penerimaan (receptive) dan bahasa pelahiran (expressive)
yang terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Bahasa penerimaan merupakan keupayaan
memahami input komunikasi bahasa sama ada dalam bentuk percakapan ataupun
penulisan. Penguasaan bahasa yang tinggi, misalnya mempunyai perbendaharaan kata
yang banyak akan memudahkan pemahaman seseorang tentang perkara yang didengar
ataupun dibacanya. Sebaliknya, bahasa pelahiran merupakan bentuk bahasa yang

67
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

dipertuturkan atau ditulis. Bagi kedua-dua jenis bahasa ini, selain perlu mempunyai
perbendaharaan kata yang banyak, seseorang itu perlu juga menguasai aspek bahasa yang
lain seperti tatabahasa, bentuk bahasa, semantik, dan juga pragmatik.

Bahasa penerimaan dan bahasa pelahiran merupakan aspek penting dalam komunikasi
lisan sebagai mana yang digambarkan dalam model komunikasi di bawah:

Model Proses Komunikasi

Idea A B Idea

(pengirim) (penerima)
(penutur) (pendengar)

BERTUTUR gelombang MENDENGAR


bunyi

Kem. menyampaikan Kem. mentafsir


mesej (ekspresif) mesej (reseptif)

MENULIS gelombang MEMBACA


cahaya

4.2.1 Masalah Bahasa Reseptif Dan Bahasa Ekspresif

Masalah bahasa lisan juga ditunjukkan melalui bahasa penerimaan dan bahasa
pelahiran. Seorang guru yang peka akan dapat mengesan masalah bahasa
penerimaan dan bahasa pelahiran pelajarnya melalui pemerhatian sewaktu aktiviti
pembelajaran dalam kelas, aktiviti luar kelas, ketika bermain, dan sebagainya.
Kedua-dua kemahiran ini perlu dikuasai secara seiring supaya seseorang kanak-
kanak itu berupaya berinteraksi secara lisan dengan baik. Berikut adalah beberapa
tingkah laku yang menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah bahasa
penerimaan dan pelahiran.

68
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Individu yang menghadapi masalah bahasa penerimaan menghadapi masalah


memahami percakapan atau bacaan. Mereka akan menunjukkan ciri-ciri tingkah
laku seperti berikut;

i. bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan


ii. mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati
iii. kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi (blank) ketika orang lain
bercakap dengannya
iv. sukar memahami konsep yang abstrak
v. mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya
vi. ada masalah dengan perkataan banyak makna
vii. bermasalah mengenal hubungan perkataan dengan idea
viii. kerap memberi jawapan yang tidak sesuai
ix. sukar mempelajari makna perkataan baru
x. bermasalah dalam urutan peristiwa (cth: hari dalam seminggu)
xi. Kerap mengulangi soalan daripada memberi jawapan kepada soalan itu
Begitu juga dengan masalah bahasa pelahiran. Individu yang menghadapi masalah
bahasa pelahiran juga akan menunjukkan ciri-ciri tingkah laku berikut;

i. seorang pendiam
ii. tidak mengambil bahagian dalam perbincangan kelas
iii. kerap salah menggunakan perkataan
iv. menggunakan perkataan dengan susunan yang salah dalam ayat
v. lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap
vi. banyak menggunakan gerakan fizikal daripada ekspresi verbal
vii. tidak dapat mencari perkataan-perkataan untuk penerangan dalam
perbualan atau menulis
viii. sentiasa menggunakan ayat-ayat pendek
ix. berjalan-jalan bila diajukan soalan atau mendengar cerita
x. menggunakan perkataan secara berlebihan untuk menjelaskan idea yang
konkrit
xi. gagal memahami petunjuk (kiu) yang menandakan dia perlu berhenti
bercakap
xii. sangat sukar mengingat

Pendekatan interaktif atau komunikatif sangat berkesan untuk membantu kanak-


kanak yang menghadapi masalah bahasa pelahiran atau bahasa penerimaan.

69
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak ini perlu digalakkan berinteraksi sesama rakan sebaya mereka,


dengan guru, dan ibu bapa dalam pelbagai situasi seperti ketika proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, ketika melakukan aktiviti luar kelas seperti
lawatan, permainan, dan sebagainya.,

4.4 Cara Mentaksir Bahasa Lisan

Apabila kita hendak mentaksir kemahiran lisan seseorang murid pada peringkat sekolah
rendah, terlebih dahulu perlu diuji tahap kemahiran kemahiran mendengar dan bertutur
mereka kerana kedua-dua kemahiran ini adalah tunjang kepada kemahiran lisan. Ujian ini
boleh dilaksanakan secara tidak formal atau secara formal. Manakala pada peringkat yang
lebih tinggi kedua-dua kemahiran ini boleh dijalankan serentak dan dalam bentuk formal.

4.4.1 Menilai Kemahiran Mendengar

Penilaian kemahiran mendengar bukan hanya untuk menilai kemahiran mendengar


sahaja tetapi juga adalah untuk menguji kefahaman mereka. Ujian kemahiran
mendengar dapat dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Bagi peringkat rendah, ujian
mendengar hanya tertumpu kepada kemahiran mendengar dan melaksanakan
arahan. Manakala bagi peringkat menengah pula lebih tertumpu kepada aspek
pemahaman.

Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilasanakan di peringkat rfendah adalah
seperti;

i. mendengar dan mengenal objek dengan perkataan

ii. memaham maksud ayat

iii. melaksanakan arahan

iv. mengengar dan mengecam bunyi

v. mendengar untuk mendiskriminasi butiran

vi. mendengar dan memadan, dan sebagainya.

Contoh ujian mendengar;

Kemahiran: Mendengar dan membezakan bunyi

70
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Isi: Mengenal pasti jenis kenderaan berdasarkan bunyi

Bahan: Rakaman bunyi beberapa kenderaan, beberapa kenderaan mainan

Prosedur: 1. Murid mendengar bunyi kenderaan tertentu ( siren kereta polis, siren

bomba dll)

2. Murid memilih kenderaan yang difikirkan bersesuaian dengan bunyinya

3. Guru merekodkan jawapan murid.

4.4.2. Menilai Kemahiran Bertutur

Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran bertutur
muridnya adalah seperti berikut;

i. bertutur berdasarkan gambar

ii. bercerita berdasarkan gambar bersiri

iii. mendengar dan bercakap

iv. bercerita peristiwa yang dialami

v. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.

Guru akan mencatatkan masalah murid semasa mereka bercakap atau bercerita.
Guru boleh merakamkan pertuturan murid dan membuat penilaian kemudiannya
dengan lebih teliti.

4.4.3 Menilai Kemahiran Lisan Sekolah Menengah

Bagi pelajar sekolah menengah, ujian lisan bukan hanya melibatkan sebutan,
intonasi, kelancaran, dan sebagainya, namun kemahiran-kemahiran mendengar dan
bertutur dibuat serentak dan melibatkan pemahaman. Ujian dibuat secara formal,
misalnya Ujian Lisan Bahasa Melayu peringkat PMR dan SPM. Ujian lisan peringkat
tinggi boleh juga dibuat secara tidak formal.

Antara aspek yang dinilai dalam ujian lisan peringkat tinggi ini adalah;

i. bacaan nyaring/mekanis yang dinilai dari segi sebutan, kelancaran,


keteloran, intonasi, dan kefasihan.

71
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

ii. menjawab soalan kefahaman secara lisan (berdasarkan artikel yang


dibaca secara nyaring sebelumnya)

iii. Perbualan mengikut tajuk yang dijalankan secara perbualan, bersoal


jawab atau berbincang.

Menjalankan uijian lisan kepada murid berkeperluan khas adalah sukar kerana
susah untuk menarik perhatian mereka dan juga mengekalkan tumpuan mereka
terhadap ujian tersebut. Oleh itu ujian perlu diubah suai supaya lebih menarik dan
tidak begitu menekankan sangat soal masa. Maknanya ujian boleh dibuat secara
tidak formal mengikut kesediaan murid.

Kesemua jenis ujian di atas boleh dibuat dalam berbagai-bagai cara. Antaranya
adalah

i. Penilaian Orang Lain

Melalui kaedah ini, guru boleh mengumpul maklumat tentang tahap


kemahiran lisan muridnya berdasarkan maklumat yang diberi oleh orang lain
seperti rakan sekelas, guru mata pelajaran, ibu bapa dan sebagainya.
Maklumat yang dikumpul akan dapat memberi gambaran awal kemahiran
lisan murid kepada guru.

ii. Pemerhatian

Tahap kemahiran lisan murid boleh juga didapati melalui pemerhatian.


Pemerhatian boleh dilakukan secara tidak formal seperti di kantin, semasa
melakukan aktiviti di dalam kelas, aktiviti luar kelas seperti lawatan, dan
sebagainya. Pemerhatian yang dibuat secara formal memerlukan borang
senarai semak atau catatan anekdot. Pemerhatian boleh dibuat semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, di kantin dan sebagainya
mengikut objektif penilaian yang hendak dilaksanakan itu.

iii. Sampel Bahasa

Apakah yang dimaksudkan dengan sampel bahasa? Sampel bahasa


bermaksud guru mengambil satu contoh (sampel) pertuturan murid untuk
dinilai. Misalnya guru merakamkan perbualan muridnya untuk dibuat
penelitian selepas itu. Bagi seseorang yang hendak mengkaji dialek kelantan
misalnya, dia boleh merakamkan percakapan responden dalam dialek

72
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

kelantan. Selepas itu dia akan membuat transkripsi fonetik bagi setiap patah
perkataan yang dituturkan dan kemudiannya membuat analisis mengikut
objektif kajiannya.

4.5 Kesimpulan

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses


mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang
didengar dan seterusnya bercakap. Kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
terdiri daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Keupayaan bahasa lisan kanak-kanak dapat dilihat berdasarkan kebolehannya menguasai
kemahiran bahasa ekpresif/pelahiran dan bahasa reseptif/penerimaan. Kemahiran lisan
kanak-kanak boleh diukur melalui berbagai cara dan teknik pengujian sama ada secara
formal atau tidak formal. Namun begitu ujian lisan bagi kanak-kanak berkeperluan khas
perlu diubah suai supaya lebih menarik dan tidak terikat kepada faktor masa.

LATIHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan keteloran? Bagai manakah

anda melaksanakan ujian untuk mengetahui dengan lebih mendalam

masalah keteloran yang dihadapi oleh murid anda.

2. Huraikan jenis-jenis ujian lisan lain yang boleh dilaksanakan oleh

guru ke atas murid-muridnya.

73
PKU3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA BERJAYA

74

Anda mungkin juga menyukai