Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN

KOD KURSUS : HBEF2803 (epic)

TAJUK KURSUS : JURNAL REFLEKTIF

SEMESTER :

NAMA : AMRI BIN NIBIN

NO. KP : 720206-12-5251

NO. KAD METRIK : 720206125251001


AKTIVITI 4 : JURNAL REFLEKTIF ( T1A4 )

Pengenalan

Sejarah telah membuktikan bahawa mana-mana bangsa yang berjaya mengamalkan serta
mengekalkan budaya sendiri mampu menghindarkan mereka daripada perpecahan dan
perbalahan sesame sendiri. Sabah merupakan sebuah negeri yang unik dengan rakyatnya terdiri
dari lebih 30 buah suku kaum yang mana kesemua suku-suku tersebut turut sama merayakan
perayaan Pesta Menuai pada bulan Mei pada setiap tahun.

Pengekalan tradisi sambutan Pesta Menuai ini dilihat mampu menyemai semangat
perpaduan dikalangan rakyat sabah dan serterusnya amalan seperti ini dilihat menjadi asas
kepada keamanan, ketenteraman serta keselesaan rakyat yang yang akhirnya akan menjadi suatu
landasan kepada perpaduan seluruh kaum di Sabah.

Sambutan Pesta Menuai atau juga dikenali senagai Pesta Kamaatan dikalangan penduduk
tempatan Sabah juga merupakan suatu keunikan budaya yang mampu menjadi tarikan pelancong
untuk datang ke Malaysia khususnya ke Negeri Sabah.

Aktiviti 1 ( Kajian Dokumen )

Dengan ikhlas saya nyatakan bahawa, saya sebagai anak jati Negeri Sabah mengakui
bahawa, sebelum melaksanakan tugasan ini, pengetahuan saya berkaitan tradisi sabutan pesta ini
agak kurang lantaran saya berasa agak malu kerana kurang mengetahui perihal budaya sendiri.
Segala maklumat yang saya perolehi tentang perayaan ini sebelumnya saya perolehi berdasarkan
cerita-cerita orang lama termasuk daripada ibubapa saya sendiri. Alhamdulilah dengan tugasan
ini, pengetahuan saya berkaitan perayaan Pesta Menuai ini bertambah apabila saya membuat
kajian serta rujukan dari pelbagai sember termasuk temubual serta bahan-bahan rujukan lain
termasuk melalui internet.

Dengan membuat kajian yang mana mengkehendakkan saya membuat rujukan serta
membuat pencarian maklumat dari pelbagai sumber, akhirnya saya lebih mengenali budaya saya
sendiri hampir sama seperti saya mengenali diri saya sendiri. Lantaran itu, saya merasakan
bahawa tradiri merayakan perayaan ini perlu dikekalkan dan perlu diwarisi oleh generasi
seterusnya.

Pada masa mendatang ini, saya akan terus berusaha untuk mendalami pengetahuan saya
tentang perayaan ini agar saya sendiri akan dapat menurunkan pengetahuan saya kepada generasi
seterusnya terutamanya kepada anak cucu saya agar mereka akan lebih mencintai sejarah budaya
mereka dan akhirnya meneruskan tradisi tersebut. Apa yang penting adalah, dapat meneruskan
tradisi tersebut dengan turut mengambil kira hokum-hakam agama.

Aktiviti 2 ( Temubual tiga Generasi )

Bagi tugasan aktiviti kedua ini, saya telah menemubual seramai tiga orang responden dari
peringkat umur yang berbeza iaitu responden yang telah berumur 55 tahun ke atas, responden
yang berumur 25 – 45 tahun dan responden yang berada diperingkat umur antara 7 hingga 18
tahun. Hasil dapatan saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertaama adalah
dapatan saya dari responden yang berumur 25 hingga 55 tahun dan bahagian kedua adalah
responden yang dalam lingkungan umur ramaja.

Kumpulan 1 ( 25 – 55 tahun )

Bagi responden dalam kumpulan ini, mereka merasakan bahawa tradisi sambutan ini
penting dan ianya berlu diteruskan. Bagi kumpulan ini, mereka berpendapat bahawa tradisi
sambutan pesta menuai ini perlu diteruskan kerana sambutan perayaan ini merupakan tradisi
turun-temurun dari nenek-moyang mereka lagi. Disamping itu mereka merasakan bahawa
perayaan ini juga merupakan satu landasan untuk meneruskan semangat perpaduan dikalangan
rakyat khususnya di Negeri Sabah.
Walau bagaimanapun, kata mereka, sambutan perayaan pesta menuai kini agak berbeza
dari sambutan dahulu. Dahulunya sambutan ini dirayakan selepas selesai menuai padi pada bulan
Mei di peringkat kampung sahaja tetapi kini sambutan ini akan disambut hingga keperingkat
negeri. Bezanya dengan sambutan dahulu dan sekarang, dahulu tiada pertandingan ratu kaamatan
(Ngunduk Ngadau) dan pertandingan Sugandoi (pertandingan nyanyian) tetapi kini kedua
pertandingan ini diadakan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri.

Disamping itu, mereka juga merasakan bahawa perayaan yang disambut setiap tahun ini
perlu diteruskan kerana perayaan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan
keluarga kerana pada perayaan ini, sama seperti sambutan perayaan hari raya atau khrismas
dimana setiap ahli keluarga yang berada di perantauan akan pulang ke kampung untuk
merayakannya bersama seluruh sanak saudara.

Selain dari itu, perayaan ini penting untuk dikekalkan kerana pada ketika Negara ingin
memajukan industri pelancungan di Negara kita, perayaan pesta menuai ini secara tidak langsung
dilihat akan menjadi salah satu tarikan kepada pelancung untuk datang berkunjung ke Negara
kita terutamanya di Negeri Sabah.

Walau bagaimanapun mereka merasakan bahawa dewasa ini golongan remaja


terutamanya menyambut perayaan ini tanpa mengkaji sebab mengapa perayaan ini disambut
setiap tahun. Bagi golongan remaja, perayaan ini mereka sambut kerana keseronokan semata-
mata. Bagi mereka sambutan pesta menuai ini perlu mereka sambut kerana sudah menjadi tradisi
turun temurun. Persepsi seperti ini perlu diubah kerana kita khuatiri pada masa hadapan
sambutan ini akan lari dari landasan tujuan asalnya. Oleh yang demikian, generasi muda ini perlu
diberi didikan sebaiknya agar mereka juga akan menghayati tujuan sebenar sambutan perayaan
ini diadakan setiap tahun sama seperti kita mendidik generasi muda untuk menghayati sambutan
kemerdekaan.
Kumpukan 2 ( 7 – 18 tahun)

Bagi kumpulan responden ini, pengetahuan mereka berkaitan sambutan pesta menuai ini
amat sedikit. Bagi mereka sambutan perayaan pesta menuai ini adalah perayaan setiap tahun
yang perlu disambut selepas selesai menuai padi. Kata mereka mereka menyambut perayaan ini
kerana ianya telah dirayakan semenjak nenek-moyang mereka lagi dan mereka perlu
meneruskannya.

Apabila ditanya apakah pertandingan Nungduk Ngadau atau ratu kaamatan itu masih
relevan dan perlu diteruskan, mereka perpendapat bahawa ianya perlu diteruskan. Dan apabila
ditanya mengapa, mereka tidak dapat menjawab.

Kesimpulan yang saya perolehi adalah, ternyata kebanyakan generasi muda kini tidak
lagi tahu tujuan sambutan pesta menuai ini disambut setiap tahun. Mereka mulai lupa sejarah
bangsa mereka sendiri. Mereka menyambut perayaan ini kerana ikut-ikut atau kerana perayaan
ini telah disambut semenjak nenek-moyang mereka lagi. Generasi muda mulai lupa asal-usul dan
keadaan ini sangat bahaya kerana kita tidak mahu budaya bangsa kita pupus ditelan zaman. Oleh
yang demikian sudah tiba masanya generasi ini perlu diingatkan semula tentang sejarah bangsa
mereka sendiri. Kerajaan terutamanya kerajaan Negeri Sabah khasnya perlu mencari jalan untuk
mendidik semula generasi muda agar mereka mencintai budaya bangsa mereka sendiri.

Aktiviti 3 ( Rakaman Suasana Sabutan )

.Berdasarkan kepada mitos rakyat Sabah, sambutan pesta menuai atau kaamatan ini
disambut ekoran cerita lagenda tentang Kinoringan (tuhan) yang mengorbankan anak
perempuannya yang tunggal iaitu Huminodun, yang telah dikorbankan agar manusia boleh terus
hidup. Pesta Kaamatan atau "Magavau" dalam bahasa kadazan, juga merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"iaitu semangat padi.

Berdasarkan kepada rakaman sambutan pesta menuai kini, masih lagi disambut
berlandaskan kepada kepada mitos orang-orang dusunkadazan di mana ianya akan disambut
selepas selesai menuai padi namun ada upacara yang kini dilakukan sebagai gimik sambutan
iaitu upacara memuja semangat padi dimana dizaman moden ini, upacara ini tidak diamalkan
lagi oleh mejoriti bangsa kadazandusun di Negeri Sabah kerana ianya bertentangan dengan
ajaran agama terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Ada juga pengisian sambutan yang ditambah pada sabutan ini sebagai salah satu cara
untuk meramaikan lagi sambutan ini iaitu pertandingan ratu kaamatan (Ngunduk Ngadau) dan
pertandingan nyanyian (Sugandoi). Kononya pertandingan ratu kaamatan ini adalah untuk
memperingati Huminadun sedangkan pertandingan nyanyian tersebut adalah untuk meramaikan
suasana semata-mata.

Sebagai seorang pendidik yang mencintai budaya bangsa sendiri saya merasakan bahawa
sambutan pesta kaamatan ini perlu diteruskan bagi menjaga identity bangsa dusunkadazan di
negari ini. Bagi saya budaya mencerminkan bangsa kerana apabila memperkatakan sambutan
pesta kaamatan maka itu adalah perayaan orang dusunkadazan. Murid sekolah khasnya yang
berbangsa dusunkadazan perlu tahu dan kenal siapa mereka lebih-lebih lagi dengan adanya
subjek Bahasa KadazanDusun dalam kurikulum sekolah.

Seorang guru khasnya yang berbangsa dusunKadazan, perlu menyemai semangat


mencintai budaya sendiri dikalangan anak-anak muridnya agar mereka akan menjadi suatu
kumpulan generasi baru yang tahu menjaga dan menghargai apa juga yang telah diperjuangkan
oleh generasi sebelum mereka.

Walau bagaimanapun, sambutan perayaan pesta kamaatan ini cuma merupakan budaya
turun-temurun yang tidak perlu diamal dan diikuti seperti mana ianya diamalkan oleh nenek-
moyang kita dahulu. Sambutan perayaan ini perlu disesuaikan dengan keadaan semasa agar
ianya tidak bertentangan dengan amalan wajib. Apa yang paling penting adalah sambutan pesta
menuai ini perlu dirayakan seiring dengan peredaran zaman dan tuntutan agama.

Anda mungkin juga menyukai