Anda di halaman 1dari 19

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

DENGAN KEPUJIAN

KOD KURSUS : HBEF2803

TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SEMESTER : SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS)

NAMA : AMRI BIN NIBIN

NO. KP : 720206-12-5251

NO. KAD METRIK : 720206125251001

0
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Pengenalan 2

Sejarah Pesta Menuai/ Kamaatan 3

Legenda pesta kaamatan 3

Mitos 1 4

Mitos 2 5

Asal Usul Magavau 6

Pakaian 7 - 12

Juada utama/ khas 13 - 17

Pesta Menuai/ Kamaatan kukuhkan perpaduan rakyat 17

Pesta Menuai/ Kamaatan menjadi tarikan pelancung 18

1
PERAYAAN PESTA MENUAI/ KAMAATAN

PENGENALAN

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan,Dusun dan
Murut di Negeri Sabah sebagai meraikan tuaian yang baik, walaubagaimanapun
perayaan ini juga turut disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan
biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Pelancaran Pesta ini akan dilancarkan di
daerah tertentu yang terpilih manakala kemuncak perayaan Kaamatanakan dijalankan
di Pusat Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) di Kota Kinabalu pada 30 dan 31 Mei
setiap tahun. Antara persembahan kemuncak pesta ini adalah peraduan ratu cantik,
tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

Pesta Kaamatan atau pesta menuai dirayakan setiap tahun di Sabah oleh suku
kaum Kadazandusun dan Murut. Unsur budaya yang istimewa ini telah diberi
pengiktirafan rasmi pada tahun 1960 dan sehingga kini ia terus menjadi salah satu
perayaan utama di Sabah, dibiayai oleh kerajaan.

Kumpulan-kumpulan etnik Kadazandusun terbahagi kepada tiga keluarga


linguistik utama iaitu Dusun, Paitan dan Murut. Kesemuanya terdapat 30 kumpulan sub-
etnik yang menghasilkan padi sebagai makanan utama dan dengan itu merayakan
pesta Kaamatan. Kumpulan keluarga Dusun adalah termasuk suku kaum
Kadazandusun dari daerah Penampang, Ranau, Tambunan, sebahagian daripada
Keningau, Papar, Membakut dan Dusun Tindal di Kota Belud, Rungus, Tobilung,
Kimaragang, Tatana, Bisaya, Kwijau, Lotud dan Kadazandusun Pantai Timur (Labuk).
Manakala kumpulan keluarga Murut adalah Tahol, Timugon, Paluan Okolod, Kalabakan
serta beberapa sub-etnik yang lain. Sementara kumpulan keluarga Paitan adalah terdiri
daripada Orang Sungai di Ulu Kinabatangan, Tombonuo, Abai Sungai dan Lobu.

Kumpulan etnik Dusun berkongsi sistem kepercayaan masing-masing. Kumpulan


etnik Murut serta kawasan perbatasan dengan Sarawak dan Kalimantan. Pada masa
yang lalu kumpulan ini terpencil dengan cara hidup yang berkelana, bertani secara
berpindah-randah dan memburu. Sistem kepercayaan animisme Kadazandusun
berpusat kepada padi sebagai makanan utama

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian


daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai
pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan. Semangat padi Bambaazon
amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa
"Tanpa padi, tiada kehidupan."

2
SEJARAH PESTA MENUAI / KAMAATAN

Legenda pesta kaamatan


Pesta Kaamatan atau "Magavau" dalam bahasa kadazan,merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"iaitu semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan
"Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang
kita rayakan ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan KerajaanKoloni sebagai Cuti
Umum sejak tahun 1960 lagi. Orang yang bertanggungjawab mengusulkan agar Pesta
Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji
Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang
pertama.
Perayaan Pesta Kaamatan yang juga merupakan, perayaan kebudayaan
tahunan oleh masyarakat Kadazandusun amat sinonim dengan masyarakat petani, sebagai
satu acara kesyukuran terhadap penghasilan padi pada tahun semasa. Idea untuk
mengadakan sambutan ini mula dicetuskan oleh mendiang Orang Kaya Kaya (OKK)
Sodomon selaku Ketua Anak Negeri Keningau pada tahun 1956. Selepas itu, semua
ketua-ketua suku Kadazandusun dari pelbagai daerah mula menunjukkan respon yang
positif seterusnya perayaan di peringkat negeri pertama kali diadakan pada 30 Jun –
1 Julai 1960 di Padang SM St.Michael, Penampang.
Selepas sekian lama, pada tahun 1986, Kadazandusun Cultural Assocation
(KDCA) memutuskan bahawa tarikh perayaan kaamatan ditetapkan pada 30-31 Mei
dan pelancaran perayaan pada 1 Mei setiap tahun. Sambutan pesta kaamatan
mempunyai dua unsur utama yang merupakan nadi dan identiti perayaan ini. Unsur
pertama atau identiti utama ialah pemujaan kepada semangat padi, yang dikenali
sebagai ‘Magavau’ (restoration ceremony). Masyarakat Kadazandusun mempercayai
bahawa padi mempunyai ‘semangat’ yang dikenali sebagai Bambarayon. Kepercayaan ini
timbul ekoran cerita lagenda tentang Kinoringan (tuhan) yang mengorbankan anak
perempuan tunggalnya iaitu Huminodun, yang telah dibunuh yang telah dibelah 7 (tujuj)
dan ditanam.
Kemudian tumbuhlah pokok padi yang membolehkan manusia boleh terus hidup.
Mitos ini telah menjadi lagenda masyarakat Kadazandusun turun-temurun yang
menyebabkan timbulnya kepercayaan terhadap semangat padi serta keajaiban angka
7. Pemujaan ini dikendalikan olehBobolian, yang dikatakan mempunyai kemampuan
berkomunikasi dengan alam ghaib. Upacara magavau yang sinonim dengan istilah
moginakan,secara simboliknya bertujuan berterima kasih, memohon kemaafan
(sekiranya ada padi / beras yang disia-siakan) serta harapan agar hasil padi pada masa
akan datang lebih baik
.

3
Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau juga merupakan identity perayaan
Kaamatan. Selari dengan upacara Magavau yang timbul ekoran kepercayaan terhadap
Bambarayon, maka Unduk Ngadau tidak dapat dipisahkan dalam perayaan ini.
Pertandingan ini adalah bagi mengingati lagenda Huminodun, yang telah dikorbankan
oleh Kinoringan demi manusia di muka bumi. Huminodun dibelah 7, ditanam dan
kemudian tumbuhlah pokok padi, yang menjadi makanan ruji hampir seluruh dunia.
Itulah sebabnya angka 7 dianggap sebagai angka keramat bagi kaum Kadazandusun,
bahkan kini wujud 7 istilah bagi padi iaitu Som-puun, Son-guas, Son-rawoh, Son-gi-ih,
Son-wawar, Som-putul dan Som-bilod. Simboliknya, Unduk Ngadau yang diambil dari
perkataanTunduk do Tadau mencerminkan gadis Kadazandusun yang lemah lembut
tetapi tegas / berani, berketrampilan, berpendirian dan berperanan dengan baik dalam
masyarakat.

Kini, setelah hampir 50 tahun Kaamatan dirayakan secara rasmi, sambutan ini
telah menghadapi beberapa penyesuaian denganpengisian acara seperti Sugandoi,
Tarian Tradisi, Sukan Tradisi,Pameran dan sebagainya bagi menjadikan lebih menarik
dan ‘sosial’.Dalam konteks negara, sejak tahun 2001, Kaamatan telah disambut
diperingkat kebangsaan, yang merupakan pengiktirafan terhadap Kadazandusun
secara menyeluruh. Cabaran utama Kaamatan pada masakini ialah dengan wujudnya
unsur-unsur commercialitation, iaitu motivasi Kaamatan yang salah . KDCA
berketetapan bahawa Kaamatankini telah menjadi ‘milik’ masyarakat Malaysia, tetapi
haruslah dengan motivasi yang ikhlas, berpaksikan semangat konoringan dan
huminodun.

Mitos Asal-usul Kaamatan

Mitos 1

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku
kaum Dusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan (Dewa) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Dusun
daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi,maka
Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun
dibunuh dan mayatnya dikubur menurut ada istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat
Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi
makanan utama kepada kaum Dusun. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi.Oleh
kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah
kepercayaan bahawa padi itu mempunyaisemangat yang diberi nama "Bambazon". Bermula
dari kejadian inilah orang-orang Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan(Pesta
Menuai).

4
Perayaan seumpama ini dirayakan dengan harapan agar rezeki yang akan
datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi
yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai /
tangkob (bekas tempat menyimpan padi). Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga
mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum
Dusun akan Dewa Kinoingan yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Mitos 2

Dikisahkan, masyarakat Dusun pada zaman silam tinggal disuatu lembah yang
subur. Pada satu hari berlakulah satu kejadian yang ganjil, dimana segumpal batu telah
tumbuh di satu kawasan dalam lembah tersebut. Semakin hari batu itu semakin
membesar. Dan cuaca juga semakin panas di lembah itu. Akhirnya lembah yang subur
itu bertukar menjadi kering kontang akibat ditimpa bencana kemarau. Tanam-tanaman
serta binatang-binatang ternakan turut musnah. Dalam mengharungi malapetaka alam
itu, beberapa orang kampung didatangi mimpi yang serupa. Kononnya mala petaka
yang menimpa mereka akan berakhir jika seorang perempuan cantik yang berhati mulia
dapat dijadikan korban kepada batu itu.

Hebohlah orang-orang kampung memperkatakan tentang mimpi itu. Maka


TokKetua pun memanggil anak-anak buahnya ke balai,lalu berbincang tentang mimpi
berkenaan. Walau bagaimanapun,mereka tidak sampai hati untuk mengorbankan
nyawa manusia.Keputusan berdasarkan persetujuan ramai itu telah didengar oleh
siKinomulok, anak gadis Tok Ketua. Secara senyap-senyap Kinomulok menyusup ke
kawasan batu yang kian membesar itu lalu terserempak dengan beberapa orang
bobolian (pendeta). Si Kinomulok bertanya kepada mereka akan kebenaran firasat mimpi
yang diheboh-hebohkan itu dan Bobolian mengiakannya. Gadis yang cantik dan berhati
mulia itu tidak sanggup membiarkan orang kampungnya menderita apatah lagi mati
kebuluran. Dia menawarkan diri untuk dijadikan korban tetapi orang-orang kampung
yang berada di kawasan batu itu menolak tawarannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi
guruh yang amat kuat diiringi kilat sabung-menyabung. Dengan tidak semena-mena si
Kinomulok telah disambar petir.

Tubuhnya bercerai-berai. Kononnya darahnya bertukar menjadi padi. Giginya


menjadi jagung manakala isinya pula menjadi timun. Pada malam selepas kejadian
tersebut, orang-orang kampong bermimpi bertemu dengan si Kinomulok. Dia berpesan
agar orang-orang kampung menghadiahkan tujuh tangkai padi kepadanya setiapkali
selepas musim menuai padi. Dia juga meminta agar pokok jagung dan timun ditanam
di bendang atau di sawah padi. Sebab itulah sehingga kini jagung dan timun masih
ditanam di bendang dan di sawah padi. Kononnya, selepas si Kinomulok disambar petir
baharulah batu itu berhenti membesar dan lembah kembali subur.

5
Adalah dipercayai batu itu ialah Gunung Kinabalu yang ada sekarang ini.
Masyarakat Dusun juga percaya roh si Kinomulok telah menjelma dalam bentuk
Bambarayon yang menjadi semangat padi.

Bambarayon ialah sejenis burung layang-layang yang berjambul. Secara


alamiah, Bambarayon atau burung layang-layang tidak memakan padi. Serangga
merupakan makanan utamanya. Di samping itu, burung layang-layang sering kelihatan
berterbangan di kawasan bendang dan sawah padi. Dengan demikian gerak tari
Sumazau juga telah dikaitkan dengan Bambarayon yang dianggap oleh suku
kaum Dusun sebagai samangat padi.

Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum
Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang
sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun.

Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.


Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih
tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih
tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaanbahawa padi itu mempunyai
semangat yang diberi nama"Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang
Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita
rayakan dewasa ini.

Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan


datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi
yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (
Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini
juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum
Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak
kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati
kebuluran.

6
PAKAIAN

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka.


Baju ini selalunya menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Dewasa
ini pakaian tradisional kaum dusun kadazan dan murut hanya akan di pakai pada
majlis-majlis tertentu seperti pesta kamaatan atau pesta menuai.

Biasanya para peserta yang terlibat dalam pertandingan seperti sugandoi


(nyanyian) dan unduk ngadau (ratu cantik) dan tarian sumazau akan mengenakan
pakaian tradisional sebagai salah satu syarat di dalam pertandingan.

Pakaian tradisi kaum


Dusun Tabilung

Para penari Sumazau dengan


Pakaian Tradisional Dusun Tabilung

7
Pertandingan Unduk Ngadau

Peserta Unduk Ngadau dengan


Pakaian tradisi kaum
kadazanDusun

8
Pertandingan Sugandoi

9
Pertandingan Tarian Sumazau

10
Sebahagian Contoh Pakaian Tradisi Suku Kaum DusunKadazan dan Murut di
Sabah

Pakaian tradisi Dusun Keningau

Pakaian tradisi kaum Dusun Ranau

11
Pakaian tradisi kaum dusun Tidung

Pakaian tradisi kaum Rungus

Pakaian tradisi Kaum Murut

12
JUADAH UTAMA/ KHAS

Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat


tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri di
bawah bayu ini. Di sini, saya menyenaraikan beberapa makanan tradisi bagi suku kaum
kadazandusun yang jarang-jarang ditemui dan ianya hanya biasa ditemui di dalam
majlis-majlis khas seperti perayaan Pesta Menuai (kamaatan)

Hinava

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku


kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi
ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili
merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu
dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada
menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat
pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun
isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan
bagi penyediaan Hinava ini.

13
Noomsom

ikan (sada) tuhau (sejenis ulam) bambangan (buah)


Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis
Noonsom dalam masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom
Sada (Ikan), Noonsom Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk
menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut
akan dicampur dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh
atau dua belas hari sebelum dihidangkan.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah
bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama
seminggu sebelum dimakan.

Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk
dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan
ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

14
Pinaasakan

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan


isi ikan (ikan air tawar/ikan air laut). Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit
biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-
bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga
mendidih sehingga air hampir kering.

Bosou

Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan
salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-
Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau
'jeruk'. Bagi suku kaum Ranau, ia dikenali sebagai 'tinamba'. Bosou biasanya dihasilkan
dari ikan Kepayang atau daripada daging mentah hasil perburuan.

15
Cara Pembuatan:

Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-
sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh ditambah dengan buah
nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang atau 'polod'
juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini. Pangi iaitu sejenis bahan pengawet
juga boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk.

Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas dan ditutup rapat
selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan.
Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga
mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam bekas tertutup
kemas dan kedap udara.

Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas menyimpan
bosou dibuat kedap udara. Ini bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi
mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol
berbentuk labu yang ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan
(tajau), tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya
bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.

Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou
biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang,
cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak.
Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan
masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati
bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti
hidangan budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.

16
Tuhau

batang tuhau Hidangan tuhau

Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun yang diperbuat


daripada tumbuhan E. coccinea (nama saintifik). Tuhau banyak terdapat di Tambunan,
Ranau dan Keningau, Sabah. Batang tuhau yang baru diambil akan dihiris atau
dihancurkan. Biasanya tuhau akan dicampurkan dengan cili merah dan cuka untuk
menambahkan rasanya. Tuhau boleh dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-
bila masa.

PESTA MENUAI / KAMAATAN KUkUHKAN PERPADUAN RAKYAT

Sambutan Pesta Kaamatan oleh kaum Kadazan, Dusun dan Murut di negeri ini
memainkan peranan penting dalam mengukuhkan lagi perpaduan rakyat.
Ini kerana perayaan tersebut bukan hanya disambut oleh tiga kaum utama di sabah
iaitu Dusun, Kadazan serta Murut sahaja, malahan turut disertai kaum lain tanpa
mengira bangsa dan agama. Selari dengan konsep 1Malaysia dengan rakyat di negara
ini sama-sama menyambut setiap perayaan yang dirai oleh mana-mana kaum.

Perayaan ini telah menjadi salah satu bentuk keunikan di Negara inikerana
perayaan ini bukan sahaja dixambut oleh tiga kaum utama di sabah malahan ianya juga
turut disambut sama oleh kaum lain di sabah. Lantaran dengan ianya telah
mengujudkan suasana hormani daripada semangat perpaduan yang kukuh. Datuk
Joseph Pairin Kitingan , yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah,
berkata menyedari sumbangan perayaan pesta Kaamatan kepada perpaduan antara
rakyat, kerajaan mengiktiraf sambutan perayaan itu termasuk memberi cuti umum pada
30 dan 31 Mei di negeri ini.

17
PESTA MENUAI / KAMAATAN MENJADI TARIKAN PELANCUNG

Pesta Kaamatan yang diadakan bulan Mei setiap tahun menjadi antara tarikan
utama pelancong untuk mengunjungi Sabah. Menurut Presiden Pertubuhan Pasok
Momogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok, ia sekaligus
membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan di negeri ini. “Perayaan ini
yang turut mendapat liputan meluas di luar negara dilihat mampu menjana
perkembangan dan kemajuan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan industri
pelancongan yang merupakan antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK).

Perayaan Pesta kaamatan atau Pesta Menuai yang merupakan perayaan tradisi
suku kaum Kadazandusun Murut juga merupakan platform terbaik mengeratkan
hubungan silaturahim diantara rakyat sabah khasnya dan Malaysia amnya, selaras
dengan gagasan 1Malaysia.Sambutan Pesta Kaamatan yang disambut dalam suasana
aman damai ini, adalah antara wadah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di
negara ini khususnya di Sabah.

18

Anda mungkin juga menyukai