Anda di halaman 1dari 3

1.0.

PENGENALAN

Pada tahun ini Persatuan Pengakap sekolah Kebangsaan Naradan (Nawanon)


Ranau, telah merancang untuk mengadakan perkhemahan unit-unit beruniform
peringkat sekolah. Perkhemahan ini akan melibatkan seramai 54 orang murid tahap
dua. Dalam perkhemahan ini nanti semua unit beruniform yang terdapat di sekolah
seperti persatuan pengakap, persatuan bulan sabit merah, St. John Ambulance dan
juga persatuan Kedet Remaja sekolah akan terlibat sama secara langsung.

Seramai sebelas orang guru akan terlibat mengendalikan perkhemahan ini.


Perkhemahan ini dijalankan selama tiga hari dua malam yang mana dijalankan di
persekitaran kawasan sekolah.Dalam perkhemahan ini, para peserta perkhemahan
melalui pelbagai aktiviti yang mencabar bukan sahaja fizikal para peserta malahan juga
menguji ketahanan mental para peserta perkhemahan.

Berkat perbincangan bersama guru penolong kanan ko-kurikulum Encik Lajibi Machi
serta guru besar sekolah kebangsaan Naradan (Nawanon) En. Paiman Galimbu,
akhirnya aktiviti perkhemahan yang dirancang ini akhirnya dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

2.0. PERANCANGAN SEBELUM

Perancangan perkhemahan unit-unit beruniform ini dibahagikan kepada beberapa


fasa. Fasa-fasa tersebut dilaksanakan mengikut ketetapan masa yang telah
dirancang. Setiap fasa memerlukan pengelibatan semua penolong kanan
termasuklah guru besar serta teman-teman guru yang begitu dedikasi disamping
pengelibatan secara langsung kakitangan bukan mengajar dan juga pihak PIBG.

Berikut merupakan kerangka kerja untuk memudahkan pemahaman


perancangan yang dilaksanakan.
Rajah 1 Kerangka Kerja Perancangan Program

Perbincangan bersama PK KO-Kum dan juga Guru


Besar

Pemurnian Idea

Penyediaan kertas kerja

Semakan oleh Pk. Ko-Kum

Semakan oleh Guru Besar

Pemurnian Kertas kerja

Pengesahan kertas kerja

Anda mungkin juga menyukai