Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Pada zaman ini yang penuh dengan ledakan teknologi dan maklumat, penghayatan terhadap
novel semakin berkurangan. Generasi kini lebih gemar menggunakan telefon pintar
berbanding buku-buku . Tidak dapat dinafikan bahawa novel-novel menjadi tunjang belakang
dalam pembentukan akal dan sahsiah remaja. Penulisan ini membincangkan sejarah
perkembangan novel remaja di Malaysia dari tahun 1950-an hingga akhir tahun 1990-an.

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN

Menurut Abdul Rahim Ismail, istilah kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit yang
bermaksud elok, indah atau cantik. Mana Sikana (1990:1) menyatakan kesusasteraan adalah
hasil pengkaryaan seseorang seperti hasil pengamatan, kepekaan, sensitiviti dan kecelikan
intelek pengarang terhadap kehidupan sekitarnya. Selain itu, menurut Zalila Sharif (1993: 5)
kesusasteraan diertikan sebagai segala pengucapan yang bernilai sastera sama ada secara
bertulis atau tidak bertulis yang berbentuk lisan atau tulisan. Secara keseluruhannya,
kesusasteraan diertikan sebagai karya yang dicipta hasil pemikiran seseorang penulis dalam
bentuk bertulis atau tidak bertulis.

3.0 KONSEP NOVEL REMAJA

Novel remaja adalah karya yang boleh memenuhi keinginan remaja yang tidak tercapai.
Menurut Othman Puteh, sastera remaja berperanan sebagai alat mengisi sebahagian
daripada tuntutan keperluan remaja terutamanya dari segi pengisian minda, pembentukan
sahsiah, kerohanian dan pemantapan psikologi. Novel remaja juga boleh dikatakan sebagai
bahan bacaan kreatif yang sesuai dengan perkembangan mental dan fizikal remaja.

4.0 ANALISIS PERKEMBANGAN NOVEL SECARA KRONOLOGI

Perkembangan novel di Malaysia boleh dilihat sejak tahun 1950-an hingga tahun 1990-an.
Setiap peringkat mengalami perkembangan mengikut keperluan pada zaman itu.

4.1 PERKEMBANGAN NOVEL REMAJA PADA TAHUN 1950-AN

Tahun 1953 dikatakan sebagai penanda kemunculan genre novel iaitu novel Chinchin
Rahsia hasil karya Muhammad Hashim Amir Hamzah. Novel ini lahir hasil daripada
peraduan mengarang cerita-cerita yang dianjurkan oleh Pejabat Karang Mengarang.
Novel ini menceritakan kisah detektif yang penuh unsur ketegangan dan menarik.
Novel Chinchin Rahsia memenuhi kehendak dan keperluan majoriti remaja pada
zaman tersebut. Novel remaja berkembang selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.

1
4.2 PERKEMBANGAN NOVEL REMAJA PADA TAHUN 1960-AN

Perkembangan novel remaja dikatakan mengalami zaman kegemilangan mulai tahun


1960-an. Sepanjang dekad 60-an itu, terdapat hanya empat novel remaja yang agak
penting. Novel pertama ialah novel Jasmin (1965) hasil karya Darussalam yang
diterbitkan oleh Sinaran Brothers. Novel ini mengetengahkan persoalan keluarga yang
menekankan hubungan manusia (Jasmin) dengan monyet kesayangannya dan
dihubungkaitkan dengan cabaran kehidupan di desa. Novel kedua ialah novel Kanak-
kanak Kampung Bahagia (1967) hasil karya M.Balfas. Novel ini mengisahkan
keharmonian hidup kanak-kanak dalam sebuah kampung yang bernama Kampung
Bahagia. Seterusnya, novel ketiga dan keemmpat diterbitkan oleh Pustaka Nasional
daripada hasil karya pengarang A.Samad Said iaitu novel Yang Berat Sama Dipikul
(1969) dan Jangan Ikut Jalan Ini (1969). Pengarang berjaya membawa persoalan baru
mengenai pengembaraan penuh misteri yang berlatarkan suasana dan budaya
tempatan. Beliau juga menanam minat membaca buku-buku kesusasteraan dan
memberi pengajaran moral melalui karyanya.

4.3 PERKEMBANGAN NOVEL REMAJA PADA TAHUN 1970-AN

Keghairahan perkembangan kesusasteraan semakin pesat pada tahun 1970-an.


Novel-novel remaja mendapat sambutan yang baik daripada pembaca yang
menyebabkan lebih ramai penerbit sedia untuk menerbitkan novel. Pengarang
A.Samad Said menghasilkan beberapa novel seperti Lima Sekawan ke Rumah Rahsia
(1970), Mengejar Tetamu di Waktu Sengaja (1974) dan Bendera Merah di Atas Bukit
(1974). Kesemua novel ini mengemukakan persoalan kegigihan, keberanian, serta
kesepakatan anak remaja yang mengembara, menyiasat, membongkar misteri yang
menyelebungi dalam kehidupan mereka.

Pada awal tahun 70-an, Matlob melahirkan tujuh buah novel adventure yang
berjudul Lanun di Bukit Kapal (1970), Surat Rahsia (1970), Hantu-hantu Laut (1971),
Anjang Polis (1971), Siapa Jadi Johan? (1971), Orang Bukit Titiwangsa (1972) dan
Pemancing Udang Galah (1973). Arman Sani pula mencipta enam buah novel
adventure juga. Antaranya, Rumah Kosong di Tepi Ladang (1971), Harta di Bukit Cinta
Manis (1971), Rahsia Bukit Residen (1972), Rumah Pengurus Lombong (1972),
Keranda dari Laut (1973) dan Menuba Ikan di Teluk Teberau (1974).

Novel-novel adventure menggambarkan sekumpulan anak remaja dalam


perjalanan mereka berkelah atau mencari bahan-bahan seperti rama-rama di kawasan
air terjun, di pinggir pantai, gua di bukit, hutan rimba dan sebagainya. Remaja sempat
mengintip gerakan sesuatu sindiket, biasanya dianggotai oleh orang dewasa, yang

2
melakukan pelbagai perbuatan haram, dilarang undang-undang, melakukan jenayah
dan pengedaran dadah atau penanaman pokok-pokok ganja. Novel-novel sebegini
jelas mengetengahkan unsur didaktiknya dengan memberi penekanan pelbagai aspek
moral dan nilai-nilai murni.

4.4 PERKEMBANGAN NOVEL REMAJA PADA TAHUN 1980-AN

Pada awal tahun 1980-an novel remaja berkembang akibat penglibatan beberapa
orang penulis baru. DBP juga meneruskan usaha untuk menambahkan bilangan
sasterawan yang bergiat dalam kesusasteraan remaja. Pada tahun 1982, pihak esso-
GAPENA menganjurkan sayembara menulis novel remaja dengan hadiah utamanya
berjumlah enam belas ribu ringgit Malaysia. Hadiah pertama dimenangi oleh novel
Anal Din Biola , karya Maarof Mahmud. Novel ini menceritakan kegigihan anak yatim
yang bercita-cita untuk menyambung perjuangan usaha bakti generasi yang lampau
di dalam bidang kesenian. Hadiah kedua pula dimenangi oleh novel Mendung
Semalam karya Mohd.Ismail Sarbini yang mengisahkan kehidupan dalam satu
keluarga yang hamper berantakan akibat kesibukan ibu bapa.

4.5 PERKEMBANGAN NOVEL REMAJA PADA TAHUN 1990-AN

Pada abad 90-an, novel-novel tidak mengalami perbezaan yang ketara berbanding
dekad-dekad sebelumnya. Pengarang banyak menggunakam simbol-simbol kepada
beberapa watak sejajar dengan sifat peribadi yang digambarkan. Pada tahun 1990-an
pelbagai novel yang mengetengahkan keaslian persolan, keindahan moral dan
kemurnian nilai telah diterbitkan. S.Othman Kelantan merupakan penulis yang telah
menulis empat buah novel remaja yang mengutarakan kisah-kisah detektif dan ala
cowboy. Antara novel yang ditulis termasuklah Wajah Seorang Wanita (1990) dan
Ustaz (1991).

3
5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa novel remaja berkembang pesat sejak dari
tahun 1950-an. Bidang kesusasteraan khususnya novel remaja telah berjaya melahirkan
ramai pengarang dan penulis yang berbakat. Novel remaja ini mengalami perubahan dari segi
tema, perwatakan, plot, latar dan sebagainya mengikut peredaran zaman dan juga keperluan
semasa remaja. Novel remaja ini membantu menyemai nilai-nilai yang murni dan ajaran yang
positif dalam diri remaja. Tidak dapat dinafikan bahawa novel remaja ini mempunyai nilai
estetik yang tinggi dalam bentuk dan isinya yang harus dihayati. Memandangkan senario kini,
penghayatan terhadap novel remaja yang mempunyai unsur kesusasteraan dan budaya
membaca semakin meluntur. Oleh itu, para penulis haruslah maju untuk menghasilkan novel
remaja dalam bentuk elektronik ataupun e-book untuk menarik minat golongan remaja.

4
BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Ismail. (2006). Teori Takmilah: Aplikasi terhadap drama-drama pilihan karya
Noordin Hassan. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.

Hanafiah, H. A. B. M. (2014). Dinamika Tema dalam novel Remaja di Malaysia (Doctoral


dissertation, Tesis Ph. D, Universiti Putra Malaysia, Serdang).
Ishak, M. S. A. (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: buku Melayu
mencari nafas baru. Cerdik Publications Sdn Bhd.
Ismail, Y. (1976). Sejarah sastra Melayu moden. Fajar Bakti.
Mana Sikana. (1990). Pendekatan Kesusasteraan Moden. Bandar Baru Bangi: Pustaka
Karya.

Misran Rokimin. (2013). Kritikan Sastera Remaja: Teori dan Aplikasi. Bangi: Penerbi
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhd. Mansur Abdullah. (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Muhammad Haji Salleh. (1986). Cermin Diri: Esei-esei Kesusasteraan. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Omar, A. B. H. (2014). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina Generasi


Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. Pendeta: Jurnal Bahasa,
Pendidikan dan Sastera Melayu, 5, 1-22.
Othman Puteh. (1989). Sastera Remaja Ditinjau Daripada Beberapa Perspektif. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh dan Abdul Ahmad. (Peny.). (1993). Sekitar Sastera Kanak-Kanak dan
Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selamat, J. (2012). Sejarah perkembangan novel remaja di Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zalila Sharif. (1993). Penilaian dan Penghayatan Sastera. Selangor: Marwilis Publisher.

Anda mungkin juga menyukai