Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


BORANG MAKLUM BALAS i

SOALAN TUGASAN ii
ISI KANDUNGAN 1
2-4
1.1 ISU-ISU BAHASA ROJAK
1.2 CABARAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI 4-6
BAHASA RASMI.

RUJUKAN 7

LAMPIRAN 8-16

1.1 ISU-ISU BAHASA ROJAK.

1
Bahasa rojak digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan belia bandar di Malaysia
sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul
terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak.
Antara isu penggunaan bahasa rojak ialah TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh
menjadi Karnival Jom Heboh disebabkan oleh kebimbangan orang ramai. Menurut Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya
berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan menggunakan nama-nama
barat seperti Precinct, Boulevard dan Parcel. Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo
menggunakan perkataan atau frasa yang ditulis dalam bahasa rojak. Trend penggunaan
bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya, “diaorang”, "kitorang",
“glamour”, “line-up”, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata
yang diambil daripada bahasa asing. Bahasa Rojak ialah bahasa Melayu bercampur dengan
bahasa Inggeris. Contohnya, Kau memang “terror” (hebat) la! Tempat makan ni best
(bagus) sangat! Terdapat juga Bahasa Rojak yang Bahasa Melayu campur bahasa Cina.
Contohnya, nak makan sini ke nak tapau (bungkus)? Jangan susah hati maa, lu punya bos
mesti boleh “kaw tim” (bereskan) punya maa! “Apasal” (Kenapa) lu buat ini kerja “cincai”
(tak sempurna)

Isu penggunaan bahasa Inggeris oleh pemimpin negara kita iaitu Tun Dr.Mahathir.
Baru-baru ini, Perdana Menteri kita menyeru penjawat tinggi awam menguasai bahasa
Inggeris. Di Kuala Lumpur, penguasaan bahasa Inggeris yang semakin lemah di Malaysia
pernah menjadi isu panas dan ia kembali menarik perhatian ramai apabila Tun Dr Mahathir
Mohamad mahu penjawat tinggi awam mengambil ujian kecekapan bahasa Inggeris.
Perdana menteri yang mengumumkan pada 6 Jun lepas dipetik sebagai berkata “sangat
penting bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai bahasa Inggeris yang baik kerana
mereka mempunyai mesyuarat di luar negara.” Perkara ini juga membuka siri perdebatan
baru dalam kalangan masyarakat. Perkara ini turut menjadi mauduk perbincangan di laman
sosial dan warung-warung kopi. Secara umumnya, isu tahap penguasaan bahasa Inggeris
yang tidak memuaskan dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah satu perkara yang
baharu.

Contohnya, dalam bidang pendidikan, penggunaan bahasa ini sebagai bahasa


perantara bagi pelajaran Matematik dan Sains menjadi polemik negara tidak lama dahulu.
Tun Dr. Mahathir (2014) pernah menyatakan bahawa mempelajari bahasa Inggeris tidaklah
bermakna menolak bahasa Melayu atau menjadikan warga Malaysia sebagai orang
barat.“Cuma bahasa ini (Inggeris) gerbang bagi ilmu. Tidak guna ada emas sebesar mana
pun di bawah rumah kita kalau kita tidak tahu macam mana hendak keluarkan,” kata beliau

2
lagi. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai penggunaan Bahasa Inggeris
dalam subjek Sains dan Matematik masih menjadi isu. Kementerian Pendidikan sudah
membuat keputusan untuk menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan cara Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilakukan hasil kajian terhadap
pencapaian pelajar-pelajar yang merosot terutama di Sabah dan Sarawak.

Isu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Dalam Perlembagaan Malaysia
Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Sejak
merdeka bahasa Melayu telah digunakan dalam bidang pendidikan dan urusan rasmi
negara. Walaupun negara kita sudah merdeka lebih 60 tahun namun keupayaan bertutur
bahasa Melayu masih longgar. Sesetengah ahli Parlimen dan generasi kini terutama bukan
Melayu masih belum menguasai bahasa Melayu dengan baik. Jika diteliti dan dikaji secara
mendalam, golongan Baba Peranakan yang melakukan pendekatan asimilasi tidak mampu
berbahasa Melayu walaupun dengan gayanya yang tersendiri dan mampu menyantuni
budaya Melayu dan ia menghasilkan suatu bentuk persefahaman antara etnik yang menjadi
asas perpaduan di Malaysia.

Matlamat utama bahasa Melayu dijadikan sebagai salah satu peruntukan dalam
Perlembagaan Negara supaya ia menjadi dasar dalam pendidikan dan pentadbiran negara.
Secara tidak langsung, hal ini akan membentuk asas persefahaman menerusi bahasa
Melayu. Sebaliknya, pengukuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina dan
Tamil menyebabkan polarisasi terjadi. Malah terdapat puluhan ribu pelajar Melayu di sekolah
Cina kini. Ini suatu dimensi baharu mengenai corak penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan generasi muda Melayu sendiri yang perlu dikaji. Rakyat yang mempelajari bahasa
Melayu boleh membawa negara maju seperti Jepun, Korea dan China. Sejak awal
kemerdekaan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi boleh memacu sistem
pendidikan. Tetapi, usaha ini tidak dapat dicapai sepenuhnya dan menyebabkan perpaduan
sukar dacapai. Kesannya, masyarakat kini cenderung ,menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa sains dan teknologi.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi
negara, hak istimewa raja-raja Melayu adalah perkara yang sensitif untuk dipolitikkan di
luar batas akademik. Peruntukan dalam Perlembagaan yang telah termaktub haruslah
dipatuhi supaya asas persefahaman terbina.

Bahasa Melayu harus ditingkatkan kedudukannya supaya menjadi bahasa ilmu


dalam pengajaran dan pembelajaran, bahasa rasmi negara. Kini, melihat dari pemasangan
papan tanda kedai-kedai perniagaan di seluruh negara kalau tidak ada penguatkuasaan,

3
hanya satu bahasa saja bakal kelihatan. Imej yang bakal terbina ialah ia bukan gambaran
urusniaga ke Malaysia tapi negara lain. Begitu juga dengan nama-nama jalan dan
perumahan yang tidak mempamerkan iklim budaya setempat dan bahasa Melayu jelas
dipinggirkan. Taman-taman perumahan menggunakan nama. Sekiranya perkara ini tidak
dikawal, jati diri semakin terhakis.

1.2 CABARAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI.


Pemerkasaan dapat ditakrifkan sebagai menjadikan sesuatu itu berwibawa, hebat dan
berdaulat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005 pemerkasaan bahasa Melayu
bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan
dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan
penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya. Prof Dr Hashim Hj.Musa (2009)
menyatakan bahawa pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa
Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran pada abad ke-21
apabila pada tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat diajar dalam bahasa
Inggeris. Keadaan ini telah menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di
negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah berganding bahu untuk mendaulatkan dan
meningkatkan bahasa Melayu. Seminar-seminar dan pembentangan kertas kerja diadakan
bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara. Lebih-lebih lagi, badan bukan
kerajaan NGO turut bersama-sama berjuang untuk mengembalikan penggunaan bahasa
Melayu dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah
berlandaskan bahasa Inggeris, tetapi tahap kefahaman sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa ibunda. Justeru, sesetengah orang menganggap bahawa negara ini
tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
rasmi. Namun demikian, negara Jepun dan Korea Selatan masih menggunakan bahasa
ibunda mereka dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah
menjadikan negara mereka maju berbanding dengan negara lain.

Selain itu, masyarakat sudah mula mempunyai kesedaran kendiri dalam


mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Generasi kini
mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Kita boleh berbangga dengan
kejayaan tersebut. Namun begitu, negara kita masih perlu menghadapi cabaran yang lain
timbul pula. Semua pihak haruslah menggemblengkan usaha yang diperlukan untuk
mengekalkan sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain,
semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus dimartabatkan agar
cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan
atau pentadbiran.

4
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengembalikan bahasa Melayu
sebagai bahasa supranasional, iaitu bahasa antarabangsa seperti pada era kegemilangan
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu namun usaha tersebut hanya
menjadi sia-sia sekiranya usaha di peringkat tempatan dipandang rendah oleh rakyat
Malaysia sendiri. Contohnya, sesetengah rakyat Malaysia menganaktirikan bahasa Melayu
di papan tanda, premis-premis perniagaan. Terdapat juga perkataan bahasa Melayu
digunakan, tetapi tulisannya adalah amat kecil dan kurang dominan berbanding dengan
perkataan dalam bahasa lain. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu
langsung tidak dititikberatkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu langsung
dipinggirkan oleh mereka. Keadaan ini juga ditunjukkan oleh sesetengahmajikan yang
mementingkan bahasa Inggeris dalam mengupah pekerja. Tamsilannya, penyiaran
beberapa keratan iklan pekerjaan yang disiarkan dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu
secara terang-terangan memberikan keutamaan syarat calon perlu fasih dalam bertutur dan
menulis dalam bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu. Jawatan-jawatan yang
ditawarkan, misalnya, adalah seperti pengurus dan kadet penolong pengurus ladang di
salah sebuah agensi milik kerajaan.

Sebenarnya, syarat mengupah pekerja tersebut bukanlah kerana keperluan tetapi


disebabkan oleh kurang yakin dalam kalangan majikan yang berpendapat bahawa bahasa
Melayu tidak mampu memberi sumbangan kepada firma sendiri. Selain itu, sesetengah
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menghendaki urusan pengajaran dan pembelajaran
(p&p) diajarkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Hal ini turut mencabar kewibawaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sekali gus merosakkan agenda untuk memartabatkan
bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh IPTA yang berperanan
sebagai pusat keilmuan dan keintelektualan sepatutnya melaksanakan usaha secara
konsisten dalam memantapkan dan memperluas pengembangan negara giat meninggikan
kedudukan dan memperkembangkan bahasa Melayu melalui penubuhan-penubuhan Kursi
Pengajian Melayu. Akan tetapi IPTA tempatan bertindak sebaliknya. Kesemua ini mencabar
prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara melalui Perkara 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, bahasa Melayu bukan sahaja seyogianya
diletakkan mengatasi bahasa-bahasa lain selaras dengan peruntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan tetapi juga menjadi bahasa yang diagungkan oleh seluruh
lapisan masyarakat dan institusi-institusi ilmu di Malaysia. Di samping itu, penggunaan
bahasa dalam sistem pesanan ringkas (sms) dan bahasa kolokial (bahasa basahan).
Sementara itu, terdapat juga papan tanda yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa
Mandarin. Bukan itu sahaja, nama-nama kawasan perumahan dan hotel juga turut
menggunakan bahasa asing . Antara nama yang digunakan bagi kawasan perumahan ialah

5
Taman Hillview dan Boulevand Impian. Selain itu, antara nama yang digunakan bagi hotel
ialah Hotel International Maju dan Kinta City. Hal ini jelas menunjukkan campuran bahasa
Inggeris dengan bahasa Melayu. Jika situasi ini berlarutan akan menggagalkan usaha
pendaulatan, kedudukan dan prestij bahasa Melayu.

(1658 patah perkataan)

RUJUKAN

Berita Nasional Malaysia. (Ogos 23, 2018). Pemimpin, aktivis gesa penjawat tinggi awam
kuasai bahasa Inggeris. Dicapai daripada

6
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/20/pemimpin-aktivis-gesa-
penjawat-tinggi-awam-kuasai-bahasa-inggeris/

Course Hero. Mengikut pendapat prof dr hashim hj musa dalam buku. Dicapai daripada
https://www.coursehero.com/file/p6mk2tce/Mengikut-pendapat-Prof-Dr-Hashim-Hj-
Musa-dalam-buku-Sosiolinguistik-Lanjutan/

Elysiana Jemaslin. Cabaran Bahasa Melayu. Dicapai daripada


https://www.academia.edu/12021766/CABARAN_BAHASA_MELAYU

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaima. 1(1), 2013: 55 - 65
Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. Dicapai daripada
http://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN1_4.pdf

Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris- Jawapan Terbaik. (19


November, 2013). Dicapai dripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131119/re_02/Memartabat-Bahasa-
Melayu-dan-Memperkasa-Bahasa-Inggeris---jawapan-terbaik

Muhd Sinici. (13 Januari, 2017). Penggunaan Bahasa Rojak dalam Kalangan Masyarakat
Kita. Dicapai daripada http://bahasarojakkita.blogspot.com/2017/01/bahasa-rojak-
dalam-kalangan-masyarakat.html\

Tun Dr. Mahathir. (2014). Mustahak penjawat tinggi awam kuasai Bahasa Inggeris. Dicapai
daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mustahak-penjawat-tinggi-awam-
kuasai-bahasa-inggeris-178481

Utusan Online. (3 Julai 2018). Bahasa Melayu Bahasa Rasmi. Dicapai daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bahasa-melayu-bahasa-rasmi-1.701493

Utusan Online. (30 Mac 2017). Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu. Dicapai
daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-dan-masa-depan-
bahasa-melayu-1.463536

7
LAMPIRAN

Gambar 1 menunjukkan rencana daripada utusan.

8
Gambar 2 juga rencana.

9
Gambar 4 juga rencana daripada utusan online.

10
Gambar 5

11
Gambar 6

12
Gambar 7 menunjukkan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

13
14
Gambar 8 menunjukkan definisi pemerkasaan bahasa Melayu dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat.

GAMBAR 9 MENUNJUKKAN SUMBER DARIPADA INTERNET.

15
16