Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Satukan Rasa

Kisah Indah Suhaila, seorang balu sedang selesa


menjalani hidupnya sebagai pekerja servis party.
Indah pernah menjadi seorang penyanyi terkenal
dahulukala terpaksa masuk semula dalam industri
musik tanah air apabila dia dipadankan untuk
membantu Jai, penyanyi viral yang mempunyai
masalah gemuruh. Segalanya bermula apabila Ben
menawarkan Indah untuk menjadi pengurus artis
dan menjadi guru vokal untuk Jai bagi menghadapi
masalah gemuruhnya itu. Pada mulanya Indah
menolak tawaran tersebut namun demi melariskan
perniagaan kedai mereka akhirnya Indah mengalah
dan menerima tawaran tersebut. Pertengkaran
sering terjadi diantara Indah dan Jai akhirnya
menimbulkan bibit-bibit cinta diantara mereka.
Namun perhubungan tersebut mendapat tentangan
Pak Bakri, iaitu ayah kepada Jai. Pak Bakri
sebenarnya berasa tidak begitu menyenangi
keputusan Jai untuk berhenti belajar demi menjadi
seorang penyanyi. Berkat bantuan dan pujukan
abang kandung Jai iaitu Shah, Pak Bakri akhirnya
mengalah dan merestui keputusan Jai tersebut.
Hubungan Indah dan Jai menjadi rumit apabila
Ben juga dalam diam menyimpan perasaan
terhadap Indah. Maka terjadilah konflik cinta tiga
segi diantara mereka.

Anda mungkin juga menyukai