1. TAJUK
Kertas Kerja Hari Terbuka, Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2010, Peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Bali.
2.1 Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Pengetua untuk mendapat kelulusan
melaksanakan Hari Terbuka, Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2010 dan memohon peruntukan
kewangan daripada pihak sekolah.
2.2 Matlamat
(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk
bergerak ke depan.
(ii) Menyampaikan mesej hubungan sesama manusia dengan penerapan mata pelajaran,
khususnya Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral untuk
melahirkan generasi yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
(iii) Menyedarkan dan menginsafi pelajar-pelajar dalam penggunaan masa untuk melahirkan
generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
2.3 Objektif
(i) Memberitahu ibu bapa mengenai prestasi pelajaran dan kelakuan anak – anak mereka
(ii) Memupuk minat berniaga di kalangan para pelajar
(iii) Membantu setiap unit persatuan mendapat dana untuk mengerakkan aktiviti
(iv) Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya
(v) Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar
(vi) Memupuk pemikiran yang kreatif di kalangan pelajar
(vii) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang kerjaya.
3. BUTIRAN PROGRAM
5. TENTATIF PROGRAM
6. PELAN
DATARAN
PARKING ( GERAI JUALAN )
BILIK
UPP
TEMPAT
DEWAN PAMERAN
KERJAYA
BILIK BLOK
MEDIA PENTADBIRAN