Anda di halaman 1dari 13

Rekod Kerja Jahitan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙋🙋 Pada post


kali ini saya akan kongsikan rekod kerja jahitan untuk
subjek RBTS3103 Reka Bentuk Pakaian. Rekod kerja ini
ibarat laporan kepada amali membuat pakaian untuk
subjek ini.
Dalam amali membuat pakaian, kami dikehendaki
membuat satu blouse bersaiz kanak-kanak. Masa diberi
kepada kami untuk menyiapkannya adalah selama 3 jam
dan 1 jam masa persediaan (tapi aku buat lebih ah dari
masa 3 jam tu, kene pula setiap kali nak mulakan jahitan tu
mesin aku rosak. Ada lebih 10 kali mesin aku rosak,
biasalah mesin kesayangan aku ni manja sket. Mujur ada
lecturer tolong aku, kalau takdek dia situ juga aku
menangis hahahaha). Banyak lagi sebenarnya konflik yang
berlaku tapi setiap daripada itu ada hikmah dia. Walaupun
hasil tak seberapa sebab masalah daripada mesin,
alhamdulillah rezeki tuhan beri itu indah-indah belaka.
Jadi ini dia, rekod kerja jahitan saya 🙆🙆

Penghargaan

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik kerana memberi peluang kepada saya
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Normah binti Abdul Rahman dan
Puan Sapiah Uyuni binti Mohamed Yaacob yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan
sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan
tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
dorongan serta wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, harapan saya
agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya serta kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam
masyarakat setempat khususnya.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Kandungan

Halaman
Penghargaan i
Kandungan ii
Rekod Kerja Pakaian
1.0. Sinopsis 1
2.0. Kerangka Tajuk
3.0. Isi Kandungan
4.0. Lakaran dan Huraian Stail Pakaian 2
4.1. Lakaran Stail Pakaian 3
4.2. Lukisan Kerja 4
4.3. Huraian Stail Pakaian 6
5.0. Senarai Ukuran Badan 7
6.0. Pola 8
7.0. Senarai Bahan
8.0. Pengekosan 9
9.0. Susun Atur Pola 10
10.0. Langkah-langkah menjahit 11
11.0. Rumusan 12
Refleksi 13
Bibliografi 14
Lampiran 15

Rekod Kerja Pakaian

1.0. Sinopsis

Sebelum memulakan kerja membuat pakaian, satu perancangan yang terperinci tentang
proses pembuatan pakaian perlu diadakan. Perancangan ini dinamakan rekod kerja dan ia
bertujuan agar proses menyusun kerja dalam sesuatu pembuatan pakaian dapat dijalankan
dengan lancar dan sistematik. Penggunaan fabrik, bahan, tenaga dan masa juga dapat
diuruskan dengan baik dan teratur apabila adanya rekod kerja ini.

2.0. Kerangka Tajuk

Rajah 1: Perkara-perkara terdapat dalam rekod kerja.

3.0. Isi Kandungan


Di dalam isi kandungan terdapat perkara-perkara berkaitan dengan pembuatan pakaian yang
terkandung dalam rekod kerja dan perlu dilakukan sebelum pakaian dihasilkan. Ia perlu
dilakukan dengan sistematik bagi memastikan pakaian yang akan dihasilkan lebih berkualiti
dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. Isi kandungan rekod kerja terdiri daripada beberapa
perkara iaitulakaran dan huraian stail pakaian, senarai ukuran badan, pola, fabrik dan bahan,
pengekosan, susun atur pola, langkah menjahit dan catatan.

4.0. Lakaran dan huraian stail pakaian

Dalam lakaran stail pakaian, saya menjelaskan rupa bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada
pakaian yang akan dibuat dalam bentuk lakaran. Manakala dalam huraian stail pakaian pula,
saya menjelaskan dengan lebih terperinci tentang setiap ciri-ciri yang terdapat pada pakaian
tersebut. Lakaran dan huraian stail pakaian perlu dirancang dan dibuat dengan teliti agar
pakaian yang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki.

4.1. Lakaran stail pakaian

Rajah 2: Lakaran stail pandangan hadapan dan belakang.

4.2. Lukisan kerja

lukisan kerja ialah lukisan lengkap yang mengandungi maklumat tentang stail pada
bahagian depan dan bahagian belakang pakaian untuk dijadikan panduan semasa menjahit
pakaian nanti.
Rajah 3: Lukisan langkah kerja akan dibuat nanti.

4.3. Huraian stail pakaian

Berikut huraian atau penerangan tentang ciri stail pakaian yang hendak disediakan:

4.3.1. Lisu terbalik


Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk, padanan yang elok dan sebagai hiasan.
lisu yang digunakan pada rekaan stail pakaian ini ialah lisu terbalik yang terletak di sebelah
kiri dan kanan bahagian hadapan pakaian.

4.3.2. Belah
Fungsi belah pada pakaian ialah untuk memudahkan pemakai memakai dan menanggalkan
pakaian. Rekaan stail pakaian ini menggunakan belah berzip yang dibuat pada bahagian
tengah belakang blaus.
4.3.3. Kelepet sama lebar
Kelepet sama lebar dibuat pada bahagian bawah blaus. Kelepet ini berfungsi sebagai
kemasan hujung pakaian serta boleh dijadikan sebagai hiasan.

4.3.4. Kelim
Untuk rekaaan stail pakaian ini, kelim belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk fabrik
sederhana tebal seperti kapas. Kelim ini boleh dikemaskan dengan pelbagai cara seperti jahit
mesin, insang pari, lilit kemas, digunting bentuk pucuk rebung, menggunakan tepi fabrik,
menggunakan jalur serong tepat sebagai kun dan dijahit dengan mesin pengemas tepi. Kelim
belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk fabrik sederhana tebal seperti kapas. Ia
digunakan pada bahagian bahu dan penyambung fabrik bahagian hadapan dan bahagian
belakang.

4.3.5. Lapik
Belah lapik kain selari dibuat pada slit dan dikemaskan dengan sekeping fabrik yang dipotong
berasingan yang dipanggil lapik. Dalam membuat pakaian ini, saya telah menggunakan
interfacing sebagai lapik. Lapik dibuat pada garis leher di garisan tengah hadapan dan garisan
tengah belakang. Hal ini kerana belah lapik kain selari ini sesuai digunakan pada pakaian
kanak-kanak.

5.0. Senarai ukuran badan


Ukuran badan yang tepat perlu diambil perhatian untuk menghasilakn suatu pakaian yang
selesa apabila dipakai. Peraturan tertentu perlu dipatuhi semasa mengambil ukuran badan.
Ini adalah bagi memastikan pakaian yang dihasilkan berpadanan dengan si pemakai. Jadual
berikut merupakan ukuran badan yang telah diambil untuk membuat pakaian.

Bil. Bahagian badan Ukuran (cm) ½ ¼ 1/6


A. Garis melintang
1. Leher 36 6
2. Dada 36 18
3. Pinggang 65 45
4. Punggung 90 22.5
5. Bidang hadapan 84 21
6. Bahu 31 15.5
7. Bidang belakang 33 16.5
B. Garis menegak
8. Garis tengah belakang 37
9. Labuh baju 21
10. Labuh punggung 52

6.0. Pola

Berikut adalah pola yang siap dipotong:

Pada bahagian ini, anda perlu lampirkan potongan pola yang telah dipotong semasa waktu
amali. Jadi selepas amali, anda jangan buang pola tersebut kerana ia akan diletakkan disini.
Saya letakkan pola tersebut dalam sampul surat kemudian tampal sampul surat tu di sini.

7.0. Senarai bahan


Bil. Nama bahan Contoh Kuantiti Kos Jumlah kos
1. Fabrik bercorak 1 meter RM7.00 RM7.00
2. Fabrik polos 1 meter RM7.00 RM7.00
3. Fabrik interfacing 1/8 meter RM5.00 RM0.65
4. Benang jelujur 1 RM0.80 RM0.80
5. Kartas karbon 1 keping RM2.90 RM0.60
6. Benang 1 RM0.80 RM0.80
Jumlah RM16.80

8.0. PENGEKOSAN

9.0. Susun atur pola

Saya melakukan susun atur pola dengan menyusun kepingan pola pakaian di atas fabrik yang
terbentang rata. Tujuan susun atur pola ini adalah untuk mengelakkan berlaku pembaziran
dan kesilapan semasa memotong fabrik. Di samping itu, ia bertujuan menjadikan kerja-kerja
pemotongan fabrik menjadi lebih kemas, teratur dan mengikut turutan.
Terdapat beberapa perkara saya memberi penekanan semasa menyusun atur pola di
atas fabrik seperti:
a) Tentukan sama ada jenis fabrik sorak sehala atau tidak.
b) Pastikan sebelah luar fabrik di sebelah luar dan bahagian lipatan fabrik berada di bahagian
tepi meja memotong.
c) Atur bahagian pola yang besar dahulu kemudian diikuti bahagian pola yang kecil.
d) Susun pola mengikut tanda pola seperti tanda ira, tanda lipatan dan bilangan kepingan.

Susun atur pola blaus separa sendat dibuat ini menggunakan fabrik bidang 114 cm atau 45
inci berukuran panjang 1.5 meter. Jika menggunakan fabrik bidang 150 cm atau 60 inci,
panjang fabrik 0.8 meter sudah mencukupi.

10.0. Langkah-langkah menjahit

Bil. Langkah Gambar


1. Menyediakan Fabrik
i. Gunting pola dan susun atur pola di atas fabrik.
ii. Sematkan jarum peniti pada pola dan fabrik. Kemudian,
tanda garis tepi pola menggunakan kapur tukang jahit.
iii. Seterusnya, gunting pola yang telah ditandakan
menggunakan gunting tukang jahit.
iv. Setelah digunting, tandakan garis pemadan pada bahagian
dalam fabrik menggunakan kertas karbon dan roda surih.
v. Setelah itu, barulah dicabut jarum peniti itu.
2. Menyediakan lisu terbalik
i. Tandakan garis lipatan lisu pada fabrik.
ii. Lipatan lisu ditekan dan disemat dengan jarum peniti.
iii. Kemudian, jahit jelujur serong dilakukan pada tengah lisu
untuk menetapkannya.
iv. Seterusnya, mencantumkan bahu mendatang dengan lisu
terbalik.
3. Menjahit kelim bahu
i. Cantumkan bahu mendatang pada badan hadapan dengan
kelim lipat tindih.
ii. Kemudian gunting basi yang berlebihan dan kemaskan
dengan jahitan mesin pengemas tepi.
4. Menyediakan lapik berbentuk
i. Fabrik interfacing dipotong mengikut pola yang telah
disediakan.
ii. Kemudian fabrik interfacing dicantumkan dengan fabrik
kolar dengan menggunakan seterika.
5. Mencantumkan badan belakang dengan kelim belah
kangkung.
i. Temukan sebelah luar fabrik.
ii. Sematkan jarum peniti dan jahit jelujur pada garis
pemadan. Kemudian, jahit mesin pada garisan pemadan.
iii. Cabut jahitan jelujur. Tekan dan seterika supaya kelim
terbuka.
iv. Mengemaskan basi kelim menggunakan jahitan mesin.
6. Menjahit kelepet
i. Tandakan kedudukan kelepet selebar 6 mm.
ii. Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam.
iii. Lipat lipatan kedua di garisan kelepet selebar 2 ½ cm
hingga 6 ½ cm. sematkan dengan jarum peniti dan jahit
jelujur kasar untuk menetapkannya.
iv. Menjahit sembat susup di sepanjang kelepet.
v. Kemudian cabut jarum peniti
7. Menetapkan kelepet pada pakaian dengan jahitan silang
pangkah.
8. Tekanan akhir.
i. Walaupun tekanan dibuat pada setiap kali proses menjahit,
namun tekanan akhir perlu dilakukan setelah pakaian siap
dijahit iaitu seterikakan semua bahagian pakaian untuk
meratakan serta melicinkannya.
#maaflah saya tak dapat berikan contoh gambar saya pada
bahagian ini kerana ketidakcukupan data.

Catatan

Berikut merupakan beberapa catatan yang dipraktikkan semasa melaksankan proses


membuat pakaian.
a) Kelim belah kangkung perlu ditekan terbuka agar lebih kemas dan rata.
b) Kelim di kolar hendaklah ditrim dan disnip terlebih dahulu sebelum diterbalikkan ke sebelah
luar supaya kolar kelihatan elok dan rata.

11.0. Rumusan

Perincian dalam perancangan amat dititikberatkan dalam proses pembuatan pakaian untuk
mejadikan kerja berjalan dengan lancar dan sistematik. Dengan adanya rekod kerja,
seseorang tukang jahit itu dapat menjimatkan masa, tenaga dan bahan keperluan untuk
membuat pakaian serta dapat mengelak pembaziran (Osman, Faudziah , & Zahrah , 2002).
Refleksi

Pertama sekali saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan blaus mini ini mengikut
ketetapan masa yang ditetapkan iaitu 3 jam di bengkel jahitan. Hasil pembelajaran yang telah
diberikan oleh Puan Normah binti Abd Rahman dan Puan Sapiah Uyuni binti Mohamed
Yaacob sangat membantu saya semasa menjalani sesi amali jahitan ini.
Ilmu yang diperolehi sepanjang mempelajari tajuk ini seperti cara menggunting pola
yang betul, susun atur pola mengikut ira yang betul, menjahit lapik pada garis leher, menjahit
pelbagai jenis kelim serta jenis-jenis kemasan yang lain dapat saya manfaatkan semasa amali
ini berlangsung. Ilmu kemahiran ini dilatih berulang kali setiap kali hari kuliah agar saya dapat
menguasai kemahiran ini dan mengurangkan kesilapan ketika menjahit.
Namun begitu, terdapat beberapa kesulitan yang saya alami ketika menjalankan amali
ini tidak dapat dinafikan. Ini mungkin berlaku akibat daripada mesin jahitan saya yang sering
bermasalah setiap kali ingin memulakan proses jahitan. Ini sedikit sebanyak mengganggu
emosi saya ketika itu. Namun saya perlu bertenang untuk menyiapkan amali ini kerana setiap
kerja jahitan harus dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemungkinan
kesilapan dan kemalangan daripada berlaku.
Selain itu, semasa menjahit jahitan silang pangkah pada lapik, saya tidak dapat
menjahit dengan konsisten akibat tapak tangan terlalu lembab dan juga kekangan masa
dihadapi. Oleh hal demikian, saya telah mengambil inisiatif lain untuk menjahit bahagian lapik
tersebut iaitu menggunakan jahitan mesin dengan langkau yang agak besar. Jadi, jahitan
tersebut dapat kelihatan seperti hiasan.
Akhirulkalam, ilmu yang saya terima ini amat berguna untuk digunakan. Tidak kira
bertujuan komersial atau kegunaan sendiri. Ilmu ini akan dimanfaat sebaik mungkin pada
masa hadapan agar dapat memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat.

Bibliografi
Osman, N. H., Faudziah , M., & Zahrah , E. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5.Kuala Lumpur:
Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional.

Azmawati, A., Zaitun Zakiah, M., & Lamah, A. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 4.Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Teknikal.

Kay, H. A. (2012). Stail Pakaian.Retrieved from https://www.slideshare.net/herneyaqilah/stail-


pakaian-14707541
Japang, Z. M. (2012). Pemilihan stail pakaian -ERT.Retrieved from
https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/pemilihan-stail-pakaian-ert

Malik, N. C. (n.d.). Pemilihan stail pakaian.Retrieved from


https://www.tes.com/lessons/NzZLm6d4SwIc5g/pemilihan-stail-pakaian

Jaafar, R. (2004). Seni jahitan pakaian pengantin.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn Bhd.

Margono, N. (2008).Cara Mudah Menjahit Langsir Vol. 2.Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.

Bakar, M. A. (2006). Panduan menjahit pakaian lelaki.Shah Alam: Alaf 21 Sdn Bhd.
Jaafar, R. (2006). Variasi Teknik Menjahit.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Wancik, M. H. (2005). Bina busana.Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Lampiran

Bahagian hadapan pakaian


Bahagian belakang pakaian.

Diharap ini sedikit sebanyak dapat membantu anda


sebagai panduan membuat rekod kerja jahitan. Jika ada
kekurangan, anda boleh komen di bawah sebagai
penambahbaikkan. Jika anda rasa post ini bermanfaat,
jangan segan silu untuk kongsikan post ini dengan
klik share dibawah. Sama-sama kita berkongsi ilmu 😀😀