Anda di halaman 1dari 1

PENALTY KICK

1. Yuran dikenakan RM3 untuk 3 kali tendangan.


2. Terdapat gelung pada gol, dan setiap gelung mempunyai markah.
3. Peserta boleh menggunakan apa-apa jenis kasut atau selipar.
4. TIDAK DIBENARKAN menendang tanpa menggunakan kasut atau selipar.
5. Peserta perlu menendang bola memasuki gelung dan mengumpul markah sebanyak mungkin (3
tendangan).
6. Peserta boleh menendang bola dari mana-mana sudut, pada garisan yang ditetapkan.
7. Tendangan tidak dikira sekiranya bola tidak melepasi garisan permulaan.
8. Setelah selesai tendangan, markah akan dicatat oleh hakim.
9. 3 peserta yang berjaya mengutip markah terbanyak akan mendapat hadiah pada akhir karnival.
10. Jumlah markah akan menentukan kedudukan pemenang (Pertama, Kedua dan Ketiga).
11. Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama, markah tertinggi untuk tendangan pertama akan
dilihat. Sekiranya masih sama, markah tendangan kedua, dan diikuti tendangan ketiga.
12. Jika pemenang tempat pertama kedua dan ketiga masih tidak dapat ditentukan, peserta akan diberi
peluang membuat satu tendangan, dan markah bagi tendangan tersebut akan menentukan
kedudukan pemenang.

4 5 6 Gelung mempunyai markah.


2 1 3
Gol

Boleh menendang
dari mana-mana
sudut yang
dikehendaki, selagi Garisan untuk menendang
tidak melebihi
garisan.

Anda mungkin juga menyukai